Selasa, Disember 29, 2009

ini ialah lirik lagu dan tiada kena mengena dengan saya

i bukan budak budak muda nak cari cinta
i've found the love and am spreading it

tapi i just like this song
the music arrangement is good
the lyric... well, it has nothing to do with me


enjoy ~


________ derita merindu ________ ahli fiqir_______

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Selasa, Disember 22, 2009

zara's walk to the mall

sebab weekend cuma dipenuhi dengan kenduri
jadi semalam zara n i went to the mall
hahahahha mall la sangat kan
pegi Ipoh Parade je

weekdays macam ni memang la seronok sebab agak lengang
orang tak ramai
itu pun kita keluar ruamh pukul 5 petangsetelah mengharungi berbagai onak dan liku

mari kita mula dengan scene pertama
bila dah siap siap i baru perasan yang zara n i dah terkunci di dalam
masa mr husband keluar dia kunci grill dan i punya kunci ada dalam kereta
okeh
i masih boleh keluar
tapi kena ikut pintu belakang
so i bawak zara keluar ikut pintu belakang
pusing balik ke depan

sekarang kita di scene kedua
sampai di depan rumah
si inaz yang sangat clumsy ni baru perasa yang kereta dia locked dan kunci kereta dia dalam rumah
mana boleh nak ambik kunci kereta
dan takkan nak patah balik ke belakang
luckily ternampak plak yang tingkap belah driver tu terbuka separuh
boleh la unlock kereta dan ambil kunci rumah

lepas tu barulah boleh keluar dengan aman gembiranya

sampai kat parade dan turun je kereta
zara dah menjerit excited
i dukung kejap je
pastu dia nak jalan sendiri
jalan kat tempat toys lagi la dia nak jalan sendiri

tengok la anak i yang suka shopping tu


Rabu, Disember 16, 2009

mari belajar perbezaan antara miss, mrs dan ms

okeh
mari kita buat entry berilmiah
lama sangat dah buat entry yang angkat bakul sendiri

anak anak
harini kita akan belajar mengenai perbezaan antara miss, mrs dan ms

ms is for both married or unmarried woman. samalah macam mr. (for men). kalau orang tulis ms maknanya mungkin dia tanak orang tau samada dia dah berkahwin ataupun belum. in some places/countries they use ms for divorced women.

miss is for unmarried woman/child. or in french, we called it madamoiselle.
kalau anak i si zara tu, kita boleh la panggil dia miss zara ataupun madamoiselle zara.

mrs is for married woman.it's a formal title for married woman,.in french, it is madame.

how do you define yourself?
a miss, mrs ( missus ) or ms (miz)

ok for me
kalau isi borang of course la i tulis i'm married

tapi kalau suruh isi miss ke mrs ke
i letak la mrs secara paksa-rela

kang i letak miss kang
orang mis-interpret plak

mrs sepatutnya if u are using your husband's last name or / name kalau di Malaysia
sebab nama mr husband ialah Khairul Nizam
jadi kalau i nak letak mrs, i should put is as mrs khairul nizam

if i want to use my own name
i need to put it as miss nurul shahinaz
or if want to be discreet, i just put it as ms nurul shahinaz.

sebagai orang Melayu dia Malaysia ni
kita tak praktikkan menggunakan nama suami
sebab kita tade family name
tu yang mendatangkan rasa confuse

belum lagi cakap pasal siblings
ramai yang tak faham maksudnya
tapi tu kita kupas di entry yang lain ye

camnih la kan
kalau i tulis myself sebagai mrs nurul shahinaz,
kat malaysia ni mebbe orang faham la yang itu adalah my real name
kalau pegi international, mebbe orang akan fikir nurul shahinaz tu adalah my husband's last name

to be safe
letak je la miss nurul shahinaz
sah sah la itu nama sendiri

sekian dulu pelajaran pada hari ini
hikhikhihkhik
tade la ilmiah sangat kan
tapi bole la jadik panduan

Isnin, Disember 14, 2009

al-fatihah

my deepest condolence to teh's sister, Teh Afifah for her loss.
semoga mereka sekeluarga tabah untuk menghadapi dugaan ini

tak dapat nak dibayangkan macamana perasaan pengantin bila tiba tiba menerima berita yang sangat mengejutkan
pemergian orang yang tersayang sekelip mata
tanpa sempat merasai pahit manis kehidupan alam berumahtangga

bila jadi macamni
baru la diri ni terasa insaf
baru la rasa macam we should appreciate our spouse
just don't take it for granted

i pernah rasa kehilangan
tapi mungkin sebab i tak nampak jasadnya
rasa sedih itu kurang
tapi ada masa
akan ada rasa pahit di hati
rasa tak tertelan di tekak

setiap yang berlaku ada hikmahnya
semoga teh afifah kuat
al fatihah buat arwah

Jumaat, Disember 11, 2009

komunikasi itu penting ya

pagi tadi masa mr husband nak keluar pegi keje
zara macam biasa la nak abah dia bawak dia jalan satu round dulu
pastu mr husband ajak i ikut skali
i yang tergedik gedik ni terus cakap kat mr husband nak pegi beli breakfast
ye la
dah alang alang keluar kan

sempat plak tu kena perli dengan mr husband
sebab walopon i tau dia lambat
i tetap jugak nak beli roti sadin yang kena tunggu lama tuh

on the way back
i cakap kat mr husband
"sape nak ajak kita pegi wedding ni, i teringin sangat nak makan nasik minyak"
pastu mr husband cakap
"kan esok nak pegi wedding kat lenggong"

oh
memang haritu mr husband ada cakap
tapi dia tak bitau bila
haaaih
mr husband ni suka rahsia rahsia tau

cik zara i dah semakin bijak tau
kalau kita tanya dia
nama sapa?
dia akan jawap "zha-ya", atau "ya-ya"
kalau tanya
abah mana?
dia akan jawap
"jije" tu maksudnya keje la

pastu kalau dia nampak mr husband ke sape sape pegang handphone i
dia akan mintak dan bagi henpon tu kat i

kalau dia tengah baring ke
dan kita mintak barang dari dia
dia akan terus bangun dan cari
contohnya dia tengah baring
pastu i cakap
zara, bagi mama remote
nanti dia bangun la carik remote
bila dah jumpa dia bagi kat i
kalau nak apa apa kita boleh beritahu dia
point to that thing
dan dia akan ambilkan

please bear in mind yang zara baru setahun sebulan ye

bukan la i nak kata anak i sorang je yang paling bijak dalam dunia nih
tapi i rasa dengan selalu communicate dengan babies ni
dia akan cepat faham apa yang kita cakap
dan dia akan belajar dan cuba bercakap macam kita jugak

dan juga
babies sangat senang belajar bahasa
tak kira la bahasa apa pun
macam mr husband n i
kita selalu mix bm and english
dan nampaknya zara faham both languages

pastu dia pandai nak express kan anger dia
kalau dia marah, dia jerit
dia akan pukul pukul
kalau dia geram
dia akan gigit, menjerit

pastu kalau pegi shopping complex
dia dah pandai nak duduk kat tempat toys lama lama
dia dah pandai nak minta barang yang dia nak

dia sangat fancy make-up
dia suka la kalau sapu sponge bedak kat dia
ataupun i sapukan brush blusher pada dia

pastu kalau nak jalan
dan dia nampak kasut
cepat cepat dia akan hulurkan kaki
supaya kita pakaikan kasut pada dia

Khamis, Disember 10, 2009

hari ini saya mengantuk dan teringin

mengantuk betul
ni semua gara gara tido lambat malam tadi

haiihhh

pastu kat mana nak cari seafood carbonara kat ipoh yang mundur ni?
benci betul!!!!
kalau kat kl, kat foodcourt pun ada seafood carbonara ni

nak buat sendiri
i rasa tak sedap
walopon i cam dah ikut resipi sebijik sebijik
still tak selazat yang macam beli

Rabu, Disember 09, 2009

so semalam i dah makan dengan jayanya kat sikret resipi
macam biasa mr husband misti tanak pegi kat jusco sebab open air
jadi we went to syuen

dan i pun mula la crave macam macam
tengok gambar
semua pun nak
but i end up amek chicken cordon bleu
yang kali ni chicken dia agak kecik dan cheese dia sangat sikit
tak melimpah limpah pun
eewwww
kedekut la sikret resipi nih
tak suka tau

dah la tu
mr husband ordered smarties treats for zara
i tengok chocolate dia tak rupa cam smarties pun
looks like cheap chocolate
smarties kan berwarna terang n vibrant
no wonder la zara tanak makan

sebelum balik i tapau tiramisu cake
seb baik kek sedap
so i know
next time pegi sikret resipi ni i cuma bole beli cake je
that so called 'fusion-food' dah sangat tak bes
i rasa kualiti makanan kat secret recipe dah drop gila gila
compared to two, three years ago

total amount spent for dinner last night was 70+
i rasa cam sangat tak worth
len kali kalo stakat nak makan ciken cop, i ajak mr husband makan kat la casa je la
aman je
lagipun zara bole main lari lari sebab la casa selalu tade orang
kalau nak spend sampai 70+, baik ajak mr husband makan kat bistro kat casuarina hotel
boleh dengar live performance
bole i dance with zara

eh
len kali nak akak mr husband pegi bistro casuarina la
nak ajak zara dancing
misti zara suka
amacam mr husband?

Selasa, Disember 08, 2009

. c . a. .k . e .

tiba tiba rasa nak makan kek sikret resipi
so i emailed mr husband
mr husband cakap malam kang pegi
yaaaayyyyy
i rasa macam nak black forest cake
fresh cream dia memang sangat sangat terasa lazatnya
pastu cam nak oreo cheese cake jugak
rasa masam masam + rasa cream + rasa chocolate yang bes
karang kat sikret resipi ada la yang nak cordon bleu la
chicken chop la

dah la

i nak balik rumah
nak tidow
nak mimpi makan kek

Isnin, Disember 07, 2009

. f . e . s . b . u . k .

i rasa heran
kadang kadang kan
dalam fesbook bila tengok kat belah kanan
ada friend request
tu tak heran la kan
yang i heran
kadang kadang ia adalah dari orang yang i tak kenal

kadang kadang bila tengok
orang itu pernah bersekolah dengan i
ok la fine
mebbe it was my juniors or seniors
mungkin diorang kenal i
tapi i yang selalu hilang ingatan tak ingat orang

tapi kalau yang add i itu adalah my juniors yang 7, 8 tahun lebih muda macamana
i tak pernah kenal
waktu i abes skolah derang pun tak masuk sekolah lagi

i bukannya nak menambah kenalan
i cuma nak keep in touch dengan orang orang yang i kenal
i bukannya nak berlumba sape ada kawan paling ramai

lagipun yang i ingat
masa skolah dulu i bukannya ramah mesra sangat
well
ada la jugak yang kata i ni ngengade
hahahhaha
it's my nature
kalau i eksited i jerit
kalau i happy i gelak
camtu je la

masuk u lagi la i kekurangan kawan
ada la few friends yang i rapat
tapi most of my times banyak dihabiskan dengan mr husband
lima taun i kat uni
lima taun tu la i banyak habiskan masa dengan mr husband

kadang kadang habis kelas i terus cabut ke shah alam
buat assignment kat bawah bangunan engine tu sementara tunggu mr husband habis kelas
ataupun kalau seharian i tade kelas
seharian la i lepak kat shah alam
kalau mr husband ada kelas
dia hantar i kat bukit raja
tengok la movie sorang sorang ataupun window shopping sorang sorang

penah jugak bila mr husband ada kelas malam
dia ada test
i plak cam takut nak tunggu sorang sorang kat bawah
i pun masuk je kelas dia
amek test jugak
hahahhaha.... berangan kejap jadik budak engine

masa i keje kat petrosains pun i tak ramah
i selalu sorang sorang je
i rasa masa tu i dah tatau macamana nak mingle dengan orang

pastu keje kat internexia
kat ofis tu ada 3 orang je
i kawan je la dengan lagi 2 orang tu
sorang omputih, sorang chinese
kitorang dok kat branch
kat hq ramai la orang
tak lama lepas tu mr husband plak dapat keje kat kampeni yang sama
tapi mr husband kena keje kat hq di cyberjaya
i saje la suka cari alasan nak pegi hq supaya bole bergedik gedik kat mr husband

pastu i keje kat fmglobal
ofis selalu kosong sebab engineers selalu travel
engineers kat situ ok la, agak ramah dan baik cuma diorang duduk belakang
kat situ i ada sorang je kawan
tu pun sebab kita duduk sebelah menyebelah

las skali i keje jetstar
nyesal i tak beli tiket airline masa keje
memang la i kawan dengan semua budak dept i tuh
tapi diorang tu semua lelaki
i sorang je la pompuan

pompuan memang tanak keje shift
leceh
tapi i suka sebab i ada masa siang untuk uruskan banyak perkara
masa tu i bizi dengan preparation nak kawen
preparation nak bukak tadika jugak
sangat elok la i ada masa siang untuk shopping, buat macam macam

pendek kata
i bukan la ada ramai kawan
i tau cakap dengan mr husband je
nak cakap dengan orang lain pun tak berapa pandai

kalau cakap dengan mr husband tu
laju je cam bertih jagung
boleh mengata, bergosip, cakap benda benda ilmiah, cakap benda benda pointless

konklusinya ialah
i bukan ada ramai kawan
dan dalam fesbuk atau frenster
i cuma add orang yang i kenal
itu saja
sekian
hari jumaat haritu mr husband balik keje terus la mula sesi memasak kotiau goreng
semua bahan i dah sedia
siap dah rebus kerang n buang kulit
nampak yummy
tapi tasteless
uuuhhhhh
i tido sampai termimpi mimpi i alter kotiau tu supaya sedap
tapi pagi tu mr husband buang je kotiau

semalam i ajaak mr husband pegi giant
b4 pg giant nk ke tanjung rambutan
mr husband nak minum air kelapa pandan
tapi sebab hujan kita patah balik n pegi giant je la

nak pegi giant ialah i nak beli ayam nak makan chicken chop
while shopping, si zara yang kaki shopping tu dah pandai pandai amek ferrero rocher dan jugak m&m masuk dalam trolley
hoooiiihhh
jangan main main dengan zara
selagi chocolate tu tak masuk dalam trolley
selagi tu la dia akan mengamok
tak pasal pasal kena extra rm70 for the chocolates only

zara ni pun satu
tanak kalah tau
nak pilih yang mahal mahal je
seb baik jalan dengan abah
kalau jalan dengan mama
mama akan buat bodow je letak balik chocolates tu
hikhikhik

dah ambil ayam
nampak plak dory fillet
ambik jugak
pastu nampak pick n mix
amek jugak
supaya nanti boleh buat steambot

pastu balik rumah i pun sedia la barang barang nak masak chicken n fish chop
marinade ayam n ikan
eh (ada ke fish chop?)
masak mushroom sauce
buat coleslaw
pastu mintak mr husband fry-grill kan ayam n ikan, fries n wedges
pulak tu makan sambil tengok my all time fav movie
you've got mail
memang heaven la kan

ok
thank you mr husband sebab masakkan untuk i
i lov u

Jumaat, Disember 04, 2009

mr husband n zara

mr husband ni memang baik betul la
hari hari i sayang u taw
terima kasih la banyak banyak sebab nak bayarkan sewa tadika ni, dan bayar kad kedit i
u ni susah susah je tau

cuti cuti sekolah ni i agak mesken campur
orang hutang tak bayar bayar
semalam i sms satu orang ni
tade dapat jawapan langsung
kejap tadi i sms lagi sorang
seb baik la dia reply
haiihhhhh

pastuh
tadi i tiba tiba teringin nak makan kotiaw goreng basah
sekarang i memang dah tak masak
i masak kang i plak termuntah
pastu i saje sms mr husband
i cakap i teringin nak makan kotiau
tapi i tak bleh masak
boleh tak kalau i sediakan bahan dan mintak mr husband tolong masakkan

dan mr husband chenta hati i tu reply
"ok"

waaaaaaaaaaaaaaah
mr husband suka baik hati dengan i
i tatau la nak balas macamana

sekarang ni sebelum tidow
biasanya zara akan tengok playhouse disney
sampai la dia tertidur
kalau tak sebelum ni
asyik nak berkepit je
sebab dia akan nenen sampai tidur
i dalam usaha nak mengurangkan zara dari nenen
kena bagi adik dia membesar dengan sihat jugak

dan jugak
sekarang ni dah sampai phase kitorang kena sentiasa bukak channel playhouse disney tu
nak tengok movie pun susah
zara akan sangat eksaited la tengok katun tu menari nari
nyanyi nyanyi

biasanya masa tengok tv tu i akan tepuk zara
supaya dia cepat tido
haritu tengah tepuk i berenti kejap
lenguh tangan
pastu i tengok balik dia tengah tepuk diri sendiri
hahahhahaha
so suweeeeet

pagi tadi plak
dia main main dengan school bag dia
pastu i amek la beg tu dan sangkutkan kat bahu dia
i cakap
"cantiiikkkkk"
dan zara marah i dan dia cakap
"taaaaaaak"
dia tarik tarik tali beg tu
suruh bukak
ambooiihhh anak i yang sorang nih

dulu kalau nak cakap thank you zara akan cakap kyum je
sekarang dia dah pandai cakap engkyum

tadi i saje la nak test kan
schoolbag zara ada tepi dinding
i dengan zara ada la dalam jarak satu meter dari beg tu
i cakap pada zara
"zara amek beg tu bagi mama"
i tunjuk la beg tu supaya zara nampak
dan zara pun bangun, jalan ke beg
dan angkat beg tu bawak kat i

waaaaahhh
anak i dah paham instruction yang panjang

biasa dia faham perkataan pendek macam
come, sit down, stand up, walk to mama, jom

sekarang ni kalau i cakap jom
dia akan hulur tangan
supaya i pegang tangan dan walk her

zara tu umurnya baru setahun sebulan
i rasa ok la achievement dia untuk masa sekarang
mebbe ada babies lain yang lagi advance dari zara
it's okay
i cuma harap everyday zara akan belajar benda baru

oh
zara, mama n paknyah says happy birthday to abang daniel
nanti kita jumpa okay
the last time kita jumpa daniel
daniel nanges nanges nak tinggal tanak ikut mama n daddy dia balik
sedih hati i

ok la
have a good weekend everybody

Khamis, Disember 03, 2009

mr husband cayang bucuk intan payung
time kasih la sebab merelakan hati bayarkan i punya strimik sampai nam ratos
pastu bayarkan i punya selkom
kesian u kan
macam yang u cakap
u setelkan semua i punya tunggakan
lagi nam bulan kena bayar lagi tunggakan banyak banyak

nak buat cemane mr husband
i si pemalas bayar bil
tu pun kena paksa baya kedit kad bulan bulan
kalo tak mau itu juga i tangguh sampai 7, 8 bulan
hikhikhikhik

mr husband kata jangan tulis pasal kerja dalam blog
sebab we don't know who might read the blog
lagipun apa yang ditulis tu cuma 10% of what really happened
people might get mis-direction

mr husband kata there are cases where people got fired after rambling about their jobs in blog
ok mr husband
i dengar cakap u

so i cakap i nak tulis pasal benda benda yang i suka
macam bershopping
mr husband kata nanti lagi la orang meluat

i cakap lagi
i nak tulis cerita cinta la
biar satu dunia muntah darah
meluat dengan i yang obses pada mr husband
macam dalam dunia ni i sorang je ada husband
macam husband i sorang je yang paling besdalam dunia ni
biar orang meluat dengan i yang obses dengan baby zara
macam anak i sorang je dalam dunia ni yang comel sangat sangat
yang cerdik

ok cakap pasal zara
i belum alter lagi baju zara untuk sekolah
tiba tiba i rasa macam belum nk lepaskan zara pegi school
tp memikirkan budak budak kat kl umor setaun jagung manis mak pak derang dah antar pegi skolah
i tanak la zara ketinggalan
lagipun mr husband n i ada cita cita besar untuk zara
sampai mr husband selalu cakap kat zara nanti mr husband nak sewa apartment dekat jalan tambun tu supaya zara bole masuk sekolah marian convent

memang cita cita kitorang nak zara masuk skolah tu
sebab dulu i pun skolah situ
well bukan la itu main reason nya
sebab i rasa dengan sekolah situ zara boleh excel
sebab kitorang nak zara excel dari year 1 sampai year 6
supaya zara boleh masuk one of malaysia's finest private boarding school
di mana setiap tahun cuma 24 girls je yang selected all over malaysia untuk masuk sekolah tu

well
chances are slim
but still
no harm trying

zara
semoga zara membesar menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat
semoga zara cemerlang dalam pelajaran juga kehidupan
semoga zara menjalani kehidupan yang gembira
semoga zara jadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata
semoga zara berjaya dapat apa juga yang zara nak dalam kehidupan ni
we love you so much little zara

Rabu, Disember 02, 2009

for u mr husband
i love u
hikhikhikhikhik

freedom & seha
mulanya di sini



Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Selasa, Disember 01, 2009

agaknya misti mr husband selalu rasa camnih

"ngengada btol si inaz nih"

ataupun

"banyak songeh la dia nih"

pastu ngengada dia tu dah berjangkit kat zara

hikhikhik
nasib awak la mr husband
bear je la dengan i sampai mati ye

ok
cite lain

semalam kan
i bukak baju zara
nak bawak pegi mandi
dah bukak pampers
i plak pegi sidai kain
sambil zara main main atas tilam

skali zara cakap
"oooooppppp"
sambil tengok air kencing
rupanya dia dah terkencing
dan rasanya itu first time dia tengok
tu yang dia terkejut

sebab dia terkejut
dia lari lari pegi kat mr husband

sangat comel

Isnin, November 30, 2009

. s . u . k a . . h . a . t . i .

mr husband yang kacak tampan bergaya berperut besar botak macam kominis
telah membawa i ke klcc
dan telah membelanja i
sebiji nokia expressmusic 5800








waaaaaaaaaaah
i sangat teruja dan tertawan

boleh plak tu bagi i option
sebab masa lalu kedai htc
i cam dah terberhenti tengok telepon di situ

sampai kedai nokia
i tunjuk je expressmusic itu
tengok tengok
belek belek
dan mr husband terus suruh bukak bil

first time tau i ada telepon touch screen ini
dan jugak ada gps
pastu jakun jakun la
sket sket nak bukak gps

mr husband ni suka baik hati kat i
tatau la nak balas macamana

sebab i tade uwang
nak belikan mr husband hadiah mahal mahal
i beli je mr husband baju tido marks n spencer
pastu bila mr husband pakai semalam
i plak jeles jeles sebab i rasa kain dia sangat selesa

balik kl aritu zara jatuh atas lantai
tersembam
hidung luka
bergaris
sampai harini ada calar
sedih betul tengok
first time zara jatuh dan luka

Isnin, November 23, 2009

Love

Mr husband blom balik keje
i am preparing sardine sandwich so that when he comes home, i bole goreng.
Tu je dinner malam ni

cuba utk makan secara sihat
tade la sihat sangat bila sandwich tu digoreng kan

tengah sediakan sandwich ni,
tiba2 i rasa mcm sangat rindu pada mr husband

now i know why marriage lasts
its simply because these two people love each other dearly
they support each other
they are each other's bestest friend

mr husband, thanks for being my bestest friend
terima kasih sebab melayan ngada ngada i
terima kasih sebab jaga i
thanks for your endless love
i love u
eh, tapi i love zara most tau
but u two are on different league
and of course i cant live without both of u
yay
prosperety mcD dah keluar
lepas tengok iklan semalam
dan dan tu jugak i cakap nak
dan kejap tu jugak mr husband bawak pegi mcD

i nak ajak mr husband bawak i pegi tengok senario
dari i mengandungkan zara i tade tengok wayang

oh tapi citer popadom pun dah keluar dvd
cepat betul
shud i wait for senario's dvd je
ataupun i patut melanggan tayangan hebat astro

henpon ni ngengada betul
asik asyik sim car registration failed
kena restart
pastu plak dia soh insert sim card
yang ni phone hang
kena keluarkan bateri dan restart

sekarang dia berstatus offline

dah hi-time kena dapat henpon baru nih
kena mintak kat mr husband la nih

tapi memang haritu mr husband ada cakap nak kasik omnia
tapi i masih berbelah bahagi
tiba tiba i rasa macam nak nokia n98 la
nokia 5800 la
htc hd2 la

dulu memang la i nak sangat omnia
dok bising bising mintak omnia
dah orang nak bagi
i plak ngengada nak macam macam

ala mr husband
u bagi je i apa pun
i terima je
tapi i takmo la henpon nokia yang rege seratus yang jual lambak kat tesko tuh
macamana i nak bidio call u kalau zara nangis nangis panggil abah

*update

tadik lunch dengan mr husband
alang alang i pegi town nak bayar bil
terus pegi lunch
zara pun terkejut sebab tiba tiba boleh jumpa abah dia
bila nak berpisah mula la menangis nangis

oh
i sayang betul mr husband itu
u sayang i tak mr husband?
ke u nak cakap
"si inaz ni ngengade betul la"

Jumaat, November 20, 2009

Alhamdulillah
Walaupun ada yang nak tuang pasir dalam periuk Nasik I
Ada lagi yang masih percayakan I

Ada satu parent ni tadi datang jumpa I
Nak inform yang anak dia akan continue next year dan
nak tambah lagi sorang
Maknanya 3 orang la
Dan untuk next year tu maknanya masuk tahun ke 3 dia hantar anak anaknya pada I

Macam dalam my previous entry
I ada mentioned
I percaya pada ketentuan dan takdir
Dan I percaya ada rezeki untuk I sekeluarga

I cuba buat yang terbaik dalam pekerjaan I ni
I cuba bagi apa yang berbaloi

Semalam
Mr husband balik kerja
Terus singgah tadika
Dan the first thing dia tanya bila turun kereta ialah
“awak bergaduh dengan si polan ke?”
Aaaaaaaiittt
I pun terkejut
Bila masa la plak I bergaduh
Pandai je la mr husband ni buat spekulasi

Sedaya upaya
I try untuk maintain a good relationship with everybody
Dan semalam
Untuk per tama kalinya I cakap pada mr husband satu benda yang I dok simpan for quite some times

I tatau la mr husband fikir apa
Sebab sepanjang I bercerita, dia diam je
Dan lama lepas I habis cakap
Baru dia cakap
“what do u expect from people like that”
U r so right mr husband

First time jadi macam tu I memang sentap
Tapi I learn to accept things
And try to look at it with a good perspective

I tau ada orang nak jatuhkan i
Sebab tu bila ada orang datang untuk inspect
I beritahu pada pegawai tu
I really appreciate kedatangan dia
Dan kedatangan mereka memang dialu alukan bila bila masa pun
So that I can clarify apa saja isu berbangkit

Even pegawai tu pun cakap
Kadang kadang orang saja nak fitnah

I tau sape yang buat benda buruk kat I
Itulah sikap “orang kita”
I ni baru la nak bertatih
Kasik can la kan

Pastu I tau jugak sape yang dok jaja cerita pasal I
Kata I buat itu
I buat ini pada anak anak orang
Agak agak la kan
I pun ada anak sendiri
I tanak orang buat bukan bukan pada anak I
Takkan la I nak buat ntah apa apa pada budak budak di bawah jagaan I

Tapi mulut orang memang tak boleh tutup
Fitnah je la I

Oh
Kelmarin kan
Masa I cross jalan nak ambik budak
Si penjahat yang lari dari bayar hutang tu lalu
I perasan dia perlahankan kereta
Tapi I tak tengok pun dia
I rasa meluat
Dan I rasa macam nak baling batu pada dia

I dah rasa jijik nak tengok dia
Ada orang pernah cakap kat I
Yang si penjahat tu cantik
Kulit halus licin putih
Well, putih pun kalau hati penuh palit debu lumpur hitam macam arang tade maknanya la kan

Uupppppssss
Terlebih mengutuk sudaaaa

Rabu, November 18, 2009

dkny cozy




















i so want this
1 cardigan yang boleh pakai in 12 ways
sangat sesuai untuk berjalan
tak payah bawak baju banyak banyak

kalau rasa rasa gemok boleh pakai
sebab it can hide all the ugly bumps

kalau kurus lagi la boleh pakai
bole la show off ke-kurusan pinggang

i suka nombor 2,3,6,8,9

jadi i dah emel mr husband
ini emel i

u browse the net
pastu u search dkny cozy
i nak satu
satu kardigan yang boleh pakai 12 cara
i soooooo want it
kat ebay int paling murah RM269 not including postage

victori secret pun ada
kat website vic secret 39usd
nak nak nak



few minutes after that
i dapat reply dari mr husband

Once I have the money, I’llbuy it for u

oh
suka suka

harap harap awak cepat lah ada duit mr husband
pastu i dah takkan bising bising nak baju baru dah

. c . u . r . s . e .

i memang curse orang orang yang menyusahkan hidup i
enough said

Isnin, November 16, 2009

makan

dah mula rasa lapar dah ni
sakit kepala

pastu tatau nak makan apa
smalam macam jeles jeles sket bila mr husband belikan i ayam goreng mcd
while he bought himself mee bandung
bau mee bandung tu sungguh la menusuk selera
i rasa satu suap
macam niceeeee
pastu bila dah habis
i rasa sket
i rasa macam manis sayur je
terus rasa nasib baik tak makan


work

1 .
mulai tahun depan i akan kuatkuasakan undang undang baru
yang pertama, i akan kuatkuasakan undang undang pada pekerja
misti kena datang on time
kalau dah dijadualkan masuk kerja pukul 7, misti datang pukul 7
kalau pukul 8, misti datang pukul 8
kalau pukul 12, misti masuk pukul 12
tanak bagi muka
nanti makin lama semakin lebih lebih
mentang mentang i tak bersuara
suka hati je masuk kerja bila bila masa yang nak
misti buat surat atau dapatkan mc kalau nak bercuti
else, potong gaji
i akan bagi jadual kerja
misti kena ikut jadual

i malas nak bising bising
i malas nak mengarah arah
tapi jangan suka suka hati pijak kepala
diam bukan bermakna setuju
i diam sebab i malas nak mengamuk


2 .

i akan start ambil deposit
i takkan benarkan orang suka suka hati main cabut je bila dah hujung tahun
good enough i bukan macam tadika/taska lain yang siap siap ambil yuran bulan 12
i cuma ambil yuran sampai bulan 11 je
sebab sekolah kan sampai bulan 11 je
itupun nak lari jugak
jadi waktu pendaftaran tu i ambil deposit yang mana deposit tu cuma akan dipulangkan jika mana student nak berhenti ataupun akan terus dijadikan yuran bulan november jika tidak dituntut hingga akhir tahun

i kena buat macam tu
i really have to
kalau tak akan jadi macam tahun ni
i yang sakit hati bila orang tak bayar dan lari
i la yang susah
perjalanan kewangan terganggu



mr husband

pagi tadi mr husband cerita pasal kerja
i pun jadi panas hati bila dia cerita pasal orang orang di tempat kerja dia
tak boleh ke bekerja secara betul
buat kerja dengan niat nak mencari rezeki yang halal
tak guna kalau dok melaungkan islam
konon kononnya rezeki itu mesti halal
pekerjaan itu adalah satu ibadah
tapi kerja pun sekadar melepaskan batuk di tangga
bersikap tak-apa dalam melaksanakan kerja
inilah sikap sesetengah orang "kita"
bila bercakap berdegar degar
tapi bila suruh buat semua tak tahu
ataupun semuanya saling tunding menunding
tu tak amanah la namanya tu
orang bagi amanah
kerja la baik baik
ramai lagi orang yang memerlukan kerja dan boleh buat yang lebih baik
dan pada i kan
orang yang dapat kerja menggunakan kabel ni memang tak guna
sebab ada orang dalam
senang nak dapat kerja
tapi bila kerja
outputnya sikit

sabarlah mr husband
nanti u sambung belajar
u dapat naik pangkat
u marah la orang orang yang tak berguna ni ye
u paksa derang kerja besar besaran


shop

i kan suka shopping
i dah pakai dah wallet esprit yang beli kat penang aritu
matchkan dengan handbag liz clairborne yang yong bagi
jadi wallet-benetton-kesayangan-kaler-ijo-dah-bertukar-kaler-jadi-hitam-berlumut-yang-dah-berusia-9-tahun
dah disedekahkan padak zik zara
suka la dia
boleh main dengan wallet i
wallet baru ni dia tak suka
mebbe sebab dia tak tau yang itu adalah wallet
ataupun dia tak suka warna brown macam orang tua
dan dia lagi suka wallet ijo striking yang dah tak striking sebab berlumut

bercakap pasal shopping ni kan
memang la i suka pakai barang barang yang berjenama
tapi barang barang macani selalunya mahal
dan i akan tunggu sampai sale baru beli

dan
sebenarnya i lagi sanggup pakai barang tak berjenama
daripada
barang cetak rompak
eeeeeeuuuwwww
tu lagi la i akan hilang konfiden
i rasa macam semua orang akan tau kalau i pakai barang cetak rompak

cakap pasal fake product nih kan
dulu kan i ada tertipu beli dress ralph lauren secara online
dan bila dapat rupanya it's a fake

pastu ada plak orang nak kondem salahkan i
kononnya i yang tak pandai beli secara online
kononnya kalau dia beli tak pernah la dapat yang fake

hello
mebbe apa yang u beli tu pun fake
cuma sebab u lagi la naive
u pun rasa u beli barang yang ori

kadang kadang online re-seller nih bukannya tau benda yang dia jual tu fake
contohnya la kan
kalau baju RL
Button misti la ada cop RL
bukanlah button yang tade cop yang kita boleh beli kat mana mana kedai
pastu jenis kain
macamana nak terangkan jenis kain ni pun i tatau
tapi as the saying goes
hanya jauhari mengenal manikam

kalau dah biasa beli rl ori
tau la macamana kalau beli yang fake

sama jugak macam kasut crocs
ni lagi la mr husband hangin
kenapa orang yang jual online selalu dok kata yang diorang jual tu reject
bukan fake
padahal sebenarnya fake

mr husband bought a crocs shoes masa crocs baru sampai malaysia
it was ....i don't remember
4,5 years ago
it was the first edition of crocs
sampai sekarang elok je
tade mengalami tapak haus
ada satu mr husband beli baru baru ni
pakai kejap je dah haus
sekarang kat pasar malam pun ada orang jual crocs
dengan harga rm15 pun boleh dapat sepasang crocs

tu la i nak bertukar ke clarks
zara dah dapat her first clarks
i nak jugak
tapi nak tunggu mr husband belanja
hkhikhikhikhik
amacam mr husband... bole ke???

music lesson zara

i dah rasa malas nak pegi kelas zara
mebbe sebab i pun tak berapa sihat
zara dah semakin nakal dalam kelas
tanak duduk diam
ke sana sini
nak pergi cermin la
nak pergi ambik teacher dia punya doll la


zara


zara dah nakal betul
dan semakin bijak
malam malam kalau tido misti nak peluk abah dia
sayang betul dia pada mr husband
dan dia saja suka suka panggil "abah"
supaya abah dia menyahut


rambut depan zara dah pendek sket
sebab semalam masa i potong rambut
si penggunting rambut tu insist jugak nak potong rambut zara
dah kurang comel plak anak i tuu
nampak macam muka nakal
oh
mr husband pun potong rambut botak macam mawi
tapi mr husbadng botak tak macam mawi
mr husband macam kominis
mula mula zara heran dengan rupa abah dia
tapi lama lama dia dah ok


vacation

mr husband ajak pegi johor
nak pegi bila tatau
mr husband kata dia tak puas pegi penang haritu
mebbe nak pegi lagi
sebab pegi haritu dia sakit
i suruh mr husband book resthouse tm kat cameron
kalau dapat pegi weekend dah bagus dah
sebab kalau pegi cuti sekolah mungkin ramai orang

i need a vacation
i nak book flight aa ke kuching
yang haritu kan ada sale free seat
tapi bila kira kira
bulan enam mungkin we will be waiting for the arrival of the newest member
jadi kensel

nanti la kita naik flight ye zara
sekarang ni kita jalan jalan naik kereta je la

Jumaat, November 13, 2009

makan lagi

i kena makan secara berhemah
supaya
i tade la merepek nak makan macam macam
pastu by the time betul betul nak makan
i dah rasa nak termuntah
langsung tak lalu nak makan

semalam dah rancang dah
lepas balik keje
nak bawak zara pegi giant
nak beli seafood
nak masak steambot
n nak beli fillet ayam
untuk buat chicken chop untuk mr husband

pastu i gedik gedik la sms mr husband
tanya apa yang dia nak
mr husband pesan beli megi tomyam

i baca je perkataan megi tomyam tu
i terus nak termuntah
terus i terbayangkan steambot n nak termuntah
terus hilang selera makan

i balik keje semalam
terus pegi kfc town
i rasa nak makna roasted kfc
aaaaaah
sedap


apa la kan
minggu ni asek entry makan je

Khamis, November 12, 2009

semalam rasa nak makan macam macam kan
tapi i end up beli kat pasar malam je
nasi goreng kampung yang tak berapa bes
soto yang tiba tiba i benci sebab banyak toge yang rangup rangup
mini muratabak ayam yang mr husband beli banyak banyak
murtabak ayam yang masih ada dalam fridge
bubur zara yang malas nak suap zara

harini i rasa macam nak makna steamboat plak
ni gara gara tengok gamba sape tah letak kat fesbuk
minci tau
i suka je makan kat johnnys
tapi mr husband cam ragu ragu status halal kat situ

mr husband ni pun satu
benda benda yang i suka makan adalah benda benda yang beliau tak suka makan
lantas bagaimana

macam haritu i masak mee udang
dia tak suka
i nak masak seafood carbonara
tak berbaloi
sebab nanti i sorang je makan
steamboat pun sama
nanti i je la balun sorang sorang

Rabu, November 11, 2009

. c . r . a . v . i . n . g .

i did mentioned before that i am not ready yet for another baby
tapi sendiri yang carik pasal kan
i terima dengan hati yang terbuka je
i am happy
only this time
i will try my very best to take care of that precious one

pastu kan
mula la i crave for things
lots of things

semalam i rasa macam nak makan seafood carbonara
nak makan mee goreng beli
tapi dua dua pun tak dapat
my parents belanja i dinner semalam

tapi harini i dah tak crave sangat dengan seafood carbonara
sebab i tau
kalau i nak
leceh nak dapat kat ipoh ni
kalau kat kl
boleh je pegi klcc ataupun foodcourt sogo
komfem ada seafood carbonara yang sangat lazat

harini tiba tiba i rasa nak tengok movie
i check gsc n tgv
tade citer bes
popadam pun dah tade
nak tunggu senario lambat lagi keluar
mungkin masa tu i pun dah tak rasa nak tengok movie

ipoh ni memang tak bes
semuanya pun tade

pastu i rasa nak makan di tempat yang bes
tapi kat mana?
ceng ho?
ceng ho tu cam restoran biasa je
bukannya exclusive pun

hotels?
i tak rasa nak makan kat hotel
i dah cukup kenyang makan masa bulan puasa haritu
i need tempat yang macam private sket
indulgence?
i tak penah pegi dan tak tau food dia macamana
ada lagi ke tempat bes kat ipoh ni yang i tatau?

mebbe i nak makan kat la casa
tak exclusive
tapi tempat tu selalu kosong
tade orang
ada la privacy sket
makan tade la sedap tapi
i need the ambiance

pastu since my parents nak pegi tepen
i rasa macam nak makan kotiau doli
takde la sedap mana pun
cuma bila cakap taiping
i terus terbayang kotiau doli
dan terus i rasa kecur air liur

if only i kat kl kan
sah sah i dah ajak mr husband pegi makan western kat kampung baru ke
makan seafood carbonara kat sogo ke
makan kotiau yang dekat ngan lrt dang wangi tu ke
makan kat sundanese ke
ataupun
paling tidak
makan kat foodkot alamanda yang i dok mengidam dari masa mengandungkan zara
sakit mr husband nampaknya semakin teruk
tapi i pejam mata je
i rasa dia dah old enough untuk jaga diri sendiri
i marah kalau dia lebih lebih kerja tanpa pikir kesihatan diri sendiri
si pemalas yang everyday waktu office hour balik tido pun gaji sama dengan dia
si lembam yang everything tatau pun gaji lebih dari dia
what's the point
lagi dia tunjuk yang dia boleh buat
lagi orang lambakkan kerja pada dia

i macam nak naik darah sket bila mr husband cakap pagi tadi
dia kata he was in a middle of a meeting masa i sms dia
masa tu plak orang tengah bising kat dia sebab dia tak habiskan that 3 mil
which, dalam hati i cakap " kalau tak tau macamana nak habiskan 3 mil, sedekah je la kat i 1 mil. that's more than enough for me"

tapi
i tau mr husband macamana
kerja tu amanah
nak mencari rezeki yang halal bukan senang
macam i la
i rasa i boleh je suruh my worker datang awal bukak tadika
then tutup tadika
i boleh je bergolek golek kat rumah
bangun lambat lambat
pastu balik awal
tak perlu drag zara pegi tadika b4 7 in the morning
balik rumah pukul 6 lebih
kerja dekat 12 jam dan zara pun terlibat skali

i tak boleh nak lepas tangan
i just have to be here
sebab orang bagi amanah

ada jugak i dengar orang buruk burukkan i
buruk burukkan tempat i
tapi i yakin dengan ketentuan
i percaya pada rezeki dan
i percaya pada qada n qadar yang dah tertulis

ada benda lain i nak tulis
tapi later la
dah melencong plak

Selasa, November 10, 2009

My Top 5 Treat List

Ok
A very happy anniversary to mr husband
Thank you for the wonderful 2 years
I know sometimes I can be such a witch
And I know
Sometimes
Deep inside u must feel like flushing me down the toilet drain
Hikhikhikhik

So
For our anniversary
Here are my top five treat list
Any of which u would like to make it happen dear?

5 . A day for my-own-self

A day for myself to do anything that I want
I want to start the day early
So that I can lazing around watching the tube
No need to worry about preparing my little one’s food
Nor worrying about that mountain of dirty clothes that needed to be washed

Next,
I’m going to pamper myself on a a luxury spa retreat and a full body massage
and
At the end of the day
I would like to have a good dinner with mr husband and little zara
And, end my day on a king-sized bed with feather pillow and a warm and cosy duvet

4 . A brand new car for my everyday use

I don’t dream big
A small car will do
Be it a myvi or a saga blm
I’ve been using my kancil since I was in Uni
Its been …. 7 years
And of course it’s a wonderful 7 years
But I just wish to have a more comfortable car
For little zara and I going around doing our daily tasks everyday

3 . Going to Kota Kinabalu with my little family

Mr husband n I went to KK before zara was born
KK is really a nice place
The atmosphere
The environment
It’s just so different from here
This time
I want to stay at the Nexus Karambunai
I’ve never been there
But reading the reviews, looking at the pictures
It’s just soooo tempting
And as little zara has already aware of the world around her
I know
She too will enjoy herself
Just as she did when we went to penang for her birthday last week

2 . Eating out at a good restaurant with a good yummy food

My fav place so far is Sundanese, Level 4 KLCC
I missed going there and I have yet to find a good dining place here in Ipoh
The service is absolutely good
The food is yummy
And the ambiance is just great
I really need to bring little zara there someday

Now, moment of truth
For my first and foremost treat list

Tadaaaaaaaaaaaaaaa

1 . Dell inspiron 13

Lets call it a gift for a gift
Mr husband gave me a xps m1330 early this year
I’ve been dreaming of having my own laptop since I was 18
And only at the age of 27 did I managed to have my own laptop
Well
Unfortunately
It’s not all mine
I have to share it with my little zara
Which, I think
She knows that the laptop is partially hers
So she treats it like her other toys
Striking the keys here and there
Slammed, spanked, and only-god-knows-what-she-did
And it’s not yet been a year and I already changed the motherboard thrice

Ok
It’s not about me actually
I want to give that perfect gift for mr husband
Since I got my xps
He keeps on whining to have a new laptop
His choice, of course,
A small, sleek, lightweight yet powerful laptop
And the features just happen to match the Dell Inspiron 13

His current laptop don’t seem to match his current needs
It’s super-snail-slow and he needs to keep it charged
Luckily it does not look like the old briefcase-type notebook

He needs to be connected
And sometimes his laptop just don’t want to cooperate
Pity mr husband
He loves watching movies and playing games
Dell Inspiron 13 is just what he need

Hi-def with TrueLife Technology and home theatre system is just fab
The long battery life just fit him as he is always on the run
He don’t have to bring all the wire everywhere ever again

As the saying goes
“the perfect balance in an unbalanced world”
It’s a perfect gift for mr husband
It’s a perfect gift from me

And for my dear reader
As today is my wedding anniversary
Here is a gift for all of you
Here is a special coupon code 7ZQVQF2RLZRKW3 from Dell that would allow anyone who makes purchase of a Dell Inspiron 13 (S510701MY) with RM100 Instant Cash Redemption!!. This promotion is only available online or by calling Dell at 1800-88-0301. This coupon code expires on 10th Nov 2009.

So dear nuffnang
Please, oh pretty please
Let me win this
I promise I will love you forever

Happy anniversary, mr husband

. b . u . b . u . r .

Mommies out there
U all pernah encounter tak anak dah takmo makan apa yang u masak

Little zara nih cepat jemu tau
Macam macam jenis masakan I kena masak untuk dia

Kalau bubur ayam mcd tu dia memang dah jemu dah
I pun dah lama tak bagi dia makan bubur ayam mcd

Kalau bubur nasi I letak chicken broth pun zara dah jemu
Jenuh la I merebus ayam nak buat chicken broth
Pastu I dah malas nak buat
I pakai chicken stock je
Lama lama zara jemu

Ada satu masa I lama tak masak bubur nasi sebab zara takmo makan bubur
Dia banyak menyusu badan je

I pun dah semakin malas
I guna plak ayam kisar
Tapi letak ayam banyak banyak
Zara suka

Bila zara dah jemu
I try pulak buat potato n egg salad
Sangat senang
Boil je potato n egg
Dicekan bawang besar sket
Bila potato n egg dah masak, lenyekkan, campur dengan bawang n letak pepper n salt sket
Oh dan mayones
Taraaaaaaa
Zara suka
Bila zara dah jemu sket
I tambah plak minced chicken kepada potato n egg salad tu

Sekarang ni
Dah dua hari berturut turut I masak bubur dengan resepi yang sama
Ni lagi la simple
I bangun pagi
Masuk beras dalam rice cooker
Potong carrot, sawi, udang dalam 4 ekor
Masuk dalam rice cooker
Sambil tu I siap siap
Agak2 dalam 15 minutes selepas tu
I masukkan serbuk cream of mushroom soup dalam Nasik yg tengah menggelegak tuh
Voilaaaaa
Rasanya sangat lazat dan I pun suka

Karang bila zara jemu
I kena pk macamana nak mengubahsuai resepi lagi

Oh
I teringin nak makan mee goring belI
Tapi kena belI dari that particular gerai
Harap harap petang n ada
Kalo tak I Kempunan
Zara kan nak dapat adik
Uuuuupppsssss… terlebey sudaaaaa

tata

Isnin, November 09, 2009

. w . r . i . t . e . r .

dulu kan i penah kata
i rasa writer dengan nama hlovate tu was my junior at high skool

sekarang i dah tau dah sape
dan sekarang i macam 99.99% positive it's her

hikhikhikhikhik

dah
nanti i cakap pasal bday zara

Khamis, November 05, 2009

. m . e . n . u .

nak study
tapi baru sedar yang diri dah jadi kurang pandai
nak buat matematik pun terhegeh hegeh
padahal dulu masa sekolah pejam mata je buat maths

nak study pasal malaysia constitution pun cam lemah
ahli dewan negara pun tak ingat berapa orang
takpe la
i study je la apa yang termampu
dan i cuba je la buat exam tomorrow
(macamana nak studi kalau ada masa sibuk nak menaip di belok)

apa pun
harini mr husband dah start keje balik
semalam out of the blue
mr husband dengan baik hati dah lipat semua kain
skali dengan pakej kemas rumah lagi

tapi barang barang dari penang masih belum unpack
i cam bizi bizi sket
tapi cam nak setelkan lepas exam esok
sebab semuanya kena setel esok jugak

esok kena ingatkan mr husband untuk ambil khemah
pastu kalau boleh nak kerusi jugak
meja nak pinjam parents punya

apa pun
sebab mr husband dah tolong lipat kain
malam ni i nak masak xtra spesyel sket
haritu beria ia la i masak mee udang
pastu bila i tanya sedap ke tak
mr husband kata its unfair to ask him sebab dia tak keen nak makan mee udang
bukan makanan dia

tapi takpe
sebab dia makan tambah tambah jugak
i tau la sedap
i tengok my dad pun tambah
hikhikhikhik

oh
menu malam ini ialah
nasi putih
tomyam campur
ikan kerapu stim
sambal ikan bilis ubi tempe
telur goreng
sotong masak halia

air.... minum ayaq kosong je dah laa

ikan tadi pagi i dah perap
ayam, udang untuk masak tomyam dah keluar dari freezer
ubi dah kupas
cili kering nak buat sambal dah siap blend
halia, cili, bawang dah siap potong
nasi dah masuk dalam periuk
petang karang tinggal petik suis je

tengah hari ni pegi pasar jap
nak beli sotong, tempe, ikan bilis, cendawan, sos tiram dan tom yam paste

kenapa i sedia bahan awal awal
sebabnya zara kan suka nak berkepit
i'm lucky kalau zara nak tido waktu i nak masak
kalau dia tanak tdo
i kena dukung je dia sambil masak
sebab tu baik sedia barang nak masak
nanti bila nak masak boleh campak2 je dalam periuk

dah

ptptn

Nama Tuan/Puan TIDAK termasuk di dalam senarai hitam peminjam ingkar PTPTN yang tidak dibenarkan untuk ke luar negara.


both mr husband n i berstatus begini
alhamdulillah
hikhikhikhik

bila nak pegi luar negara neh??

Rabu, November 04, 2009

i nak peksa
so i kena studi secara gigih
walaupun matematik semua dah lupa
algebra dah lupa
konon konon konfiden geometri terrer
skali bila buat soalan
dah tak ingat jugak

dah
i nak belajar
nanti friday peksa

Selasa, November 03, 2009

macam macam

i belum keluarkan gambar dari kamera
barang barang dari penang semua belum kemas
semalam seharian i sibuk nak clearkan kain
tu pun half way dah hujan
pagi tadi ada lagi satu load
harini i kena settlekan kain
kena lipat kain yang bertimbun tu
nak ambik baju mr husband kat dobi
kalau ada masa baru nak unpack barang

i ingat malam karang nak masak mee udang
semalam semua bahan dah sedia
siap dah blend
pastu nak keluar beli cili kering
baru jalan tak sampai keluar lorong
mr husband called cakap zara dah bangun dan nangis nangis
terus patah balik

siapkan zara
ikut mr husband pegi klinik

oh si suami i tu dah tua bangka
dia ada arthritis
sangat penyakit orang tua
lagipun haritu bulan puasa mr husband terjatuh masa kerja

selain dari arthritis
mr husband dah demam
dan blood pressure 170/90
normal adalah 120/80
jadi sangat tinggi mr husband punya blood pressure
sian betul mr husband itu


mr husband kena cocok
dia konfiden je pegi selak lengan baju
skali dokter cucuk di punggung
hikhikhik
padan muka
kan dah malu

dokter bagi cuti 2 days
dan kena datang balik after 2 days tuh
sebab takut la kena lebih teruk ke

i yang mulut laser ni kan
tanya mr husband
kalau mr husband mati,
zara n i akan dapat pampasan tak dari kampeni mr husband
keji kan i nih

walaupun sakit
lepas pegi klinik
kitorang pegi jusco plak
sebab nak tempah kek zara

masa kitorang tunjuk katalog kat zara suruh pilih kek mana yang dia nak
dia macam tunjuk semua kek
dasat budak kecik tu
mr husband banyak kali cakap kat zara yang dia orderkan kek bentuk mushroom untuk zara
ye laaaa
sekarang kan kita kena berhati hati
zara dah pandai demand
kang dia tanak kek mushroom
dia nanges nanges plak

lepas order kek
i plak cam ngengade ajak mr husband masuk juco nak beli groceries

on the way back tu
mr husband ada cakap yang dia risau kot kek zara tak cukup
takkan la tak cukup kan
kek tu je dah 3 kgs
mr husband rasa macam nak tempah kek bentuk 1 plak
tamak tau mr husband nih

tapi tengok la nanti
kot i ada rezeki lebih
i beli la lagi satu kek for zara

sebelum tido semalam
mr husband cakap kat zara
"abah harap abah hidup sampai zara besar, supaya abah boleh tunggu zara kat luar pagar sekolah, pastu boleh dukung zara"
i rasa agak sedih sedih sket tapi masa tu i pun dah half asleep
pastu mr husband tanya i, zara sekolah mana?
sambil tertidur tu i rasa i jawap "marian convent"
pastu i cam terdengar lagi mr husband cakap yang dia nak tunggu zara, pastu dia nampak zara yang bertocang, comel comel, pastu apa lagi i tak dengar

i pun tatau macamana zara boleh tido
sebabnya i dah tido awal awal
masa i ajak zara tido
mula mula dia memang menyusu
tiba tiba dia lepaskan nenen dan dia pegi main main
mr husband kot yang tidurkan zara

masa kat penang tu
i ingat i ada cakap kat mr husband
yang i rasa i dah tak larat nak melalui phase macam ni lagi
phase yang mana anak menjerit jerit kat shopping mall
phase anak bagi pinggan pecah masa makan
phase anak belum pandai cakap dan kita tatau apa yang dia nak

nanti bila zara dah pandai tu semua
dan kalau zara ada adik
we have to go through all the phase
akan rasa penat la

patutnya lepas i bersalinkan zara last year bulan 10
patutnya bulan 1 atau bulan 2 i dah kena start mengandung balik
so that zara dan adik dia akan membesar sama sama
dan diorang akan go through phase tu sama sama
sekali harung je

i rasa mebbe i nak zara ber-adik
bila zara dah 4 tahun ke
tengok la
kalau ada rezeki

Isnin, November 02, 2009

. p . e . n . a . n . g .

Dah habis bercuti
Cuma mr husband masih bercuti
Sakit sakit badan
Tah tah nak kena gout
Tu la dok nyanyi kat zara sakit sendi tulang
Dia yang betul betul sakit sendi tulang

Cuti yang sangat menarik
Sebabnya zara dah besar
Dah pandai be holiday

Check-in pun dah pukul 5
Lepas check-in
Zara terus berlari lari di atas katil
pegi sana sini
Ye la
Lagipun katil tu kan empuk
Dia sangat hepi la

I bawak dia mandi bath tub
Lagi la eksaited
Tak henti henti cakap
Apa yang dia bebel pun I tatau
Mesti dia seronok sebab first time mandi bath tub
Len kali kalau zara nak mandi bath tub, kita pegi rumah tok mama ye

Lepas Maghrib kita pegi queensbay
Mr husband kan sangat anti nak bawak kereta ke penang sebab nanti sesat jalan
So kita hire limousine
I sukeeee banyak banyak
Merasa la I naik camry ala ala mak datin

Jalan jalan
Zara nangis nangis
Kalau kedai yang dia nangis
Maknanya dia takmo masuk kedai tu
So kitorang kena keluar cepat cepat
Pegi toys r us zara suka
Dia nak Merangkak sendiri
Takmo orang pegang

I sempat belI swimming suit zara
Sangat suweet
Belang belang ada muka elmo besar besar
Pastu ada skirt daripada kain net
Mr husband plak belikan zara pelampung siap ada payung

Pagi pagi lepas breakfast kita dah pegi bawak zara ke swimming pool
Oh breakfast kat vistana adalah yang paling tak bes
Seb baik ada dim sum sebagai penyelamat
Tapi still yang paling tak bes yang pernah I rasa

Mula mula zara masuk swimming pool dia ok je
Masukkan dia dalam plumping dia dah jerit jerit takmo
Tapi I paksa jugak
I bawak dia jalan dalam pelampung
Pastu dia sendiri jalan jalan keliling kolam sambil duduk atas pelampung
So sweet
Baru la I terasa yang cik zara tu dah besar
Lepas checkout
Mr husband konon konon nak pegi belI buah pala kat chowrasta
Tapi sebab kitorang dah salah jalan
Terus head to jeti je

Zara eksaited jugak bila naik ferry

Turun feri, mr husband ingat nak belI buah pala
Pun tade jugak
Kitorang nak amek opah kat bertam
So on the way to bertam
Singgah sunway carnival mall kat seberang jaya

I suka suka banyak banyak
Sebab parkson ada sale
I macam nak grab semua elle punya blanket n pillow
Tapi I kan wasatiah
I amek blanket satu je
it’s a traveling blanket
Bole bawak jalan jalan

Oh ada satu cerita yang bes
Masa masuk kedai esprit
Masa nak masuk zara dah macam cranky
Tapi I nak jugak masuk
I nak la jugak kan baju for me-self
Tengah tengah tengok baju, zara dah jerit jerit
I bawak zara tengok baju baby
Zara diam
Pastu I bawak zara tengok wallet
Dia jerit jerit
I bawak balik ke tempat baju babies
Zara diam balik
Sambil tu dia pegang each hanger
Sambil mulut bising bising
Macam nak cakap
“ini takmo… ini takmo…”
Pastu sampai kat shirt dia macam nak
I ambik shirt pink
Zara mengamok
I amek plak shirt putih
Baru dia oke
sebab b4 tu memang dia dah pegang shirt putih tu
tapi i rasa macam tak sweet sangat
rupa rupanya dia memang nak shirt putih tu

Malas nak pk panjang
I terus bawak pegi kaunter bayar
tu pun sempat sambar sebijik wallet
sebab i punya wallet dah pakai 9 tahun
dah high time
berlumut lumut busuk

ps: mr husband, walaupun i cakap nanti i bayar balik, tapi i nak buat buat lupa je la ye yang u bayarkan wallet n shirt tu.


Same goes masa kat toys r us
Dia seronok pegang permainan itu ini
ada satu ball yang dia suka
sambil merangkak, dia dok sorong bola tu
dengan chocolate bubble
Bila I suruh lepas dia nangis nangis
Lantas I terpaksa belikan bola tu untuk zara
Ok belum habis lagi

Bukan tu je
Mebbe sebab dia dah biasa tengok
kalau i belI barang
Nanti I sangkut paper bag kat bahu

Lepas kita buat payment
Zara nanges nanges
I bagi plastik yang berisi toys dia takmo
I sangkutkan kat bahu dia
Baru la dia diam
sambil dia cakap camnih
"mmmmmm"

Haaaaiiihhhh anak I yang sorang tu
anak oiii... u nak jadik si penggila shopping ke?

Ok la
Dah
Nanti I ingat lagi I taip lagi

Sabtu, Oktober 31, 2009

. i . n . v . i . t . a . t . i . o . n .



u are all invited to zara's birthday party.
do come

Jumaat, Oktober 30, 2009

. c . u . t . i .

cuma sikit masa lagi
nak balik
nanti nak kemas kemas rumah
nak lipat kain baju
nak hantar baju mr husband ke dobi untuk diiron
padahal dah 2 hari baju baju tu dalam kereta
i malas sangat nak ke kedia dobi

tak sabar sabar nak berholiday
dalam kepala hotak i nih dah plan macam macam nak beli
(macam la banyak duit sangat kan)

sok mebbe dalam pukul 11 kot baru nak bertolak
pagi ada hal sket


so buhbbye everibody
hav a nice weekend

Khamis, Oktober 29, 2009

. n . e . e . d .

I SO NEED A LAWYER
sape nak jadik lawyer i????
i rasa macam nak saman orang

Rabu, Oktober 28, 2009

. b . i . r . t . h . d . a . y .

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to zara
happy birthday to you

harini zara cukup setahun
tadi dah selebret birthday zara kat tadika
zara hepi
semua pun hepi

this weekend nak pegi penang
untuk selebret
sambil cari baju untuk birthday party zara

next weekend sambut birthday zara

self note = hari selasa minggu depan kena ingatkan mr husband untuk pegi coffee bean nak order cake n i punya canapes

okeh
semua dijemput hadir

Selasa, Oktober 27, 2009

. l . a. s . t .

ok
ini las skali i nak tulis pasal benda ni
lain kali i janji tade dah

so
orang yang i dok sms everiweek tu
las las
semalam
bukannya dia bayar
i hantar sms yang las
i cakap
"kalau ada masa, harap ***** boleh singgah untuk bayar yuran ye. saya pn dah naik segan every week dok msg. Tq."

dan dia of koz la tanak reply sms i
pastu i rasa memang sampai sudah la dia takkan bayar
dan i akan ingat sampai bila bila apa yang dia buat pada i
i rasa sangat tak patut la kan
dulu masa nak mintak tolong
call i tengah tengah malam
sebab kata maid lari
pastu dulu bulan disember pun dia tak bayar fees
i pejam mata je
padahal hari hari pun hantar anak
pastu dulu katanya nak hantar anak half day je
dari pukul 12 sampai 6
i pun cas la half day
pastu makin lama makin awal
ada satu hari tu pukul 7 dah datang
i tade cas lebih pun
sangat tak patut la kan
ada lagi la
tapi malas nak letak kat sini
kang mengaibkan orang plak

ape pun
semalam
i dah keluarkan surat pada penghutang2 lain
hikhikhikhik
kali ini i sudah tidak boleh bersabar lagi
harini i dah dapat feedback yang bagus


dan akhir kata untuk si penghutang tegar tersebut
i akan ingat sampai mati
u have done the same thing to my sibling
now u did it to me
u memang tak malu
u keep on berhutang sana sini
hutang tu bawak sampai mati tau tak


to all readers + mr husband,
sorry sebab u all kena baca benda merepek repek ni
i pun nak luahkan rasa

Isnin, Oktober 26, 2009

. m . r . . h . u . s . b . a . n . d .

elellelelele
bucuk bucuk
intan payung
mr husband

eh
i mana ada kata u husband yang tak baik
sedih hati i u cakap macam tu taw

u cakap
"i'm trying to be a good husband here,
which u claim i am not"

i memang la tau u selalu support i
pastu i nak apa pun u bagi kan
tu mana penah i komplen

mr husband kan
suka nak rahsia rahsia dari i
macam ada kenduri ke hape ke
suka tanak bitau i
pastu nanti i dapat tau dari orang lain
pastu bila i tanya
u cakap tanak biatu sebab bukan nak pegi pun
well, tak pegi pun at least inform me so that i will be updated
tade la cam termangu mangu bila orang cakap

ape pun
i still merajuk tanak balik kl 2 bulan tau
pastu raya haji nanti pun
lepas kenduri baru boleh balik kl
asek selebret raya kat kl je

u kata i suka membebel bebel
hikhikhikhik
memang la i suka membebel
i membebel bila
u tanak tolong i buat kerja rumah
i rasa kan
dari pagi i bangun
i dok pegi sana
pegi sini
nak masak brekpes la
nak basuh kain
nak sidai kain
nak sediakan mandi zara
nak mandikan zara
zara nangis nangis la
maaanyak menda nak buat
memang la i akan marah marah bila i tengok u terbongkang tengok tivi
tsk...tsk...tsk... i sedeh taw
i rasa macam orang gaji
i pun nak jugak golek golek tengok tivi

semalam kan
dari pukul 5.40 sampai la pukul 9.30 kaki tangan i ni asyik bergerak
memulka nak siapkan makan malam
pastu lipat kain
pastu nak sediakan mandi zara
pastu nak masak makan malam
pastu nak suap zara makan
pastu i nak makan
pastu nak menyusukan zara
pastu nak kupas buah mangga
pastu nak makan buah mangga
pastu nak siapkan barang barang yang nak dibawa ke tadika

bila nak tido
i tak boleh nak tidow
sebab u tidow dengkur dengkur
u ni macam orang tua la
kaalau dengar u dengkur dengkur
i urut urut dada u
u pun diam la kejap
pastu nanti u dengkur dengkur lagi

hoooooooooiihhhh
panas hati i tau

walaupun i panas hati
i tau u tetap husband yang baik
kalau i nak es kacang ke chendol ke
misti u nak cari sampai dapat

dah
i harap bila u baca ni
nanti u akan senyum senyum

Khamis, Oktober 22, 2009

. o . k . . l . a .

mr husband kata entry i semalam harsh sangat
dan memandangkan blog i ni public,
mungkin akan ada my customer yang terbaca blog i

seriously
i meant no harm
i bukan nak hentam orang
i cuma nak nyatakan rasa kesal i

itu yang i bitau mr husband

memang la customer is always right
sebab apa?
sebab diorang yang ada kuasa pembeli
in my case
they gave me money
to take care, to educate their children

sebab tu la
i takde masalah kalau parents nak bayar lambat
dan inform i awal awal
(as mentioned in my previous entry)
i don't bite

ada some parents yang akan call/sms i kalau nak bayar lambat
itu i memang sangat sangat hargai

i dah kata dah
i cuma geram dengan orang yang buat tatau je
macam tade apa apa yang berlaku
dengan i geram dengan si pemiutang yang lari dari bayar hutang
sms tanak jawap
macam tu i hangin la

sebab apa hangin
sebab dah menyusahkan i
last year
masa tu kan i baru bukak tadika ni
sebab orang orang yang takmo bayar ni
i sampai tade duit nak beli beras untuk tadika
i kena jual i punya novels collections
punya la banyak novel i jual
i dapat rm10 je
dapat la beli beras 5 kilo
dah la masa tu i mengandungkan zara
sedih tau
benda ni pun semalam baru i bitau mr husband
sebab mr husband bangkitkan isu entry i yang katanya harsh ni

mr husband tanya
kenapa tak bagitau dia masa tu
ini hal kerja i
i patutnya kena solve sendiri

enuff said

p/s: hamboih hamboih mr husband. u dah rajin baca belok i nih yeh? hikhikhikhik

Rabu, Oktober 21, 2009

. s . o . m . e . . p . e . o . p . l . e .

kadang kadang i panas hati jugak dengan some people ni tau
kadang kadang derang bole buat bodow je
i'm running a business here
dan i bukan jenis along nak mengutip hutang simbah cat merah kat rumah orang yang tak bayar hutang
pastu i malas nak sms/call/tulis dalam message book untuk mengutip hutang

macam i la kan
i akan rasa sikit offended la kalau orang dok call i mintak hutang
jadi i tanak la my customer rasa macam tu

i really tak kisah kalau diorang bitau awal awal kalau tak boleh bayar fees
nak bayar on the following month ke
ataupun kalau bayar lambat
just inform me
so that i am aware
i boleh take note yang sipolan sipolan ni akan bayar lambat
dan i boleh la adjust

yang i sangat benci
apabila some people just buat bodo
tak inform langsung
i nak cakap pun susah
i tatau yang sipolan polan ni tau tak yang dia belum bayar fees
ataupun dia ingat dia dah bayar

sebab tu la
dari awal tahun
i biasa kutip fees awal bulan
jadi, kalau satu masa derang terskip satu bulan
masih tak jadi masalah besar
contohnya macam ni la
fees bulan januari bayar pada 1 januari
bulan febuari bayar pada 1 febuari
bulan mac sebab kereta rosak, bajet lari dia tak dapat nak bayar pada 1 mac
jadi, untuk bulan mac dia bayar pada 1 april
masih dikira boleh lagi la sebab masih belum lap

pastu kata la orang ni nak ikut kepala sendiri jugak
fees januari dia bayar 31 januari
fees febuari dia bayar 1 mac
pertengahan bulan mac kereta rosak, bajet lari jadi hujung bulan tak dapat nak bayar fees bulan mac
takkan nak bayar pada 30 april
kalau 30 april tu kena la bayar skali fees bulan april
dah double
lagi perit kan

sebab tu la untuk kesenangan semua
i and my customer
i mintak parents bayar fees pada awal bulan

i pun ada tanggungjawab jugak
i kena bayar gaji staff
i kena bayar sewa
i kena bayar pinjaman
i kena bayar royalties
i kena sediakan makanan
i kena sediakan transportation
semua tu perlukan duit
dan dari mana datangnya duit tu
dari orang orang yang sepatutnya bayar fees la

takkan i tanak bayar sewa rumah
takkan i tanak bayar gaji pekerja
takkan i nak bagi alasan orang belum bayar fees

i ni flexible
bukannya i nak paksa paksa orang buat payment
i cuma nak orang inform kalau nak bayar lewat


kenapa i panas hati sangat sampai terpaksa tulis kat blog
ada sorang customer i ni
dari sebelum raya lagi i dok kejar
sampai sekarang
dia masih belum bayar fees untuk tiga empat bulan sudah
so every week i akan sms dia
memang i sangat tak suka nak buat macam tu
tapi bila memikirkan
bila dia susah
dia call i tengah tengah malam sebab nak mintak i jagakan anak anak dan baby dia
pastu nak lari macamtu je
pada masa yang sama nak belagak belagak ngan i
kata gaji suami 10k
takkan nak bayar hutang yang sikit tu tak boleh
tatau la kalau memang dia ada intention untuk tanak bayar

kadang kadang i memang rasa macam nak simbah cat merah je
ataupun i sembelih ayam, gantung kat pagar rumah dia
ataupun i nak hantar surat saman je

haaaaiiihhhhhh
some people

Isnin, Oktober 19, 2009

kenapa i rasa mcam cepat sangat cuti
pastu dah hilang ingatan pasal apa yang i buat over the weekend

sabtu pagi lepak lepak di rumah sambil basuh kain sidai kain
dekat dekat tengah hari pegi ambik kereta yang menyebabkan mr husband punya wallet dah kempis
kancil tu kena RM750
mr husband kata, dengan rm750 tu boleh buat birthday zara yang sangat grand

lepas ambil kereta
pegi tesco st18
beli groceries
konon nak masak siakap steam, siakap 3 rasa, ayam pedas, sotong halia
las las walaupun dah beli bahan
we end up makan tengah hari kat luar

harini dah hari selasa
ikan siakap masih ada dalam freezer
semalam i masak nasi goreng tomyam
harini masih belum decide nak masak apa
ikan siakap???? hmmmm bergantung pada keadaan

kita dah postpone birthday zara ke 7 november
reason being
my mom can't attend kalau 31.10

oleh sebab itu, i cadangkan pada mr husband untuk pegi ke satu tempat untuk selebret birthday zara
mr husband pun ada cakap nak belikan zara baju untuk pakai masa birthday dia nanti
pastu plak kan i merajuk tanak balik kl 2 bulan
jadi i cadangkan pada mr husband untuk pegi penang

boleh pegi queensbay (yang i tak penah pegi tu)
i cam bercadang nak stay kat hard rock ke, g hotel ke
tapi mr husband nak stay dekat dekat area bayan lepas
dekat sket ngan queensbay tu
mr husband kan dah serik pegi penang yang jalan jem pastu berpusing pusing

so yang i nampak sekarang ni equatorial, krystal suites, b suite, vistana
yang krystal suite n b suite tu cam service apartment kot
hmmmm
i pun tatau nak pilih

Jumaat, Oktober 16, 2009

Its already past midnight. Dah hari jumaat la maknanya. Tv pn dah tade cite menarik. I kalau dah tatau nak tgk cite apa, misti akan bukak afc. Hehe. I suka makan makan ni.`

zara dah lama tdo. Makan ubat, main main, tido. Mr husband pn dah syok berdengkur. i takbuleh tidow. Kadang2 i wonder, kenapa after having a good time, i can't sleep. Macam i gained a new level of energy. Why cant i be like mr husband, boleh tidow terus siap dengkur dengkur plak tu. Supposed i shud hav done it in the morning instead.

Dah pukul bape dah ni. Pagi esok misti i ngantuk. Nasib baik tomorrow dah friday. Oh. I akan bz sket esok.1 of my staff tak boleh datang plak esok sbb dia ada interview. Semoga dia berjaya dapat permanent job.

Tengah hari tadi badan zara panas. I bagi ubat, pukul 2.30 bawak zara balik. Zara tdo sampai pukul 6. Kalau kat tadika, jangan harap zara nak tdo.

Ni plak, tdo dlm ekon, tp zara berpeluh .Kepala pun basah. Harap2 dah nak sihat la.

For zara's bday nanti, i dah order paitee. Hehe. I suka. I oder paitee casing n kuah je. Inti i kena sedia sendiri.

Untuk bday zara nanti, i tade la masak besar besaran. Yang simple je. Menu minum petang je sbb bday zara pn pukul 3 petang. Sebab mr husband tanak benda berkuah, jadi i pk nk buat bihun goreng singapore, ayam goreng with garlic bread n cream mushroom soup, nugget, cocktail sausages, paitee, kuih yang i blom decide lagi kuih apa.

Mr husband nak kek bentuk mushroom kat coffee bean. I tengok harga macam nak pengsan. Macam harga kek kawen. Tp mr husband insist. Sukati la. Alang2 dh nak beli kek kopibean tu, i pun nak mr husband orderkan canapes skali. Mr husband tanya nak banyak mana. I cakap nak satu box sbb i nak makan sorang je. Hahahaha. Si inaz memang tamak.

Oh. Penat dah menaip. I am using my handphone to access the net. Penat tau menaip banyak2 kt handphone.

Mr husband ni. Harap je keje talipun, kat rumah sendri pun tanak pasang intenet. Padahal bole je pakai staf pakej.

Tata. I nak kacau mr husband yang berdengkur tu. Geram btol dengar dengkuran yang makin lama makin kuat tu.

Khamis, Oktober 15, 2009

. a . b . o . u . t .

dah beberapa hari zara cirit birit
tade selera makan
kalau makan pun dalam dua tiga suap
lepas tu tanak dah

dah bermacam macam makanan i masak untuk zara
porridge, potato n egg salad, cream mushroom soup,
dia macam tu jugak
tanak makan jugak

semalam masa pegi klinik
timbang berat
zara cuma 6.7kg
punya la ringan
dari zara 6 bulan dia enam kilo
sedih tau tengok zara macam ni

neway
zara dah semakin cerdik
sejajar dengan umur dia yang dah nak mencecah setahun
zara suka bagi barang kat i
bila dia bagi barang, i akan cakap thank you
dan zara akan cakap "a-kem"
itu cara dia nak cakap welcome

haritu mr husband saja panggil zara
'ZAREEE"
pastu si zara pun cakap balik "zha-waaa"
hahahhaha
kan dah kena
zara marah bila abah dia panggil dia salah
kadang kadang zara saje saje suka nak panggil diri dia sendiri

sekarang
kalau zara pegang pensil atau pen
dia misti akan cari kertas jugak
pastu dia nak conteng conteng

kelmarin
masa tengah nenen
tiba tiba zara bangun
ambik buku pony
pastu baring balik sebelah i
selak selak buku
pastu sambung nenen sambil pegang buku pony

haritu pun
dia ambik buku
lepas tu dia meniarap
sambil dua kaki angkat angkat
dia selak selak buku
hambooiihhh
macam orang besar zara nih

ok la
zara dah bising bising
nanti i sambung

Rabu, Oktober 14, 2009

. c . a . t . c . h . e . y . e .

sila klik di sini

cuba la try
nampak macam promising

Isnin, Oktober 12, 2009

. c . e . r . i . t . a .

saya masih belajar cara cara menjadi parent yang bagus
banyak benda yang i kena belajar
one new lesson today

jangan buat/cakap benda merepek repek / bukan bukan depan budak kecik
sebab nanti diorang akan meniru / bercerita

one of my student bukak cerita pasal parent
dia kata parents dia gaduh gaduh
then the father cakap berambus

kan dah rasa semacam bila dengar

tapi biasa la kan
as a human being
kalau kita dah marah
kadang kadang terlepas la cakap yang bukan bukan

i pun kadang kadang marah mengamok ngamok
pastu kalau mr husband naik suara sket
mula la i kecik hati
pastu merajuk rajuk
tanak cakap dengan mr husband
kalau i yang naik suara takpe
hehehehehehe

cuma i kena beringat
yang i ada anak kecik
jadi
i tak boleh cakap atau buat benda bukan bukan
supaya anak i tak ikut
atau dia tak bercerita

Ahad, Oktober 11, 2009

. b . o . r . i . n . g .

boring btol mr husband ni
saturday pegi keje
sunday pn pegi keje
weekdays lagi la hari hari pegi keje
bila masanya nak beramas mesra bersama keluarga

zara pun dah boring dok rumah
bawak depan tivi je menangis
jadi i start kete
bawak pegi rumh mak
nak tunggu mr husband balik

i rasa macam nak makan donat
kenapa la ipoh tade dunkin donut
takkan nak pegi rnr tapah kot
melampau la kan

nanti nak try my luck
nak ajak mr husband pegi jusco
nak makan donat
boleh beli salmon skalik
heheheheh

selamat hari ahad

Khamis, Oktober 08, 2009

. f . a . h . a . m .

rupa rupanya banyak benda yang zara faham

some simple words/instructions yang dia faham

stand up
sit down
tutup - zara suka tutup bekas makanan/ minumam
nak - dia akan bagi, tapi dia ambil balik
come
nenen
jom
sweet- as in gula gula
no
come to mama
minum
mamam

kalau cakap mamam atau minum,mulut dia akan terus kunyah kunyah

cumanya zara belum pandai cakap sangat
banyak baby talk je
tapi still,
dia dah boleh cakap zha-wa, nenen,mama,bah,
haritu longest word yang both mr husband n i dapat dengar ialah
tabuleh
kenapa zara cakap tabuleh?
sebab i saje saje pegi polok mr husband
pastu panggil panggil zara soh tengok
terus zara jerit "tabuleh" sambil merangkak kepada mr husband n i
dia pun kena ada skali
baru la boleh

zara suka keluarkan barang dari bekas
kemudian
dia akan masukkan balik
ada skali tu
dia keluarkan kuih raya dari balang
2 balang
pastu dia masukkan balik


oooh-so-su-weet

Rabu, Oktober 07, 2009

. s . i . l . e . n . t .

* read belok as in =blog

eleeeeeeeh
i tau
i ada silent readers
hikhikhikhik

amacam?
suka baca belok yang tak berilmiah ni?

i memang la
i suka cakap cakap pasal diri sendiri , pasal zara,
dan pasal benda benda sekeliling i je
kalau nak baca benda benda berilmiah
sila baca buku

pastu takpayah la nak cakap cakap dalam hati macam
"tahapa-hapa belok si inaz tu"
ataupun
"si inaz tu suka la nak belagak belagak"
ataupun
"si inaz tu perasan bagus"
ataupun
"macam la dia sorang ada husband"
ataupun
"macam la dia sorang ada baby.macam comel sangat baby dia tuh"

dengan kata kata dalam hati di atas
i nak cakap
"ade aku pedulikkkk???"

belok i
suka suka hati i la nak belagak ke
menangis ke
mengumpat ke
mengamok ke

nanti raya i mintak maaf ye

i saje je nak cerita cerita pasal i dalam belok
sebab i malas pegang pen
i malas nak tulis diari
tu yang i kena menaip dalam belok
i nih banyak sangat makan semut
tu jadik pelupa
kena la i taip benda benad yang berlaku dalma belok
supaya nanti i boleh ingat balik

zha-wa

Budak budak memang sangat su-weet
Tadi ada dua orang budak 3 tahun main kejar kejar
Amir dike jar oleh aqilah
Tengah kejar kejar tu
Skali budak amir ni cakap
“kita pulak kejar”
Dan si aqilah ni jawap
“oh, ye ke?”
Dan amir pun kejar aqilah

Comel

Kelmarin malam zara jatuh
Semalam pun ada jatuh jatuh
Malam semalam sambil Merangkak-rangkak
Zara terjatuh
Luka mulut dia
Sian baby zara

I dah register zara for school next year
Dan since preschool books cuma ada for 3 years old and above
Zara akan guna buku yang untuk 3 years old la
Buku pun cuma coloring, trace letters and numbers je
I rasa boleh la kot zara ikut
Yang penting
Zara boleh mengisi masa kat tadika ni
Daripada duduk tade buat apa

Sebab tu
Mana mana parents yang hantar anak tiga tahun kat sini
I akan suggest an untuk masuk tadika
Rather than taska
Sebab at least
Masa mereka di sini akan diisi dengan belajar
Tade la asyik main je
Walaupun
Memang la bermain pun 1 part of learning process
Tapi kan lebih elok kalau mereka belajar dan bermain

Zara dah pandai sebut nama dia
Bunyinya lebih kurang macam ni
ZHA-WA

Dulu zara selalu main diam diam
Macam tade orang kat rumah
Sekarang
Sambil main mulut dia bising je
(kebanyakkan masa )
Kalau tade mood, dia diam je

semalam
sampai je rumah
i memulakan misi memasak nasi lemak
siap dengan sambal ikan bilis
sambal sotong dan ayam goreng

hahahahhahaha
i memang terrer

Isnin, Oktober 05, 2009

. b . i . r . t . h . d . a . y .

tadi yong called
tanya bila nak buat birthday zara

ok jawapannya
31 oktober 2009
muktamad (walopon i blom consult dgn mr husband lg)

yay!!!!
ZARA DAH NAK SETAHUN

oh
n i nak selebret birthday zara kat rumah i je

menu tatau lagi

i ingat cam nak buat soto ke
mee rebush ke
tapi mr husband kata tanak makanan berkuah

takkan nak buat mee goreng, nasik goreng, bihun goreng
pastu letak kacang ngan yin
cam birthday zaman dulu

pastu i nk buat birthday waktu petang
tade la susah nak sedia makan tengah hari

pastu kan rumah i kecik
muat muat untuk mr husband, zara n i
i dah terpk nk kena pasang khemah kat luar plak
ahahahahahahaha
macam la ramai sangat jemputan kan

dah la
i nak berpikir nih
daaa~~

Jumaat, Oktober 02, 2009

. r . u . m . a . h .

I considered myself as a big spender
Both mr husband n I loves to spend
Most of our monies went to food, clothes, food, some more food, and little zara’s needs

I tak spend banyak untuk barang barang rumah
Macam masa kita pindah ituari
I just allocate dalam dua ribu sengah untuk whole house furniture
Asalkan ada furniture dan rumah tak kosong sangat
Lagipun I tanak berhutang

Itu first time kita nak berumah tangga minus the tangga cuma ada bendul
Jadi masa pindah tu dengan nak belI perabot la, barang electric la
Nak bayar sewa, deposit
Jadi I bersyukur je la dengan apa yang ada

Satu lagi
I memang tade sense of mengemas langsung
Memang totally out

In conclusion
Sapa sapa yang datang rumah I
tapayah berangan la nak duduk sofa empuk empuk
Tengok perabot berjenama Lorenzo ke
Ataupun feeling feeling eric leong datang rumah I untuk buat deco-over

Tapi
InsyaAllah
Sape sape yang datang rumah I
I akan bagi makan kenyang kenyang

Rumah I sangat simpel

Namun begitu
rumah I adalah tempat yang paling I suka dalam dunia ni

Cuma
I tak suka orang judge I
Contohnya macam ini
“ aahh… kemas pun rumah u ni ye”
“awat kosi sopa u ni keras sangat? Sakit montot I taw”
“ u tade lemari ke nak simpan u punya stok food ni? Menyemak”

Ok
I saje letak stok makanan atas meja
Saje nak tunjuk yang I tak biar husband I kebuluran


I lagi suka makan benda sedap sedap
I suka belI baju zara
BelI barang barang zara
Dan belI makanan yang sedap sedap
Rather than belI belI perabot

tunggu la
bila i dah kaya rara
i ada rumah sendiri
nanti i panggil interior designer designkan rumah i bagi santek santek

Harap maklum

Khamis, Oktober 01, 2009

zara


tengok la gambar baru zara
taken on the second day of raya
since we've got nothing better to do
we decided to head to AU2
dapat la i merasa Wendys
hehehhehe

Rabu, September 30, 2009

. p . r . o . g . r . e . s . s .

i am indeed amazed with zara
i selalu panggil zara
and i said "come to mama"
kadang kadang dia akan datang
kadang kadang dia tak peduli

zara cuma akan datang kalau i cakap
"zara, meh nenen"
dia akan merangkak rangkak sambil gelak gelak towards me

tadi zara was playing with some sweets
pastu i panggil zara
i said "zara, bagi mama those sweets"
dia terus lepaskan sweets tu

i rasa mungkin zara fikir
1 . i tak bagi dia main dengan sweets tu
2 . dia nak buat konon konon i tak nampak yang dia tengah main sweets


pastu i ambik sebiji sweet
i panggil zara
"zara, come. mama give u sweet"
dia buat ekspresi yang sama macam kalau i panggil dia untuk nenen
dan dia merangkak laju laju sambil gelak gelak kepada i
oh
anak i dah faham

priceless. i suka.

Aisya Zahirah sayang,
semoga zara membesar menjadi seorang yang cerdik, mendengar kata
jadi anak yang solehah
semoga zara mempunyai masa depan yang cerah

Selasa, September 29, 2009

. s . a . l . a . m .

eh
i dah lupa
i dah salam raya ke belum dengan mr husband?

ituari masa first day raya
i tanak salam mr husband
walopon my mother in law ajak bersalam salaman sesama keluarga
i told mr husband
i tanak salam dia
sebab dia tak proper
i kata
kalau i salam pun
tak ikhlas

tak syok la kan
mr husband pakai seluar je
baju melayu ntah ke mana
tengah baring plak tu
orang biar la proper
baru la seronok nak salam

i belum bagi zara duit raya
nanti bila i masukkan duit raya zara dalam bank
i akan masukkan skali duit raya yang i nak bagi zara

sekarang zara kecik
dia tatau apa makna duit
tapi dia seronok je kalau orang hulur sampul duit raya
dia akan senyum dan gelak gelak dan terus ambil ang-pow
tapi kena la suruh dia salam dulu
kalau tak
bila dia dah pegang sampul duit raya
dia dah tak peduli orang keliling dah

murah rezeki zara
hari raya yang pertama
zara dapat duit raya yang agak lumayan

nanti kita simpan dalam bank rakyat
kasik interests bulanan zara jadi lebih banyak
pastu kita tengok hadiah apa yang akan dapat

everytime simpan duit dalam bank rakyat
misti akan dapat pwezen
dah kumpul pensilbox skali dengan isi
keychain
majalah kawan

yang majalah kawan tu i letak kat tadika je
yang lain lain tu i simpan dalam treasure box zara
bila dia besar i boleh bagi dia

bercakap pasal treasure box zara
i memang ada buat satu treasure box for zara
supaya i boleh simpan barang barang untuk diberikan pada zara bila dia besar nanti
tapi nampaknya i perlukan bigger box

box yang ada sekarang kecik je
temat i simpan keychain zara je
satu keychain tu nama zara
dibuat menggunakan dawai
satu lagi keychain gambar zara
dan satu lagi keychain bank rakyat
boleh menyala tau keychain tu
kalau dia menyala, kita boleh la nampak gambar

pastu barang barang lain yang i simpan untuk zara
baju duckie dan blanket yang zara mula mula pakai masa dia lahir
pastu baby's hand and feet yang i belum buat lagi
baby's tag- kan baby baru lahir terus dia bagi tag ikat kat tangan supaya tau anak sape, bila lahir

dan i tau list tu akan makin bertambah dari masa ke semasa
i pun tatau bila i akan bagi zara
mebbe bila dia dah old enough to appreciate

i memang la agak sentimental
dulu masa berchenta dengan si mr husband
i siap print semua emails yang mr husband hantar

eh mr husband
lucky we marry each other kan
dapat la si zara yang comel, bijak, nakal dan super manja tu

Isnin, September 28, 2009

. b . e . l . a . j . a . r .

Dah habis raya
Sebab dah habis cuti

Sebab zara dah seminggu tak pegi sekolah
Harini dia tanak lepas langsung
Asyik nak dukung je
Tanak tidow
Padahal bangun pagi pukul 6 sengah

Ni I dah hantar zara balik rumah my mom
Harap harap dia bole tidow
Malam ni zara ada kelas muzik
Kalau dia ngantuk
Nanti dia tak enjoy sangat

I ni berkobar kobar tau nak sambung belajar
Sangat berkobar kobar
Reason being
Mebbe sebab semalam mr husband cakap end of next year dia nak sambung belajar
Dah la my siblings pakat dok amek masters
Mr beloved pun dah kata nak sambung belajar
Yours truly ni mula la sentap

Mr husband kata dah takmoh amek engineering
I soh mr husband amek management
Sbb I rasa macam nak ambik mba
Macam menimbang nimbang untuk ambik public relations ke entrepreneurship ke human resource ke
Pastu ada gak rasa macam nak ambik early childhood sebab sangat related to my jobscope sekarang

I agak suka la hr
Sebab my first job dulu I keje bahagian hr
Walaupun masa tu I memang takde knowledge langsung pasal hr
Tapi I memang agak enjoy doing it

Tapi sekarang ni I tengah tunggu something
Ada yang I nak tunggu sebelum I betul betul buat keputusan

Pastu I teringin nak belajar menjahit
I nak belajar jahit langsir, jahit baju
Lagi I tak mampu la nak bayar sampai lima nam ratus untuk belajar menjahit

Tadi I browse internet
I ingat I nak belajar menjahit kat kolej komuniti ke ataupun kemas
Murah
Kalau kat kolej community tu course jahit langsir dia 12 jam
Dan kosnya ialah rm15 sahaja
Murah kan!
Cumanya macam I kat Ipoh ni
I kena la ke kampung gajah nun
Tapi dalam 30-45 minutes drive je

Pastu kalau kat kemas plak kalau tak salah rm5 je
Tapi I belum dapat info yang lengkap

Macamana pun I memang nak jugak pegi belajar menjahit
Kot nanti I jumpa kursus memasak ke
Kursus mekap ke
Kursus bakeri ke
I nak la join
hikhikhikhik

Khamis, September 17, 2009

. s . e . l . a . m . a . t .

Dear readers,

selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir batin

mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata,
termengutuk
termengata
terbelagak
ter-emo

berhati hati di jalan raya
semoga selamat sampai ke destinasi

macam biasa, i raya kat kl dulu
kita balik kl hari sabtu nanti
balik ipoh on the 3rd raya
my younger sister's engagement is on the 4th raya

Rabu, September 16, 2009

zara dearest

zara sayang
i want u to have a good life
i want you to be happy
i love u so much


ps: macam meaningless, but i really, really, pray and hope that zara is going to have a good life.

Selasa, September 15, 2009

Harini mau bawak my workers pegi berbuka
Banyak tempat full sempena dah nak dekat habis puasa ni

I bukan kaya raya boleh spend lima nam ratus untuk sekali makan
So I cadangkan pada mr husband cheng ho atau syuen
Mr husband takmo
Dia bagi I 2 pilihan
Samada heritage atau tower regency
Mr husband kata nanti tong tong
Hehehehehhehe
I loooike la mr husband
Selalu baik hati kat I

Haritu pun masa makan kat heritage
I kata kat mr husband
My treats
Tapi bila mr husband bayar
I buat bodow je
Hahahahhahahahah

I called heritage tanya menu n nak buat reservation
Tapi heritage mengada ngada

I called tower regency
Dia siap cakap
Nanti bila dah konfem menu
Dia akan call balik
Wah… I suka servis yang macam tu
Terus I confirm untuk reservation

Semalam I belI baju kurung I dengan zara
Sepasang
Punya la carik kat megoplex, greentown
Rupanya dekat butik Gene Martino sajos
Yang sekangkang kera dari rumah my parents
Penat je carik jauh jauh

Memang la kain dia tak cantik sangat
Bukannya kain chiffon ke, silk ke
Tapi I suka sebab ada untuk zara n I
Tu pun still kena alter

Nasib baik la jugak
One of the parents boleh tolong alter kan
Sukaaaaaaa

Dah
Harini I dah start puasa balik
Baru hari ke sepeuluh puasa
Bole ke?
Misti la bole

Nampaknya sampai raya la kot rumah kitorang tak masak
Dapur rumah I terbakar
I sambil dukung zara dah terjerit jerit panggil dia
Dah la masa kebakaran berlaku mr husband rilek je tengok tivi
Bole dia kata tak dengar I panggil

Mr husband tanya lepas ni nak belI dapur letrik lagi
Atau nak pakai dapur gas
Hmmmmm
Ntahleeeeee
I suka je pakai dapur letrik
Tapi takut plak terbakar lagik