Isnin, April 24, 2006

. b . e . r . j . a . l . a . n .

Nak bercerita perihal perjalanan.

Sabtu . 22 April 2006 .

Tengah sedap sedap tido tiba-tiba dikejutkan dengan lagu dari telepon.

"nak pasang streamyx kat bangi. nak ikut?"
....... "kol bape?"
"janji ngan customer pukul 10. Dalam kol 9 sengah nak gerak la "
..... (diam)...... "naik ape?"
"saya ada moto je"
........ "hmmm datang la"

Lantas terus aku bangun sebab nak kemas kemas kereta supaya nanti senang hati bila nak berjalan. Kereta bersih dan kemas.

Dalam pukul 9 sengah gerak ke Bangi. Singgah McD Sg Besi. Beli brekfes. Dan seperti biasa, kereta yang jadi rumah kedua tu jadi tempat makan kitorang.

Rasanya aku perlukan sebuah kereta yang lebih besar supaya senang nak meletak barang barang. Selalu sangat ni bermakan-makan dalam kereta.

Kata aku "kena beli caravan neh "
kata dia " tu laaa... nanti saya pegi jumpa customer, awak bleh la tumbuk sambal belacan kat dapur caravan"

........ cuba nak membayangkan macamana dan sangat kelakar. Dengan bunti kelentang kelentung lesung batu.

Lama betul dia memasang streamyx di rumah customer itu. Lepas habis, masa nak balik, masuk hiway, tiba-tiba dia tanya "nak pegi seremban?" . Aku yang pantang diajak ni terus la jawap nak. Lantas terus masuk hiway seremban.

Aku nak pegi Jusco Seremban 2. Last year sebelum convo aku ada jalan2 kat seremban 2 ni. Masa tu Jusco tu tak siap lagi. Macam biasa la incik jack itu kalau pergi Seremban, misti dia nak tengok kolej dia. Macamana pun misti lalu jugak.

Tak bes pun Jusco tu. Besar je. Mungkin jugak kitorang dah tak rasa bes pegi pusat membeli belah. Sebab tade benda yang nak dibeli? Aku pun tatau apa nak dibeli. Even haritu masa pegi OU, masukk kedai baju dan kelaur tangan kosong. Tade baju yang berkenan. Ke aku dah hilang interest pada baju. (Sebenarnya susah nak carik baju sebab badan semakin gumok )

Dari Seremban, aku ajak pegi PD. Si jack dari dalam Jusco lagi dah bising lapar. Lapar nasik. ( biasa laa... orang melayu, macamana pun misti nak makan nasik jugak ) Lagipun pagi dah makan fast food.

Suruh jack tahan lapar sebab nak makan kat PD. Sampai PD, terus makan tengah hari. Lepas makan, main-main dengan air laut. Lamanya tak merasa air laut. Hati ni melonjak-lonjak nak mandi. Lagipun memang ada baju spare. Boleh sangat kalau nak dibuat mandi. Tapi takkan nak mandi sorang-sorang. Kang cam aneh plak.

Dalam pukul 4 setengah, balik. Panas gile. Badan dah belengas. Tak sabar nak balik. Sampai rumah dalam pukul 6 lebih.

Dalam pukul 8 gerak ke rumah jack sebab nak beli tiket kapal terbang. Hohohoho. Saya mahu melancong lagi. Haritu pegi Sabah sorang-sorang. Kali ni nak pergi Sabah dengan jack. Tu laaa.... dulu orang ajak pegi Sabah skali takmo. Ni dah dengar kebestan melancong, baru la dia nak follow. Cari-cari tiket, las las beli tiket untuk next year. Tahun ni dah fully booked. (tiket murah la) Bulan Mac taun depan plak tu. Kira untuk honeymoon la tu.

Awal-awal lagi dah pesan kat jack supaya duduk kat hotel biasa. Takmo duduk hotel 5 star. Budget beb. Duit lebih tu boleh la digunakan untuk aku shopping sakan kat Tamu. Kali ni aku berjanji dengan diri sendiri, kalau pegi tamu, nak beli barang2 untuk diri sendiri. Masa pegi sebelum ni asyik pikir nak belikan untuk jack la, untuk mak la, untuk jack lagi la, las-las tade ape pun untuk aku.

Mana taknya, amek je aku kat airport, si jack terus tanya mana hadiah. Bagi satu, dia nak lagi. Seb baik la aku beli berjenis-jenis hadiah untuk dia.

Ape pun, aku sangat hepi kerana nanti boleh melancong bersama jack. Walopon tahun depan, tapi dah confirm. Seronot nih. Nanti bole pujuk dia untuk pegi Jakarta. Dah berapa lama aku ajak dia pegi jakarta. Manjang je takmo. Takpe nanti akan diusahakan lagi untuk memujuk sampai dia kata okay.

Oh ye. Murah je tiket pegi balik untuk 2 orang ke Sabah tu. Kurang dari RM260. Bes kan?