Ahad, September 02, 2007

. l . i . k . e . y .

Mebbe sebab malam semalam I keep on bugging him with the question do u love me or not, this morning he drove me to work. Nice. I should do this more often.

agaknya dia bangun pukul 3 kot sebab dia tanya aku nak bangun pukul berapa. aku jawap pukul 3 suku. tapi sebenarnya 3 doploh baru aku bangun dan tengok2 dia bertenggek depan pc. dia kata harini dia antar pegi keje. Sian incik nizam. hantar aku keje. pastu balik ampang. Karang tengah hari kena datang ambik aku plak. Cyberjaya - Ampang bukan dekat. Mengganggu waktu tidur dia plak tuh.

Satu lagi, aku suruh dia ekspresikan perasaan dia. Aku nak tau apa perasaan dia pasal nak kawen nih. Dia eksited ke, gembira ke, tak suka ke, menyampah ke. Tapi bila aku cakap “nizam… ekspresi la perasaan tu. Tell me” of course la dia akan buat bodo je.

Mebbe dia hepi. Dia suka bila mak dia kata kad yang dia pilih cantik. Lagipun dia dah cakap, gaji bulan ni dia nak tempah baju. Dia nak beli jugak bunga pahar. Ok laaaa… At least nampak la dia nak bergerak. Nak tempah baju ni pun, kain semua aku dah belikan. Hari selasa haritu bersusah payah seharian mencari kain warna biru yang sesuai dengan baju.

Mahal betul sewa pelamin n baju . Untuk kenduri kat rumah nizam, pelamin, baju dan mekap rm1100. Well, tu pasal la untuk kat ipoh tu baju aku tempah sendiri je. Memang la harga akan jadi lebih kurang sama dengan harga sewa, tapi baju tu akhirnya akan jadi milik aku. Bole la pakai nak pegi dinner ke, hape ke.

Hari hari aku tengok countdown. Eksaited tengok hari yang makin lama makin sikit tu. Tapi sebenarnya cuak jugak. Sebab kita tak tau apa ang akan jadi hari esok.

Tak sabar nak hantar resign letter nih. Hari jumaat dah mintak bos copy of orang dulu dulu punya resign letter. Bos blom bagi lagik. Lambat aaaa. Dah la kena bagi notis 2 bulan. By this week kena hantar jugak, kang tak sempat aku berenti kerja sebelum kawen. Sebab jadual kerja yang ada sekarang, hari aku kawen tu, aku kena kerja pukul 10-7. Gila ke hape.

Tiada ulasan: