Isnin, Disember 31, 2007

tadika

Start 2 haribulan ni
Mula la the real test
Samada boleh buat ataupun tak
Benda yang dah tak boleh patah balik

Happy bila sekarang ada student dari 3 – 6 years old
Walaupun tak ramai
Tapi boleh la for a start

Juga budak budak untuk transit
Lebihnya sebab location tadika ni betul betul depan sekolah rendah

Harap harap bila bukak sekolah ni akan ramai lagi yang register
Samada utuk tadika ataupun transit

Hari jumaat haritu Mr Husband buat surprise
Dalam pukul 5 hantar sms kat Mr Husband Tanya samada dia boleh tak pegi Krista on Saturday untuk belikan uniform
Mr Husband kata tak sempat
Mr Husband jugak hantar sms soh balik rumah pukul 7

Tapi sebab hari pun dah nak gelap
Pukul 6.15 aku dah tutup tadika
Pegi bank
Pukul 6.45 dah sampai rumah
Mr Husband telefon Tanya kat mana
Aku pun jawap kat rumah
Bila dah magharib
Aku naik atas
Masuk bilik
Tiba tiba lagasir bilik dibuka dan Mr Husband masuk
Weeeeeeeeeeee terkejutnya
Terharunyaaaa
Mr Husband buat surprise
Dah la Jalan kaki dari stesen bas ke rumah
Siannya Mr Husband
Patut la dia soh tutup tadika pukul 7
Tadika lebih dekat dari rumah
Tapi memang terharu sangat sangat sebab dia tiba tiba balik
Memang la tau dia nak balik
Tapi ingatkan dia naik bas malam ataupun awal pagi sabtu

Thanks Mr Husband

Ni pun tengah tunggu Mr Husband balik
Pagi tadi dia balik kl naik bas pukul 4.45 pagi
Mebi malam ni ataupun sok pagi Mr Husband akan ke sini lagi
Ada uniform yang aku pesan sekali dengan buku
Lagipun Mr Husband nak hantar set computer
Ye la bebudak tadika ni kena belajar computer

Oohhh
Nanti nak letak gamba tadika
Ada swimming pool
Ada sand box
Ada playground
Ada kuda kuda
Seronoknya
Budak budak yang datang register biasanya tanak balik
Nak main je

Seronok!!!
Tapi sangat nervous nak ke hari rabu
The first day of school
Wish me luck ye

Rabu, Disember 19, 2007

Alhamdulillah.
Bersyukur sangat pada Allah kerana mengurniakan rezeki.
Tak tahu macamana nak ucapkan betapa aku sangat bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan.
Alhamdulillah
sekarang ni aku tak rasa rugi meninggalkan kerja kt cyberjaya. Walaupn setiap 3 bulan dapat bonus. Walaupun setiap kali bonus, gaji boleh mencecah 4k, walaupn sekarang ni memang aku takkan dapat merasa mcmtu lagi. Walaupn aku tau sekarang ni duit yg ada cukup2 utk survive, walaupn sekarang dah tak boleh beli secret recipe selang sehari, walaupn sekarang dah tak boleh pegi jusco hari2, tak boleh bid kat ebay, tak boleh beli handbag n baju elle n hush puppies, tapi i am truly happy!

Seronok bila dh makin ramai orang register untuk tadika. Seronok sangat. Tambah happy bila ada jugak parents yg daftar sekali dengan daycare. Ada yg daftar anak untuk transit jugak. Betul betul happy.

Oh, dan baca paper pagi tadi mengenai agihan pendapatan asb. Menarik. Kalau ada rezeki, boleh gunakan bonus asb tu untuk pergi honeymoon. Utk tempat tinggal, memang takde masalah. Ada voucher free 3 hari 2 malam utk mana2 hotel di malaysia, bali n thailand. Kalau nk dok nexus pn buy 1 night for 600, dapat free 1 xtra night. Hrtu pg sabah dh dok le meredien. Pasni bole la dok nexus plak. Tak pn bole pg jakarta. (sangat terpengaruh dgn citer brownies)

sebenarnya, mcm biasa, sekarang dalam bas nak ke kl. Nk menyambut hari raya bersama suami terchenta. Bas pukul 6.30. Mebi pkl 9 br sampai kl. Tak sabarnya nk jumpa hasben. Padahal, las skali jumpa dia hr ahad malam hrtu. Still, sangat rindu mr. Husband. Malam smalam mr. Husband masukkan duit utk beli toileteries. Seronok oke. Kawen mmg seronok. Nk beli barang2, mr husband akan bagi duit. Agak2, kalau mintak duit nk beli komik mr husband nk bg tak?

Hoah. Ngantuk. Br sampai tapah. Nk tdo tp tak elok tdo waktu maghrib. Oh. Harap jalan tak jem.Supaya bole cepat sampai kl. Cepat bole jumpa mr husband.

Isnin, Disember 03, 2007

Sempat buat cupcakes je untuk mr Husband
Balik pun tak sampai 24 hrs
Takpe
Kalau takde aral melintang
Hari rabu lepas kelas aku pegi kl
Lagipun ada hal dengan Krista
Dan semestinya
Sebab nak jumpa mr husband
Weekend kena la dok tadika
Waktu weekend la orang nak jalan jalan carik tadika pun

Student untuk school holiday programme ni dah makin ramai
Terkejar kejar jugak nak mengajar
Especially waktu pagi
Punya la ramai budak
Dari 6 years sampai 11 years
Denga level yang tak sama
Memang terkejar kejar nak mengajar

Tapi aku hepi
Sangat hepi dengan benda yang aku buat
Rasa seronok boleh menyalurkan ilmu
Memang tak rasa penat
Memang seronok kalau buat benda yang kita suka
At least denagn student yang ada, lepas jugak la nak bayar sewa tadika untuk bulan ni

Tapi untuk registration tadika
Sangat mengerikan
Masa makin suntuk
Orang sikit sangat
Harap harap akan bertambah

Oh pasal cupcakes haritu
Aku bekalkan untuk Mr Husband bawak balik
Mak Mr Husband tak sampai hati nak makan sebab lawa
Ehehehhehehe
Padahal tak lawa pun
Nanti akan aku berusaha untuk buat cupcakes yang cantik cantik
Tiwit kata itu cupcakes paling sedap pernah dia makan
Adik nizam pun makan banyak
Mr Husband dapat merasa sebijik je

Haritu mak soh tengok harga tiket kapal terbang
mak nak sponsor honeymoon
mak dah hampir hampir belikan tiket flight
siap dengan nak book hotel
siap nak bagi duit belanjan rm500
mak nak buat surprise sebenarnya pada aku
siap dah bincang dengan nizam
tapi aku takmoh
mebbe kalau nak pegi pun awal next year
mak soh pegi masa krismas nih
terima kasih mak
tapi nanti kitorang nak pegi
kitorang cakap
mana tau mak nak sponsor lagi masa tu
hehehehhe


dah la
nak main main dengan batrisyia