Rabu, Jun 25, 2008

+ Moshi moshi. Nak cakap dengan sape?
- Gemok
+ Tade orang nama gemok kat sini
- Bukan orang ama gemok. Tapi orang yang gemok
+ tade orang gemok kat sini. Orang gemok ada dalam gen2 WQX
- ei, WOX la
+ tapi awak gemok
- ni symphaty weight tau
+ masalahnya inaz gemok sebab ada baby. Nanti dah bersalin boleh kurus. Awak tak bole kurus. Nanti lain kali kalau inaz pregnant pun awak gemok dan makin gemok.

1 . Mr husband tak habis habis cakap plet kereta WOX. Sebenarnya memang WQX. Cuma dia tak suka huruf Q tu. Dia rasa letter O tu lebih cute.

2 . Tak habis habis jugak nak cakap dia makin gemok sebab symphaty weight. Konon nak sapot aku yang semakin gemok. Aku gemok bersebab. Dia gemok sebab makan macam dah tade esok.

3 . Benda paling best:

Nampak perut bergerak gerak macam ombak dan mengeluarkan bentuk aneh. Baby tengah main main dalam perut. Rasa sangat hepi dan jugak rasa aneh. Sebelum ni tak Nampak kat perut. Sebelum ni Cuma boleh rasa je.

Baby sangat aktif waktu tengah hari. Sian daddy dia sebab kalau malam malam sewaktu daddy dia ada, dia suka duduk diam diam. Daddy dia pegang lama lama pun dia tanak bangun. Daddy dia topok topok suruh bangun pun dia tanak. Tapi kalau tak rasa baby bergerak rasa sangat risau. Takut ada apa apa berlaku pada baby.
Tapi mr husband cakap dulu masa dia dalam perut pun dia tak suka bergerak. Bila dah seminggu tak bergerak, mak dia pegi cek dokter, rupa rupanya mr husband tengah tido. Gile pemalas tu tido sampai seminggu.

Tengah hari tadi ada parent yang suggestkan untuk pegi scan kat specialist sebab kat situ scan 4d. Ada kaler. Haritu plak ada yang soh scan kat Ar-Ridzuan sebab kat situ 3d. Tatau lagi nak pegi mana. Teringin sangat nak tengok rupa baby.

Sebenarnya risau jugak sebab si mommy ni darah tak cukup. Pastu everytime scan, misti dokter kata baby kecik. Everytime makan rasa macam nak baby ambik segala zat zat makanan ni biar mommy tak dapat apa pun.

Baby,
Semoga baby membesar dengan sihat oke
Semoga baby boleh dilahirkan dengan selamat
Mommy n daddy memang sangat sayangkan baby
Ramai lagi orang yang sayangkan baby
Ramai yang tak sabar nak tengok baby

Isnin, Jun 23, 2008

Hari Sabtu dan ahad mr husband kerja
Me no likey
Hari ahad pagi ikut mr husband punch kad
Mr husband hantar balik rumah dan dia pegi keje
Berjalan jauh mr husband semalam
Egi bota la, sri iskandar la tanjung tualang la
Kat mana tanjung tualang tu pun i don’t know
Nama je orang perak
Tapi geografi negeri sendiri pun tak pass lagik

Habis kerja
Mr husband singgah ambik si mrs wife dia neh
Nak pegi punch kad jugak
Memandangkan ofis mr husband di jelapang
Dan hari hari pun mr husband lalu gugusan manjoi
Mr husband ajak pegi melawat my skool
Tak penah tengok katanya
Rasa macam skool semakin kecik
Dulu Nampak macam besar
Tapi tak berubah pun

Lepas melawat sekolah
Mr husband ajak jalan jalan
Kata nak belanja baju Elle
Saje je tau nak offer benda yang tade kat Ipoh
Pastu mr husband cakap kalau tade elle, nak belanja handbag hush puppies
Tapi again…. Ini adalah ipoh
Nak carik kat mana pun tatau
Tak sure kat ipoh parade ada ke tak
Kedai kasut hush puppies ada la
Tapi tatau ada beg ke tade dan malas nak tengok
Nanti hampa

Tapi ajak mr husband pegi novel hut
Sebab stok bahan bacaan dah habis
Lantas pegi jugak ke parade
Hampa jugak sebab tade buku yang bes

Alang alang dah pegi parade
Ajak mr husband pegi ke tempat groceries yang paling kewl di ipoh
Cold storage
Lagipun boleh la mr husband beli Thomas kemper root beer kesukaan dia tu
Tapi kali ni mr husband tak beli root beer sebab nak rasa vanilla cream
And for me of course aqua fruits quench lemon soda
Beli jugak smuckers butterscotch
Boleh makan dengan kek batik
Yummy!!!!

Oh
Mr husband baru hantar sms ajak main boling malam karang
Apa mimpi nak main boling tah

Beberapa hari ni rasa sangat selesa
Cuma kadang kadang bila baby main skipping
Rasa senak perut yang sedikit dahsyat
Perut pun macam hari hari semakin besar
Haritu mr husband cakap my armpit semakin gelap
Huaaaaaaa sangat rasa nak menangis
Memang la normal untuk orang yang pregnant
Tapi sangat geli tengok orang yang berarmpit gelap ni
Tiba tiba jadi kat diri sendiri pulak
Dan haritu masa mandi sental sampai pedih
Dan takmo sental dah
Lepas bersalin nanti komfem nak pegi spa dan memutihkan balik apa yang dah gelap
Termasuk nak mengurangkan kebulatan muka
Oh dan juga menghilangkan benda benda di muka ni
Yang macam remaja pulak berjerawat

Khamis, Jun 19, 2008

Malas dah nak sambung entry sebelum ni. Padahal banyak benda yg bes berlaku. Sbb dh susah payah type, tiba2 3g ni disconnect dan dh tak dapat nak retrieve dah.

Malam semalam pegi scan baby. Baby masih lagi kecik. Haritu scan pun kecik jugak. Patut dah bole cek gender. Tp baby tdo. Dia tanak gerak2. Mebbe next scan bole tgk gender baby. Bole la start beli barang barang baby.

Yang besnya, dah nampak muka baby. Tapi sian si daddy sebab daddy tak nampak muka baby yang square. Memang seronok tengok muka baby.

Balik dari klinik, daddy main ps2. Nak kopi plak tu. Haritu beria2 nak black coffee no sugar. Tp haritu letak sugar. Kalini memang tak letak sugar. Baru dia tau yg sgt tak sedap coffee wif no sugar. Dh pukul 1 baru dia masuk bilik. Pastu sibuk nak kacau2 roomate dia nih.

Isnin, Jun 16, 2008

Menjalani weekend yang penat. Hari jumaat pukul 3 dah naik bas ke kl. Bas yang slow tu, pukul 6 baru sampai hentian duta. Sempat la perut ni senak. Baby main skipping dalam perut kot. Sampai je, mr husband ajak makan kapal. Yay! Seronok. Akhirnya dapat pn makan grilled fish yg besar dan lazat tu. Bila sampai rumah, badan pn dh penat. Baru nak baring2, mr husband ajak pegi pasar malam plak. Nak beli bahan untuk masak cucur. Teringin nk makan cucur plak si mr husband ni. Tanak cucur ikan bilis. Nk cucur udang kering. Ni misti dia teringin sbb the night b4 aku masak cucur taruk udang kering, udang basah, pastu tpon dia dan bitau betapa yummynya cucur tu. Yg dia pulak kesedihan sebab dia cuma makan fries je. Tu yang kena paksa masak cucur walaupn jam dah pukul 10 malam.

Hari sabtu, pukul 8 ke sk untuk amek ca n nanyel. Masa sampai nurseri, ca ada kt luar dengan cikgu2 dia. Nampak je tinyah ngan pakngah dia keluar kereta, terus dia jerit dan lari2. Terus suruh pak ngah dia dukung. Sebab nanyel muak-dan-kena-baju-dan-tiada-baju-spare, kena balik rumah yong dulu dan salinkan baju derang. Tp masa nk u-turn ke rumah yong, lalu tepi mcd, terus ca jerit mamam! Kena berenti mcd dulu, makan.

Isnin, Jun 09, 2008

Pukul 5 pagi ahad haritu mr husband dah gerak pegi kl
Boring btol
Konon nak gerak awal sebab nak beat the traffic

Malam sebelum mr husband pegi
Cakap cakap dengan mr husband
Bitau dia pasal buah lai yang tak kesampaian tu
Pastu dia boleh bantai gelak guling guling
Sebab?
Sebab dia kata haritu dia tau dia kena beli something
Tapi dia tak ingat nak beli apa
Lantas masa nak balik, dia singgah 7-e
Lantas dia beli slurpee untuk adik-adik
Heran kenapa dia tak beli untuk si isteri dia nih
Dia kata pregnant tak bole makan slurpee
Dosa
Banyak laaaa dosa
Alasan
Tapi dia kata memang tak ingat kena beli buah lai
Dan dah tak rasa nak makan pun

Malam tu jugak
Tengah baring baring
Pegang perot
Tiba tiba rasa macam ada tangan/kaki dari dalam tolak
Terus bitau mr husband yang tengah bizi bermain laptop di sebelah
Mr husband pun tanak ketinggalan
Dia pun nak pegang perot jugak
Nasib dia baik sebab masa dia pegang, rasa lagi skali
Tapi lepas tu dah tak rasa dah

Harini first day of school selepas cuti dua minggu
Ada yang tak dating sebab baru kena pelentung semalam
Ada yang datang sambil pegang botol
Masuk je tadika, terus nak tido
Waktu break dia bangun, makan
Lepas break, dia nak susu lagi dan nak tido
Habis school, dia pun elok je mandi dan lepas tu main
Tapi seharian asyik berkepit degan botol dan bantal
Tak kisah sangat la sebab dalam tadika tu dia yang paling kecik
Baru 3 taun

Tengah hari langsung tak balik rumah harini
Seronok main dengan budak budak
Rindu dengan budak budak kecik ni

Harini walaupun dah sebulan berlalu
Masih dapat lagi teacher’s day pwezen
Ada parent yang pergi bercuti kat padang
Bagi pwezen telekung
Cantik
Seronok

Tapi tengah hari tadi lepas habis school
Keluar pegi town kejap
Membayar kad kad gores yang dah terlebih due date
Alang alang dah sampai town
Ingat nak tepon mr husband ajak lunch
Baru teringat mr husband ada kat kl

Minggu ni baby 5 bulan
Dah besar dah baby
Makin selalu rasa benda bergerak gerak dalam perut
Dah tak rasa nak muntah
Dah jarang sakit kepala
Tapi sekarang hari hari pun sakit belakang dan sakit pinggang
Rasa macam tak larat je nak menanggung sakit ni hari hari untuk lagi 4 bulan
Tapi bila pikir balik
4 bulan pertama ni pun hampir hari hari sakit kepala
Tak larat pun tapi boleh je survive
Takkan kali ni tak boleh plak

Biarla sakit pun
Tapi rasa sangat hepi bila rasa baby gerak gerak
Petang tadi pun mr husband telefon sebab nak tanya baby gerak ke tak harini
Walaupun doktor soh stop makan obimin dan makan segala mak nenek vitamin yang dia bagi
Tapi malas nak maka ubat doktor
Dah 2 hari start balik makan obimin

My tummy pun dah makin besar
Sekarang ni renung bawah nampak perut dulu
Baru nampak kaki
Tapi still orang orang kata tak nampak tummy
Ramai parents yang terkejut bila cakap baby dah 5 bulan
Ada yang ingat baru 3 bulan
Derang tatau ke aku ni dah tak sabar nak tengok baby
Kalau bole hari hari pun nak scan supaya bole tengok baby
Gila tak????

Jumaat, Jun 06, 2008

Semua pun pegi kl
Nak hantar kereta ain
Waktu minyak naik ni la dia beli kereta baru
Silap timing la

Nanti hari ahad pun mebi mr husband kena pegi kl
Kursus seminggu kat mmc

Tadi hantar sms kat mr husband
Pesan supaya jangan balik lambat lambat sangat
Tak suka duduk rumah sorang sorang

Tadi panas betul
Sekarang hujan lebat
Astro pun apalagi
Misti la tade siaran
Ngok ngek
Patutnya setiap siaran astro tergendala
Kena penalti si astro ni
Sebab janjinya siaran televisyen 24hrs non-stop
Bongek

Bongek juga pada harga minyak yang naik macam ******
Walaupun aku penyokong kerajaan
Aku tak suka pimpinan pakcik tua itu

Waktu Tun M dulu
Kegawatan tak terasa sangat
Kenapa???
Sebab beliau pandai menguruskan kewangan negara
Ingat tak yang beliau pinjam duit kwsp dan bermacam macam lagi yang dilakukan
Supaya rakyat tak rasa sangat beban
Supaya rakyat tak tersiksa
Tapi b4 beliau bersara, semua hutang tu dah setel malah negara ni makin aman makmur

Sekarang???
Nasib baik la rakyat Malaysia ni bukan macam negara jiran
Sikit sikit nak protes
Sampai menghuru harakan negara
Tapi etrsiksa la
Kerajaan naikkan harga beras...... terima
Kerajaan naikkan harga minyak..... terima
Kerajaan naikkan harga letrik..... terima jugak

Ni semua sebab kerajaan dah terlebih bagi gula kepada rakyat sebelum pilihanraya
Gaji kakitangan awam naik mencanak canak
Tapi bagi kakitangan swasta
Taraf hidup macam tu jugak
Para peniaga pun, bila dengar gaji naik
Seronok la mereka menaikkan harga barang

Bukannya mereka peduli rakyat marhain yang menjadi majoriti penduduk Malaysia ni
Dengan karenah birokrasi yang sangat bongek juga
Kehidupan menjadi semakin sempit
Rasa nak muntah

Harap harap bila baby lahir nanti
Baby takkan hidup susah
Aku harap aku dapat menyediakan semua keperluan baby
My heart and my soul ni

Harini baby 19th week
Harini jugak masa baring baring tadi
Tiba tiba rasa bawah perut ni berdenyut/bergerak
Mebbe tu rasanya baby bergerak kot
Dalam 30 mins ada la rasa dalam 4/5 kali
Baby mommy ni dah besar ye?
Semoga baby membesar dengan sihat oke

Tadi hantar sms kat mr husband
Nak bitau dia yang i want to go to Billion Megoplex
Nak beli jeruk anggur dan gula melaka
Tapi mr husband tak jawap pun
Langsung rasa malas nak pegi

Tapi rasa macam nak keluar jugak
Nak hantar baju mr husband iron
Lagipun memang nak pegi dobi ambik set cadar

Oh dah tau jugak cara nak bagi mr husband tak berdengkur waktu tido
Kalau agak agak dah kuat sangat dengkur dia tu
Gosok gosok dada dia
Dan dia akan tarik nafas panjang
Lalu berhenti berdengkur ataupun berhenti bernafas berbunyi
Tapi kejap je la
Pastu nanti tak lama dia berbunyi la balik
Tapi ada skali smalam
Lepas gosok gosok dada dia
Tetiba terus dia tersedak
Nasib baik dia tak sedar
Terus sambung tido je

Nak menjawap shout kat sebelah tu
Well, masa belum kawen pun dah tau perangai mr husband tu macam tu
Lagipun 8 years tu satu masa yang sangat lama
Tade apa dah benda yang i don’t know about mr husband
Memang je hati selalu sebal dengan mr husband
Tapi takkan lama la sebal tu
Sebab ada banyak benda yang sweet yang mr husband akan buat
Sama ada dirancang atau spontaneous

Ini ada quote yang disukai :

“ love is giving up a part of yourself and allowing that part to be filled with someone else”

Go figure~

Khamis, Jun 05, 2008

Boleh tak nak rasa tak puas hati dengan mr husband
Boleh tak bangun pagi pagi terus nak mengamok dengan mr husband
Tapi i really can’t help it la.
Geram betul

Lepas makan mr husband merengek rengek nak main ps2
Lepas mandi mr husband merengek lagi nak main ps2
Padahal dah cakap dah kat mr husband
My back hurt
Ape la salahnya kalau dia picit ke hap eke
Tapi bila mintak dia picit nak grumbling plak

Pastu sebab dia sibuk sibuk main game
Ingat nak merengek kat mak mintak mak picitkan belakang
Tapi mak plak keluar beratur pegi isi minyak
Terpaksa pegi tido terus

Tengah tengah malam terjaga
Mr husband tido tak tutup lampu
Tu geram lagi
Pastu dari on the other side of the bed
Aku pun bangun untuk tutup lampu
Baru je naik katil balik,
Telepon mr husband berbunyi
Ada plak member dia telepon tengah tengah malam buta
Ni pun geram lagi
Tatau pukul berapa dah freezing sangat
Jadi switch off the aircond
Bila dah tutup aircond panas plak
Bangun balik untuk pasang kipas
Praaaaaaaang
Terlanggar bekas nips yang mr husband makan sebelum tido
Ni geram lagi
Sebab dah sedia bakul makanan tepi katil
Kenapa la dia tanak letak bekas tu dalam bakul
Kalau la pecah, kan dah jadi satu hal plak aku nak mengutip kaca tengah tengah malam


Pagi pagi mr husband bangun
Lepas mandi dia nyanyi nyanyi suruh aku bangun
Nak cokodok
Sebenarnya tak kisah nak buat cokodok untuk mr husband
Tapi rasa sebal malam tu sampai ke pagi
Membuatkan aku terus bising bising pada mr husband
Lantas mr husband terus dah tak nyanyi nyanyi
Terus mr husband diam
Oh sudah semestinya aku rasa sangat bersalah
Tapi degil ni
Geram sangat dengan mr husband

Semua pun untuk dia
Semalam sebab tanak menyusahkan mr husband
Aku bawak kain yang baru lipat sebelah tangan
Campur baju yang baru amek kat dobi sebelah tangan
Punya la berat
Padahal boleh je mintak tolong mr husband
tapi tanak menyusahkan dia

Hari isnin malam haritu tiba tiba rasa nak makan buah lai
Pastu cakap kat mr husband
Mr husband tanya nak beli sekarang ke
Memang sebenarnya kalau boleh nak kejap tu jugak
Tapi tanak susah susahkan dia keluar
Bitau mr husband, esok pun takpe
Tapi esoknya mr husband tak beli pun
Bila dia balik kerja, dia belikan slurpee untuk tiw plak

Tu yang malas nak bitau mr husband kalau nak apa apa makanan
Kalau cakap kat abah, abah akan carik dan dapatkan
Tapi bila cakap kat abah, mr husband plak bising
Kononnya macam dia tak bertanggungjawab
Tapi tu laaa. Kalau cakap kat dia, misti tak dapat

Macam dah berapa lama aku nak makan grilled fish kat kedai kapal
Sama lamanya nak makan wok seafood noodle kat foodcourt alamanda
Sampai sekarang tak dapat dapat
Beratus kali pegi kl pun tak dapat jugak

Geram
Memang sangat geram
Momo kawan mr husband

Selasa, Jun 03, 2008

Mr Husband baru call. Ajak lunch skali .Sweet. Tatau lagi boleh ke tak sebab kereta tade.

Weekend haritu balik kampung dengan mr husband. Hari jumaat malam gerak. Sampai kl dalam pukul 1.30 pagi. Pukul 7 mr husband dah kejut ajak pegi sri kembangan ambin si Batrisyia. Lepas ambik Batrisyia, pegi Krista, pegi spectrum, bawak ca makan a&w, dan balik. Petangnya pulak bawak ca pegi KFC Wangsa Maju sebab mr husband ada appointment dengan kawan kawan dia. Seronok betul main main dengan ca . Ca yang suka menyanyi. Ca yang tiba tiba nyanyi lagu ketahuan. Dan ca yang kuat makan sebab bila habis whipped potato, ca nak tambah.

Hari ahad pergi Melaka dengan family mr husband. Malam tu balik Ipoh. Sampai rumah dalam pukul 12 terus bergegas iron baju kerja mr husband. Baju yang hantar iron kat dobi tu tak sempat ambik. Lepas iron terus tido. Bila bangun pagi, mr husband pun dah siap nak pergikerja. Seperti biasa, mr husband mintakkan betul baju dia. Aku yang baru bangun tido sambil pejam mata betulkan baju. Sian mr husband, baju dia senget benget. Dah la aku iron dengan buruk. Berkedut baju tu.

I’m so sorry mr husband. Malam tadi, bila mr husband balik, senyum je dia bila tengok dalam almari dah siap bergantung baju yang dah siap iron yang ambik kat dobi.

Semalam, seharian berjalan. Hantar kain pegi jahit tepi, bawak tiw beli buku. Pegi Ipoh Parade ingat nak carik kedai hush puppies. Nak belikan mr husband sock n inner Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday, Funday, Holiday. Tapi rupanya ipoh ni sangat la mundur kedia hush puppies pun tade. Geram betul. Mr Husband memang gilakan benda yang ada label ni. Even untuk baby pun dia dah belikan bib Monday-Sunday. Hari hari boleh tukar.

Pagi tadi mr husband ada buat lawak

Mr Husband : biar kat dalam. Nanti boleh dapat anak kembar.
Me : ( terus nak tergelak golek golek)

Ape la mr husband ni.Mana boleh orang yang tengah pregnant tiba tiba pregnant yang kedua pulak pada masa yang sama.

Dah la tadi tiba tiba terkejut sebab mr husband topok topok perut. Rupanya dia nak cakap ”Hello Baby!” Pastu topok topok lagi suruh baby bangun.

Semalam sebab banyak masa terluang, pegi buat rebonding. Memang sebulan ni dah bising bisng nak straighten rambut yang dah macam pontianak ni. Tapi mr husband tak bagi. Sebagai pengajaran la kot sebab haritu aku yang gedik gedik nak potong pendek sampai jadi buruk macam ni. Serius buruk sampai malas nak tengok cermin. Masa nak balik ipoh kelmarin dah cakap dah kat mr husband yang im going to straighten my hair secara rahsia. Well, dah bitau dah mr husband nak buat rebonding. Cuma tak bitau bila je. Ahahahhahahha. Lepas ni dah bejanji takkan potong rambut sampai pendek dan buruk dah. Kalu nak potong pun, trim je. Baru la berkeyakinan balik selepas dah lurus si rambut rambut ni.