Khamis, April 29, 2010

Lepas cocok semalam zara demam. First time dia menangis nangis masa kena cucuk. Mebbe tangan dia lenguh kot. Sebab asyik menangis, petang tu i ajak zara mandi sprinkle pool. Masa mandi tu dia seronok la. Abah dia cakap sakit pun dia tak peduli. Lepas mandi dia nak makan nyam nyam. Lepas makan dia mula merengek balik. Cakp sakit..... Sakit... Bagi nenen dan zara tidow.

Tapi tak lama. Dalam sembilan setengah malam, dia dah bangun. Merengek lagi. Abah dia pun kena dukung je. Tengah dukung, muntah plak si zara ni. Agaknya perut dia masuk angin sbb dia memang tak makan nasik langsung sepanjang hari.

Pukul empat lebih zara jaga lagi. Kali ni dia cakap nak mamam. Mula mula mr husband bancuh susu. Licin dia minum. Pastu mr husband panaskan nasi goreng . Pun zara makan sampai hampir habis. Lapa betul dia.

Lepas makan, tengok tv kejp pastu tido. Bila pagi, i yang dah tak bole bangun. Pegi tadika harini pun pukul lapan setengah. Pastu pukul 9 balik untuk bagi zara berehat sambil i sidai kain.

Akhirnya, i berjaya juga hantar kain ke tailor. Punya la bertngguh. Kain pun dari monday dok dalam kereta. Malas betul nak pg hantar jahit. Pasni kena beli kain untuk mr husband plak. Ada lagi sebulan je before ain's wedding. Kang tak sempat plak siap

Rabu, April 28, 2010

Laptop sudah cedera parah. Kena lightning hari kamis lepas. Hujan dah benti. Hari dah cerah. Tup tup kilat. I called dell, dell kata replace mobo kena baya 1200. Oooppss..... Baik i beli mini laptop.

Takpe. Tak bizi sangt pun yang mmerlukan laptop. Boleh tangguh dulu nak repair. Walaupun dari hari kena lightning tu mr husband volunteer nak bayarkan, tapi i cam segan la plak. Asek susahkan mr husband je. Nanti la. I kompol duit sambil mintak sedekah. Sape sape nak sedekah, sila taip OnSedekah kepada 01234.

Harini zara nak pegi cocok setaun setengah. I dah soh mr husband amek cuti. Sebab lepas cucuk, nak anta ekon pegi servis dan nak pasang dalam bilik. Waaahhh.... Makin bertambah le bil lektrik. Satu ekon pun dah dekat 200 sebulan. Ni nak tambah satu lagi ekon. (pun mr husband la susah sebab kena bayar bil letrik bnyak banyak)

Pastu i nak ajak mr husband pegi kedai perabut, nak beli rak untuk dapur. Rak untuk letak pinggn mangkuk yang selama ni susun atas lantai. Well, its about time pun. Dah setahun lebih duduk rumah tu, rak pinggan pun tak penah beli.

I nak beli tivi, tapi cam berfikir fikir nak letak bracket atau nak beli tv cabinet. Kena survey harga dulu ni.

Pastu mr husband kata nak kena tukar bed frame. I tak pk pun nak tuka bed frame. Tapi betul la cakap dia sebab our bed frame tu tak sesuai dengan tilam. Haaaiiihhhhh.....

Memang i kena carik sponsor la

Khamis, April 22, 2010

help, anyone?




i nak carik sofa yang macam ni
3-seater L shape sofa with extra (seat) ( i pun tatau apa nama/term yang betul)
yang extra seat tu boleh sambung with zap/clip dan jadi bed
cari kat courts tade
pegi ikea pun tak jumpa
ada kedai perabot kat ipoh ni pun tak jumpa
takkan la custom made kot

sape tau mana nak carik?



takkan nak carik bunk bed macam ni plak

Rabu, April 21, 2010

i wonder

i wonder macamana orang boleh ada masa untuk post entry berkajang kajang dan banyak banyak setiap hari
samada mereka ada banyak masa
mereka memang sangat effisien
life mereka sangat happening dan banyak sangat benda yang berlaku di sekitar mereka
mereka adalah orang yang sangat alert dengan persekitaran

kadang kadang ada banyak benda nak tulis/type
tapi malas
dan time constraint juga

pagi tadi mr husband cakap dia dah dapat solution untuk pasang astro dalam bilik
so depan boleh ada astro, dalam bilik pun ada

harini mr husband ke taiping
dia merupakan salah seorang dari 25 penerima anugerah pekerja terbaik tm perak
seronok la dia
i pun tumpang berbangga
tadi tengah hari mr husband dah balik ofis
mr husband kata cuma dapat sijil dan beg kosong je
aparaaaaaaa kampeni talipon nih
plaque pun tade
cemane i nak display kat rak cavenzi yang burok tu

lagi apa ye?

i nak cakap pasal bersalin plak

i dah teringat macamana rasanya i melahirkan zara
sangat horror
memang la akhirnya bila zara dah lahir
sakit tu semua hilang
dan i boleh rasa macamni
"ooohhhh..... zara rupanya yang keluar"
tapi disebabkan sakit melahirkan tu sangat teruk
bila dokter jahit i dah tak rasa apa
memang ngilu
tapi i boleh bertahan je
sebab rasa sakit bersalin tu sangat teruk

dulu masa i mengandungkan zara 7 bulan
berat zara 900gm
adik zara ni 7 bulan dah 1.3 kg
dan memang la tiap tiap malam i tak lena tido

pastu i tak boleh nak bayangkan macamana i nak mengharungi waktu sebelum bersalin kalau mr husband tade
macam masa nak lahirkan zara
i menderita betul

even masa nak cuci masa i keguguran haritu pun nak mr husband ada
sebab mr husband ada baru la i berani sket
walaupun beberapa kali i suruh dokter tu hold dulu

risau la

Selasa, April 20, 2010

cerita ceriti

kan i dah kata
hari cuti i nak cti betul betul
bak rehat betul betul
so on friday tu i dah siap basuh baju bermesin mesin
( mesin basuh la kesian kena keje )

saturday tu i lepak lepak di rumah sambil berehat rehat
tanpa buat sebarang kerja lain
mr husband kata
kalau nak check in kat tower regency bitau la
i cam malas plak

hari sabtu petang mr husband potong rambut sampai hensem
pastu sementara dia kemas kemas halaman yang sekangkang kera tu
dia nak mandi di halaman
lantas zara pun mandi skali di halaman

sementara mereka bermandi manda di luar
i pun kemas kemas la apa yang patut
melipat kain yang bermesin mesin tu dan menukar cadar

hari ahad we all bangun pagi pagi
i sidai kain
pastu ajak mr husband pegi pasar tani
on the way back tu singgah rumah mak
nak ambil pool zara
tapi tiba tiba, kita dah buat keputusan untuk ke pd

patutnya trip pd tu kensel
rancangan awalnya nak pegi pd tu dengan in-laws
tapi in-laws semua tak available on sunday-monday
(ye laaa... monday kan orang selangor/kl keje)

sebab dah booked
takkan nak cancel
so my parents opt to go there instead
dengan family yong
kitorang pun apalagi
terus terasa macam nak join dan sat sat tu jugak kita bersiap siap dan terus head to pd
sebelum pegi tu cik zara kesayangan boleh plak patahkan frame cermin mata i
jadi dalam nak cepat cepat pegi tu
kena plak singgah kedai cermin mata
kena tukar frame lain
seb baik cermin masih boleh pakai

bertolak dari ipoh pukul 12.45
sampai pd pukul 3 sengah
dan sepanjang perjalanan, cik zara tidow je
bila zara tido, i rileks la sket
boleh la bersembang sembang dengan mr husband

kat pd kita stay kat residence desa lagoon
its a villa with 2 bedrooms
kitchen, hall semua lengkap la
memang bes
paling bes sebab semuanya di sponsor
kita cuma isi minyak je
dan beli benda remeh temeh je
lain kali boleh pegi lagi

i nak letak gambar tapi malas

sunday evening tu mandi pool
monday morning pegi tengok laut
zara yang berani suka suka hati je nak lari ke dalam laut
lepas pegi laut
makan breakfast
minum susu
bebudak ni pegi mandi pool pulak
lepas mandi pool minum susu lagi
rehat rehat
sampai checkout

keluar sebelum pukul 12
on the way back tu mak n abah nak mengimbau kenangan lalu
jadi jalan jalan di seremban
pastu berenti makan
sampai sungai buloh pun berhenti
singgah tengok falahi n tiew di unisel
sampai rumah pukul 7
gila lama betul perjalanan

sampai rumah i suruh mesin basuh kain
mandi, kemas rumah
lipat kain
basuh kain lagi
mandikan zara
basuh kain lagi
kemas rumah lagi

i dah bahagikan rumah tu kepada beberapa bahagian
semalam i sempat kemas depan sahaja
harini cadangnya nak kemas bahagian dining table
tapi ada berjuta kain nak lipat
pastu i dah cakap kat mr husband nak masak bihun sup malam ni

jadi i harap boleh buat kesemuanya
sebab i target by end of the week
i boleh siap kemaskan seluruh rumah

i dah tak sabar nak get rid of semua perabot cavenzi dari rumah i tu

i punya perancangan adalah mula mula sekali nak pasang air cond dalam bilik
pastu nak bawa tilam masuk bilik
pasang hdtv dalam bilik
(mr husband nak install astro dalam bilik tak?)
selagi tade tv n air cond dalam bilik, selagi itulah kitorang akan tidur di depan
pastu sebab dah biasa dengan hdtv, misti la tanak kalau beli tivi box 14 inci
(ngengade la sangat kan)

bila bilik dah setel
i nak beli almari untuk zara
sebab nak sediakan barang barang untuk adik zara plak

bila dah setel barang adik zara
i nak beli sofa baru
i nak buang sofa dan barang barang cavenzi yang annoying tu

waaaaah
berapa bulan baru boleh selesai ni
tapi i harap by the time ada adik zara nanti
bilik tidur tu dah setel
boleh la i berpantang di situ

nampak gayanya yang i berhajat nak kumpul duit untuk jadi member di tower regency kena postpone la dulu
pastu nampaknya i tak boleh la nak berjimba jimba sangat sebab banyak yang nak dibuat untuk rumah

oh
untuk esok ada benda bes yang akan berlaku
hikhikhikhik
kepada mr husband la
bukan kepada i
tapi i plak yang eksaited
nanti itu i buat dalam entry lain


Isnin, April 12, 2010

happy old-day to moi

am saying goodbye to 27
and saying hello 28

pagi tadi mr husband kata i dah tua
dan i balas balik
seb baik dia kawen dengan i yang sama umur dengan dia
kita berada dalam genre yang sama, grew up dalam zaman yang sama
tade la sorang cakap itik, sorang cakap kambing
kalau lawak lawak olskul pun kita sama sama paham

misti mr husband takkan cakap happy birthday
i tak kecik hati pun
dia memang tak romatika di amor langsung
dan i terima je la dia macam tu
sebab i tau
dia sayang jugak dekat i
apa i nak dia bagi je
without hesitation
kalau i nak mengadu ke
dia dengar je
kalau i perlukan pendapat
dia berikan
i nak kasih sayang
physically takkan nampak la
emotionally pun.... kena korek dalam dalam baru nampak
dia takkan cakap
dia takkan tunjuk
tapi gestures dia dah menunjukkan yang dia care
enuff

( waaaaaaaah..... memuji tak hengat. kot kot puji boleh dapat birthday prezen )

ok la
sudah tua
tapi gigi belum tinggal dua
gigi geraham bongsu pun belum tumbuh

i'm happy and grateful dengan apa yang i ada sekarang
walaupun i tak kaya raya
tapi i live my life happily
i'm surrounded with people who loves me and accept me as who i am
( mana yang tak puas hati dengan i tu... i tak peduli pun )

untuk tambahan setahun ni
i bersyukur sebab tuhan masih berikan ruang untuk i bernafas dan menikmati hidup
semoga i boleh memperbaiki diri menjadi manusia yang disenangi

mr husband (just in case u read this today)
u tanak belikan i kek birthday ke?
a slice of secret recipe's tiramisu cake pun dah ok dah
hehehheheheh

ok. cukup dulu
hari sabtu pagi konon konon mr husband kata nak balik kl pukul 6 pAGI
tepat pukul 6 i bangun
tengok mr husband tengah golek golek dalam bilik baca buku jokes
mr husband kata nanti baru balik
i gosok gigi, masak air, basuh pinggan, kemas barang sket
pastu tidow
pastu mr husband plak datang dan join tidow
kitorang pun anak beranak tido sampai siang
pukul 10 lebih baru gerak ke kl

sampai kl singgah ampang point dulu
kebetulan ada sale mom's care kat foyer
sangat teruja la beli barang baby
barang baby boy sket
baju zara banyak banyak
dan latex matress n pillow for baby boy

lepas tu still bershopping baju zara
i sangat teringin nak belikan levis jeans for girl untuk zara
tapi tade saiz
las las beli 2 gown je

malam plak pegi great eastern mall sebab nak carikkan kasut zara
kasut sekarang ni dia asyik komplen sakit je
pakai kasut bubblegummers kaki luka plak
alang alang dah ke clarks
mr husband belikan 2 pasang kasut terus untuk zara

hari ahad petang kita dah nak bergerak balik
tapi sebelum balik i nak singgah ampang point
i nak jugak beli thermal blanket
kan hospital dok pakai thermal blanket tu dan sangat selesa

pastu cam dah lambat sangat untuk ke kenduri kawan i itu
kita detour ke ikea plak

okeh
ada benda yang berlaku
jadi pasnih i akan banned ikea
tak rugi pun kalau i tak pegi ikea
kalau mr husband nak pegi
dia bole pegi sorang
i boleh jalan jalan di luar ikea

kat rumah my mil pun ada benda aneh yang berlaku
tapi i rasa i boleh hang-on lagi

oke
tata all

Khamis, April 08, 2010

1,2,3,4,5

bizi sampai boring

tadi ada benda pasal tadika yang i cakap pada mr husband
mr husband diam je
rupanya diam tandanya tak setuju
ceeeeeeeh
haaaiihhh
i kena pikir lebih nih

1 . i dah tobat tanak pegi klinik pagi pagi
nak pegi petang supaya cepat setel
pegi pagi ramai sangat orang
langsung tak boleh buat benda lain kalau dok klinik je

2 . mr husband dah runsing berkongsi tandas dengan i
so i suruh dia repair i punya toilet bowl
mr husband kata wikend ni balik kampung
boleh pegi ace hardware
baru boleh beli peralatan untuk repair my toilet bowl

i rasa mr husband punya toilet sabotaj i la
dia tanak bekerjasama dengan i
tak suka

3 . semalam i cakap pada mr husband pasal tower regency's membership
mr husband dan dan cakap jom pegi jadi member malam ni
waaaaaah
macam mencampak 1.5k dengan sengaja
tunggu la i pk panjang
tapi i rasa b4 i bersalin
i nak jadik member
supaya boleh dapat spa free
boleh guna gym secara free
boleh zara mandi swimming pool secara free
dan paling bes setiap kali makan buffet, dapat 1 free 1

4 . malam semalam zara tido kat rumah my mom
langsung i tido malam tak lena
dulu dulu sebelum ada zara
kalau mr husband tak tido dengan i, misti i tido tak lena
sekarang sebab i tido dengan zara
kalau zara tade, maka tak lena la i tido


5 . mr husband kata nak balik kl minggu ni
ye la tu
nanti tiba harinya
tak jadik
i tau
dengan condition kereta yang kurang memberansangkan
memang tak seronok nak jalan jauh jauh
tapi mungkin la jadi balik
sebab on sunday i nak pegi kenduri x-skulmet i kat tanjung malim
cik-puan noi
kira cam on the way back from kl, boleh la singgah kenduri

cukup sebelah tangan
bai

Isnin, April 05, 2010

hari

bizi betul
hari hari weekdays adalah sangat bizi
sampai nak bernafas pun susah

hari weekends adalah untuk berehat sepuas puasnya

hari jumaat petang tinggalkan kereta kat ofis mr husband
pegi courts konon kononnya nak carik sofa
tapi tade yang diidamkan
pegi kedai perabot lain
dah tutup pula
las las pegi kfc je beli dinner

hari sabtu haritu sebab mak ambik zara
mr husband n i pegi bershopping ke parade
konon la mr husband naik sampai ke gsc
nak tengok movie apa yang ada
tapi adalah sangat membosankan

we end up beli baju baju zara
beli seluar seluar i sebab i punya seluar sudah tak muat
wahahahhahaha... seronok betul sebab i merembat 4 seluar

hari isnin pagi pagi dah pegi tadika
tunjuk muka kejap
pastu balik, sebab nak ikut mr husband ke ofis
kereta i tinggal kat ofis mr husband

lepas ambik kereta
bawa zara ke klinik sebab zara sudah batuk
pegi klinik buat syarat je, sebab zara malas makan ubat
pegi kedai gambar untuk cuci gambar
beli groceries tadika
balik tadika
bizi bizi bekerja

tengah hari kena pegi ke jpn pula
esok dan seterusnya untuk minggu ini adalah sangat unpredictable
bizi yang akan datang dengan tak disangka sangka

Jumaat, April 02, 2010

zara dan keresahan hati mama-nya

i rasa i adalah orang yang berani
i buat apa yang i fikir betul
i berani tapi i am easily upset
luckily i have people to cling on
banyak benda yang i tak takut

tapi
ada satu benda yang i sangat takut

i adalah sangat takut untuk upsetkan little zara
macam kalau zara nak apa apa, i akan bagi
kalau zara nak beli apa apa, i akan beli
bila i tak dapat bagi apa yang dia nak
dan tengok dia menangis
hati i akan sedih sangat sangat

macam tadi
zara nak ikut atok naik van
tapi tak boleh, sebab zara kena tinggal dengan i
masa zara nanges, hati ni macam kena robek
i pun rasa nak nanges
dan i terus call mar husband to share my sadness

i tak tau macamana keadaannya bila zara semakin membesar
contohnya, macam i nak zara bersekolah di one specific primary school
pastu tadi my parents cakap tak komfem lagi boleh sekolah situ atau tak
sebab dia ikut address
tapi haritu mr husband ada cakap dekat dekat zara nak sekolah
mr husband nak sewa partment dekat dekat situ
supaya komfem zara dapat sekolah situ
hahahahha
obsesi?
mungkin

we want only the best for our kids
and i bet semua parents pun macam tu
i pun rasa some people will go far untuk merealisasikan impian sendiri/impian anak

Khamis, April 01, 2010

eh
minggu ni adalah sangat tired dan bizi
tapi sebab bz tak sedar hari dah khamis
tomorrow sudah friday

alhamdulillah
rezeki sedikit meningkat untuk bulan 4 ini
bersyukur sangat sangat

tapi masih ada la jugak orang yang liat liat nak bayar nih
standard la kan
mana yang inform tu bagus la
ada yang buat bodo je
i pun susah nak cakap
dah exceed 1 month tapi masih buat tatau je

i macam rasa nak cari rumah sewa sebuah lagi
ada rumah kosong belakang ni
macam aim yang itu
walaupun depan jalan besar
tapi i ingat kalau dapat, boleh la bukak 1 pagar je
tak payah guna jalan besar
boleh buat daycare betul betul
mungkin dengan cara tu boleh mendapat lebih ramai orang

semalam i bitau mr husband pasal penambahan budak
dan penambahan income
mr husband tanya
"bole beli kereta?"
i cakap takbleh
pastu mr husband cakap "tak melayu laaa"
hahahhahahahha

biarla berdikit dikit dulu
nanti skali sudah banyak uwang
i beli camry terus
hahahahhahaha
waaaaaahhhh
i ni kan
suka bercita cita tinggi

nak cakap pasal baby plak
sekarang ni malam malam sakit perut
nak pusing pusing lagi la sakit perut
dulu masa mengandungkan zara takde la macam tu
walaupun masa tu pun sama je stressnya
banyak je kejenya
tapi mebbe jugak i dah lupa macamana rasanya masa mengandungkan zara

semalam mar husband dapat call dari dokter dia
dokter dia nak suggestkan satu suntikan untuk sakit dia tu
the problem is
suntikan tu berharga 40k
so dokter dia mo tulis surat kepada kampeni dia
mr husband pun ada rasa doubt
nak ke kampeni dia bayarkan sebanyak itu

tapi i memang kesian la mr husband
kalau malam malam pakai ubat
nanti dah tak boleh nak pegang pegang zara
zara plak memang suka nak peluk peluk abah dia
pastu kalau tak pakai ubat nanti makin naik pula gatal gatal tu

kepala lagi la teruk
semalam masa i cabut kuping kuping dari kepala
sebab dapat kupingan besar
so macam memerhatikan dengan lebih lanjut
nampak macam berbulu bulu
mr husband kata cendawan
eeeuuuwww
macamana la rasanya ada cendawan tumbuh atas kepala

oh
harini birthday mil
macam biasa
kitorang di perantauan ni mana la dapat nak selebret bagai kan
so mr husband suggest
buat macam last year sajos
buat cake n flower delivery

ini adalah entry tergantung