Khamis, Ogos 30, 2012

banyak tajuk dalam satu cerita

berhati hati di jalan raya

berapa ramai babies/ kids yang kehilangan kasih sayang ibu atau bapa disebabkan pemusnah nyawa si jalanraya. berapa ramai isteri yang kehilangan tempat bergantung / kasih sayang suami disebabkan pemusnah nyawa si jalanraya. berapa ramai kids / babies yang kehilangan kedua ibubapa dan menjadi yatim piatu disebabkan si pemusnah nyawa jalan raya. this is sooooo scary. i risau oke. minta minta dijauhkan keluarga i dari musibah seperti ini.

kena berhati hati di jalan raya. i tau, kadang kadang kita memang kejar masa dan kita sakit hati bila ada kereta yang slow. ataupun kita rasa kereta kita bes sangat dan kita pandang rendah pada kereta kereta yang kita rasa levelnya rendah dari kereta kita. ataupun kita rasa cara pemanduan kita memang bes dan orang yang tak reti bawak kereta. benda benda tu semua ada dalam diri kita, kena muhasabah diri sket. (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya).

semalam zara cakap pada mr husband

berhati berhati di jalan raya
pastu dia rephrase
hati hati di jalan raya
pastu dia rephrase lagi
berhati hati di jalan raya

tu la zara
kalau dia betul betul nak cuba, dia memang akan ulang sampai berjaya. sampai dapat jawapan yang betul.

tak lama lepas tu
sambil mr husband bawak kereta di jalan yang straight
ada plak kereta pelesit mana tah keluar simpang tak tengok kiri kanan
i cakap kat mr husband "careful ni"
zara yang duduk belakang cakap "careful careful di jalan raya"
sweet kan. dia nak cakap berhati hati di jalan raya.
ok la. paham konsep. dan pandai guna perkatan untuk translate.

toshken

yang kelakar
dari baby i ajar zara sebut socks
bila dah sekolah, dia pepandai ikut kawan nak sebut stokin
tapi dia sebut "toshkin"


makan

mr husband kata, kawan dia tanya, bila lagi nak bawak makanan banyak banyak pegi ofis. tu la mr husband ni, tak cakap awal awal. kalau cakap, i boleh la gorengkan mee untuk dibawa ke ofis. pagi tadi i gorengkan bihun untuk dihantar ke tadika. habis masak je, tengok mr husband dengan tak malunya ambil secubit dan makan. dah la ambik pakai tangan. tak senonoh. ambil la letak dalam pinggan.

pastu i tanya mr husband. nak bawa bekal air ke, sebab i dah sediakan bekal air untuk dia.
mr husband cakap "saya tak dahaga, lapar je". boleh ke pegi keje tak dahaga. i setiap hari mesti habis sebotol air 1L. tu pun kadang kadang tak cukup. pastu pagi tadi dah cakap kat i malam satg dia nak makan bihun goreng. nak sebungkus untuk dia sorang. so pagi tadi i dah keluarkan bihun. sepaket setengah. i cakap kat mr husband "satu ni untuk awak. setengah ni untuk kitorang (zara, affan n i)".

tengah hari tadi i balik rumah, dah siap tumbuk bahan2 untuk masak bihun. dah keluarkan ayam dari freezer, satg balik nak beli fishball. balik rumah kena cepat cepat masak bihun. lepastu i dah pesan kat acikHa mintak dia mandikan zara n affan siap siap petang ni, supaya bila i ambil, boleh terus pakaikan diorang baju jalan.

jadual yang busy

petang nanti, i nak balik rumah masak. pastu pukul 5.15 nak ambil zara n affan di tadika. nak tunggu tadika tutup pukul 6. i dah janji nak belikan beg sekolah baru untuk zara (dan affan). so nak pegi lepas pukul 6. pastu nak ambil mr husband di ofis. pukul 8 i nak pergi tadika kemas zara, nak tolong potong2 bawang. esok tadika zara ada sambutan hari raya. dan bacaan yaasin. jadi nak buat gotong royong masak2 sket. pukul 11pm mr husband nak pegi main futsal. so i rasa by 10pm i dah boleh balik rumah. tidokan kiddos dan b4 mr husband keluar, diorang dah tidur. kalau diorang berjaga, mula la meragam nak ikut. tapi kadang2 i cakap je "abah pegi work". tapi karang pegi tadika zara, i mesti la bawak sekali zara n affan.

busy kan. tengah hari tadi lepas cikgu zara cakap pasal nak masak masak malam ni, terus i kena tukar plan. tu yang tengah hari tadi lepas ambil zara di tadika, i singgah rumah dan sediakan bahan bahan nak masak bihun, siap siap angkat kain, ada masa sket, siap siap buat air gula (supaya senang nak bancuh air). mr husband suka minum air bancuh. i minum air kosong sudah.

eh
lupa dah nak tulis apa lagi

Rabu, Ogos 29, 2012

perihal post-raya

1 . zara suka buat latihan di rumah. semangat sejak sejak nak pegi Enopi. Even affan pun bising nak pegi Enopi. I dah buat research between kumon and enopi, dan hati i memang lebih nak pegi enopi.
(self note : kena buat appointment untuk pegi enopi.)

2 . dah start bekerja selepas raya. rutin kena balik kepada keadaan sebelum bulan puasa. balik kerja, pergi tadika, balik rumah dalam pukul 6+. siapkan makanan zara n affan. sambil tu siapkan beg sekolah diorang untuk hari esoknya. masak dinner. biasanya mr husband balik by 9pm. kena siapkan semuanya malam supaya bila bangun pagi, cuma perlu basuh botol2 susu, sidai dan lipat kain sahaja. kalau rajin dan tak penat, boleh lipat kain malam sebelum tidur

3 . zara dah bising nak pegi ballet semula. haritu dia siap prektis buat point and flat toes.dia pun janji kalau pergi ballet, i dah tak perlu masuk kelas dia.

4 . kalau zara masuk ballet semula, dengan music lesson lagi, nak pegi enopi lagi, i rasa jadual malam i akan lebih pack. music lesson zara n affan hari yang berbeza. dan kalau boleh i tanak kacau saturday sunday. its a holiday for both zara n affan.

5 . hari jumaat ada sambutan hari raya dan hari kemerdekaan di tadika zara. kena pergi tadika dia early2 morning. sebab rumah i tade kuih raya, i dah order apam polkadot. sesuai untuk budak kecil.

6 . Esok ada sambutan hari raya dan hari kemerdekaan di tadika. I dah siap siap download lagu merdeka, lagu raya upin ipin dan siapkan aktiviti untuk budak budak tadika ni esok. Semoga mereka bergembira

7 . oh. kalau kau selalu quote hadis/ceramah2 agama dan kau rasa kau sangat baik berbanding orang lain, elok sangatkah kalau kau bertudung dan kau upload gambar kau yang tak bertudung? jangan jadi hipokrit. padahal berdegar degar kau dok melaungkan konon2 kau sangat alim. kau hantar anak pergi sekolah agama.   kau rasa orang orang yang biasa biasa ni macam sangat banyak dosa. kau post status status dengan niat nak menunjukkan yang kau penyokong kuat partai bulan. padahal kau pekerja kerajaan. mungkin kau nak merasa kerjaya kau tumbang juga bila partai dacing itu tumbang. berani? tapi kau post gambar kau tak bertudung. apa kes???? terlepas pandang??? ........mungkin tidak

8 . agak-agak mr husband tau tak i panggil dia bambang?

9 . i rasa affan semakin berisi

10 . tadi ada makcik cakap, muka i dah nampak lebih cengkung lepas puasa. hahahahhaha ..... bangga

11 . kalau pakai kereta setakat viva, bawak lane kiri sudeeeey. tapayah la bawak lane kanan dan membuatkan kereta belakang terpaksa tailing (ini kes pagi tadi sewaktu nak ke tempat kerja). sudahnya semua kereta yang tailing ni masuk lane kiri dan memotong kau, viva. kau tak malu? atau tak sedar? atau kau tak tahu kalau slow kena duduk lane kiri.

12 . (ini ayat berlagak). kau bawak kelisa je kot. tapayah la nak hon2 sambil si isteri yang duduk sebelah co-pilot nak pandang2 i macam i buat salah. dah cukup baik i bagi kelisa maroon kau tu jalan. nak je i jerit "naik kelisa je wooooiiiii!!!!!!" ( belagak la sangat , sambil feeling2 i tengah bawak mercedes)

13 . affan ikut mr husband pergi sembahyang raya dan hari jumaat lepas mr husband bawak affan pergi sembahyang jumaat

14 . zara n affa pun rajin nak ikut i sembahyang. semalam i beritahu zara, lepas sembahyang, kita boleh berdoa. boleh mintak apa apa pada tuhan. boleh minta zara jadi cerdik,boleh minta mama, abah, adik n zara sihat, lepas sembahyang semalam, i dengar mulut dia terkumat kamit. apa agaknya doa zara.

15 . i suka kata kata idola i "Better the devil you know than the angel you don’t."   
 true indeed. ini macam lebihkurang omputih punya peribahasa yang berbunyi the grass on the other side is always greener. melayu punya peribahasa, i can;t think of any at this moment. perhaps hujan emas di negeri orang? relate tak?

ok. karang makin merepek plak. kata nak buat entry post raya. enough. zara kata enough tu sudah. betul tak??

Selasa, Ogos 28, 2012

raya

okeh
ini gambar family masa raya

ini je la dulu
nak balik dah

Rabu, Ogos 15, 2012

hal hal sambungan

last entry i ada cakap yang i cranky. satu hari nak berbuka di hotel, mr husband pesan soh i jangan cranky. lantas, cik zara bagi jatuh henpon sampai berderai pun i tak boleh cranky. (tapi henpon ok je bila dicantum semula) 

dan masih pasal cranky. satu malam selepas berbuka , mr husband pulak cranky. rupanya dia masih lapar. lantas i pun keluar nak belikan burger untuk mr husband yang cranky. las las dia ikut sekali sebab kiddos semua nak ikut i. si cranky nak oblong dengan double. i beli burger special untuk diri sendiri. lepas mr husband habis makan, kot2 dia lapar lagi, i cakap kat dia. kalau lapar ambik la burger i. dia takmo. sebelum tidur i simpan burger dalam fridge untuk sahur. waktu sahur i bersemangat bangun nak makan burger, skali tengok bukan burger i je habis. burger cik zara pun habis jugak. sedey i tawwwwww. dah la tade benda nak makan. nugget , cken fingers ada la. tapi tak kose i nak menggoreng pepagi buta. i nak masuk microwave  dan makan je. 

last entry jugak i ada cakap pasal lenguh lenguh badan yang melampau. kelmarin dah pegi klinik. lagipun i demam juga. lepas makan ubat, i tidur, badan memang berpeluh peluh. 2 kali i makan ubat sebelum tidur, dan waktu tidur tu, badan berpeluh peluh yang lebat. dan selepas makan ubat "sakit rusuk" (itu yang tertulis pada plastik ubat) hilang terus sakit belakang. memang painkiller yang kuat

pasal sakit belakang ni, i ada cakap dengan mr husband. adakah i sakit sebab i tak pergi berurut lepas keguguran? sebab lepas beranakkan zara, affan dan miscarriage memang i ada berurut. tapi, lepas urut urut tu semua, tade plak i rasa bes. rasa biasa je. macam orang kata, badan rasa ringan la, rasa lega la. i rasa biasa je. lantas buat apa i nak membazir samapi rm60-70 untuk satu kali urut. 3 kali urut dah dekat rm200. 

mr husband kata, orang putih tade urut urut pun. ok je. orang melayu ni je ngade ngade. ok fine. 

sebelum jumpa dokter dan makan painkiller tu, macam macam i buat nak bagi hilang sakit belakang. sapu yoko yoko, pakai koyok, pakai foopatch (nak menghilangkan toksin kekdahnye), pakai mesin urut, semuanya tak jalan. i siap dah takut akan jadik paralysed. takut sakit belakang sampai mati. 

i jumpa tempat makan yang bes. boleh pegi lepas raya nanti. 2 kali berbuka di situ pun ok. mr husband siap soh cek facilities dan berapa room rate kat situ, kot2 bebila nak tido situ. hahahhahaha. ngengade. tapi kiddos tu suka la kalo dapat tido hotel, especially yang ada pool

i redho je. (pasal hal yang i sorang je tau)






Khamis, Ogos 09, 2012

another random-ness

1 . Semalam berbuka di luar. tak bes. makanan tak sedap. ayam goreng keras macam batu. walaupun mr husband kata ayamnya sedap, tapi i rasa tasteless. seb baik kampeni mr husband yang belanja. kalau i bayar sendiri, mau i hamuk satu kedai . suasana pun tak bes. panas.

2 . i nak mencuba fesyen fesyen baru.dah lama sangat i stick to the same old fashion. i nak cuba big belt, skinny pants (walaupun kaki pendek dan gemok), color block. dah lama i ambik safe color macam PUTIH, hitam, brown, grey. nak cuba kaler yang sakit mata. tapi tatau cukup courage ataupun tak

3 . sebab perut besar dan macam takmo kempis kempis, i suka dan selesa pakai shirt, dan kalau pergi kerja, i suka je pakai baju yang tak bershape. tapi rupanya mr husband tak suka. besar dan tak cantik katanya. bukan oversized shirt pun i pakai. i rasa mr husband suka i pakai baju yang ngam ngam dengan badan i. kalau besar mungkin nampak selekeh

4 . mungkin sebab i dah lama duduk ipoh dan environment tempat kerja tak memerlukan i berfesyen lebih lebih tapi i akan cuba untuk lebih nampak presentable bila pegi keje

5 . kasut raya belum beli. mungkin nak tunggu mr husband belanja ataupun kalau dia buat bodo, i kena pegi beli sendiri sambil mengesat air mata sendiri

6 . i pun tau yang i makin cranky. nasib baik mr husband macam rilek rilek je bila i cranky. emosi tak stabil sangat.

7 . i dah jumpa bb cream n bedak yang sesuai dengan kulit i. tade la bila pakai macam tepung gomak. terima kasih maybelline

8 . i dah pandai transfer file to ipad. (ni pun nak bitau?) i dah transfer citer upin ipin banyak banyak n nanti nak transfer citer boboiboy kat ipad zara n affan. raya ni kan nak pegi kuantan, jalan jauh. lantas mesti kena ada entertainment untuk budak 2 orang tu. tv dalam kereta dah losyak. tak boleh on, jadi i kena jugak letak lagu lagu bes banyak banyak dalam henfon supaya nanti dalam kereta boleh layan lagu

9 . i selalu sakit belakang dan rasa macam nak lipat lipat dan regangkan badan supaya tak sakit/lenguh

10 . puasa. alhamdulillah

Rabu, Ogos 08, 2012

random


1 . i should be thankful sebab ada mr husband.

2 . haritu pegi kl, i tengok ramai giler oang yang pakai handbag LV. adakah ini satu petanda?

3 . kalau tak boleh nak handle, tak payah buat

4 . i nak cari skinny white jeans/pants sebab na matchkan dengan yaya's white skinny jeans (my daughter tu pakai skinny jeans cantik la sebab kaki dia kurus.tapi walaupun i berkaki pendek dan agak gemok, i tetap nak carik jugak)

5 . i dah siap buat rubric untuk next sem. tinggal nak print je

6 . i dah start puasa after 10 days tinggal

7 . harini dah start kerja

8 . i rasa nak makan pizza with lots of mozarella, melted cheddars, black olives, mushrooms, pepperoni, sausages. tapi mr husband kata beli je. pastu add-on la. i rasa nak buat sendiri sebab boleh letak toppings banyak banyak biar penuh, biar berat

dah

Sabtu, Ogos 04, 2012

from ikea to GH

on wednesday I ada hal di kl
so wednesday morning mr husband n i gerak ke kl
hantar zara n affan pergi school
pastu pukul 10 baru gerak ke kl

appointment pukul 2
habis meeting pukul 2.20
ape lagi
kitorang terus ke ikea
pastu terus sambung cari baju raya untuk zara n affan

pukul 5 gerak balik ke ipoh
sampai ipoh ngam ngam dekat waktu berbuka
sempat la i mandi
lepas mandi terus berbuka

waktu berbuka tu i sakit perut sangat sangat
macam rasa senggugut
sampai dedi i tanya "tak makan udang ke?" 
sebab abah masak kari udang galah

tapi i sakit perut sangat
jadi makan ala kadar je

masa tu memang dah fikir
balik rumah nak mintak mr husband tolong tuam kan perut

bila dah habis makan
i nak pergi toilet
tapi abah plak nak masuk toilet bawah tu
so i kena pergi toilet atas

masuk toilet
i pun mencangkung
i pun tatau kenapa i tak duduk atas toilet bowl
bila i mencangkung
keluar darah banyak giler
pastu tiba tiba rasa macam nak beranak
i rasa macam seketul benda keluar
memang keluar seketul macam daging
selain darah darah berketul ketul macam jelly

dan darah keluar tak henti henti
i panggil mr husband suruh tengok
i tanya nak kena buang ke tanam
mr husband pun terkejut
pegi tanya abah i
abah laaaagi la panik

kebetulan plak haritu mak pegi berbuka kat heritage hotel
Abah terus pg ambil mak
I kena tunggu kat rumah
Sempat la i salinkan baju tidur yang elok sikit untuk zara n affan in case diorang ikut i pg hospital

Zara siap cakap kat i
"lepasni kakak akan dengar cakap mama"
Pastu dia buka ipad dan pasangkan lagu twinkle2 untuk soothe kan i

Bila abah sampai
Dia suruh mr husband bawa kereta sendiri
While i naik kereta dengan abah n mak
Sepanjang jalan ke hospital memang i kena lecture habis habisan
Dah la kena pakai kain batik
I dah rasa macam duduk ceruk ulu banat

Abah berhenti kat emergency
Terrus naik wheelchair
Diorang ambil pressure
Masuk kt emergency
Doktor terus cek sambil seluk seluk
I nampak ada segenggam blood kat tangan dia

Then diorang hantar i ke tingkat 1
Scan dan doktor kata ada lagi yang tertinggal
So kena tunggu the next day untuk "operate"
Term nye je operate
Tapi sebenarnya tade la apa
Cuma sepanjang procedure tu diorang pengsankan i la

Eh
Nanti i sambung
Nak siap2 pegi tido rumah mak