Khamis, Jun 05, 2008

Boleh tak nak rasa tak puas hati dengan mr husband
Boleh tak bangun pagi pagi terus nak mengamok dengan mr husband
Tapi i really can’t help it la.
Geram betul

Lepas makan mr husband merengek rengek nak main ps2
Lepas mandi mr husband merengek lagi nak main ps2
Padahal dah cakap dah kat mr husband
My back hurt
Ape la salahnya kalau dia picit ke hap eke
Tapi bila mintak dia picit nak grumbling plak

Pastu sebab dia sibuk sibuk main game
Ingat nak merengek kat mak mintak mak picitkan belakang
Tapi mak plak keluar beratur pegi isi minyak
Terpaksa pegi tido terus

Tengah tengah malam terjaga
Mr husband tido tak tutup lampu
Tu geram lagi
Pastu dari on the other side of the bed
Aku pun bangun untuk tutup lampu
Baru je naik katil balik,
Telepon mr husband berbunyi
Ada plak member dia telepon tengah tengah malam buta
Ni pun geram lagi
Tatau pukul berapa dah freezing sangat
Jadi switch off the aircond
Bila dah tutup aircond panas plak
Bangun balik untuk pasang kipas
Praaaaaaaang
Terlanggar bekas nips yang mr husband makan sebelum tido
Ni geram lagi
Sebab dah sedia bakul makanan tepi katil
Kenapa la dia tanak letak bekas tu dalam bakul
Kalau la pecah, kan dah jadi satu hal plak aku nak mengutip kaca tengah tengah malam


Pagi pagi mr husband bangun
Lepas mandi dia nyanyi nyanyi suruh aku bangun
Nak cokodok
Sebenarnya tak kisah nak buat cokodok untuk mr husband
Tapi rasa sebal malam tu sampai ke pagi
Membuatkan aku terus bising bising pada mr husband
Lantas mr husband terus dah tak nyanyi nyanyi
Terus mr husband diam
Oh sudah semestinya aku rasa sangat bersalah
Tapi degil ni
Geram sangat dengan mr husband

Semua pun untuk dia
Semalam sebab tanak menyusahkan mr husband
Aku bawak kain yang baru lipat sebelah tangan
Campur baju yang baru amek kat dobi sebelah tangan
Punya la berat
Padahal boleh je mintak tolong mr husband
tapi tanak menyusahkan dia

Hari isnin malam haritu tiba tiba rasa nak makan buah lai
Pastu cakap kat mr husband
Mr husband tanya nak beli sekarang ke
Memang sebenarnya kalau boleh nak kejap tu jugak
Tapi tanak susah susahkan dia keluar
Bitau mr husband, esok pun takpe
Tapi esoknya mr husband tak beli pun
Bila dia balik kerja, dia belikan slurpee untuk tiw plak

Tu yang malas nak bitau mr husband kalau nak apa apa makanan
Kalau cakap kat abah, abah akan carik dan dapatkan
Tapi bila cakap kat abah, mr husband plak bising
Kononnya macam dia tak bertanggungjawab
Tapi tu laaa. Kalau cakap kat dia, misti tak dapat

Macam dah berapa lama aku nak makan grilled fish kat kedai kapal
Sama lamanya nak makan wok seafood noodle kat foodcourt alamanda
Sampai sekarang tak dapat dapat
Beratus kali pegi kl pun tak dapat jugak

Geram
Memang sangat geram
Momo kawan mr husband

Tiada ulasan: