Khamis, Januari 31, 2013

masa yang tak pernah cukup

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kena tarik nafas panjang panjang
penat gile
hari hari pun penat gile

eh tak
dah kurang penat
tapi been very busy
very very busy

sampaikan
i boleh rehat main candy crush cuma pukul 10.30 malam ke atas
pastu mula la main sampai pukul 12
pastu sebab dah game over berkali kali
atau ipad dah habis bateri
baru boleh tutup mata
that's the only time i have for myself

masa mandi?
i mandi pun laju laju
kalau mandi syampu 3 minit
kalau mandi sabun je seminit
hahahahhahaha

kain pun selonggok belum lipat
kain nak sidai pun tak sempat
baru sidai kain semalam
kain harini belum keluar dari mesin lagi

on the other side
tadika adalah memberansangkan
happy with that
cuma itu membuatkan i super busy
tapi takpe
m doing thing that i love

workwise
pun busy
tapi masih mencuri masa tengok facebook dan blog
(nak kata i tak busy la tu)
serius busy
tapi sedikit demi sedikit hampir siap la
tapi bila satu siap
datang satu lagi kerja
takpe la
demi mencari bersuap suap nasi, pizza, kfc, mcD

oh
untuk sesape yang boikot mcD tu
everytime i beli mcD
i dah cakap
"duit ni jangan buat beli peluru taw"
hahahahahhahahahahahahhaha

i kinda waiting for this weekend
nak pegi pangkor
tapi tu la
i know im not gonna have time for myself
mesti kena jaga kiddos
mr husband ada hal dia
mesti kalau kiddos mandi pool
i have to join them
tak bleh nak lepak lepak baca novel

itu dinamakan responsibility
dan juga cinta
cinta pada anak anak
tanak lepaskan diorang tanpa pengawasan sebab bahaya

takpe la
i tunggu dah tua nanti je la
untuk have time for myself

sayang je budak dua orang tu
pastu i selalu panggil affan tu cinta
cinta sangat la kot kat budak ngada ngada tu

kiddos kesayangan tu
on 24th feb nanti
ada show di terminal amanjaya
dengan kelas muzik diorang
yaya persembahan sendiri
tapi yang toddlers macm affan ni parent kena join sekali

aaaaaaaaaaw
maknanya i pun terlibat juga la

eh
tetiba dah hilang mood nak menaip walaupun still have things to babble






Selasa, Januari 29, 2013

bambang's birthday

Last Friday
My family and i celebrated mr husband's birthday

dah macam nak baut karangan sekolah plak

ok
last friday
sambut birthday mr husband
i dah janji dengan cik zara nak bawa dia beli kek untuk abah dia

so
friday afternoon tu
i pegi tadika ambil cik zara
pegi excelsior
beli kek kat situ je sebab nak sambut birthday pun di situ juga
dan juga buat reservation for dinner
hantar zara pegi tadika dan balik ke ofis
jauh gila berjalan di waktu tengah hari jammed macam siput

petang tu
lepas dah setel semuanya
pukul 7 setengah baru siap mandikan budak budak
mr husband pun baru balik
masuk rumah je terus nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri
siap siap dan terus ke excelsior

makan sampai kenyang dulu
pastu i pegi kaunter cakap boleh keluarkan kek
dan request live band nyanyikan lagu birthday untuk mr husband

konon nak buat surprise
tapi macam tak berapa nak jadi sebab
affan n yaya dah mengamuk sebab tak dapat kek
tapi tiba tiba terus diorang mainkan lagu happy birthday
dan staff excelsior tu bawa kek ke meja kitorang
diorang pasang lilin sambil nyanyi
dua kali jugak ulang lagu birthday tu

mr husband plak jadi pemalu
dia terus pegang affan
dan buat buat macam tu birthday affan

walaupun dia boleh agak what's going to happen
tapi i rasa dia rasa terkejut juga dengan apa yang berlaku
sampai hari sabtu pun dia masih kata dia malu

we had a sporting crowd
walaupun tak kenal
tapi diorang semua pun nyanyi untuk mr husband
jadi
untuk ucapan terima kasih
i mintak waitress tu untuk potong kek tu semua dan bagi a slice of cake for each table

dah setel semuanya
balik rumah dan tido

luckily
baju semua dah packing
pagi tu bangun dan siap siap
i pegi keje
kiddos siap siap nak balik ampang
pukul 11 kitorang dah selamat naik bas ke kl

ok
itu sambung nanti

oh
video birthday bambang
boleh tengok di sini
ataupun bleh tengok di facebook saja

Isnin, Januari 21, 2013

random babble

sedang menonton annie
mati mati ingat kelas pagi
rupanya petang

alhamdulillah
walau ada yang quit sebab katanya tempat i tak ngam dengan anaknya
ada lagi yang baru mendaftar
atas recommendation

benda benda macam ni biasa la
lagipun
dah masuk tahun ke 6 beroperasi
i dah faham sangat dengan sepak terajangnya dunia ni

ada orang yang memang akan ngam
ada yang anaknya ngam
tapi parent tak ngam
ada yang parent ngam tapi anak plak tak serasi

tapi
benda benda ni biasa
asalkan jangan simpan dalam
i've encountered benda macam ni banyak

habis dah cerita annie

suka je annie ni
i tengok masa i was way much younger
tak ingat umur berapa
haritu i bukak cerita ni kat ipad
affan seronok je menempel dan tengok

affan ni kan
dia suka cerita orang daripada kartun

yaya memang sentiasa nak tengok djr
kalau kat rumah atok, dia akan cakap nak tengok six one three
kalau kat rumah dia cakap nak tengok dua tiga
itu channel djr la tu

semalam yaya tulis alphabet atas whiteboard
i rasa tulisan yaya kemas
dan untuk budak yang cuma belajar di tadika
dan dapat parents yang pemalas nak mengajar
memang dah cukup baik la progress yaya
dan juga
yaya yang pandai sendiri cakap english pun
memang mengejutkan both mr husband n i

tu la mr husband ni
dulu masa yaya baby
i selalu la speaking london dengan yaya
pastu mr husband dok ejek2 i
terus i malas

sebab yaya menunjukkan minat nak cakap english
so i pun pelan pelan la cakap dwi-language dengan dia
dengan affan pun sama

oh
weekend haritu beli basikal untuk budak dua orang tu
lama sangat dah berjanji nak belikan basikal
seronok la mereka
especially affan la
dia memang betul betul suka main basikal

yaya macam biasa
bila dah beli
dia punya eksaited tu kejap je
pastu tak heran dah

haritu ingat nak belikan mr husband bag untuk holiday nanti
tapi i dah guna duit tu untuk beli basikal kiddos
hahahahhaha
padan muka mr husband tak dapat beg

tapi
i masih rasa nak belikan beg juga untuk birthday mr husband
eh
birthday?
birthday dia memang dah dekat sangat ni
25 Jan
dah nak masuk 31 tahun
waaaaaah bambang
u r getting older
tapi i tetap sayang u banyak banyak
walaupun i suka tiba tiba nak marahkan awak
hahahahhahahahahha
i kan pompuan

cinta lah si mr husband tuh


i pun nak rant on cinta la jugak
tapi i takbleh buat bidio
so i'm gonna write/type

cinta
cinta membuatkan kita jadi selfish
tapi sebab cinta juga kita jadi seorang yang tak pentingkan diri

kita selfish bila kita nak cinta tu dimiliki oleh kita sorang
tapi kita jadik seorang yang tak pentingkan diri
bilamana
bilamana kita fikirkan kebahagiaan orang lain

1 . 

waktu i bersalinkan affan
lepas bersalin memang la sangat sakit bila nak bangun
nak berjalan ke bilik air
i nampak mr husband tengah tidur
dan
i tak sanggup nak kejutkan dia
sebab i tau dia penat
i tanak susahkan dia
with him
being there pun dah cukup membuatkan hati i gembira
jadi i pun meniti dari satu benda ke benda lain untuk sampai ke bilik air
bila kita cintakan seseorang, kita tanak susahkan dia

2 . 

waktu i keguguran
i nak sangat mr husband ada tunggu i
tunggu i masuk ot
tunggu i waktu keluar ot
duduk dengan i lama lama
tapi
walau i cintakan mr husband
i nak dia sentiasa berada dengan i
berkongsi sakit i
i pun cintakan anak anak i
macamana keadaan diorang bila mama n abah diorang tade
sekurang kurangnya ada mama atau abah
supaya diorang boleh tidur nyenyak
supaya diorang tak tercari cari mama
jadi i lagi rela mr husband duduk dengan anak anak daripada menemani i


sebenarnya
mr husband ada kursus di kl hari rabu nanti
so perancangan dia adalah
dia nak bawa kiddos ke kl hari selasa malam
sebab khamis cuti
jadi hari rabu lepas kerja i kena ke kl la
sebab diorang dah awal awal sampai sana
i was like
haaaaaaaa...... dah la mr husband tade
nak bawak anak anak i pegi

i kan
i ada satu penyakit yang aneh tau
kalau mr husband tade
mula la i akan muntah muntah sepanjang malam
kalau mr husband ada, i ok je
kalau dia tade, memang sepanjang malam la i tak lena tidur sebab muntah muntah
it happen everytime mr husband outstation
kalau macam mr husband pegi main futsal malam malam
i ok je
sebab macamana pun i tau, dia akan tetap balik
mr husband kata i tak boleh berpisah dengan dia
ye la kot

sama la macam anak anak
semalam affan main main atas katil
dah pukul 11.40pm
i ambik dia
peluk
terus dia tidur
lepas affan tidur
i alihkan affan sebelah mr husband
i ambil yaya plak
tidur dengan i
i peluk yaya
dan dia terus lena

mr husband kata affan akan survive tidur kat ampang tanpa i
tapi mr husband tak tanya pun i samada i boleh survive ataupun tak
mr husband cuma tanya samada i ok ataupun tak dengan perancangan dia

tapi
semalam dah dapat kata putus
kita akan balik ampang on saturday
lagipun kan hari isnin cuti
still boleh luangkan masa yang lama
lagipun mak mr husband nak sambut birthday anak lelaki dia tu

legaaaaaaaaa

dah la
panjang sangat

ps : tengah hari tadi i pegi tadika, ada lagi new registration. alhamdulillah. ni pun on recommendation jugak. i harap ramai lagi akan rekomen kawan kawan untuk hantar anak di tempat i. hehehehhehe




Khamis, Januari 17, 2013

alif satar - pendusta

these few days asyik dok ulang lagu ni je

lagu2 alif satar ni memang banyak yang catchy
walaupun dia jarang keluarkan lagu

untuk lagu ni
muzik bes
mv pun menarik
storyline pun bes

enjoiiceeeeee
hahaahhahaha

ps : lagu tade kena mengena dengan i okay.

daily routine

still adjusting
still holding tight

this morning i told zara
another 2 days before week-end

tired
physically
for this semester i dapat 3 subjects
sebab short semester
3 subjects x 2 classes perweek
ada 6 classes
yang menyebabkan i dahaga, tired, exhausted

dahaga la sebab nak bercakap dalam 2 hrs

pastu in between nak lari pegi tadika
no
as early as 6.30 am dah kena pegi tadika
dalam 7.30 balik untuk siap ke tempat kerja
12.30 pegi tadika
1.30 sampai ofis balik

sekarang ni nak adjust waktu balik
macam nak singgah rumah dulu sebelum ke tadika
at least di rumah boleh mandi ke
angkat kain ke
sidai kain ke
prepare benda nak masak fr dinner ke

dalam pukul 5 pegi tadika
pukul 6 balik rumah

hari selasa dan khamis malam
zara n affan ada kelas muzik
(they called it kelas tok-tok)

nak main candy crush yang dah stuck kat level 65 tu
eeeeeeergh
bila plak nak lipat kain
nak siapkan barang sekolah fr the next day

penat
kena carik supplement untuk menyegarkan badan

nak nangis boleh tak?????

Isnin, Januari 14, 2013

post laju laju

here comes another 15-tiring-exhausting days

ok lah
sekurang kurangnya ada benda yang i tunggu tunggu
untuk menaikkan semangat 15 hari bekerja nih

cuti bermula pada hari jumaat malam
dengan pegi dinner kat excelsior
food was nice
great ambiance
ada live band
zara naik stage ( dia memang attention-seeker dan suka benda benda macamtu)

saturday was well spent
macam biasa pegi kerja lambat
tengah hari tido secara berjemaah satu family
petang pegi padang polo
malam makan dinner kat rumah mak

malam tu was browsing astrofirst
tengok kahwin 5 + adik manja returns + ponti vs omi secara bergilir gilir
dan tade satu cerita pun yang i tengok dari mula sampai habis
flipping channel je
las skali tengok kahwin 5 bila rasa mengantuk sangat sangat dan ajak zara masuk bilik

sunday hantar kiddos pegi rumah mak
sebab mak nak bawa diorang ke batang berjuntai
eeeeeh kan dah tukar nama bistari jaya ke ape tah

lepas hantar kiddos
singgah pasar
gigih nak masak nasi minyak
siap beli beras basmathi lagi

sampai rumah
main candy crush
masak
mr husband ada hint hint soh tengok movie apa ada kat wayang
dan terus beli tiket cerita parental guidance/tgv st18

pukul 1.45 baru gerak dari rumah
sampai pun pukul 2 lebih
seb baik senang dapat parking
while i pegi ambik tiket
mr husband beli popcorn
gigih la beli rayale popcorn
tapi kecil
i nak popcorn satu bucket
pastu tanya i nak beli lagi ke tak
eeeeeee
malas kot nak queue

parental guidance adalah sangat taste i
cerita pasal family
lawak, touching
n i told mr husband
i kena carik dvd citer ni
untuk tengok sebelum tido
(sebelum tidur i memang suka pasang dvd)

lepas tengok movie
i macam nak beli kasut
masuk nose
dan rasa macam sangat tak berbaloi
pastu ada kedai kasut
nampak masut yang boleh dijadikan schoolshoes zara
kasut putih airwalk yang sangat cantik

i pun macam jumpa kasut yang i nak
so cakap kat mr husband
nanti malam boleh datang lagi dengan kiddos

pegi fos
mr husband beli seluar, tracksuit
i nak beli jumpsuit
tapi mr husband kata tak lawa
ok. fine. i merajuk
masuk daiso pegi menghabiskan duit lagi
hahahahhahahaha

balik
makan nasi sambil main candy crush
lipat kain sambil main candy crush
kiddos sampai rumah
mandikan affan
pukul 8 pegi st18 sebab nak beli kasut diorang

dan affan n zara dapat wellington boot airwalk
zara dapat shoes dora
affan dapat shoes cars
seronok la diorang

tak beli shoolshoes pun
sebab zara macam buta perangai

monday
dah start penat
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Khamis, Januari 03, 2013

zara's first day of prasekolah

hari pertama zara ke prasekolah


si tanak bangun pagi ni
i angkat dia dari katil
mandikan
gosok gigi
masih pejam mata

tu la
tanak tido awal
dah paksa tido
dua beradik tu masih sokseksoksek dalam gelap
makbapak yang dah berlayar dulu

sekolah start awal
pukul 7.20 am
so pukul 7 dah gerak dari rumah
parking kereta di tadika
dan zara n mr husband jalan kaki je pegi prasekolah

mr husband tunggu seharian
i datang dalam pukul 10
sebab tadika pun busy juga

mr husband cerita
pagi tu zara nangis
budak lain tade pun yang menangis

bila zara dah diam
orang lain still menangis

masa i sampai
mereka tengah duduk di dewan
ada aktiviti melukis

baru i tau
zara pandai lukis rabbit
ada rabbit dan anak rabbit
dan i rasa rabbit tu adalah girl sebab rabbit tu ada eyelashes
hahahhaha



 i tanya zara kenapa bertinggung
katanya waktu tu rasa macam nak terberak
ish budak nih

mr husband kata
masa semua duduk di dewan
pastu zara cakap kat cikgu
"cikgu, yaya nak kencing"
terus budak lain pun cakap nak kencing juga
mungkin diorang dah lama tahan kencing tapi takut nak cakap kat cikgu
bila cikgu kata ok untuk pegi toilet
anak i yang selamba tu
rilek je bukak sekuar tengah tengah dewan
menjerit cikgu2 dia
dia ingat kat rumah ke
bila nak kench
terus bukak seluar


 ini kawan zara masa kat kemas
tahun ni jumpa lagi
tapi kawan zara tu dah 6 tahun
kelas lain


gambar dengan abah la plak
dalam ramai ramai parents
mr husband sorang je kot yang pakai kamera besar gabak
eksited nak gambar hd kononnya anak first day masuk sekolah
orang pakai kamera telepon je
takpe la
at least i ada baaaaaaaaaaaanyak gambar gelagat zara di sekolah
boleh feed the pictures to loved ones

anak i dah malas nak berdiri
nak bersandar

rak kasut
tempat letak kasut dia adalah di tempat yang paling bes
betul betul level dia
senang la tak payah membongkok, tak payah berjengket

ni pun sama
orang berdiri
dia boleh plak duduk
suka penat nih

bila sekolah dah nak habis
diorang masih duduk di dewan
dan zara dah bising bising sebab panas
keluar je dari pagar sekolah
dia dah buka butang baju

haaaaaaaiiihhhh la anak
kalau budak lelaki takpe la nak buka buka baju nih
ini gigirl

semoga zara belajar rajin rajin
jadi budak yang cerdik
bagi mama dan abah berbangga dengan zara
aaaaaamin