Rabu, April 20, 2011

these few days

i'm living life at it is
yesterday was perak state public holiday
so we (my parents, zara n affan, myself) went for a day trip to cameron highland

it was a good trip
affan was happy
zara had fun
i was tired

hujan hujan pun affan eksaited nak beli sayur
mulut membebel bebel tengok barang barang jualan
dia dah bosan duduk dalam van
masa kakak zara main kat taman
he was asleep

zara sangat suka makan jagung bakar yang manis
bila dia dah habis makan jagung dia
yang dia gigit macam tikus
dia cakap kat i
"nak jagung mamaaaa..." dia mntak jagung yang i tengah makan

petang ni ken belikan jagung bakar kat pasar malam untuk cik zara

masa atok tengah makan
zara pun nak makan
bila atok nak suap
zara cakap
"tanaaak... geliii"
macam semua orang pun tersentap
ape tah yang dia geli bila atok nak suap dia makan

tapi zara memang macam tu
dia adalah seorang penggeli

kalau makan
tangan jadi kotor
dia nak basuh
pastu sambung makan balik

benda tu akan berulang ulang sampai habis makan
berkali kali cuci tangan
kalau tak
dia akan cakap
"geeeliiii"

pastu sekarang suka nangis jerit jerit
especially kalau ada mr husband

sangat tiring tau

balik runah penat penat
ada dua anak yang nak dijaga
kadang kadang kena mandikan
(kalau diorang belum mandi kat tadika)
nak siapkan makan affan
lepas maghrib si affan akan melepaskan hajat besar

i stress
i tired juga

Khamis, April 14, 2011

post-birthday

t'was my birthday yesterday

mr husband pagi pagi dah wish i happy birthday
something he never did before
siap tease cakap i sudah tua
dah nak hit the big 3 0

mengata dulang paku serpih
u kata i tua
u lagi tua

tengah hari mr husband bawak pegi jusco
tatau nak makan apa so we end up eating kenny rogers
pastu kena cepat cepat balik kolej

petang mr husband balik awal
mr husband ingat nak tengok movie
tapi cam leceh plak nak booking
so end up pegi tesco je beli tahapa hapa
itu pun lebih seratus jugak

hoooohhh
value of money sekarang nih
seratus tu kejap je habis

sebab umur dah 29
i berazam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya
nak rajin rajin sembahyang
nak kurangkan bergosip
nak kurangkan rasa panas baran

ok la
dah tua dah pun

Isnin, April 11, 2011

skandal

boleh tak
boleh tak korang korang yang dah ada anak/laki/bini tu
jangan la gedik gedik nak berskandal
tak malu ke kat anak/laki/bini

eh
i rimas la
pesal ramai sangat yang nak berskandal nih
merata rata
korang ni sebenarnya masa kawen dulu
sayang ke dak spouse korang tu
kalau tak sayang.... jangan kawen

yang mana yang jadik bini orang tapi nak berskandal tu
tak malu ke
kalau pun tak malu kat Allah
malu la kat anak anak
apa perasaan anak anak tu kalau tahu mak atau bapak dia berskandal

amboih amboih
tak kira jantan betina
bila nak berskandal tu
mula la pandai konon kononnya OT la
kena work on weekends la
anak anak pun
mula la dicampak kat maid la
duduk kat nursery sampai malam la
kalau mana yang mak bapak dok dekat tu
hantar anak kat mak bapak
atau paling teruk
korang seronok seronok berskandal
dan korang suruh suami/isteri korang yang tak berskandal tu jaga anak kat rumah
gile keji perangai

WEII!!!!!!!
TAK MALU KEEEE?????

dah la
i ada kelas
tak boleh nak tulis panjang panjang
harini kelas packed pagi sampai petang

memang i sangat sangat mintak dijauhkan dari benda benda macam nih

"Ya Allah ya Tuhanku, jauhilah kami sekelurga dari anasir anasir jahat, syaitan dan iblis yang membenci anak Adam. Jadikanlah kami suami isteri yang saling kasih mengasihi, sayang menyayangi, bersefahaman agar dapat kami membina sebuah keluarga yang bahagia, semoga anak anak kami membesar dengan penuh kasih sayang dari ibubapanya"

Khamis, April 07, 2011

malas

mood kerja adalah merundum
dah rasa sangat malas
i suka kalau ada kelas je

rasa atas semuanya semakin kurang
hati rasa tak bes je

banyak benda nak tulis

pasal gosip
pasal mother in law's farewell party
pasal birthday bbq
pasal zara
pasal affan
pasal my broken laptop

tapi semuanya malas nak cakap
it's only thursday
ada lagi separuh wednesday to work
ada lagi friday
dan half saturday to work
lepas work on saturday, boleh pegi lumut
hope it's going to be a fun event