Isnin, Oktober 22, 2012

karnival upin ipin di mydin meru raya Ipoh

hari ahad haritu
bawak kiddos pegi karnival upin ipin
tahun lepas pun diorang pegi
tu yang zara tak habis habis cakpa nak masuk rumah upin ipin
tapi
mana ada

kiddos memang enjoy themselves
siap paw mr husband untuk belikan diorang set bekas makanan dan minuman upin ipin
diorang tu nak beli je
bila dah balik diorang tak heran pun nak tengok

tengok budak yang jadi suara mail tu dah besar dah



zara nak tulis otograf untuk upin ipin

 hati riang la dapat beli barangan upin ipin
tapi runsing sebab tunggu food sampai lambat sangat
 dua dua budak ni didukung oleh mr husband
letak setiap sorang di sebelah bahu
supaya lebih tinggi
(seb baik abah diorang besar. larat la nak dukung dua orang budak yang 10kg each tu)

kali ni dapat front seat
affan tengah ikut apa yang diorang atas pentas tu suruh buat


ini dalam kedai makan upin ipin


tiba tiba fizi lalu dan kitorang terus ambik gambar sekali


mr husband n affan pun nak jugak
tak boleh tidak


ok
dah makan
dah main
zara nak duduk atas kerusi urut
sebenarnya mr husband yang nak duduk situ
tapi zara terus take over
lepas tu shopping dalam mydin
masa tengah bayar
affan dah tidur
naik kereta, zara plak tido
penat sangat la tu

Sabtu, Oktober 20, 2012

kereta baru zara

dah lama mr husband nak beli
dari kitorang beranak sorang
masa tu tatau kat ipoh ada
kalau pegi kl
tengok pamphlets
tengok dan bercita cita nak beli

pertengahan tahun haritu
atok janggut belikan affan motor
affan tak pandai sangat nak tekan
tapi suka kedekut tanak bagi zara
kadang kadang zara main je buat buat bodo


harini
lepas i balik keje
pegi family day mr husband
nasib baik pegi
sebab mr husband menang lucky draw
ntah dapat apa
i rasa dapat shelves
sebab berat dan panjang

otw balik
nampak kedai basikal
dan i cakap
boleh la tengok tengok basikal
sebab mr husband ada mention nak beli basikal untuk zara
tengok basikal

then
dah alang alang tengok basikal
kitorang pegi another kedai basikal
then menuju ke pekan pulak

di pekan ingat nak pegi kedai basikal dan kedai mainan
nak tengok kereta "lektrik" kononnya
kedai basikal tutup
dan pegi kedai mainan

memula mr husband nak carik kereta yang boleh dua orang naik
tapi tade
dan mr husband berkenan dengan kereta yang besar

motor yang atok belikan untuk affan
memang lektrik
tapi kalau nak guna, kena la diorang yang nak main tu tekan sendiri
tu yang affan susah nak main tu

ye la
affan ni kan
naik basikal roda tiga pun tolak dengan kaki
mana reti kayuh
inikan pulak nak tekan pedal kat motor

yang mr husband belikan untuk zara
boleh tekan sendiri
dan ada remote juga
ada kunci kereta lagi
hahahahhahahaha

seronok la babygirl tu
sekarang dah ada sorang sebijik
kalau gaduh juga
tatau laaaaaaaaa








Rabu, Oktober 17, 2012

zara, drama series marathon dan rasa

ok
semalam kelas muzik
zara dah buat apa yang cikgu suruh
walaupun mula mula dia menangis
sebelum pergi lagi dia dah cakap ngantuk la
bagi alasan sebab tanak pegi
tapi semalam mr husband kena duduk dalam kelas dia
duduk di belakang je
at least
i kat luar tu dengar juga suara zara menyanyi

ok la
ada improvement

sekarang ni household chores dah makin mudah
i dah tak bz berkejaran lagi
dah tau mana yang kena didahulukan

yang penting
kiddos balik rumah kena bagi makan nasi
macamana pun memang kena ada nasi
kalau diorang tanak makan nasi
diorang akan request la nak makan benda lain
tapi kebiasaannya nasi

tengah hari tadi i tanya affan
"petang nanti affan nak makan apa"
affan jawap
"shoshej"
balik kerja nanti i akan tanya lagi

diorang jarang nak makan mee ke, bihun ke, koay teow ke
semalam i goreng koay teow
sempat makan sepinggan je sebelum kelas zara
balik dari kelas zara siap siap tempat tido
baca novel, tengok keluarga iskandar
habis tu ingat nak makan koay teow
sekali dah habis
kempunan

semalam last episode untuk season 1 keluarga iskandar
i memang heart sangat cerita tu
i lagi sanggup tengok cerita tu dari jane by design
walaupun i heart jugak jane by design tu

lantas
tengah hari tadi
i setkan laptop kat rumah tu untuk download keluarga iskandar full episode untuk season 1
ada 15 episode semuanya
harap harap balik kerja ni dah setel

sempat jugak set untuk download himym ep1 season 8
nak tunggu dvd lama sangat
nk tunggu keluar kat starworld pun tatau bila
mungkin dalam masa terdekat ni la sebab dia dah rerun season 7

i ada rasa nak buat something big untuk diri i
i rasa i boleh
i rasa mugkin dengan cara ini, kehidupan i akan berubah
mungkin
dan its a big step
tapi rata rata yang i tengok
benda ni memerlukan pengorbanan yang sangat besar
tapi takpe
i masih rasa i boleh cuba


ok
sudah



Sabtu, Oktober 13, 2012

selamanya



its been so long
bila terdengar lagu ni rasa macam
oooooooooooooooooooooooooooooh


Khamis, Oktober 11, 2012

on raising kids

kelmarin kan
zara kena marah kaw kaw dengan i
kena cubit
kena pukul
memang la lepas dah pukul zara tu i pun upset
tapi i memang upset dengan perangai dia

dalam kelas muzik
mula mula zara ok
mr husband pun memang duduk tepi kelas
supaya zara nampak abah

tapi
tiba tiba dari dalam kelas
dengar zara nangis
mr husband pegi kat zara
mr husband bagi zara car keys
nak menunjukkan yang kitorang memang takkan pegi

ok kejap
pastu nangis lagi
i plak masuk kelas dia
sepanjang kelas tu zara tanak buat apa apa pun
dia asyik pandang i je

pastu nangis
bila dia nangis
mr husband pulak masuk kelas zara
ok kejap
pastu nangis lagi

i pun dah fedap
i cakap kat cikgu muzik dia
biar i bawak dia balik dulu

kenapa la dia nak nangis nangis
padahal mr husband, i n affan ada je tunggu dia
parents lain semuanya hantar anak anak je dan terus balik
tade pun yang macam kitorang dok tunggu anak anak

sedih la i macamnih
bila zara buat perangai
sebab cikgu dia dah cakap
kalau dia pantas
after 5 months
boleh la start belajar keyboard
at least, before age 5, zara dah boleh main keyboard
tu yang i nak untuk zara

alasan zara menangis ialah
dia takut ktorang balik
tu lagi la menaikkan darah i
sebab dah bagi car keys kat dia
kitorang dah duduk dalam kelas dia
nak nangis apasal lagi tah
ngengada je

jadi semalam masa cakap cakap dengan mr husband
i cakap
teruk i pukul zara semalam
mr husband cakap
tu la. pukul sebab nak lepas geram. bkan nak mengajar
i cakap "sebab i upset"

memang i tau
i pukul sebab i marah
previous week i cuma membebel bebel je kat zara
dia buat perangai jugak
lantas this week i kena pukul dia

ok
cakap la i ni parent yang teruk
tapi i tau apa yang i buat
i nak anak anak i jadi orang yang cerdik
i nak anak anak i berdisiplin
jadi anak yang baik, mendengar kata

cakap la "tak perlu pun hantar anak pegi xtra classes ni semua, anak cerdik juga"
i nak bagi balance
study n play

i nampak kebaikan pegi xtra class ni
boleh build in confidence
boleh jadi outspoken
i've seen evidence
i know

lagipun boleh dapat banyak extra knowledge
knowledge yang kita boleh kaitkan dengan life
macam semalam masa iklan little einstein dalam DJr
soalan yang dia tanya "do you know what is adagio"
so i cakap pada mr husband "mesti awak tatau kan. tapi i know"
hahahhahaha

konklusinya ialah

1 . i sedih sebab pukul zara. sebab esoknya dia cakap tangan dia sakit. even lepas pukul zara pun tangan i sakit. bukannya i happy buat macamtu kat anak. itu sama macam merobek hati i sendiri. tapi i sangat upset. i nak dia tau yang dia tak boleh buat perangai macamtu.

2 . pagi tadi mr husband cakap kat i, kalau i buat lagi macamtu kat zara. nanti dia tumbok i. hehehheheh. i knoe dia sedih sebab i buat anak kesayangan dia macamtu. i pun sedih la bambang, tapi macam i cakap, i hafto.

3 . it's easy to raise kids. anyone can be a parents. but to nurture and develop the kids, its a hard task. and it doesn't come with a manual. its all depends on our own judgement as a parent. and you can never quit your job as a parent. semakin anak besar, semakin i rasa berat bahu ni memikul tanggungjawab nak membesarkan anak. supaya mereka akan menjadi seorang yang cemerlang. semoga mereka mempunyai masa depan yang cerah. semoga mereka masih mengekalkan nilai nilai murni dalam kehidupan, semoga mereka masih tahu berdoa dan bersyukur.

4 . mr husband tau i tak suka nak hug hug dia pagi pagi lepas dia mandi sebab badan dia sejuk, dan dia suka buat macamtu sebab nak tease i. i tak suka sejuk sejuk di waktu pagi. i suka warm macam duduk dalam sarang.

Jumaat, Oktober 05, 2012

penama kwsp

semalam pegi EPF
i buat penama
memula ingat nak pegi sekali dengan mr husband
tapi early morning sbelum keluar rumah mr husband dah cakap
just assume that im not going

yo lah
tengah hari tu i sms tanya going or not
pun dia jawap not going

sampai je terus ambil nombor
dan dalam seminit nombor pun dipanggil
pantas dan cekap
dan pekerja kaunter tu adalah peramah

cuma dia ada bagi situation pada i yang menyebabkan i ada rasa doubt sesaat

katanya
baru baru ni ada kes
seorang pencarum epf ni meninggal
dan penamanya anak anak dia yang berusia dua tahun dan sorang lagi berapa bulan tah
suami dia sangat upset sebab tak dapat keluarkan epf arwah isteri dia nih
sambung pekerja kaunter tu lagi
saya rasa dia bukan upset sebab tak dapat keluarkan duit
tapi dia upset sebab dia sangat sangat perlukan duit

masa tu i ada rasa doubt
macam
perlu ke i letak nama mr husband semuanya
sebab if anything happen to me
zara n affan cuma boleh keluarkan duit tu bila diorang umur 18

tapi
i teruskan je la
sebab mr husband kan kerja
pandai pandai la dia carik duit untuk dia dan anak anak
bukannya macam ayam
kais pagi makan pagi

so i cakap pada orang epf tu
takpe
suami saya kerja

dah la dia gelak je bila dia tengok borang penama i tu
i letak 45% untuk zara
another 45% untuk affan
dan 10% untuk mr husband
lalu dia tanya
ni 10% ni, kira komisyen je la ye?

i cakap a'ah.
kalau dia nak kawen lain
cari duit sendiri
hehehheheheh

kalau i mati dulu
takpe kalau mr husband nak kawen lain
tapi
takbleh kawen selagi affan n zara masih sekolah
dan kalau mr husband kawen lain masa i dah mati
nanti hantu i akan kacau isteri baru dia

(yang selalu mr husband cakap, mesti i banyak dosa, sebab tu la jadi hantu)

i sayang je mr husband
sayang banyak banyak
dan bukan i tak percayakan mr husband
i percaya sangat sangat
tapi i lebih pentingkan masa depan kiddos tu
sebab perjalanan diorang sangat sangat panjang lagi
dan i rasa
ramai je parents yang fikir macamtu
ramai je yang dahulukan anak anak daripada spouse
tak kira sedalam mana pun kasih sayang pada spouse tu

cakap pasal kasih sayang
we are going to hit our 5th anniversary really soon
cepatnya masa berlalu
macam tak percaya dah hampir lima tahun kawen
kadang kadang rasa macam baru baru je kawen

sudah la.





zara, affan dan ice cream

Waktu kelas muzik semalam
affan buat perangai
tanak buat apa yang cikgu suruh
pastu nak nangis lama lama la

kenapa tah jadi macamtu

mr husband dah kata kalau kiddos behave
lepas lesson
boleh beli ice cream

sebab affan buat perangai
mr husband kata tanak beli untuk affan
beli untuk zara je

masa masuk simpang mcD
i cakap kat affan
"tanya abah. affan nak ice cream boleh"
affan tanak tanya mr husband
tapi dia cakap "abah kata tak boleh"

dia belum tanya
tapi dia sendiri dah cakap abah kata tak boleh

banyak kali i soh affan tanya abah dia
tapi affan tanak
zara pun asyik cakap kat affan
"adik tanya la abah"

bila sampai drive thru
mr husband order 3 ice cream
zara dah makin risau
dia asyik suruh adik tanya abah
tapi affan buat degil
tanak tanya
tapi affan dah pegang pegang baju abah dia

zara sangat sangat risau
dan asyik pujuk supaya adik tanya abah

bila dah sampai tempat pickup
dah ambil ice cream dari pekerja mcD tu baru affan cakap kat mr husband
"affan nak ice cream boleh?"

bila adik dah dapat ice cream baru la zara sangat relief
dan zara asyik gelak dan cakap tak henti henti
dan suara zara waktu bercakap tu adalah suara sebak yang dihappykan
(faham tak macamana?)

dia risau sangat kalau adik tak dapat ice cream

hati dia sangat sedih

zara ni kan
kalau hati dia sedih
dan lepas tu kita pujuk dia
dia akan cakap dengan sangat eksaited tak henti henti
tapi kita akan perasan yang suara dia adalah suara macam nak menangis
dan juga
dia akan gelak banyak banyak

semalam tu memang nampak sangat dia risaukan affan tak dapat ice cream
risau sangat sangat

walaupun diorang suka gaduh gaduh
tapi i tau diorang sayang menyayangi antara satu sama lain
kadang kadang kalau affan nangis
dia cuma nak zara sorang pujuk dia

dua hari lepas
zara balik sekolah nangis nangis
bila sampai tadika
affan peluk zara
nak bagi zara diam

i harap diorang akan sentiasa sayang menyayangi sampai besar
semoga kasih sayang diorang dua beradik tu kekal
jangan la diorang bila dah besar nak gadug gaduh tanak bertegur sapa
sebab diorang cuma dua beradik



Rabu, Oktober 03, 2012

Aisya zahirah dan asyraf zharfan

Tade keje dan saja saja google search nama asyraf zharfan
Dan search image
Pastu jakun jakun sebab first few pictures tu memang gambar affan

Call mr husband soh dia google

Few second lepas tu mr husband plak call i
Dia cakap kalau search aisya zahirah
Pun gambar zara akan keluar dulu

Yay!!!!!!

Tu pun eksaited kan
Mesti la

Ok
Tahun depan i dah tahu dah nak hantar zara kat mana
Tadi dah pergi tadika tu

Guru besar tu tanya i nak aliran biasa atau aliran mandarin
I rasanya nak aliran biasa je

Komfem la kot i hantar zara kat situ
Dekat dengan workplace i

Zara suka sebab ianya macam school
A real school
Zara dah duduk tadika dari baby
walaupun di tadika i tu
student tak ramai
jadi cikgu memang boleh menumpukan perhatian pada setiap murid
tapi
tapi dah 3 tahun zara kat situ
dia dah boring

Walaupun sekarang zara tadika kemas
Tapi tadika tu kecil juga macam tadika mama

Dan since next year zara dah nak masuk 5 tahun
Memang sesuai la dia masuk tadika yang macam sekolah

Oh
Next year kena daftar zara untuk tahun 1
Waaaaaaah
Dah besar anak i
Kena secure place di sekolah yang i nak tu
Tak boleh lambat
Nanti tak dapat

Masa kat tadika tu
I pegi juga ke taska
Saje je la bagi affan seronok
Tapi taska kan
Kat mana mana pun sama je
Budak budak melepak lepak
lantas affan kata takmo
dia nak tadika dia jugak
sebab ada acikHa

takpe
affan kan next year nak pegi tadika kemas
hahhahahha
baby i tu dah nak pegi sekolah
besar dah
semalam affan pakai baju sukan pun i rasa aneh

nanti la sambung