Isnin, Mac 29, 2010

zara in action

takmoh pening pening
stress stress
tengok je la anak i yang cumil nih
( sukati la nak kata anak sendiri cumil )



zara adalah yang paling kecil
harini ada birthday di tadika
zara biasa la gila kose
misti nak duduk sebelah orang yang selebret birthday
supaya dia duduk dekat kek
dan masa i ajak dia duduk tepi supaya i boleh suap
dia tanak
dia nak duduk with all her friends
little zara sudah besar
dah pandai nak berkawan



sila tengok jam
waktu adalah pukul 7.30 malam
zara pantang tengok swimming suit
misti nak pakai
tak kira siang malam




zara yang kurus kering berlari lari sambil ditiup angin
dengan rambut depan yang macam tu
i rasa macam amoi pun ada
tengok je la kaki dia yang kurus tu
kalau pakai seluar ketat macam tu
memang la sangat terserlah kekurusannya

apa pun yang zara buat
macamana pun keadaannya
i bersyukur sebab zara membesar dengan sihat
i berharap adik zara pun membesar dengan sihat

haritu i cakap kat mr husband yang i nak buat 3d scan untuk adik zara
mr husband kata okey saja
dan mr husband tanya bila nak beli barang baby
hehehhe
baru 6 bulan
tunggu la baby 7 bulan ke 8 bulan ke

lagipun i dah belajar masa time zara dulu
walaupun kitorang dok beli barang barang before zara lahir
the day zara was born mr husband pegi shopping lagi barang baby
dan dia habiskan almost 1k untuk 2 hari semata mata nak beli barang barang baby
jadi i akan beli sehelai dua baju baby
the rest, tunggu la baby lahir
supaya mr husband boleh shopping sakan lagi

mr husband dan keresahan hatinya

i pity my mr husband
i was just about to call him when he called
hahahahha
kita kan sehati sejiwa

perkara apakah yang mr husband cakapkan pada i?
benda yang sama i nak call mr husband

ini bendanya

mr husband sangat pening memikirkan pasal adik dia yang seorang itu
i know
dia nak yang terbaik untuk adik dia
dan dia banyak banyak kali ulang pada i
10 years ago
dia sangat wish ada orang boleh guide dia lepas spm
supaya dia boleh apply scholar ke, apply u ke, apply overseas ke
tapi dia tak tahu apa apa dan tiada siapa untuk guide dia

dan sebab sekarang dia sudah tahu
jadi dia nak guide adik dia
supaya adiknya cemerlang gemilang terbilang
kebetulan pula keputusan spm adiknya itu memberansangkan

masalahnya
adiknya itu (macam kata orang kedah) ketagaq
mungkin bagi budak mentah sepertinya
dengan keputusan yang baik, takkan la tak dapat ipta

my neighbor
anaknya amek science stream masa spm
dapat 5a, pun end up masuk kolej sebab tak dapat ipta
sama jugak macam someone yang i kenal
budak science stream juga
dapat 7a tapi tak dapat ipta
luckily
dia ada orang dalam di sebuah ipta terkemuka
lantas dia dapat masuk ipta tersebut

mr husband tanak adiknya itu end up dengan tak kemana mana
takkan nak keje kot
nak keje kilang? keje cashier? ataupun kalau keje kerajaan boleh jadi kerani
(no offend kepada pekerja pekerja di sektor tersebut)
tapi sebab ada peluang kan
might as well cuba
takkan nak mengalah sebelum mencuba
nanti satu hari menyesal seumur hidup
masa tu baru nak menyalahkan orang lain

of course
kalau nak apply private uni
kosnya tinggi
mebbe itu yang menjadi constrain
tapi kan ada ptptn
habis belajar bayar la sedikit sedikit
lama lama habislah
sebab tu la juga mr husband suruh adiknya itu apply yayasan telekom
since mr husband pun keje di syarikat itu
mungkin lebih mudah untuk adiknya dapat pinjaman/scholar dari yayasan telekom

semalam
mr husband call emak dia
bercakap mengenai adiknya itu
mr husband betul betul geram
sebab adiknya itu macam tade buat apa apa

bila dalam keadaan stress macam tu
mula la badan mr husband naik merah merah
tu yang bila balik rumah
i cepat cepat sapukan ubat pada mr husband

orang tak tahu
dan orang tak rasa apa yang i rasa
benda yang i paling takut adalah kalau mr husband sakit
bila mr husband sakit
mula la nanti dia tak boleh bangun
kadang kadang sampai 2 hari tak boleh bangun
kederat i tak cukup kuat untuk angkat mr husband
i cuma boleh kesian dan masa yang sama i pun akan stress

macam kalau mr husband sakit sebab geramkan adiknya
adiknya takkan susah sebab bukan dia yang akan tengok atau jaga mr husband sakit
yang menanggung adalah mr husband, zara n i

tadi over the phone
mr husband kata
dia sudah pesan pada adiknya itu
kalau tanak dengar cakap dia
lepas ni dia takkan ambil tahu pasal pelajaran adiknya langsung
apa apa pun, dia takkan ambil tahu
dia pun tanak pening peningkan kepala memikirkan pasal itu

i punya cadangan adalah supaya
minggu ni balik ke ampang
dan ambik semua fotokopi sijil spm, dan sijik sijil berkaitan
biar i yang applykan
kerja kerja bertangguh ni takkan menjadi
dapat tak dapat itu belakang kira
asalkan dah berusaha
tade la nanti menyesal di kemudian hari

well
i pun nak kan yang terbaik untuk adik mr husband
sebab apa?
sebab suku dari hati mr husband adalah untuk adik dia
i tau macamana dia sangat sayangkan adik dia
dan dia takkan senang hati selagi adik dia belum betul betul berjaya dalam hidup
berjaya in term of dapat kerja yang bagus bagus, berkahwin dengan orang baik baik, mempunyai kehidupan yang baik

ok
dah


Jumaat, Mac 26, 2010

zara dan swimming suitnya

rasanya
esok i nak bawa zara ke swimming pool
nak kena drag mr husband juga
sebab i takmoh pegi sorang sorang

petang semalam
masa balik rumah
i nak salinkan baju tido zara
skali dia sudah nampak swimming suit
lantas terus mau pakai
dah pakai swimming suit, dia ambik plak pelampung
dan bawa ke depan
sambil tengok tivi, dia duduk dalam pelampung

i rasa dia dah teringin sangat nak mandi pool
sebab last skali mandi pool masa pegi bukit merah haritu
dah almost 2 weeks
pastu mr husband n i pun cam pemalas nak pasangkan sprinkle pool
tu yang zara tak mandi mandi pool tu

bagaimana rupa sprinkle pool tu?
camnih haaa
air boleh pancut pancut

tapi yang kitorang ada cuma base dia je la
pokok pokok, ikan ikan tu semua dijual berasingan
i suka sebab tak membahayakan
air dia sangat cetek
kira cam kalau zara baring pun tak tenggelam

pagi semalam
masa i tengah suap zara breakfast
tengah makan tu tiba tiba zara nak suap sendiri
so dia nak ambik sudu dari i
bila i tak bagi
dia terus hempas badan dia
dan nasibnya malang sebab kepalanya terhentak atas lantai
apalagi
meraung raung la
tengah menangis tu muntah plak
i cepat cepat mandikan dia
terus bawak pegi klinik
i called mr husband soh jumpa kat klinik
luckily dokter kata zara tade apa apa
i cam risau tengok dia muntah
lagipun cam luka sket belakang kepala dia

haaaihhh la anak pompuan sorang tu
ikut angin dia je
seb baik muka comel
hahahhahahahahha


Rabu, Mac 24, 2010

drape cardigan

dalam entry dulu dulu
i ada cakap pasal dkny cozy yang i dah jumpa substitute yang waaay much cheaper
i order dan dah dapat semalam
ini adalah panduan bagaimana nak memakai drape cardigan ini

i baru cuba yang nombor 1
nanti nanti ada masa boleh cuba fesyen lain













>


banyak benda dan bermacam macam hal

sejak sejak dah hampir miskin ni
hari hari i mintak duit belanja dari mr husband
hari isnin mr husband sudah kena pow untuk beli groceries
hari selasa i ambik duit belanja 100
by end of the day tinggal 30 je
bila keluar malam
slurpee pun i mintak mr husband belanja

pagi tadi mr husband bagi 150 plak
tapi i pulang balik 50
sebab misti habis punya
pastu esok i mintak duit belanja lagi
10 hari camtu
tak pasal pasal mr husband kena buat part time bawa teksi

kebetulan plak sebenarnya minggu ni banyak nak pakai uwang
nak renew lesen mbi la
nak ambik lesen tadika la
pastu friday ni nak renew lesen kereta plak
mr husband, sila sediakan duit ye. hikhikhikhikhik

little one inside sudah 6 bulan
i harap baby akan membesar dengan sihat dan sempurna
setiap kali scan baby tak pernah statik
misti bergerak dengan aktif

mr husband kata baby misti kuat
sebab mr husband baru perasan yang i banyak buat kerja berat
dulu masa i mengandungkan zara pun
i selalu je buat kerja berat
angkat beras 10 kg, 15 kg
angkat baldi yang ada air la

semalam i cakap kat mr husband yang i tak sidai kain
mr husband kata
misti baby nangis
(tak habis habis kata baby suka basuh kain)
ye la
hari hari kena basuh kain
walaupun duduk bertiga
tapi kain adalah sangat banyak
cadar seminggu tukar 2 atau 3 kali
dah basuh cadar sekali la selimut, sarung bantal, tuala

dulu masa i mengandungkan zara
hobi mr husband adalah bermain ps2
tiap tiap hari sebelum dan selepas balik keje dia akan menghadap tv main fifa kat ps2
hari cuti plak, seharian dia bole main bola

sekarang ni kitorang perasan yang zara sangat suka tengok football match
even soccer kids pun dia suka tengok
bukan tu je
most sports dia akan suka tengok
sampai mr husband sudah berkira kira untuk ambik sport channel kat astro

semalam
tangan i kena gigit dengan ape tah
dia sudah membengkak dengan jayanya
bukan tu je
rasanya adalah sangat lenguh
dan sangat gatal
(salah satu sebab kenapa mr husband bagi duit pagi tadi)
dia soh pegi cek kat klinik
tengok la gambar tangan yang membengkak ni




macam gangren la plak

Isnin, Mac 22, 2010

waaaaa
sudah seminggu tidak hapdet
si inaz ini pemalas nak mengupdatekan diri sendiri
( tapi kena rajin update, kalau tak segala benda benda kecil atau besar yang berlaku akan dilupakan begitu saja)

sepanjang minggu lepas zara n i jadi supir menghantar mr husband pegi dan balik keje

hari khamis pagi the three of us pegi kl
i ada miting dekat pns pukul 10
tapi pukul 10 baru i gerak dari ampang ke pwtc
luckily
miting start pukul 11
selesai semuanya dalam pukul 3 petang
naik lrt ke ampang

zara tinggal dengan my mil dan mr husband
ok je zara kena tinggal
tapi nenek zara la penat sebab kalau zara nangis je
nenek akan dukung
nasib baik juga
i rasa zara tak berat sangat

masa zara duduk dengan nenek
ada skali tu nenek zara pegang tongkat mr husband
zara kan memang la pantang sapa sapa ambik barang mama atau abah dia
dia tarik tarik tongkat tu dari nenek
mula mula nenek tanak bagi
lepas tu baru nenek lepaskan
masa zara pegang tongkat tu
zara cakap
"dooo"
hooohhhhh
i pun tatau la mana zara belajar cakap "do" nih
i tak penah pun cakap camtu depan zara

tapi memang lately
kalau zara marah
dia akan cakap "doow"
memang la suweet dengar dia cakap
tapi kalau biar
lama lama orang boleh jadi annoyed kan

malam tu jugak kita balik ipoh
lagipun on friday
mr husband keje
macam biasa
kalau nak ke ipoh
i misti singgah jenjantas sungai buloh
sebab nak beli anw

skali mr husband sudah perli
beliau kata
"pasal beli sikit? selalunya borong"
hahahahhaha
nampak sikit sebab i tak beli set
i beli a la carte banyak banyak
hahahahhaha

hari sabtu kitorang habiskan masa dengan tido besar besaran
hari ahad menghabiskan masa di rumah tok mama zara
tok mama baru balik dari turki

harini adalah sangat bizi
pagi pagi sudah ke jpn unuk ambil surat
lepas tu pegi ssm
dah pegi ssm, singgah nagoya nak carik kain langsir untuk tadika
tapi tidak berkenan
lantas pegi uo
beli makanan untuk zara
ingat nak balik tadika
tapi cam ada masa lagi
pegi kedai kain di town
tapi zara dah ngamok ngamok
terus keluar dari kedai kain
ingat nak pegi kamdar
tapi zara sudah tidow dalam kereta
malas nak kejutkan
walaupun ada parking yang betul betul depan kamdar
next time je la

sampai tadika
banyak form nak kena isi
budak budak pun dah nak balik
bizi jadi supir menghantar dan mengambil budak budak lagi

hantar emel pada mr husband untuk ajak pegi beli groceries ini malam di uo
mr husband kata ok
( ajak mr husband pegi sebab nak suruh mr husband bayar. kalau tak i pegi sendiri je dendiam)
ahahahahaah. bolehkah itu macam?

oh
mr husband baru anta emel
isi kandungannya?
"Rasa mcm nak beli peti ais kecik.

Boleh letak kt dpn.

Tapayah baby girl nk jln jauh2."

haaaiihhh

manja la kan sangat si zara tu


Jumaat, Mac 12, 2010

akhirnya

mr husband takmo pegi pangkor
mr husband soh suggest tempat tempat lain
so i suggested sungai petani la
langkawi la
takkan asyik asyik penang kan
mr husband cadangkan pullman putrajaya
weeeeeee
i cam tak bercadang nak ke central region
i cam nak go up north
kenapa? i pun tatau
mebbe sebab haritu mr husband kata tak balik kl cuti sekolah ni
so i dah shut off my mind dari ke central

mr husband
next holiday
kita ke central ye
first to pullman putrajaya
next to legend water pd
hehehehhe

so ke mana kami cuti sekolah ini?
(esok laaaaa)
setelah ditimbangtara
sebab mr husband nak pegi tempat yang within reach by car
bukan cam pangkor atau langkawi
kita akan pegi ke tempat yang selalu kita pegi

ke mana?
ada few places yang our family selalu pegi
penang, bukit merah n cameron
tapi rasanya zara belum muak lagi pergi ke tempat tempat tu

so we all akan ke
jeng jeng jeeeeeng
bukit merah

rasanya mebbe tak masuk dalam waterpark kot
main main kat swimming pool hotel je dah cukup kot
kalau mr husband sihat mebbe bole ajak ke ecopark ke
sebab zara agak suka dengan haiwan
walaupun dia takut

ok
kain belum lipat
ada kain nak kena basuh
rumah bersepah dan kena kemas
(kalau rajin buat malam ni)
hotel dah booked

bukit merah
here we comeeeeeeeee.... again

Rabu, Mac 10, 2010

sudah hampir cuti sekolah

dah nak dekat cuti sekolah
patut haritu kononnya this week mr husband ada course kat kl sampai next week
dan zara n i are supposed to go to kl over the weekend
dan sepatutnya kita ke pd
tapi mr husband tak jadi kursus
dan haritu i tanya legend water chalet pd pun harga naik melambung lambung sempena cuti sekolah
even residence desa lagoon pd yang i mintak my bil tolong book kan pun fully booked
nampaknya tak dapat la pegi pd cuti ni
cam kalau dah pegi pd, malas la nak duduk hotel
kalau stakat hotel kat ipoh pun melambak

lantas i cam suka suka hati rasa nak pegi pangkor
hehehehhehhe
i baru anta email list of hotels yang mungkin ok
mr husband adalah sangat choosy
harap harap ada yang dia approve
dan dapatla kitorang bercuti ke pangkor

Jumaat, Mac 05, 2010

it's going to be a boy

it's going to be a boy
alhamdulillah
cukup sepasang
and i'm sooo grateful

mr husband kata
"dah agak dah"

nampaknya semua kena beli baru la
dari clothes ke toys
kena berorientasikan boy

nampaknya juga
zara's heelarious heels pun kena simpan buat display je la
kasut ni pun zara pakai few times je
itu pun sebab we bought zara a black dress untuk dia pegi kenduri ke birthday party ke
n heels itu just match with her little black dress
sayang..... sayang
dah tak bole pakai
kaki zara pun sudah bersaiz 3 setengah




eh tapi i tengok heelarious ada jual toys plak
its a baby's teether
nak beli untuk adik zara?
tak seswai sebab ada kaler pink n green sajos


i harap nanti nanti heelarious buat baby boy's boot ke
yang baby under 6 months boleh pakai
nanti boleh bagi adik zara pakai

oh nak prepare baby boy's toys juga
takkan nak share dengan kakak zara
macam la zara punya toys keperempuanan sangat
ada drum la
tonka truck la
balls and lots of balls

zara cirit birit dan muntah muntah yang dahsyat
tak boleh minum susu berlaktosa
nasib baik masih ada selera makan
dan semakin kuat minum air kosong
mebbe sebab badan dah dehydrated
pagi tadi pun hampir habis bubur ayam mcd

tengok lah
kalau zara sihat
boleh la bawa zara pegi swimming pool esok


Rabu, Mac 03, 2010

zara dan insiden di mcD

i nak sambung sikit je pasal apa yang i letak dalam blog semalam
i bukan nak kondem orang ataupun bukan i nak orang kondem kondem i
kalau orang dok bising bising kat i pasal mr husband yang sakit dan konon-kononnya all we did was nothing i masih boleh pekakkan telinga
same goes if people bising bising kata mr husband besar sangat
dia dah turun 19 kg dah pun
dia masih nak lose weight lagi

my main point yesterday adalah pasal penerimaan
i boleh terima apa yang berlaku
i boleh terima semuanya
kenapa orang lain tanak terima
penerimaan tu yang i perlukan especially dari orang orang yang rapat dengan i
kalau i sendiri tak rasa malu
kenapa orang lain nak rasa malu
kenapa nak provoke i?
bukannya kalau my little family keluar jalan jalan orang kenal pun

ok enough
full stop


____________________________________________________________________

tengah hari semalam i kena ke jpn
i pk taklimat adalah kejap
lantas i mintakkan mr husband tolong jaga zara untuk sementara waktu
skali pukul 5 baru habis
tak pasal pasal mar husband keje half day je semalam

mula mula mr husband bawak zara pegi mcd
nampak je mcd zara dah lompat lompat hepi
(padahal baru pagi tu i bawa zara makan breakfast mcd)
tengah tengah makan tu
zara dah ter poo poo
mr husband kata banyak sampai terkeluar dari diapers
ni la first time mamy poko mengecewakan i, tak pernah dibuatnya boleh bocor
biasanya wee wee n poo poo la banyak mana pun
tak pernah leaking
sian mr husband

mr husband kata dia sudah malu
jadi dia lap poo poo zara yang dah jatuh atas kerusi
dan zara plak tengok abah dia lap
dia pun nak lap
dah la semalam i pakaikan zara baju putih
memang obvious la baju tu bertahi
tisu tisu tu semua mr husband letak je dalam happy meal box zara
skali dengan food pun kena buang


dah la mr husband dah berbau tahi
dalam kereta zara nak peluk
nak duduk atas lap
lantas mr husband n zara dah penuh dengan tahi
hahhahahahahhaha
balik rumah mr husband mandikan zara
walaupun zara tido
terpaksa la juga mandikan

i rasa zara saje nak buli mr husband
sebab i tak pernah encounter benda benda macam tu

bila i balik tengok dua beranak tu tengah tidur tak berbaju
misti sudah kepenatan
rumah pun berbau tahi

haaaiihhh
macamana la i nak tinggalkan 2 beranak itu
nanti 27 mac i ada kursus
boleh ke mr husband jaga zara lama lama

tengah malam plak dalam pukul 3 sengah pagi zara bangun
terus tunjuk tivi
mo tengok tivi
sambil dia tengok tivi
dia bangun dan ambil botol air
minum air kosong
i rasa zara lapar
so i bancuh susu
tengah minum
zara muntah muntah
jadi satu hal plak
nak membersihkan muntah
mr husband malas
dia lapik je tempat muntah tu dengan blanket
konon boleh la tahan sampai pagi
pukul 5 sengah baru zara nak tido balik

sebab zara bangun pukul 3 sengah
i pun terpaksa la bangun dan teman zara
sempat la basuh kain, basuh pinggan
lantas lepas zara tido i pun tertido
jadinya i sudah bangun lambat ini hari

dan harini adalah bizis
kejap kejap i balik rumah untuk sidai dan basuh kain
ye la
zara dah muntah
habis semua cadar, komforter, sarung bantal, selimut semua kena basuh
alang alang i jemur bantal sekali
dan gosok gosok sket tilam dengan air sabun supaya wangi

haaih
penat

Selasa, Mac 02, 2010

si inaz dan rasa amarahnya

i sebenarnya tada apa apa
tade apa apa masalah
i live ife as it is
i terima apa je yang datang dengan hati terbuka

tapi agak susah la bila ada orang yang tak boleh terima
lagi susah kalau it's a family member

i rasa sejak mr husband sakit
i tade la menyusahkan orang
kot ada pun i mintak my parents untuk jaga zara for few hours supaya i boleh berehat sket
dan boleh ubatkan mr husband

i tade masalah dengan mr husband yang berjalan dengan tongkat
kalau i tade rasa apa apa
kenapa ada orang nak question
takkan la sebab mr husband jalan pakai tongkat
mr husband tak boleh keluar rumah langsung

ada orang kata
if it happen to them, mereka takkan berjalan jalan, mereka akan berubat
nak berubat 24/7 ke?
macamana?
macam la mr husband tak berubat langsung
dia berubat
makan ubat ikut time
sapu ubat ikut time
kadang kadang malas sket sapu ubat je

sakit mr husband itu namanya psoriasis arthritis
sape sape yang tak tahu, boleh google dan tengok sendiri
kalau malas nak google
i boleh bagi website

in Malaysia, they even have their own association http://www.psoriasismalaysia.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Psoriasis

kalau orang tanya
i jawap dengan jujur
dokter kata penyakit ini tade ubat
tapi boleh kawal
Can psoriasis be cured?
No. The tendency to develop psoriasis is inherited through a person’s genes. We hope to be able to safely modify these genes in the future, but the technology is not yet developed. We do foresee a time, when we will have more specific and more effective therapies for the various forms of psoriasis. Also, while psoriasis cannot be cured, it can often be completely cleared for periods of months or even years. Occasionally, it never returns at all. In most patients, however, it is a chronic, life-long condition with alternating periods of flaring and clearing.

orang kata pada i
semua penyakit ada ubatnya
mati je tak boleh elak
orang lumpuh pun boleh berjalan

satu masa dulu
masa dokter tak dapat diagnos apa penyakit mr husband
macam macam kita cuba
apa saja yang orang cakap
semua kita try
orang soh pegi bekam
orang soh pakai minyak kelapa dara
orang soh pegi berubat kat darul syifa'
dari klinik, private hospital n government hospital
semua mr husband pegi

ingat i tak berdoa supaya mr husband sembuh ke?
ingat i happy ke mr husband sakit
ingat i tade letak harapan untuk mr husband sihat?
cumanya
pada masa yang sama i kena bersedia mental dan fizikal untuk terima keadaan itu untuk selama lamanya

apa pun
semuanya mr husband, zara n i yang tanggung
orang lain boleh tengok dan bercakap je
itu pun sejak dokter dah dapat diagnos penyakit mr husband
dan bagi ubat yang betul dan bersesuaian
he's getting so much better

salah satu ubat yang dokter bagi pada mr husband itu mungkin akan mendatangkan kesan pada hati
and luckily i was pregnant before mr husband sakit
sebab mebbe selepas ini we all dah tak boleh ada baby lagi
at least zara tak keseorangan

tapi, ape pun
mr husband masih boleh bawak zara n i jalan jalan
mr husband boleh bawak zara n i ke shopping complex
mr husband boleh bawak zara n i pegi swimming pool walaupun dia tak mandi
mr husband boleh main main dengan zara n i kat padang polo
mr husband masih boleh pegi keje macam biasa
and i'm not boasting, tapi dalam borang penilaian mr husband baru ni, bos dia bagi 95%
maknanya prestasi kerja mr husband semakin meningkat
nak apa lagi?

mr husband cakap
dlu masa dia main rugby, sorang tarik kaki kiri
sorang tarik kaki kanan
dan sorang sangkut kat bahu
dan dia masih boleh berlari
tapi sekarang tuhan dah tarik
dia rasa tak kuat langsung

tak kuat pun takpe
bukannya mr husband main sports dah sekarang ni
lagipun sekarang mr husband gumok
jangan berangan la nak main rugby
hahahhhaa

i am happy
i truly am
cuma jangan ganggu-gugat ke-happy-an i
jangan provoke i dengan benda bukan bukan
family i, jangan sape sape campur
i bukan tak dengar cakap orang
mana yang elok i ikut
mana yang i rasa macam sampah
i masuk telinga kanan, keluar telinga kiri