Selasa, Disember 06, 2011

family picture


lama dah tak letak family picture
sebab susah sangat nak ambik gambar satu family

here goes
anak anak pun dah besar
bapak anak pun dah besar
mak anak pun dah bsar jugak

Sabtu, Disember 03, 2011

pilihan

dua tiga hari ni sangat malas nak bekerja
last week sibuk dengan preparation untuk lawatan jpk
lepas jpk datang hari selasa haritu
mood kerja jatuh merundum

sekarang rasa macam underpaid
boleh?
sebab tu malas buat kerja
lagi satu sebab i kan si rajin
i dah siap kerja i awal awal
i dah bagi marks to student awal awal
tapi tiba tiba ada amendment
haaaiihhh
terus tade mood
sebab kena buat balik semula
dah la yang kena buat balik semula ni kelasnya ramai student dan banyak assignment
19 students x 8 assignments
nak kena tulis markah secara rubrik satu satu untuk setiap sorang

sape nak ambik i keje?
i komfem bagi komitmen 120%

workwise
i masih dalam dilema
i ada option untuk handle jpk ataupun i nak jaga diploma programme
sebab sekarang kalau ikut formaliti
tugas i adalah coordinator untuk dip in multimedia
dan jpk jugak
sebab each course ni banyak kerja
so i kena pilih satu
dan i tengah tatau nak yang mana satu
i suka je kalau dapat pegang dua dua
i kan gila kose sket

rephrase
i bukan gila kose
i suka buat kerja
i suka buat something yang challenging
baru la thrill
baru la ada rasa adrenaline rush
kalau lama lama duduk di satu satu tempat dan buat benda yang sama tiap tiap hari i yang rasa tak bes
tapi biar la apa yang i buat tu berbaloi dengan apa yang i dapat
baru la seronok
ni kalau kerja banyak tapi pendapatan tak cukup untuk makan sebulan
tak seronok juga

kalau i ambik jpk nih
i akan terikat dengan kolej ni untuk satu jangkamasa yang agak lama
mungkin 3-5 tahun
tapi
prospek untuk kerja di luar adalah cerah
tambah pulak kalau i ada vto
cuma kat kolej ni student jpk tak ramai

kalau i stick dengan diploma
kerja internal akan banyak
tapi i akan banyak jumpa student
i akan tambah i punya skills

tapi
i masih belum tahu apa yang patut i buat
should i stick to what i've been doing
ataupun ambik benda baru
atau
aku harus lari ke hutan
belok ke pantai

ah sudaaaaaaaaaaaah
masuk puisi aadc plak

atau
patut je i benti keje
tinggalkan semua nih
duduk tadika
goyang kaki



Khamis, November 24, 2011

zara dan belajar

tahun ni zara tadika main main
walaupun dia main main
tapi exam dapat 83 markah

tulis abc pun tak pandai

tahun depan zara masuk 4 tahun
dan zara akan masuk tadika betul betul
oleh sebab itu
i dah start kelas intensif dengan zara

semalam dah belikan zara books
buku petak
buku color
stationary set dan color

padahal kat rumah belambak je pensel dan kaler
tapi nak bagi semangat punya pasal
i beli baru semuanya

malam tadi start belajar dengan zara
belum start buku abc lagi
baru guna buku petak
i suruh dia buat bulat
dah siap satu page
i suruh dia buat garis

nak ajar grip pensel dengan betul
nak ajar zara menuls dengan cara yang betul

i gunakan pensel stabilo yang segitiga tu
sebab besar dan senang nak grip

mula mula dia buat bulat betul betul
dia dah malas sikit
dia angkat tangan dari meja
dia buat bulat besar besar
masa buat coloring pun sama
bila dia dah malas malas nak kaler elok elok
dia akan kaler tanpa tangan betul atas meja
tangan macam hanging je
(paham dak apa yang i nak cakap nih)

pastu tengah zara colour
i tengok dia dah mengantuk
dah gsok gosok mata
i suruh stop
dia punya la berkeras takmo stop
dia kata nak belajar

i paksa dia untuk simpan semua buku dan kaler dalam beg
pastu zara ke depan bawak beg
dia keluarkan semua balik
dia nak buat
i berkeras jugak cakap takpayah
sampai nangis zara

i tau dia eksaited nak belajar
dia suka sebab i akan duduk dengan dia dan guide dia
tapi
dia kena la tau limit
bila dah penat kena berhenti

pagi tadi
lepas mandi terus dia duduk atas meja studi dan nak sambung color
tapi dia baru buat dan tcer oda dia sampai
lupa dah semuanya
terus keluar dengan tcer oda

malam satgi nak kena sambung belajar dengan zara
budak affan tu mesti akan menyibuk jugak
menyibuk nak duduk kat meja yang sama
menyibuk nak main dengan kaler
pastu suruh i move from his chair
sebab mr husband cuma beli 2 chairs for that study table
i la yang kena cari kerusi lain

kalau rajin malam nanti i ambik gamba zara yang tengah study

harap harap i tak penat
balik ni nak masak koayteow
semalam beria ia je i dah siap sedia perencah
pastu keluar pegi billion sebab nak beli barang barang
lepas pegi billion mr husband pulak nak pegi std ctd baya cc
lepas pegi std ctd pegi mcD plak
kat mcD affan makan fries n nugget tak henti henti
zara pulak main tak henti henti
sampai naik kereta pun affan still minum

sampai rumah mr husband kata takpayah masak koayteow
i ajar zara
pastu tengok tivi dan tidur



Selasa, November 15, 2011

zara dan affan

bambang

pagi tadi i keluar rumah awal
pukul 7.50 dah keluar rumah
sebelum naik kereta
i terpijak kaki zara
sian dia
sebab masa naik kereta
dia bukak kasut dan usap usap kaki dia

pastu masa nak masukkan adik dalam kereta
terhantukkan pulak adik kat pintu kereta
melalak lalak adik
padahal i rasa macam terhantuk sikit je

tau la tangan i penuh
nak dukung adik
nak bukak pintu kereta
tu yang jadi macam tu

bawak diorang pegi beli nasik lemak
kakak kata nak dua nasik lemak
adik nampak kuih lapis terus eksaited
bila dah beli
adik menangis sebab dia ingat tade beli kuih untuk dia
pastu orang jual tu bagi lagi satu plastik
untuk letak kuih adik
baru la adik seronok

dah seronok
tanak masuk kereta pulak
terpaksa la kitorang duduk kat tepi jalan tu
nak bukak kuih adik bagi dia makan

tu pun still tanak masuk kereta
las las i angkat je dia bagi masuk kereta

zara eksaited sebab masa baru masuk kereta nampak kakak irdina pun beli nasi lemak

sampai tadika
zara dan adik laju je turun kereta
dua dua riang hati masuk tadika

itu je report untuk pagi ni
hehehehheheh

Isnin, November 14, 2011

ape tah

dua hari cuti
dua hari pegi kenduri

zara suka pegi kenduri kawen
mr husband kata
zara mesti dah ada wedding dream dia sendiri
ceeeeh
berak pun orang yang basuhkan
takkan dah ada wedding dream

tapi dia dah tau la
kalau nak pegi wedding kena pakai baju cantik cantik
macam princess
sebab orang kawin tu macam princess

sepanjang last week
zara n affan kuat sangat meragam
sampai i penat nak melayan diorang

pagi tadi i keluar rumah pukul 8
angkut budak budak tu naik kereta walaupun diorang tidur
sampai tadika zara bangun
dia merengek rengek
adik rilek je sampai tadika terus main main
zara nak i mandikan dia

lepas mandi baur pegi keje
i punchkad pukul 8.33
lambat 3 minit

dalam kereta i telepon mr husband
i cakap pasal zara mengada ngada
mr husband kata
"takpe la.... anak pompuan sorang"
waaaaaaaaaaaaaah
konpiden je sorang

tu la
mr husband ni kan
i dah cakap
i momo buat apa apa
i nak baring je
mr husband yang gedik gedik kacau i

pastu mr husband bleh plak tanya i
"salah sape"
helooooo
mesti la awak yang salah mr husband
takkan i pulak yang salah

haritu i nak buat implan awak tanak bagi
kata nanti i jadi gemok
risau sangat i jadi gemok pasal?
malu nak jalan dengan i dah ke?
ke takut kawan kawan kutuk kata awak ada bini gemok?
ngengada tau mr husband ni
kalau apa apa jadi
awak siap la duit banyak banyak
i tak mintak pegi pantai ke ish ke
awak sedia duit untuk masukkan i kat wad first class macam masa affan n yaya haritu cukup le


Ahad, November 13, 2011

lagu yang memberi inspirasi


i suka lagu ni
i ingat dulu dah penah letak
tapi cari cari tak jumpa
might as well i share with u guys

lagu ni i suka dengar kalau nak buat kerja
boleh jadi sangat bersemangat untuk buat kerja
dan boleh fokus

lagu ni dan lagu love story +viva la vida by jon schmidt jugak

nanti i letak lagu bella's lullaby-as it was meant to be pulak
kenapa la i tak reti main piano yang hebat hebat macamtu
kalau reti mesti boleh buat mr husband cair
hehehhehehe
even main duet heart n soul pun mr husband dah suka
hikhikhik


enjoy~

Khamis, November 10, 2011

happy 4th anniversary

Rabu, November 09, 2011

sakit sakit

zara dari hari raya haji haritu muntah muntah
sampai harini
dah masuk berapa hari?
raya was on sunday
ni dah hari rabu
dah 4 hari
kalau tak makan ubat je, mula la muntah

affan pun dah berjangkit muntah
semalam kat tadika 2 kali minum susu
dua kali muntah
dalam kereta bagi bf, lepas tu muntah
sebelum tidur pun sama

jenuh nak tahan tahan dari bf
bagi sikit sikit je
sebab kalau tak dia takmo tidur
masa tidur pun ada 2 kali kot muntah

zara pulak sepanjang malam semalam berkali kali muntah
mr husband yang uruskan semuanya

petang semalam lepas balik kerja pun i muntah muntah
sampai klinik pun muntah lagi
zara sampai klinik terus cirit birit yang dahsyat

for me
i rasa sejak m husband start kursus kat kl tu
macam every 2 or 3 weeks i akan muntah muntah
badan dah makin tua kot

tapi tu la
i yang dah besar ni pun tak tahan kalau muntah
ni kan pulak budak budak dan babies
sian zara n affan

kejap ni pulak mr husband hantar sms cakap dia dah start rasa sakit
i rasa sakit sendi dia tu la
tu la kan
lama tak pegi cocok

dah
biar hanging je macamni

Jumaat, Oktober 28, 2011

birthday wishes to little zara

happy birthday to my lovely daughter Aisya Zahirah . Semoga yaya membesar dengan sihat, diberi umur yang panjang, semoga yaya sentiasa menjadi anak mama yang cerdik, mendengar kata, tak sombong, semoga yaya sentiasa dilimpahi nikmat dan kurnia-Nya, semoga yaya dan adik sentiasa sayang menyayangi, semoga yaya sentiasa sayang mama n abah, semoga yaya dapat merealisasikan impian mama n abah yang nak tengok zara cemerlang dalam pelajaran, berjaya dalam hidup. i love you little girl ~

mama~

Selasa, Oktober 25, 2011

zara dan pizza dan perkara perkara yang zara ingat

mr husband kat kl
petang semalam tiba tiba mata berpinar pinar
tiba tiba rasa nak pitam
dan termuntah
habis lengan baju i kena muntah

sampai tadika pun macam pening pening lalat
tapi sebab kerja
i gagahkan jugak
balik rumah
mandi
rasa nak pengsan
mengigil gigil keluar dari bilik air

pegi rumah mak
i nak makan mushroom soup campbell
tapi tak larat nak masak
nak makan lauk lauk yang ada
i rasa loya

i sms mr husband
mintak dia orderkan pizza for me
bila i cakap je kat zara yang nak pizza

zara mula nagging tok mama soh order pizza
pastu i cakap kat zara "mama dah suruh abah order"
baru zara senang hati

sementara tunggu pizza sampai
dia nagging tok mama lagi
"nanti tok mama bayar la"
dia asyik ulang je soh tok mama bayarkan pizza
then i soh zara ambik wallet i
i bagi zara pegang rm50
i cakap kat zara, nanti bayar pizza
boleh dia cakap kat i
"tanaak... nak tok mama bayar"

i rasa
zara nak tunjuk kat i yang dia boleh handle
sementara i sakit

sebab semalam i memang terbaring je
mula mula i cakap nak makan pizza
i tanya zara
"zara boleh tak orderkan pizza untuk mama?"
zara jawab boleh

lepas dari tu yang dia pegi bilik tok mama dia dan start nagging
bila kata mr husband dah order
dia susah hati pulak sape yang nak bayar pizza sebab i kan terbaring je

mungkin jugak dia nak prove pada i yang dia boleh diharap
dia uruskan dari order sampai bayar
tu yang bila dia dengar bunyi hon pizza
dia terus berlari ke pintu
pastu sibuk nak tolong angkat pizza

my dotter tu dah besar sebenarnya
mr husband n i gelarkan zara budak yang pengingat
semua benda dia ingat

semalam dia cakap kat i
"masa mama mati dengan affan kat hospital, kakak tengok je. kakak tunggu je mama"
i rasa apa yang dia maksudkan ialah
masa i lahirkan affan
dia tunggu i
dan masa i keluar dari wad bersalin ke bilik
dia tengok
masa tu katil i disorong
mesti dia rasa masa tu i n adik dia mati

haritu pulak mr husband hilang kad touch n go
sebab dia nak ke kl
beria ia la dia carik kad tng dia tu
i cakap kt mr husband yang las skali i tengok kad tu zara tengah main
hari ahad haritu zara main wallet mr husband
tiba tiba zara bersorak
"ni dia kad engo abah"
mesti selama ni dia susah hati sebab tak jumpa kad tu

dan mr husband n i pun amazed sebab dia cam kad touch n go

ooooooooh
semalam i janji nak belikan zara roti panjang (roti biasa) n kaya
tapi semalam i sakit i tak dapat beli
pagi tadi dia tanya lagi
i cakap malam ni i beli, bekal makan nak ke kl malam satgi

zara tau tak yang despite mama selalu garang garang tapi mama sayang zara sangat sangat sangat?

Rabu, Oktober 19, 2011

penat tau!!

it was really a tiring days for me
semalam dekat dekat nak balik
zara call
zara tanya i kat mana
affan kat mana
bila cakap affan kat tadika
zara tanya dengan sapa
i jawap dengan makcik ha
zara tanya "makcik ha ada?"
pastu dia nak makcik ha

pastu plak mr husband kata zara dari pagi meragam
memang la i ni garang dengan zara
tapi i sedih je kalau dengan dia bersedih

i cakap dengan zara
"kalau abah kata ok, mama akan pegi kl ambik zara"
so balik keje
terus ambik affan kat tadika
balik, salin baju (tak sempat mandi pun)
my dad datang dan bawak affan n i ke ktm
beli tiket, naik tren

sepanjang dalam tren
affan tanak duduk di tempat dia
dia nak jalan jalan
seat i adalah di kepala keretapi
tapi sebab bawak affan jalan
sampai ke ekor keretapi sebab nak pegi cafe

makan mee goreng dengan affan
pastu affan nak popok
beli corntos
nak balik tempat duduk
tapi affan tanak
las las duduk je kat seat depan tv

pastu pegi tempat duduk asal
affan main dengan budak seat depan
pastu pegi kafe lagi
beli cheezeels harga rm4
(mahal gile)
pastu duduk depan tv lagi

sampai kl pukul 9.40
delay lama sangat
menyesal tak naik ets
seab kat mana tah
ets potong tren i
cessssssssss

sampai kl
mr husband n zara dah tunggu
zara ciom ciom i macam tanak lepas
balik rumah mak mr husband

affan n zara main main sebelum tido
affan sangat susah nak tido
i pun tatau pukul berapa dia tido
tapi sebab affan tak boleh tido
i oso cannot sleep sebab nak jaga dia

i tido ayam je
pastu mr husband kejut cakap dah dekat pukul 5
bangun
siap siap
mr husband bawak pegi isi minyak
pukul 5 sengah i gerak dari ampang

pukul 6 sampai rawang
zara n affan pun dah bangun
ni semua sebab affan nangis nangis

zara tak boleh tido
sampai la kat tapah
pukul 7.10 zara pegi seat belakang
tido
dekat dekat gua tempurung
affan nangis nangis
dari situ i nyanyi saaaaaaaaaaaaaaaaaaampai la ipoh
ambik exit ipoh selatan sebab mr husband kata jangan keluar simpang pulai

sampai rumah dekat dekat pukul 8
grab beg tadika zara n affan
salin baju
hantar zara n affan ke tadika
pukul 8.15 i sampai ofis
angkat barang masuk kereta
pegi SM Rapat Setia

harini ada worksyop kat situ
untuk budak budak lepas form 3
habis worksyop pukul 1.10
singgah tadika sebelum balik ofis

zara nangis sebab dia sakit perut
sembelit
sebab masa basuhkan berak dia
boleh rasa ada poo poo keras yang degil takmo keluar
sian anak i
sekarang pukul 3.44
tak sabar nak balik kerja in less than 1 hr
nak balik
mandi
tido

ps : i booked bukit merah untuk hujung bulan nih. 29&30th Oct. Birthday zara falls on 28th Oct. Might as well sambut birthday dia juga. Bagi dia happy. rasanya everytime birthday pun, akan bawak pegi hotel.

lagipun tadi zara nangis nangis sebab sakit perut
i nak pegi keje
dan i cakap kat zara
mama kena work
supaya ada duit
nanti boleh la duudk hotel
nak duduk hotel?
zara angguk angguk

Isnin, Oktober 17, 2011

aidonlaik

mr husband n zara dah pegi kl pagi pagi buta tadi
tinggal la affan n i nak mengharungi hari sepanjang 5 hari ni

Selasa, Oktober 04, 2011

entry nak cepat

schedule agak bizi sekarang
nak tulis panjang panjang pun tade masa
campur pemalas

nak cakap yang
last sunday
kitorang pegi tesco station 18
lepas pegi groceries
mr husband, myself, zara n affan pegi karoke
ambik satu bilik
cuma rm25/hour dan unlimited songs
sangat bes boleh melalak
tengah melalak
boleh plak affan tidur lena
zara dok lari lari atas sofa dari hujung ke hujung
ye la
mana ada lagu kanak kanak
nasib baik diorang tak cranky

lepas makbapak dah hepi
kena la bagi anak anak hepi pulak
bawak diorang pegi main kat playland

semalam pun sebab nak memuaskan hati cik zara
bawak dia makan pizza hut
sebab dari balik tadika dia dah kata lapar
mula mula kata nak makan nasik
tapi bila dah lepas mandi dia kata nak pizza
nak makan dekat pizza
takmo yang orang hantar pizza (delivery)
dah la nak pizza madu
dia tau ke tak madu tu apa
main sukahati sebut je

so bila mr husband balik kerja
bawak kitorang pegi pizza hut kat ipoh garden
sebelum makanan sampai punya la diorang buat perangai
lompat sana sini atas kerusi tu
lari sana sini
nak menjaga dua budak yang kelaparan memang susah
bila makanan sampai
terus je diorang slow down
terus makan elok elok

i rasa kan
budak budak biasanya kalau lapar diorang patutnya penat la
tak bertenaga
lepas makan baru la jadi aktif
ni anak anak i masa lapr adalah sangat aktif
bila makan, terus khusyuk dan tawadduk mengadap makanan

i ingat harini nak bawak budak dua prang tu pei greentown mall
i nak cari apa tah
tapi nak bawak diorang makan marrybrown sebab situ ada tempat permainan yang bes
heheheheh




Jumaat, September 30, 2011

ke mana menghilangnya

petang semalam saje i balik awal dari tadika
biasanya pukul 6 lebih baru balik
tapi semalam
sebelum lima setengah dah sampai rumah

sampai je terus bawak affan mandi
lepas mandi
menyusukan affan
terus affan tidur
masa tu dalam pukul 6

affan tidur dari pukul 6 saaaaaaaaaaaaampaila pukul 8 pagi tadi
tu pun sebab dah sampai tadika
affan terjaga

malam tadi pukul 8 i ikut mak n abah makan kfc
affan masih tidur
sampai rumah mak pun affan tidur sampai pagi
lepas subuh i balik rumah pun affan masih tidur
sedap betul dia tidur
i pun saja nak bagi dia tidur lama
dia bergerak sikit terus i bagi susu
terus sambung tidur

harini mr husband n zara balik
mr husban was on course for two weeks
kat kl
sebab tu dia bawak zara
boleh zara duduk dengan nenek dia
lagipun zara kan tak boleh berpisah dengan mr husband
minggu ni memang straight seminggu dia duduk kl
last week, hari rabu zara dah balik ipoh sebab nangis nangis nak mama
so hari rabu malam mr husband hantar zara balik ipoh
khamis pagi dia ke kl without zara

affan pun
last week hari hari dia cari abah n kakak yaya dia
masuk minggu ni dia dah tak sebut langsung
agaknya dia dah rasa biasa kot

next week mr husband akan ada kat ipoh untuk seminggu
pastu the following week dia akan ke kl lagi sambung kursus lagi dua minggu

suka la tu mr husband tu
boleh manja manja dengan mak dia tiap tiap hari
seronok la mak dia
misti hari hari masak nak bagi anak lelaki dia makan
makin gumok membesar bagai juara la si mr husband tu



Khamis, September 29, 2011

affan n i

hari isnin malam dalam 4 kali affan batuk batuk dan muntah
sedih hati i tengok affan muntah
sebab dia tengah tidur
pastu terbatuk dan muntah
pastu badan terus lembik dan tidur balik

kelmarin malam affan masih demam lagi
lepas balik kerja
bawak affan pegi econsave
seronok dia main main shopping dalam econsave tu
lepastu terus bawak pegi klinik
masuk je bilik doktor
affan terus muntah yang sangat banyak
temperature dia sangat panas
39 degrees
doktor masukkan dua ubat dalam bontot dia
sampai rumah mak
affan masih panas
letak saputangan kat kepala affan
dalam sejam tu suhu badan dia agak ok

tapi pagi pagi pukul 5 dai dah terjaga dan muntah
ni semua sebab i bagi dia makan ubat
nak bagi ikut time sebab tanak la panas naik lagi
bila dah muntah terus terjaga
pukul 6, lepas abah balik dari masjid
terus pegi mcDonalds
belikan bubur nasi untuk affan
tapi on the way balik tu dia tidur
pukul 7 i balik rumah
affan masih tidur
sempat la nak sidai kain
nak siap siap barang
sampai tadika baru affan bangun

tak sampai hati nak tinggalkan dia macamtu je
so i suap affan dan kawan kawan makan porridge dulu
lepas tu baru pegi keje
lantas punchkad adalah pukul 9.02 pagi
komfem kena tolak gaji

tengah hari pegi tadika tengok affan ok je
petang dah start keluar hingus
so lepas mandi bagi affan makan ubat
dan macam biasa
dia akan terus muntah
lepastu susukan affan
dia terus tidur

lepas maghrib pegi rumah mak
affan masih tidur
pergi jusco sebab mak nak beli luggage
sampai jusco baru affan terjaga
ada baby's fair
jadi affan sibuk la nak ambik botol susu la
nak walker la
masa ambik botol susu tu affan cakap "yaya... yaya"
sebab botol tu ada 2
mebbe dia nak cakap satu untuk yaya

dapat jugak beli mamypoko L56 yang murah
RM46.90 je
sama macam harga offer kalau kat tesco


dah beli botol susu
dalam van affan dok minum botol susu kosong
(kitorang tengah tunggu mak yang renew jcard)
las las i bawak affan masuk jusco beli vitagen
affan pun nampak je vitagen
terus campak botol susu
pastu sibuk nak ambik jelly la

harini i rasa macam nak bawak affan pegi greentown mall
sebab haritu dapt pamplet macam banyak barang yang murah
mesti affan suka jalan jalan
alaaa.... bukan affan je
i pun suka

bambang... if u got stories of zara... please write here eh.

Rabu, September 21, 2011

post raya

Pengaruh korea la nih.

mr husband saja tau nak sabotaj gamba ni.


cik zara yang lupa nak pandang kamera

affan bukan reti kayuh pun beskal

zara n affan nih kan
orang sibuk beraya
diorang sibuk main basikal


baru nak letak gambar raya kan
ni semua pn tinie la ni mintak gambar raya
ok
ni gamba yang i suka je
banyak lagi bakal menyusul dalam fesbuk yeh
tapi...
esok le


tiga kata

saje suka lagu ni. ngehngehngeh. i kan peminat tegar kru. nanti i carikkan youtube dia plak eh



Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus

(Rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)

Wo ai ni
I love you

Isnin, September 19, 2011

emptiness

malam tadi start pukul 1
i terjaga
terus meluru pegi toilet
dah ceriberi dan muntah berselang seli
duaploh menit lepas tu ceriberi dan muntah lagi
lepas dah gosok gigi
pagi dapur carik kot ada ubat arang ke, tapi jumpa ubat diarhea mr husband
dalam pukul 4 pun ceriberi dan muntah lagi
pukul lima lagi skali dan pukul 6 lagi sekali
pukul 6 tu memang dah rasa tak larat
muntah pun tade keluar apa
keluar gas je

zara call pagi pagi pun tak lalu nak angkat
pukul 7.50 baru terjaga
tu pun sebab affan bangun

i bangun terus bawak affan pegi pintu depan
sebab nak tutup lampu luar dan nak bukak pintu
masa bukak pintu, affan terus pegang grill dan panggil "abaaaahh... abaaaaah"
semalam pun sama
tengah makan makan dengan affan, tiba tiba dia bangun dan meluru ke pintu sambil sebut abah

lepas mandi
sambil pakaikan baju affan
dia membebel bebel
tiba tiba dia jerit "YAYA!!!!"
Pastu dia berdiri dan panggil abah..... yaya

hati i sedih tau
sedih sebab zara dok panggil panggil abah n kakak dia
i sedih sebab i sakit sorang sorang
i berjalan pun rasa macam nak tumbang
tu yang kat tempat kerja
pukul 12 sharp dah terus turun makan
dah makan, minum air limau baru la perut rasa lega

harap harap lepas ni tade ceriberi dah
i kena jaga affan

i rasa macam ni la kot perasaan orang yang berpisah dengan suami
mesti rasa life tu kosong je

macam affan yang baby tu
mesti tersiksa jiwa dia bila kakak n abah dia tade
sebab dia keep on calling abah n yaya je
sian la affan

tadi mr husband cakap
harini aktiviti yaya dengan nenek ialah masak sayur sawi
seronok la zara boleh masak dengan nenek
mesti dia hepi

Selasa, September 13, 2011

karenah zara dan affan

semalam tatau apa mimpi zara
i sampai tadika
dia pun elok je nak bukak baju
pastu pakai la pampers je berlari lari

dah lari lari
pastu jatuh tertiarap
lutut dua dua luka
pastu dah nangis nak berdukung je

sampai rumah pun nangis
i lap lap kan badan dia
pakaikan bedak
pakaikan baju tidur
pakaikan plaster kat dua dua lutut
masa nak pakaikan plaster pun terjerit jerit dia
mebbe dia ingat akan sakit kalau pakai plaster

letak bantal bawah lutut
selimutkan dia
buat susu
bukak channel 613
dia pun diam
pastu nak sweets pulak

nak menguruskan affan pulak
nak mandikan dia
dia pulak sibuk nak makan jelly
sambil dia makan jelly
i siapkan beg diorang untuk hari esok

pastu nak kemas jelly affan
nak bawak affan mandi sambil i pun mandi
dah mandi
nak pakaikan baju dia sambil dia berlari lari
nasib baik zara baring je sambil minum susu, makan sweet gummy worms dan tengok tivi

lepas tu i pulak nak siap siap
dah siap semuanya
nak kena kutip gummy worms yang affan buang merata rata
bawak budak budak masuk kereta
zara still takmo jalan
kena bawak bantal, selimut dan dukung dia masuk kereta
gummy worms jangan lupa
affan pulak nak popok
kena sediakan popok untuk affan
kena ambik air jugak
karang tak pasal pasal melalak dalam kereta dahaga nak air

kunci pintu
masuk kereta
baru keluar dari simpang dah bising nak air
kena berhenti tepi jalan
affan minum
zara pulak nak minum
affan pun menangis nak minum
dah setel dua dua minum
sambung perjalanan
diorang pun makan dan minum dengan gumbiranya
baru sampai medan gopeng tengok zara dah letak gummy worm kat armrest
elok je dia susun lekat lekatkan gummy worms tu kat keliling arm rest
affan plak sibuk nak ke driver's seat

sampai cimb jalan kampar kena berhenti lagi
sebab diorang nak minum lagi

dekat dekat medan kidd zara bising suruh berhenti
sebab gummy worm dia jatuh dari arm rest
seb baik banyak traffic light
jadi boleh berhenti banyak kali
senang hati cik zara

dekat dekat silibin
affan nak duduk kat driver's seat
terpaksa la duduk sekali
samapi jelapang dia dah belajar benda baru
dia dah tahu tengah tengah strereng tu boleh mengeluarkan bunyi
dia pun nak cuba banyak kali

perjalanan yang sepatutnya dalam 20 minit je
jadi dalam 35-40 mins sebab nak melayan karenah budak budak nih

sampai rumah i masak spaghetti pulak
lepas makan malam
sambil tengok 555, i pun tertidur
haaaaaaaaaaaaaih
penat

Jumaat, Ogos 26, 2011

about raya

dulu masa berchenta dengan mr husband
ni masa dia dah keje la
ada skali tu dia bagi je i duit
soh beli baju raya sendiri
i pun parking kereta kat lrt
naik lrt pegi alpha angle
pastu pegi klcc
pastu pecgi sogo
pastu patah balik klcc
and patah balik alpha angle
first round adalah untuk tengok tengok
second round adalah untuk beli
mebbe itu sebab dia momo ikut

masa i dah bertunang dengan mr husband
masa tu macam lagi sikit je nak kawen
ada satu hari lepas i balik keje
dia terus bawak i pegi sogo
dan suruh i beli baju raya
apa je yang i nak
fully sponsored
heheheheheheh
pun i suka

lepas kawen pun
masa tu i tengah mengandungkan zara
before mr husband pegi keje
dia bagi i duit
soh shopping baju raya
i pun pegi la sorang sorang dengan perut yang besar

the year after i tak dapat allowance baju raya
sebab both mr husband n i sibuk nak beli baju raya zara je

last year mr husband belikan i sepasang baju kurung je
yang lelain i beli sendiri

this year i dapat henbeg raya
mr husband belikan kain baju kurung
dan dapat sehelai blouse

kita tengok tahun depan dapat apa plak
tapi kena beringat la jugak kan
anak anak dah semakin besar
expenses dah semakin tinggi
takkan nak berebut dengan anak anak kot

mr husband
terima kasih sebab jaga i selama ni
i luv u lots

Khamis, Ogos 25, 2011

resignation

harini dapat call lagi from that place
sebab dah call banyak kali
i rasa
maybe this is the calling
mungkin ini sebenarnya yang terbaik for me
dan i rasa it's time for me to move on

apa pun
i tunggu final say from mr husband

Rabu, Ogos 24, 2011

Terima Kasih !!!

Terima kasih sbb buat perangai..
Mmg aku suka repair ko time2 nk raya ni..
Nak manja la tu..
yaya dgn affan pon tak manja mcm ko.

bongok punya sonata!

Jumaat, Ogos 19, 2011

dugaan puasa

eh, ramadhan kali ni banyak betul la cabaran
maybe in a way sebenarnya nak menguji dan nak menunjukkan kepada diri i sendiri
tahap mana keimanan i

ye la kan
selama ni i rasa i punya foundation of faith kuat
walaupun i tahu ada lompong sana sini
macam konon konon nak kata iman i kuat la
tapi rupanya
belum cukup kuat
dan itu menyedarkan i yang sebenarnya
i kena lebih banyak beribadat
untuk menguuhkan iman i

eh mr husband
haritu awak ada cakap pasal akidah kan
please remind me again,
i macam samar samar apa yang awak cakap

pastu these few days banyak baca pasal ketabahan dan jasa seorang ibu kepada anak anaknya
banyak la link yang membawa i pergi ke stories stories macam tu
yang menyebabkan i nangis sorang sorang depan komputer ni

dan benda benda ni jugak menyedarkan i yang life is too short
apa yang kita ada
Allah boleh tarik balik sekelip mata
menyebabkan i rasa sangat takut
i nak tengok anak anak i membesar
i nak tengok anak anak i berjaya dalam hidup diorang
i nak mr husband n i bersama sampai kita mati

tapi still
dalam takut takut tu
selalu je buat buat lupa apa yang dituntut
seronok sangat dengan kehidupan dunia kot

dah


Selasa, Ogos 16, 2011

berjalan jalan dan si pemalas

dah masuk minggu ketiga puasa
kejap je kan

semalam i gedik gedik ikut mr husband pegi penang
dia ada meeting kat butterworth
sepanjang dia meeting i jalan jalan kat sunway carnival mall
sebab haritu pegi dengan budak budak dan kena laju laju
kali ni i slow slow carik baju
dan dapat shirt esprit untuk zara n i
dapat skirt n pants poney untuk affan
bila mr husband samapi dia carik pumpkin patch
mana ada... kalau pegi parkson gurney plaza ada la

susah betul la nak carik baju yang cantik untuk budak kecik 2 orang tu
baju banyak, tapi tak berkenan di hati

harini kerja
waktu lunch i pegi econsave di seberang jalan
niat di hati harini nak masak kerabu sotong for myself
nak buat coney dog untuk mr husband
dan hotdog untuk anak anak

dah masuk minggu ke 3 puasa
i selalu je rasa nak masak
tapi pemalas
tengok la harini
ada hasil ke tade

kadang kadang i ni berangan je lebih
sampai rumah terus malas nak buat apa apa

nanti kalau jadi masak i war waran
hahahahhahaha

Selasa, Ogos 09, 2011

PERVERT ??

kejadian ni masa tengah beratur nk bayar kt cashier.
affan tengah main sorang2, sambil buat muka comel..

tiba2 dia pg kt pompuan cina (pakai hot pants) yg tengah bayar brg.
elok je dia pg usap paha org tu.

terus menjerit pompuan tu..

isk.. isk.. isk..

abg.. abg..
nasib baik muka hensem!

baju raya , perihal puasa dan hal raya lagi

dah shopping baju raya secara besar besaran di penang last weekend
tapi tak habis lagi

sebab anak anak dapat kasut clarks
mama pun nak jugak
dapat la sebijik henbeg clarks
daripada tak dapat apa apa langsung

baju affan adalah paling susah nak carik
masuk esprit dapat beli baju zara je
pegi baby poney pun dapat baju zara yang banyak
seb baik dah beli baju trudy n teddy awal awal untuk affan
kalau tak, sian anak lelaki i tu
dah ada jeans n skirt untuk zara
baju tidur zara n affan
socks n shoes untuk dua dua budak tu
jeans affan ada sehelai je
nak kena cari lagi ni
pants biasa ke, short pants ke three quarter ke

semalam pegi parkson nampak shoes Zang Toi
i terus berpinar pinar mata tengok kasut kasut tu
mr husband pun kata "ambik la. bila lagi nak merasa"
tapi kasut yang i berkenan adalah takde saiz
sampai nak balik mr husband tanya lagi nak ke tanak
i masih belum buat keputusan
tapi i nak jugak beli
bila lagi nak merasa ala ala setaraf artis hollywood pakai designer's shoes kan

sebab semalam ambik el
petang tu pegi buat rebonding
sebab rambut dah jadi macam singa

tahun ni akan jadi tahun pertama kitorang raya di ipoh
hahahahahhaha
maknanya memang akan beraya kat rumah mak la
pastu i ada terfikir
i ada kena masak apa apa ke?
padaha i dah cakap at mr husband
i tanak beli balang kuih
tanak beli kuih raya
sebab komfem tade sape datang raya
i nak pegi raya rumah orang je

tapi ada rasa macam nak bawak makanan pegi rumah mak
sebab adik beradik mak semua beraya kat rumah mak tahun ni

nak masak apa tah?

Khamis, Ogos 04, 2011

Asyraf Zharfan's 1st Birthday Bash








yay!!!hari sabtu haritu dah sambut birthday affan

thanks to friends n families yang datang
yang bagi present bes bes pada affan
dan presents pada cik zara jugak
untung la zara, birthday adik, dia pun dapat jugak

terima kasih sebab sudi datang menjayakan birthday affan
i dengar ramai yang siap tapau bawak balik makanan
alhamdulillah
bagus la kalau semua cukup makan
kek pun kitorang malas bawak balik
semua dapat bawak balik sikit portion kek tu
dan semua sweets, goodies memang i suruh semua bawak balik bagi habiskan
malas nak bawak balik rumah
kitorang siap dah sediakan bekas untuk sape sape yang nak bawak balik apa apa foods or treats

thanks to pn Sya kerana sponsor design dan buatkan benda benda comel untuk birthday affan
tu semua chocolate wrapper, bottle wrapper, triangle flag, benda cucuk2 yang tulis yummy yang i tatau apa namanya tu, thank you tags, tu semua dibuat oleh pn Sya
boleh jugak tengok facebook beliau di sini
nanti untuk birthday zara, komfem i akan order lagi dari u

affan pun macam tau je orang sambut birthday dia
tak cranky langsung
mebbe jugak sebab makcik Ha dah tidurkan dia pagi tu

masa bukak rpesent
zara n i yang eksaited
affan sibuk main meow yang tiew bagi present kat dia

i tade banyak gambar
sebab masa party tu i sibuk jalan sana sini
hahahhahahahahah



ipoh buffet price list

dah masuk hari ke 4 puasa
dah 3 hari berbuka
hari pertama berpuasa , berbuka di rumah mak
bila nak balik rumah
konon konon nak cari sate
pegi serai tutup
pegi medan gopeng pun tutup
berjalan jalan ke sungai rokam kot kot ada kat medan selera pun tutup jugak
even nak beli otai burger pun tutup
agaknya semua orang berebut nak perbanyakkan amal di bulan ramadhan ni kot

las las balik rumah
terus tido

hari kedua puasa kitorang berbuka di tower regency
i rasa macam harga tak padan dengan food yang ditawarkan
tapi
TAPI
bagusnya orang sangat tak ramai
jadi zara dan affan boleh berlari lari dalam cafe tu
i suka la suasana macam tu
anak i bebas
oh dan kitorang dah siap siap bawah plastic plate n utensils untuk budak dua orang tu
kalau tak keletung keletang dioang main pinggan dan sudu

dan nak ikut entry mr husband tu
bawak affan adalah sangat menguntungkan
dia sentiasa makan tak henti henti
bila habis je terus jerit jerit cakap "naaaaaaaaaaaaak... "naaaaaaaaaaaak"
kalau makanan lambat sampai kat dia menjerit la dia

zara banyak main je
bagi food, dia makan sikit lepas tu main main
pastu merengek suruh mr husband teman dia main
bila adik dah kenyang baru adik nak main dengan zara
baru la mr husband n i boleh makan sampai pecah perut

hari ketiga try heritage pulak
harga dan food adalah sangat berpatutan
tapi nothing new
sama je macam tahun lepas dan tahun tahun lepas
tapi memang bes la
terlalu banyak pilihan
memang bes

ok
ni untuk sape sape yang tinggal di ipoh especially mamanoa
i ada sikit price list untuk buffet buka puasa di sekitar ipoh ni

Impiana Hotel - coffee house - RM62
Impiana Hotel - Kinta room - RM52
Heritage Hotel - RM42
Tower Regency Hotel - RM39
Excelsior Hotel - RM38
Seri Malaysia Hotel - RM33
Hillcity hotel - RM32
Ritz Garden Hotel - RM28
Lan's catering buffet ( dekat2 padang polo) - RM19.90

Kalau ada anak kecik macam i memang elok la pegi on the first week ni
sebab orang belum ramai
company belum ada function
selesa la sikit
tak perlu nak berebut2 beratur amik food
end of second week sampai la fourth week memang akan penuh sepanjang masa



Rabu, Ogos 03, 2011

Berbuka Puasa

kalau pergi hotel utk berbuka puasa...

Bawak yaya adalah sangat merugikan - makan ciput je.

Bawak affan sangat menguntungkan - makan tak berhenti-henti..

Selasa, Julai 26, 2011

busy time

dah nak dekat puasa kan
pastu since yesterday mengalami benda aneh
adakah tanda tanda nak menopos ?
ataupun sekarang sedang mengalami stress yang hebat?
mungkin tidak

semalam lepas kerja gedik gedik la i pegi bank
seb baik tak turun kereta lagi
sebab rupa rupanya dalam henbeg tade wallet
rupanya wallet tinggal dalam kereta mr husband

jadi tak dapat nak bershopping groceries
nak beli mee sebungkus pun kena mintak duit mr husband
kesian kan

tapi tak jadi masak mee pun sebab cik zara tu nak nasik lemak
gigih la mr husband pegi beli santan dan sotong
dan i pun gigih la masak nasik lemak, sambal telur, sambal sotong,
dan telur goreng dan ayam goreng kunyit untuk cik zara yang banyak kehendak tu

i sentap tau
sebab haritu masa pegi tesco
mr husband cakap kat zara n affan "mak kite tak masak"

hamboih hamboih diorang nih kan
suka je mengata i tau

walaupun i jarang masak
tapi i masak sedap tau
( i la cakap sendiri )

ape pun
sekarang ni tengah mode bizi
dari hari isnin sampai rabu ada assessment
pastu nak siapkan marks
nak submit markah student pulak hujung minggu ni
pastu dah nak prepare untuk next semester

hujung minggu adalah birthday affan kesayangan
pastu dah nak bulan puasa
eh bulan yang puasa ke orang yang puasa?




Sabtu, Julai 23, 2011

affan's birthday progress

bizi nih
nak prepare untuk birthday si Affan
tinggal seminggu je lagi

kek semalam dah confirm dengan coffee bean
semalam dah pegi mcD jugak
nak confirmkan table arrangement, foods and everything

chocolate belum beli
mineral water belum beli
party pack tak payah pening kepala sebab ambik mcD punya je

nak beli sweets sket untuk letak dalam balang balang
sebab birthday affan nanti nak buat style buffet

nak bagi invitation card kepada guests

sape nak datang birthday affan sila beritahu
boleh i bagi invitation dan buat RSVP

Ahad, Julai 17, 2011

on coming weekend

minggu ni adalah minggu busy mr husband n i
hari isnin n selasa mr husband meeting ke teluk intan
hari selasa rabu i ada course di uitm puncak alam
hari rabu khamis mr husband ke taiping pulak

hari selasa mungkin i akan drive ke puncak alam
i adalah tatau langsung puncak alam tu di mana
mengagau la nanti subuh subuh buta

i akan balik hari
petang tu balik ipoh
the next morning akan ke puncak alam lagi

i have to
sebab apa pun
i kena fikir anak anak i
affan takkan boleh tidur kalau tak menyusu
lagipun affan bukannya menyusu botol

takpayah la sape sape nak suruh i pam dan bagi affan susu through botol
dia takkan nak
even tiap tiap hari pun
affan akan menyusu kat tadika
kalau dia betul betul lapar je
else dia akan minum air kosong

walaupun i tahu mr husband boleh je jaga anak anak sendiri
tapi i rasa dia mesti tak boleh tidur semalaman

sorry ye anak anak
setahun sekali je macam nih
bukan selalu mama pergi kursus pun

dan disebabkan i sangat tak familiar dengan puncak alam
itupun menjadi masalah di hati
harap harap takde masalah

dan disebabkan next week mr husband n i akan sentiasa on the go
i tak beli pun beras
hahahahahhahahaha

Isnin, Julai 11, 2011

happy birthday asyraf zharfan


happy birthday my dearest son
u are already one
how time flies

nak melahirkan affan adalah sangat senang
affan adalah anak yang mendengar kata
masa mama sampai hospital
dah terbuka 9cm pun
dan sepanjang masa sebelum tu memang tak sakit
cuma the last hour tu je rasa sakit betul betul
dan dalam labor room pun kejap je
in less than 30 minutes, affan pun lahir
masa mama lahirkan affan
cuma ada nurse dan mama je
abah tengah buat pendaftaran
kakak zara kat rumah tok mama

masa mama sakit sangat sangat
mama cakap kat affan
"baby kena tolong mama,
bagi mama hilang sakit"
dan few minutes lepas tu terus mama lahirkan affan

kesian affan
sebab masa lahir
baju affan belum sampai
semuanya ada dengan abah
dan staff hospital pakaikan affan dengan baju wakaf dan wrap affan dengan selimut hospital je
bila abah sampai
abah pun terkejut sebab mama dah siap bersalinkan affan
dan affan pun dah dihantar ke baby's room

alhamdulillah
affan lahir dengan sihat
affan lahir dengan mudah

dan mama sangat sangat bersyukur
sebab selama setahun ni
tumbesaran affan adalah sangat memberansangkan
affan boleh mula berjalan masa berumur 10 bulan
masa 9 bulan affan dah pandai minum teguk dari botol
affan pandai minum dari straw
bila umur setahun
affan dah ada 6 batang gigi

affan dah tade eczema lagi
kulit affan dah licin

affan kenal mama
affan kenal abah
affan kenal kakak
tapi affan panggil kakak "yaya" je
dulu affan panggil mama, "mamee"
affan pandai panggil kawan kawan affan
affan kenal nama nama kawan dia
affan sayang baby affea

affan suka cium girl
affan takkan cium baby boy
gatai anak mama nih

affan sangat manja dengan makcik ha
dengan teacher oda

affan dengar cakap mama
bila affan masukkan benda dalam mulut
dan mama panggil affan
affan akan terus campak benda yang dimasukkan dalam mulut tu
mungkin affan pun masih ingat kejadian affan tercekik dulu

affan masih baby mama yang manja
dan mama sangat sangat berharap affan akan terus jadi my little baby boy

apa pun
for my dearest little son
mama harap affan akan terus membesar dengan sihat
jadi anak yang soleh
mendengar kata
semoga affan berjaya dalam hidup
cemerlang dalam pelajaran
semoga affan akan sentiasa sayang mama, abah dan yaya
semoga segala apa yang mama doakan untuk affan selama ni akan menjadi kenyataan

walaupun affan baru setahun sweet corn
tapi lahirnya affan tambah menceriakan hidup mama, abah dan yaya

affan sayang
mama sayang affan
so deep that words can't describe

mama harap
mama diberi kesempatan untuk melihat affan membesar
mama harap
mama diberikan umur yang panjang untuk bersama dengan affan untuk semua ups and down affan

happy first birthday Asyraf Zharfan
many more years to come
insyaAllah

Khamis, Jun 16, 2011

haba neraka




masa pegi taman herba kat gopeng
ada jumpa satu pokok nih
namanya haba neraka

nama pun dah kedengaran dahsyat kan
belum lagi khasiat/keburukan pokok nih
pokok ni adalah untuk menggugurkan kandungan

kata petugas yang brief pasal pokok pokok herba nih
kalau tengah tengah hari
pokok ni akan mengeluarkan debu
debu tu pun boleh menyebabkan ibu mengandung keguguran
kadang kadang 3 bulan mengandung pun boleh keguguran kalau kita berdekatan dengan pokok nih

sebab tu la
sangat tak digalakkan tanam pokok nih dekat rumah
terutama yang nak merancang berkeluarga

petugas tu kata jugak pokok ni tak elok untuk budak budak
masa tu cepat cepat i bawak zara jauh jauh
tak ingat plak sebab apa tak elok

pokok ni rupa dia macam pokok pandan sket
sebab daun dia panjang panjang
dan dia berbunga warna kuning

apapun
wallahualam
apa apa yang berlaku pun adalah atas kehendak-Nya
i cuma menyampaikan je
kalau dah orang kata tak elok simpan pokok ni kat rumah
tak payah la macam nak menguji dan suka suka tanam pokok nih

Rabu, Jun 15, 2011

my little swimmers




nak cakap apa pun tatau
tapi sejak dua menjak ni my little zara n affanboy kejenye petang petang mandi pool
balik je keje isi air dalam plastic pool dan bagi diorang mandi

Isnin, Jun 06, 2011

affanboy birthday - planning

mr husband macam bercadang nak buat birthday affanboy kat mcD
dan pilihan kitorang mestilah mcD tambun
mcD gunung rapat adalah super crowded

tapi list macam adalah sangat panjang berjela
itu pun i tak masukkan kawan kawan affan kat tadika
tak masukkan colleagues i kat kolej
yang masuk list cuma family members
kindergarten teachers
dan satu dua colleagues mr husband

tapi mr husband dok cakap macam takkan tak ajak sipolan polan ni
sebab dia ada anak kecik
dan i jawap "kalau nak ajak semua sipolan polan, baik buat kenduri kekah affan je"
sebab rumah i kecik
rasanya parents i tak keberatan kalau kitorang nak buat kat rumah mereka

nak buat kat mcD adalah senang
tak payah nak kemas rumah bagai
penat tau
lagipun last year masa sambut birthday zara pun kita spend more than 500
so budget kat mcD ni pun dalam 500 la jugak
tak payah susah susah kemas rumah
dan paling penting the aftermath
dah penat penat sambut birthday
satu hal pulak nak kemas rumah simpan pinggan mangkuk

tapi kalau nak buat kenduri kekah
i rasa kos akan naik berkali kali ganda la
dengan nak beli kambing
katering lagi
takkan nak makan kambing je
nasik dan lauk pauk lain
benda benda lain
dah kata birthday
mesti la ada birthday kek
goodie bag lagi
i yang berangan nak buat candy bar lagi
nak panggil orang masjid lagi

ada sape sape nak sponsor???

Ahad, Jun 05, 2011

karnival upin ipin










seronok la si zara dan si 1affan
pegi karnival upin ipin
dapat jumpa upin ipin
dapat jumpa dengan suara ehsan, mail, ijat
tapi yang tu abah zara yang terlebih eksaited
salam berkali kali
zara dapat salam dengan maskot upin ipin
dapat masuk rumah opah dan bergambar secara unlimited
memang bes

paling tak sangka sebab rupanya affan yang terlebih eksaited
masa upin ipin nyanyi lagu padi tu affan yang eksaited sampai tepuk tepuk tangan
atas pentas pun tepuk tangan
kat rumah opah pun tepuk tangan
dan sekarang dia sudah pandai sebut upin ipin

zara macam biasa
dia suka shopping
las skali semalam dia nak baju
tapi tak sempat nak beli pun

its a good thing la upin ipin ni datang ipoh
sebab ipoh bukannya ada apa apa benda yang bes pun
at least budak budak ada aktivti nak dibuat

pagi ni mebbe nak pegi lagi
pukul 10.30 satgi ada senaman bersama upin ipin

Selasa, Mei 31, 2011

a beautiful sweet wedding





mr husband n i jarang jarang pegi wedding
tapi kalau close relatives biasanya memang kitorang tak miss
sebab ada anak kecik
memang susah la nak pegi wedding

weekend haritu kitorang pegi kl
its been almost two months pun tak balik kl
balik kl ni tujuannya untuk attend wedding cousin mr husband

wedding tu dibuat di dewan sri siantan, perbadanan putrajaya
tempat tu adalah sangat bizi sebab ada event perhimpunan sejuta belia

anyway
it was indeed a sweet beautiful wedding
suasana sangat aman, sangat nyaman, sangat peaceful
and seriously
we can feel the romance fills the air
i sangat suka kan suasana tu
sampai i yang dah beranak dua ni rasa nak ajak mr husband naik pelamin lagi sekali

dewan luas
tak crowded
decorations sangat elegant
pengantin sangat gorgeous
food was heavenly tasty
banyak sangat choices of food
ada abc, laksa, nasi n lauk, buah, kuih, candy bar

souvenirs untuk guests pun menarik
kids dapat box of chocolates
dan adults dapat mug
sangat cantik mug tu
sampai mr husband tanya "pewter ke?"
sayangnya
i tade simpan tu semua
tinngal kat rumah my parent-in-law je
dan lupa plak nak ambil gambar barang barang yang cantik tu

memang lama sangat la our family duduk dalam dewan tu
zara n affan pun boleh tidur dan bangun balik
dan still kitorang belum balik lagi


anyway
i nak wish to the newlywed
congratulations on your wedding n may u be blessed with wonderful married life ahead!


si inaz dan anak anak yang sibuk nam bergambar kat vespa kuning

Isnin, Mei 30, 2011

Red Velvet Cupcake

k
friday haritu untuk pertama kalinya i dapat makan red velvet cupcake
hahahhaha
mesti ramai kata
dah tak in kan
sebab sekarang yang in kan macaron

hoh
nak buat macamana
i kan duduk kat ipoh yang maju nih
nak dapat apa apa senang je

i ordered RV cupcakes ni dari pn Apash
pastu kan
punya la susah nya nak pegi ambik
memula ingat nak ambik kat rumah beliau
pastu cam nak cepat balik kl
jadi nak ambik waktu office hours
skali dengan i bizi la
big boss datang la
pastu mr husband bizi la
las las ambik lepas i habis keje
sampai ofis beliau dekat dekat pukul 5

bila dah ambik kek
terus bukak dan makan
mr husband pun penyibuk
nak makan banyak banyak
berenti kejap kat mee rebus ramli
dari ofis beliau ke mee rebus ramli tu
kitorang berdua dah habiskan 5 bijik
(dasar gemok dan tamak)

i pun heran
sebab mr husband bukan makan suka cheese nih
tapi selamba je dia telan berbijik bijik RV

sampai rumah
zara eksaited tengok cupcakes
pastu i letak candle atas cupcake
nyanyi lagu birthday dan zara n affan tiup
seronok la diorang
tiup berkali kali sampai jemu

eh
kek dari pn Apash ni memang i rekemen ok
harini dah hari isnin
dan kek masih lembut
kan kadang kadang kek yang dah berhari hari letak dalam peti ais
dia akan jadi keras
tapi yang ini masih lembut dan yummy
i looiikkeee

ok
itu je

ps: semalam i went to a beautiful wedding. it's really a beautiful sweet wedding. ooooooh... i sangat suka. rasa macam nak kawen lagi skali dengan mr husband. hahahhahahah. nanti la i buat entry pasal the beautiful sweet wedding tuh

Khamis, Mei 26, 2011

si botakhead affanboy

ni gamba affan pagi tadi. tak sampai lima minit lepas dia bangun pagi. tapi affan tetap maintain comel dan wangi macam orang dah mandi

si affan suka kacau kakak. pastu dia suka jerit marah kakak. dia tak tahu yang kakak zara sangat sangat sayang dia.
semalam sebab letak elephant tu sebagai penghadang pintu, affan rilek rilek je tolak elephant tu sebab dia nak ke dapur



ni gamba masa affan baby. sama kan. dari kecik sampai besar serupa je mukanya

*tipu. yang bawah sekali tu sebenarnya yara safea. sepupu affan yang baru dua bulan lebih. si comel yara... we miss u

Rabu, Mei 25, 2011

untuk bambang II

few days back i mimpi i ada ketumbuhan dan i tak ingat apa kesudahan mimpi tu
tapi lepas daripada tu
i keep on mimpi pasal hospital, pasal kesedihan
dan itu membuatkan i sedih hati

dan life is too short untuk fikir pasal kesedihan
since mr husband pun tak berapa sihat
might as well we cherish every moment to spread the love
supaya kalau kita kehilangan each other
takkan ada rasa menyesal dalam hati

dalam pukul 12 setengah malam tadi i terjaga
selimutkan zara
selimutkan affan
pegi menyendeng kat mr husband
pastu terfikir
dulu masa tade zara, tade affan
tengah tengah malam kalau sejuk
i boleh je cakap "tejuuuk'
nanti mesti mr husband akan selimutkan
sekarang cik zara je yang ada mandat untuk buat macam tu
tengah tengah malam
dia akan merengek "abaaaah... kojuuuk"
nanti mr husband pun akan bangun dan selimutkan zara

dulu masa tade zara
tade affan
kalau i terjaga tengah malam
i selalu je carik warmth kat mr husband
pastu mesti boleh terlena balik

sekarang kalau i terjaga
i terus capai remote
bukak tv
buat rerun HIMYM
ini dah masuk second round tengok HIMYM
first round habis sampai season 6
second round baru sampai season 2 disc 1

dulu kalau bangun tido mesti sibok sibok nak kiss mr husband
sekarang ni bangun tido terus nak siapkan barang anak anak la
nak sediakan susu zara la
nak sidai kain la
eeeh... macam macam la sampai tade masa nak kiss kiss nih

mr husband kesayangan
walaupun i tak cakap i love u
tapi memang i sayang awak banyak banyak tau
awak kena ingat tau
walaupun i sayang zara, sayang affan banyak banyak
tapi sayang i pada awak totally different
sebab awak kan my BFF!!!

oh lelaki

eh
i tak boleh blah la dengan lelaki yang marah marah pompuan depan depan orang ni
rasa cool ke bila marah bini/gefren depan orang ramai?
especially colleagues?
eeewwww
malu tau

kot ye pun nak marah
jangan la depan rakan rakan sekerja
macam menjatuhkan maruah sendiri/bini/gefren
macamana nak jadi ketua keluarga kalau tak tahu menjaga maruah keluarga?

i memang benci betul lelaki yang konon konon cool belagak macho
nak marah bini kuat kuat depan colleagues
nak tunjuk kat sape?
nak suruh sape tau kau ada masalah keluarga?

i am lucky sebab rasanya belum pernah lagi i dimalukan depan kawan kawan sekerja
ataupun dimalukan depan rakan sekerja mr husband
nak gaduh pun tunggu balik rumah la
hahahhahahha
pastu bila balik rumah dah terlupa nak bergaduh

sebab tu la i sayang mr husband i
hikhikhik

Selasa, Mei 24, 2011

baju raya

apa theme color baju raya nanti?
mr husband and i dah pilih theme color untuk tahun ni
dan tahun ni jugak kitorang rancang nak ambil gamba family lagi
tapi tahun ni nak buat konsep lain
selain dari ambil gambar pakai baju melayu dan baju kurung
kitorang nak ambil gambar casual jugak
baju pun dah siap plan dah
semangat huh?

untuk baju raya tahun ini
i nak stop pakai gap dan yang seangkatan dengannya
dah terlalu ramai orang jual baju gap la
ralph lauren la
old navy n whatnot

last year i beli baju thru gap.com pun orang ingat i beli baju rejek rejek
so that's it
tahun ni i'm done with baju baju macamtu
baik beli poney je

macam dulu i cakap cakap kat mr husband la
i would rather beli barang with no brand rather than buying things that are fake

haritu i dok merengek rengek kat mr husband cakap nak belikan baju raya trudy n teddy for zara n affan
skali mr husband balik dari kursus
dia dah bawak baju baju trudy n teddy untuk budak kecik dua orang tu
and being me
i kan kedekut
i cakap baju tu nak simpan untuk raya
hikhikhikhik

okeh
untuk raya nanti
i ingat nak belikan pumpkin patch
walaupun orang dah start jual pumpkin patch online
tapi tak meluas lagi

lagi i nak beli trudy n teddy lagi
baju baju dia sangat macam lovely lace
cuma lovely lace kurang pilihan

dan macam tahun sebelum ni
mesti nak pegi shopping kat kl atau penang untuk baju raya
sebab i nak tengok baju elle n hallmark
nak tengok lovely lace jugak
dan nak tengok baju/kasut cotton on kids

waaaaah
kemain nak beli macam macam
duit ada melambak lambak ke??

Isnin, Mei 23, 2011

close call - affan

entry ni adalah pada 8 may 2011
dah berzaman duduk dalam draft nih

maghrib semalam
i dok ngadap laptop
affan ada kat sebelah main main
mr husband kat dining table
skali mr husband macam menjerit kat affan
dia bergegas ke affan
i pun bergegas ke affan
mr husband kata affan makan sticker
mr husband cakap ada lagi dalam mulut
i korek mulut affan sampai tekak macam tade apa apa
i pass affan kat mr husband
mr husband tepuk tepuk affan
tekan perut affan (kot)
i pun tak sure apa yang berlaku
i tengok muka affan dah biru
mr husband terus jerit
"pegi hospital... pegi hospital"
i dukung affan
affan nangis nangis
i tepuk tepuk affan
sebab nangis dia macam tak lepas
tapi, dia dah bernafas
i masuk kereta tak pakai kasut pun
dengan pakai baju sleevelessnya
ye la kan
duduk rumah
tu pun sebelum keluar mr husband sempat pakai seluar

on the way tu affan nangis nangis jerit jerit
dengan muntahnya
pastu mr husband cakap
"jiran tadika doktor kan"
i pun mengiyakan je
terus mr husband berhenti kereta depan rumah jiran

ding dong ding dong
doktor keluar
terus doktor membantu affan
tapi doktor kata affan dah telan sticker tu
sebab lepas tu doktor pun dah korek
takde jugak

affan nangis nangis lagi
bawak masuk dalam rumah doktor
basuhkan muka dia
buka baju yang dah kena muntah
menyusukan dia sket
bagi minum air
pastu affan dah segar dan sihat
macam tade apa apa
dah boleh main main kat rumah doktor

kejadian tu berlaku genap seminggu lepas zara masuk hospital

macam kadang kadang
satu unfortunante event berlaku
akan menyusul dua tiga perkara lagi
dan kita akan rasa macam bila la benda ni nak stop

tapi lepas dari tu
semuanya alhamdulillah ok

i sangat bersyukur sebab tade apa apa yang buruk berlaku pada affan
i bersyukur sebab ada jiran doktor
dan doktor tu sememangnya doktor pakar
terima kasih Doktor Raoofah

penat jaga anak anak nih
kadang kadang i rasa macam i yang akan putus nafas
tapi kadang kadang i fikir
beberapa tahun ni je i kena berpenat lelah
sebab bila diorang semakin membesar
diorang makin pandai jaga diri sendiri
nanti semakin diorang tak perlukan i
masa tu mesti i akan sedih

Khamis, Mei 19, 2011

untuk bambang

mr husband kesayangan,

semoga awak akan sentiasa sihat
semoga kita boleh tua bersama sama
semoga kita boleh mati sama sama
semoga kita diberi umur yang panjang untuk tengok anak anak kita membesar dan berjaya dalam hidup mereka

semoga sebelum kita menutup mata
kita akan sempat menunaikan rukun islam yang kelima
semoga bila kita tua, kita boleh jaga each other
semoga bila kita tua, kita boleh gelak gelak kenangkan benda benda yang dah berlaku sepanjang hidup kita

semoga awak akan sentiasa ada untuk jaga i, jaga zara n jaga affan

mr husband kesayangan,

awak kena jaga diri baik baik ye
awak kena jaga kesihatan elok elok ye
sebab awak kena jaga i
kalau awak takde
sape nak jaga i
bila tade sape jaga i
nanti i sedih
hari hari i nangis sampai mata buta
nanti i nangis nangis sampai badan kurus kering

mr husband kesayangan,

u know i will be with u
tak kira apa pun
tapi u pun have to take care of yourself ye
kita kena ada untuk zara dan affan
sampai diorang besar
sampai diorang dah ada keluarga sendiri

mr husband
walaupun kadang kadang i temper
walaupun i suka tiba tiba nak mengamok
nak marah marah

walaupun i selalu tak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang baik
i tak masak for u
i tak ironkan baju awak
i tak kemas rumah

tapi i memang sayang awak banyak banyak
banyak banyak sampai tak boleh kira

i sayangkan awak sebab
awak akan sentiasa support apa je yang i nak buat
awak tak marah pun kalau i tak masak dan kita kena beli makan hari hari
awak tak marah pun bila i rosakkan handphone dengan masukkan handphone awak dalam washing machine
awak tak marah bila i masukkan jugak wallet awak dalam washing machine
awak tak marah pun bila i habiskan duit awak banyak banyak
awak tak marah pun bila i menyusahkan awak dengan buat kereta terberhenti tengah jalan sebab tade minyak dan awak terpaksa tolong walaupun awak tengah meeting
awak tak marah pun bila setiap kali i tukar kereta dengan awak,
awak kena isi minyak sebab i akan bagi kereta yang dah kosong tangki minyaknya
kalau i mintak apa apa je, misti awak bagi
awak sanggup berusah payah for me,zara n affan
how can i not love you for all that, bambang

premium beautiful .... anyone?

kan orang sana sini dok mempromosi pb
ikutkan hati
i pun teringin
nak tengok berkesan sangat ke pakai pb nih
dan rata rata cakap pasal keberkesanan menggunakan pb nih

i adalah pembaca setia blog aididleaks
dan banyak la info yang i dapat tau

i rasa kalau orang nak jual pb ni tak salah
cumanya
diorang jual menggunakan kaedah mlm
yang mana
harga jualan naik sampai 100-500% dari harga belian
melampau lampau la tu kan
dan sebab nak naikkan harga jualaan tu
maka diorang pun up kan la produk tersebut
lantas kata produk tu super hebat la
mengandungi macam macam yang boleh menjamin kesihatan n so on

sebabkan i ni ukur baju di badan sendiri
dan i takmo beli pb yang melampau harganya tu
apatah lagi nak beli secara installment
lagi la buang duit
dua ribu tu baik i beli peti ais baru
ataupun i beli baju zara n affan satu luggage
sebulan pakai baju baru non-stop

i beli la korset murah murah di pasaraya berhampiran
i pakai straight dua minggu waktu kerja
agak agak lapan jam sehari
dan tadaaaaa
hasilnya
i rasa lebih kurang pb je kot
sebab rata rata testimoni dari orang yang pakai pb adalah
bila pakai

1 . rasa badan lebih ringan - sasah la kan. sebab pakai ketat ketat
badan lebih mampat ke satu arah sahaja. tak menggeleber . jadi berat badan tu macam ke satu tempat je (entah macamana nak jelaskan secara ilmiah i pun tatau. ni bahasa orang marhean je)

2 . lebih slim - ye laaaa... ko dah pakai benda tu berjam jam. sasah la jugak ia akan membentuk badan korang. sama la kalau orang pakai bengkung lepas bersalin tu. kan ke lebih selim melim

3 . mengeluarkan keputihan - ini i tatau secara saintifiknya tapi i rasa sebab pakai seluar/kosrset ketat2, memang akan mengeluarkan keputihan kot. tak caye cuba korang pakai seluar jeans ketat ketat, (jangan plak pakai legging, tu tak kira) pastu cuba tengok, misti akan keluarkeputihan

4 . banyak keluar angin - ni lagi satu fakta sebab korang dok pakai ketat ketat kat badan, memang la secara otomatiknya, dia akan keluarkan angin angin dalam badan

5 . badan rasa lebih straight - kata dah pakai korset ketat ketat kan, dia dah tahan badan korang dari terbengkok sana sini. memang kena duduk secara tegak punya la. inga tak masa kawen korang pakai korset ketat ketat... alaaa... yang pakai dengan baju lace tu. kan masa tu pun secara otomatik korang akan duduk straight sebab korset tu tahan korang dari bend.

kesemua lima lima fakta tu i rasa bila i pakai korset murah murah yang dibeli di pasaraya berdekatan
tapayah susah susah beli pb yang dua ribu tu. i beli korset murah murah harga rm40 dan pants harga rm30 selepas diskaun
i rasa korang korang di luar pun boleh cuba kaedah cubajaya i nih
tapi kalau rasa duit banyak banyak dan nak cuba rasa FIR yang diwarwarkan tu
beli je la pb
tade masalah punya

tapi i suggestkan juga baca info dari incik aididmuaddib tu jugak
ye la sebelum invest duit banyak banyak baik kumpul maklumat dulu
sama la macam korang nak beli rantai emas kan
mesti akan tengok dua tiga kedai
survey survey
belek belek
pastu baru beli

ok itu saja untuk hari ini

ps: sekarang nih mid sem break... so i ada banyak masa untuk tulis tulis benda benda yang berlegar legar dalam kepala for so long

Rabu, Mei 18, 2011

filem kongsi dan hari cuti


hari selasa cuti
hari isnin malam
mr husband, affan n i pegi tengok movie
kitorang tengok citer kongsi
untuk kali ke2
hahahahhahha
hebat tak?
first time tengok hari ahad pagi

sebab ada miss satu part masa tengok movie tu
terus mr husband ajak tengok lagi untuk kali kedua

kelakar weeeh cite tu
memang bes
dan tak rasa rugi pun bila tengok sampai dua kali
dan masih ada rasa bila keluar kat astro first
nak beli

i tanak review cerita tu sebab i'm sure dalam internet melambak lambak review pasal cite tu
tapi i rasa
wajar la hari pembukaan pun dah hit 1 mil
memang kelakar
memang bes
dan tiba tiba i rasa tersuka kat fizo omar
boneh????


kali ni tengok movie tak bawak zara
sebab zara ikut makcik ha balik rumah
terus nak tido rumah makcik
bila tak bawak zara kitorang cuma beli 1 twin seat je la
kalau ada zara kena beli 2 sets of twin seat

affan macam tu la
kalau tengok movie ke
tengok ball ke
separuh masa pertama
dia akan keep on makan dan minum
melayan gemok dia je
sebab tengok movie takpe lagi sebab dia cuma akan makan dan minum

kalau tengok ball
lepas kenyang perut makan dan minum
dia akan sibuk nak main panjat turun tangga


kelmarin
lepas penat kunyah kunyah popcorn n twisties
dia penat
terus nak baring n nenen
dan tido terus
sampai dah habis cerita
dah masuk kereta pun tido lagi

on tuesday plak
dalam pukul 12 tu ingat nak ambl zara dari rumah makcik
makcik bawak zara pegi megopleks
kitorang pun turut la ke mego
zara nampak je mr husband n i
terus nangis nangis tanak balik
affan pun nampak je teacher dia
terus hulur tangan nak dukung
bila mr husband n i nak ambil
dia takmoh

kurang sopan punya anak anak
macam kitorang ni mak bapak tiri je

dalam pukul 2 petang kot diorang hantar zara balik
masa tu i pun tengah tido

harini dah hari rabu
kerja macam biasa

haaaiihhhhhh