Jumaat, November 30, 2007

cupcakes

Mr Husband kata nak balik sini lepas kerja
Sudah janji nak buat cupcakes n garlic bread kalau mr husband balik

Haritu pun Mr Husband sudah Tanya samada dah try buat kek ke belum
Masa wedding haritu dapat hadiah oven
Tu yang bekobar kobar semangat nak baking

Nampaknya lepas balik kerja nanti kena pegi kedai
Nak beli bahan bahan untuk buat cupcakes

Mak kata dia akan tolong buat garlic bread
Breadmaker memang ada
Jadi tak susah la kot
Lagipun mak pandai buat bread
Nak harapkan aku
Ehhehehhehehe
Jangan harap la

Ni pun baru nak belajar buat cupcakes
Tengok la nanti jadik ke tak

Isnin, November 26, 2007

hhe

me miss me mr husban

ahad
pagi pegi mid valley
krista family day
lone ranger jek
pegi pun sebab nak dapatkan bunting
tapi terpaksa gak main bowling dengan orang orang yang tak dikenali

tengah hari terus ke rumah yong
hantar kereta ain
tunggu nizam sampai

nizam sampai
angkat barang barang
penuh satu bonet camput seat belakang
pegi rumah kakak nizam kat putrajaya

pukul lima gerak ke ipoh
sampai ipoh pukul 8 sengah
makan koay teow basah yang yummy
pegi tadika
letak dan kemas barang
balik rumah

teman nizam repair laptop mak
pukul 1 pagi baru tidur
pukul 4 pagi bangun
nizam siap siap untuk balik kl
babai nizam
pukul 4 sengah sambun tido

nizam sampai kl pukul 7.45 pagi
aku bangun pukul 7.45 pagi
siap siap pegi tadika

bzi betul
beberapa orang datang untuk registration school holiday programme
seronok bila dah start mengajar
tapi penat
dan challenging

sakit perut juga
mengidap penyakit sesungut
dan mr Husband agak upset bila dengar aku sesungut
Saya pun upset juga
Tapi kita baru kawen 2 minggu
Ada banyak masa untuk mencuba
Lain kali kita kena cuba lebih gigih ye Mr Husband
Eheehheheheh

Kena pegi tidur
Esok ada kelas lagi
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini

And i miss my Mr Husband so much
Nasib baik dua hari sebelum kawen,
Mr Husband ada bagi teddy bear yang sama besar dengan myself
Katanya sebagai peneman tidur bila dia kat kl

Still
I Miss si Nizam.......

Khamis, November 22, 2007

Bas

Me on my way to kl. Boring btol. Nk baca storybook, gelap gelita. Seb baik ada 3g. Boleh menggodek internet.

Sampai karang kena naik lrt pg bandar tasik sltn. Si suami akan tgu kt sana. Nk g rumah yong untuk pinjam kete ain sbb sok kena pg damansara.

Hr ahad ada krista family day. Kena la pegi. Katanya dapat 10 banner free. Tu yg kena gak pg. Bole gantung kt jalan.

Ahad malam nk kena balik ipoh. Hr isnin ada budak nk datang belajar membaca. Harap2 sgt berjaya mengajar budak tu. Kalau berjaya, lebih berani la nk ambik lebih ramai student.

Si suami agak upset bila aku ckp aku rasa sakit perut mcm sakit sesungut. Aku pn sebenarnya sedih gak. Kitorang mmg kalau bole nk baby as soon as possibble. We love kids, especially babies. Alaa. Baru kawen tak sampai pn 2 minggu. Hehehe.

Gamba2 kenduri kt ipoh byk dh siap. Bole tgk kt friendster di www.Friendster.Com/shahinaz

oh. Masih blom boleh lg panggil si suami tu abang. Asyik panggil nizam je. Orang2 pn dh marah

dah la. Kt tgh2 hutan ni. Nk cuba tdo supaya karang tak ngantuk dan bole main congkak ke, galah panjang dgn si suami.

Selasa, November 20, 2007

mrs. knizamk

Huuuhhh
Selesai jugak majlis kenduri
Penat
Tapi dah kena start keje balik
Dan nizam pun dah berada nun jauh di KL
Tengah hari semalam nizam hantar aku balik ipoh
Dan pagi tadi pukul 5 sengah dia balik kl naik bas
takpe
hari khamis petang
insyaAllah aku akan ke KL


Malas nak tulis banyak banyak
Ada benda dalam kepala
lagipun i miss me Mr husband
Lagipun nak makan bubur marrybrown yang lezat nih

layan gamba je la yeh







Rabu, November 07, 2007

3

DaisypathWedding Ticker


saya cuma nak dia tau saya sangat hurt
macam luka yang kena hiris dengan pisau tajam
kemudiannya luka tu kena titik dengan limau
pedih
sampai ke ulu hati
menusuk jantung

tapi saya tetap kena teruskan hidup
bekerja
bersiap barang barang untuk majlis kenduri
walaupun semuanya macam autopilot

saya harap benda benda buruk takkan berlaku
tapi ia tetap berlaku
dan sebagai seorang yang matang
saya kena dan terpaksa menerimanya

dan
saya tade siapa untuk meluahkan rasa

dah la
tired

neway,

3 days to go

Selasa, November 06, 2007

4

sila klik pada gambar untuk lebih besar

4 hari lagi

dear readers,

anda semua dijemput menghadiri majlis perkahwinan saya pada 11 november 2007.
majlis nikah adalah pada 10 november 2007 lepas isya dan diikuti dengan majlis berinai
kalau nak datang boleh je. boleh makan sate.
dan pada 11 november malam tu pulak akan diadakan majlis potong kek dan membuka hadiah.
pun boleh jugak kalau nak datang.
lagipun kek saya berbentuk bentuk.
paling bawah berbentuk empat segi
Tingkat kedua berbentuk bulat
dan tingkat ketiga berbentuk love
tak sabar nak tengok kek yang berbentuk bentuk tu
mana mana yang tak sempat nak hantar kad tu, tetap jugak dijemput.
sila la datang untuk memeriahkan majlis ye
- . i . n . a . z . -

Ahad, November 04, 2007

6 days

Ahaaaa
6 days to go
Wewewewewewe
Suka macam nak loncat loncat

Neway
Been busy with things
Ada beberapa benda yang hamper settle
Tapi at the same time,
Menambahkan beban daam kepala

As usual
Not about this wedding thingy
This is about my pride n proudness

Hari Jumaat
Selepas bersedia menyediakan bahan bahan untuk interview
Sekali masuk diorang kata tapayah present
Cakap je
Dan memang jangan harap la derang nak bagi peluang aku cakap
Benci btol

Tapi in the end
Result dia ok walaupun ada conditions
Tapi semua tu boleh ejas

Ok malas dah nak cakap pasal benda itu.

Hari jumaat malam konon konon nak balik ipoh naik tren
Tapi bila sampai sentral, tren ke north dah habis
Bergegas pegi jalan duta
Bas ke ipoh pun dah tade
Jadinya, beli tiket bas ke ipoh untuk pagi sabtu
Pukul 7 sengah pagi dah naik bas ke ipoh
9 sengah pagi dah sampai ipoh
Laju betul
Tapi tak sedar langsung sebab sepanjang jalan tidur macam dah tade hari esok

Tapi memang betul betul penat sekarang nih
Don’t have enough rest
Tiap tiap hari busy
Tiap tiap hari banyak benda nak buat

Ni minggu ni lagi la
Dah la kerja malam
Benci betul kerja malam
Sebab kurang waktu
Balik pukul 10 malam apa je yang boleh buat
Sampai last day pun kena kerja malam

Tapi aku memang dah nekad dah
8 haribulan tanak pegi keje
Lantak la
Nak balik ipoh dah

Oh.
Sila la tengok my pride n proudness
Hehehhehehe

Ini la yang menjadikan kepeningan kepala selama hari ni
Ini la yang menyebabkan aku tak lena tidur tapi berselera makan sampai buntat
Ini yang menyebabkan hidup jadi agar tunggang terbalik selama setahun ni

But above all
I’m proud to tell that it’s mine
And I’m so so so thankful to mak, abah, nizam n yes, my family

Jadinya, lepas kahwin ni
Inilah kerja saya
Cikgu tadika
Hehehehhehe

Untuk semua orang orang ipoh
Sila lah hantar anak anda ke tadika saya

Kenapa?
Kerana Krista adalah rangkaian tadika francais terbesar di Malaysia
Kerana Kanak-kanak seawal 3 tahun boleh mendaftar di sini
Kerana mereka boleh mengikuti samada tadika sahaja ataupun full day programme
Kerana zaman kanak-kanak hanya sekali dan mereka akan mendapat mengalami keseronokan zaman kanak-kanak dan keseronokan belajar yang sepenuhnya di sini

( ada orang ipoh ke baca my blog ni? Macam tade je )