Isnin, Ogos 30, 2010

lovin' it

"a lasting relationship starts with a good conversation"

i don't remember where i read this
but i like the sentence

rasanya dulu masa first time jumpa mr husband
one of the first thing we did was talked
tade rasa kekok sangat walaupun itu kali pertama berjumpa
dan masa masa selepas it
we talked... talked and talked
and till now
we can talk just about anything
we share the same beat

dalam dunia ni
antara benda yang i paling nak ialah to have a lifelong relationship with mr husband
mintak dijauhkan la dari musibah yang akan mengganggugugat rumahtangga kami

i'm imperfect but i'm trying hard to be the perfect someone for my husband and kids...
my love
my life
my happiness


my first time

tajuk macam apa je kan

semalam first time bawa sonata
mr husband yang jahat tak bitau pun steering tu boleh turun ke bawah
tak cakap pun seat boleh lebih tinggi
dah petang baru cakap
jahat!!
tapi sangat selesa rupanya bawa kereta tu
(i kan biasa dok bawak kancil atau iswara je)

cuti 3 hari i punya mission adalah mencari baju raya zara n i
tapi tak jumpa jumpa
benci betol
tade langsung baju budak perempuan yang cantik

baju melayu zharfan dah hantar tempah dah
siap tempah dengan sampin sekali
mr husband la ni

seluar jeans zharfan pun dah beli
baju dah ada untuk pakai dengan jeans
tapi rasa macam tak cukup dan kena beli lagi

baju raya zara tade lagi
baru ada shirt sehelai
jeans rasanya esok beli je le poney
gown zara i selalu beli elle ke, hallmark ke, lovely lace ke
tapi ipoh mana ada semua tu
bila plak nak pegi kl nak carik baju

nak bershopping kena fikir 10 kali kalau nak bawa zara n zharfan

haaiihhhh

Khamis, Ogos 26, 2010

bunkface - soldier

as usual
i love the song for it's lyrics,
for its music
and it does struck some strings in my heart

enjoy




You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name's on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we'll stay
Together

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)

You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We'll stand and fight
At the end of the day
Forever we pray
For the legend (the legend)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (3x)

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart (Its in your heart)


Rabu, Ogos 25, 2010

i hate astro

haritu i call astro
nak apply astro
boleh terima lagi bila dia kata kena tunggu 6-weeks untuk pemasangan
but it's been ages
haritu i call lagi
diorang kata system down so tableh check
they did promised to call me back once system is up
tapi tade

selepas a week,
harini i called lagi
1st operator adalah kerek
tak reti cakap baik baik
she asked me to call telemarketing
bila i called telemarketing
pun kerek juga
bila i cakap i nak tau bila nak buat pemasangan
dia diam je
sampai la i cakap "ambik la no ic i"
baru nak ambil
tu pun cek sampai berjam2
pastu cakap nama i tade dalam system
apekejadahnya
misti dah ada dalam system
sebab a week after i apply
diorang call balik for validation dan cakap permohonan i dah approved
so kena tunggu pemasangan je
i pun cakap yang my forst telemarketeer(ada ke perkataan nih?) namanya "wati"
so si operator tu cakap nanti dia soh wati nih call i

tak lama pastu si wati tu call i
dia suruh i tukar kepada astro beyond
tapi installation adalah rm199
heeerk..... mahai
sebab kalau nak astro biasa kena tunggu another 4 months
pastu tipu plak tu
dia kata dia called i smalam
tapi i tak angkat
mana ada
semalam i tade dapat miscall pun

*mencarut*

kenapa la cuma ada astro sahaja
tade competitor lain langsung
bila diorang tade competitor
mula la diorang buat sesuka hati
cuba buat macam telco
ada banyak penyedia perkhidmatan telco
jadi mereka berlumba lumba memberikan servis yang termurah dan terbaik

i hate astro
tapi sebab tade pilihan lain
terpaksa juga ambik astro

i hate astro
tapi i takkan ambik second astro dah
i benci dengan sikap mereka yang tak menghormati customer
dan tidak menepati janji

dah la soh ambik astro beyond
pastu si wati tu cakap kat i
kalau tanak ambik channel hd pun takpe
pastu i cakap... tade maknanya kalau dah ambik byond pastu tak ambik channel hd
si wati yang ngok ngek tu cakap kalau pakai tv biasa tapayah ambik channel hd. lain la kalau pakai lcd takpe la
dan i jawap "memang la saya pakai lcd. rumah saya semua tv lcd je. ada 2 bijik"

ohoooo
nak belagak dengan i ke?
memang la rumah orang lain ada pat lima bijik tv lcd
walaupun rumah i cuma ada dua bijik lcd je
tapi i tak suka bila dia memperlekehkan i
macam i nih tak mampu je

memang la bila dia cakap installation untuk beyond tu rm199
i cakap mahal
mungkin sebab i cakap mahal
dia terus judge i
dia ingat i ni orang kampung ceruk yang mesken hanya mampu pakai tivi kotak 14 inci

tapi memang mahal kan harga installation?
(sape setuju sila angkat tangan)

ok
i don't mind paying kalau betul betul worth
tapi kalau tak worth-it
buat apa?

biar la
biar tivi dalam bilik tu i buat untuk pasang dvd je

nak tunggu ada service provider lain

yes
again

I HATE ASTRO AND ALL ASTRO'S TELEMARKETEER(S)

maid syaitan

dalam fesbuk ada orang letak video pembantu rumah yang dajal
mula mula dia sepak budak tu
rasanya budak pompuan
dalam umur 3 atau 4 tahun
(gambar tak berapa clear)
banyak kali dia pijak
menggunakan kedua dua kaki plak tu
pastu dia tendang tendang lagi
tak lalu nak tengok tapi i gagahkan diri juga tengok sampai habis

gila keji perangai lahanat tu
patut kena hukum gantung je orang macam tu
ataupun dera dia balik sampai mati
memang la budak tu tak mati
tapi bayangkan siksanya budak tu kena pijak
misti terkencing terberak semua
las skali budak tu bukak seluar sendiri
dan maid gila tu tarik dia pegi toilet kot

sakit jiwa budak tu kalau hari hari kena dera macam tu
jahatnya maid tu dok pijak pijak budak tu
pastu melompat lompat sambil pijak

kesiannya
nauzubillah

i harap takkan berlaku pada orang orang yang i sayang

patut la kakak i tanak amek maid
kita tatau apa maid tu akan buat pada anak kita waktu kita tade

pastu kalau hantar kat rumah orang
kita tatau apa orang tu akan buat
bila dia bersama anak kita

kalau hantar kat nursery
at least, kalau orang jaga tu nak buat apa apa
dia kena fikir 3,4 kali
sebab ada rakan sekerja
ada budak budak yang pandai bercakap
(tapi kalau dapat rakan sekerja yang sama sama hantu... tatau la)

insyaAllah
selagi mampu
i akan jaga sendiri anak-anak i
lagipun diorang duduk kat tadika ni dengan i
misti la sentiasa di bawah pengawasan i

tahun depan zara dah nak pegi school
i rasa macam dah buat keputusan nak hantar ke mariaville
mariaville tu dah lama gila
dah sambut 30th anniversary pun

nanti zara 5 and 6 tahun baru sekolah dengan mama okay
harap harap cikgu baik
tak pukul pukul
tak lempang
tak tampar

risaunya nak melepaskan anak i kat orang lain

Ahad, Ogos 22, 2010

quick update

hambek kau
hari sabtu pegi parade i dok beli barang untuk orang orang tersayang je
hari ahad i pegi parade sorang sorang
i merembat 2 bijik beg hush puppies
hahahahahahha
padan muka duit habis
( padan muka kat diri sendiri )

sebab semalam my siblings (si cruella-de-vil 1 dan 2)
dok bising bising kat i pasal tudung i
okeh okeh
raya ni i akan pakai tudung stail baru
tapi i tade la pakai tudung yang macam diorang pakai tu
sbb mr husband kata i cam bibik indon kalau pakai camtuh
lagipun muka i yang tak lawa, berdahi jendul dan berpipi chubby ni macam tak seswai pakai tudung camtu

baju raya tak beli lagi
baju raya zara dan adik tak beli lagi
kasut raya zara n adik tade lagi
stroller n baby seat belum beli lagi
hooohhhh
i tanak ke kuantan sambil kena memangku adik
penat nnt memangku budak seberat beras lima kilo tu

swimming suit zara dah hilang
kena beli baru b4 ke kuantan
tade maknanya pegi bukit gambang kalau zara tak dapat mandi

i nak eskrem lime mcD lepas berbuka nanti

i am officially dah habis pantang
boleh minum/makan ais secara terbuka
hahahhahahaha


si inaz dan anak-anak


lama dah tak letak gamba budak syomey dua orang ini
zara memang pantang
mana tempat adik dia duduk
situ la dia nak menyempit
* si attention seeker
let say adik baru bangun dari car seat
dia cepat cepat akan baring plak dalam car seat tu
macam gambar kat atas tu
rocker tu memang zara punya
dia pun dah tak pakai
tapi sejak kita dok letak adik dalam tu
dia pun kadang kadang suka duduk dalam rocker tu
*haaaiihhh

semalam pegi parade dengan zara
adik cam biasa tinggal dengan mak angkat dia
ye la kan
walaupun adik adalah besar dan nampak macam dah three months
tapi dia baru 40 days

tapi my 40-days old son adalah sangat suweet
dah pandai nak meng-agah
dah pandai senyum
pastu dah pandai nak berpegang
tanak baring
nak soh orang pegang dan dudukkan dia
aiiyooooh adik
dia ingat dia sudah besau
dia lupa yang dia baru 40 days dalam dunia nih

si zara plak
hari jumaat haritu zara terkunci dalam kereta
masa i sampai tadika
i turunkan adik dulu
sebabnya i memang nak hantar adik je dulu
sebab i nak bawak zara pegi beli groceries tadika
bila dah zara dalam kereta
i tak tutup la pintu driver tu
tapi masa i masuk tadika
pintu tu tertutup sendiri plak
tapi tak rapat la
dan nak jadi cerita
zara pegi kunci pintu tu
bila zara kunci
otomatik la semua pintu pun terkunci

bila i sampai dan tengok pintu terkunci
i mintak zara buka kunci tu
tapi zara tak faham
i mintak dia tekan butang untuk turunkan tingkap pun dia tak reti
mula mula dia hepi hepi je
gelak gelak
lama lama dia dah nangis
sampai muntah dalam kereta
nasib baik la enjun terpasang
aircond pun pasang la
tade la dia kepanasan dalam kereta

sebab try bukak tak boleh
i called mr husband
dan mr hsuband pun terus datang
sementara tungu mr husband datang
i try la bukak pintu
even my helpers pun try nak bukak pintu

makcik siap baca apa tau
"alamtarokai fafa a'a robbukaak"
ceehh... pepandai je dia cakap bukak kat hujung tu
pastu macam macam la makcik baca
(tu la lebihnya ambik pekerja orang berumur ni tau. beriman)
i dok bising bising marahkan zara je
pastu makcik ambik dawai nak bukak kunci
pun tak berjaya

sebab pintu tak berapa rapat
i ngan makcik dok cuba cuba tarik pintu tu

meanwhile zara dalam kereta macam ok je
tapi ada satu masa bila teacher leeya dia masuk tadika
dia mula nangis
i ada pun dia tanak berhenti nangis
( zara memang sayang cher(panggilan zara pada teacher dia)... kat tadika asyik dok suruh leeya dukung je. kalau leeya nak balik, zara akan nangis nangis. pastu kalau zara ikut diorang jalan jalan, dia akan kata dia jalan dengan cher. dia takkan kata dia jalan dengan pak-ndak)

mebbe sebab b4 tu makcik n i dah tarik tarik pintu tu
bila leeya try bukak pintu
terus piintu terbukak
waaaaah
magic
badan zara memang sejuk gile
mebbe disebabkan aircond dan dia sendiri takut
dan lepas je bukak pintu
mr husband pun sampai

mr husband yang dasat tu memang pecut dari jelapang ke rapat setia
mr husband kata
dari ofis dia dok langgar all the traffic lights yang ada
sebab nak cepat sampai

ok
enuff pasal zara yang terkurung

nak cerita pasal zara dengan abah dia plak
dalam kereta zara selalu play pretend dengan abah dia
diorang akan main makan makan dan minum minum
zara akan konon konon suap abah dia makan
pastu abah dia akan konon konon bagi zara minum

yang sweetnya
bila mr husband cakap pada zara yang dia nak lagi
zara akan kata "habish"
tu yg mr husband kata zara ni kedekut
benda yang tade pun dia kedekut
apelaaaa

dah berapa hari puasa ye?
i baru puasa 7 hari
sebab sebab i tak puasa adalah kerana ketiadaan susu
bila tade susu
i akan terus berbuka
mr husband kata kesian adik
tak dapat susu yang cukup
mr husband kata.. "pelan pelan kayuh la bila nak ganti puasa nanti"
since mr husband cakap macam tu
i cakap pada mr husband
nant everytime i nak ganti puasa
i nak dia pun puasa skali
hehehehehhe

sambung cite pasal zara n i pegi parade
i ingat nak beli baju raya for me-self
tapi end up dengan beli baju budak budak ni je
dan juga i dah beli birthday prezen untuk rania n cha
tinggal prezen untuk muqrie belum ada lagi
hoohhh... budak lelaki ni susah sket nak carikkan birthday present

mr husband ni pun
ade ke nak beli patung donald duck untuk muqrie
pastu ada ke jual patung zizi izet??
oh... anak sedara i si rania tu mr husband panggil zizi izet mini
sebab dia adalah putih melepak dan gebu seperti zizie izette

sebab i belikan toys as birthday present
i belikan juga zara toys yang sama
sungguh keperempuanan okeh
sebab i belikan permainan masak-masak

bila mr husband sampai
dia belikan zara kereta kontrol
ouuihh
anak i tu pompuan
tapayah main kete kontrol bagai
tunggu la si zharfan besar
main la kete kontrol , main tembak tembak dengan zharfan
ni nak main dengan zara
dah la mahal nak mamp*s kete kontrol tu

mr husband suka membazir

dalam pukul 5 zara bising bising nak mamam
my brother dah keluar
kalau tk boleh mintakkan dia bawa zara makan
zara kalau dengan mr husband n i, memang tanak makan
kenapa ntah

so sebab nak bagi zara makan
we decided to head-off to mcD
sampai mcD zara dah eksaited
dia cakap "mamam....mamam...."
kalau beli dan bungkus
komfem zara takkan makan
jadi kita beli dan makan dalam mcD tu

memang rasa aneh
sebab bulan puasa kan
tapi anak lagi penting
anak belum makan
kena paksa juga dia makan
banyak juga la zara makan
bersemangat dia makan lagipun sebab bawa cousin dia skali
bawa daniel
zara tengok daniel minum
zara pun minum
daniel ambik fries
zara pun ambik fries
las las dua orang budak ni sibuk nak kacau orang belakang
aiiyooohhh.... nakalnya.....

sepanjang bulan puasa ni
i tak pernah masak lagi
even sebelum bulan puasa pun
i dah lama tak masak
i kan *ehem... baru bersalin
wajar la tak masak kan
kalau ada masak pun
haritu i gorengkan ayamas untuk mr husband sebagai supper

right now
i'm craving for chocolates
my stocks of mars n black forest sudah habis
las skali makan mars sebelum tidur tadi

sejak lepas bersalin ni
i memang kuat sangat makan chocolates
misti nak cookie crisps ke
pastu misti kena ada contibuous stocks of mars ke
black forest ke
snickers ke

tapi walaupun kuat makan chocolate
berat i tetap berkurangan
tapi mr husband kata i sama je gemok macam biasa

dah la tu
i dah semakin tua plak tu
mebbe sebab i every year pun pegi buat rebonding
rambut senang rosak
haritu
a day lepas buat rebonding
mr husband jumpa 7 helai rambut i yang beruban
aiiseeyy

ok
dah pukul 3.40 pagi
i cam rasa nak makan mekdonel plak
ni gara gara tengok zara makan mcdonals petang semalam la nih
nak pegi mcD ke nak call?
mcD dengan rumah i lebih kurang cam sekangkang kera je
(tapi tableh nakjalan kaki la)

toodles




Khamis, Ogos 19, 2010

bajet

dalam sil punya belog
ada cakap pasal list untuk raya
ala ala bajet raya gitu

dan cakap pasal bajet raya nih kan
i sendiri pun punya la berjela benda yang nak beli
bukan masa raya je
masa bukan raya pun baaaaaaaaaanyak je benda yang nak dibeli

nak beli satu hal
benda yang nak dibeli tu satu hal

contohnya camnih

boleh je kalau nak beli kasut bata bubblegummers untuk anak
harga baru dalam rm20-rm30
tapi tanak
nak beli kasut clarks yang price range-nya rm100-130
berapa peratus perbezaan tu

pastu i nak beli stroller
boleh je kalau nak beli stroller + car seat yang harga rm400-rm600 for both
tapi hati ni meronta ronta nak quinny zapp n maxi cosi yang harganya paling murah adalah rm1400
misti nak beli jugak b4 raya nih
sebab raya ni nak balik kuantan
dan... i dah booked Bukit Gambang Resort
Yippee!!!
harus la kena ada stroller baru
baru la boleh stroll around jalan jalan dalam kawasan bukit gambang tu

ni semua keperluan yang dah jadi kehendak mengikut nafsu
macam i pernah cakap dulu
boleh je kalau tv dalam bilik tu pakai tivi biasa
tapi naaaaak jugak beli tivi lcd

haritu masa pegi kedai nak beli dvd player
bukannya tade dvd player yang murah
harga bawah 100
tapi, nak jugak ambik brand philips
pastu sedia la untuk berpisah dengan rm170

sama macam kereta
boleh je pakai kereta kecik sang kancil
tapi sebab rasa diri (mr husband... bukan i) tu berkemampuan
nak pakai sonata
tanak kalah
(tapi sampai harini i belum berani bawak sonata tu. i rasa cam panjang sangat. kang tak reti bajet)
pastu mula bising kata kereta kuat makan minyak
of koz la
dah kereta besau
kuasa besau
misti la kuat makan minyak
nak jimat pakai je la kancil

tapi memang la
baju raya anak anak belum beli lagi
i cam rasa nak tempah baju melayu untuk zharfan
boleh tempah lagi ke?
sebab dis year kita nak ambik family pikces
the quartet....
dah tak boleh jadik the three musketeers dah
baju kurung zara n i pun belum beli lagi

i pk i nak keluarkan bajet beli baju je le
dan beli stroller
sebab lepas beli stroller, kompem poket dah rabak

duit raya... biar mr husband yang sedia
lagipun memang every year mr husband yang sediakan duit raya

ooohhh
n i hutang besday prezen kat anak anak sedara
muqrie, rania n cha
ni i dah janji nk bagi masa raya
aiiyark
nak bagi ape ye

cacamarba II

tadi zharfan pegi klinik
checkup sebulan
sekali dengan i kena check
alang alang
bawa zara cek gigi juga
masa checkupkan zara setahun setengah dulu nurse dah soh bawa zara cek gigi
tapi i malas nak bawak pegi klinik gigi
tapi tadi bawa juga
dokter kata gigi zara cantik
dokter tanya gosok gigi ke?
ooohhh.... msti la tiap tiap pagi gosok gigi
i akan gosokkan gigi zara...
tapi yang kelakarnya...
dia tak tau berkumur
so instead of berkumur
dia akan telan air tu
sebab tu la i kena sediakan satu cawan air filter
takbleh pakai air paip

zharfan dah selamat kena cucuk
i tak tengok pun sebab i sendiri kena checkup
tapi berat zharfan naik banyak
sekarang budak kecik yang besar tu dah 5 kilo
within a month dia sudah naik 1.4kg
dasat la budak tu
dah pakai popok saiz s
i rasa tak lama lagi dia akan pakai popok saiz m sama cam zara

overall si baby ni sihat
tapi i cam risau juga sebab dia selalu muntah susu
i tak kata muak sebab dia muntahkan susu banyak
muak tu rasanya kalau sikit sikit je
even dah burp pun dia akan muntah susu
nurse soh bawa gi jumpa dokter
tapi dokter tade so kena datang on thursday
kalau rajin i bawa
else, i pegi klinik biasa je le

masa check i plak
my weight sudah turun lagi
it's now 46.1kg
before pregnant, i was 48kg tau
pastu kena ambik tekanan darah sampai 2 kali
sebab the first reading was 90/50
second reading was 100/60
nurse cakap second reading was ok
pastu 2 kali juga kena urinate
pastu kena jumpa dokter
dokter bagi perscription
tapi i tak ambik pun lagi ubat
mebbe sok baru nak ambik
else, kalau ramai sangat orang
i pegi beli ubat tu kat farmasi je

i tak suka dengan penurunan berat yang banyak
pastu i rasa tak selesa dengan myself
dengan rasa sakit
i rasa macam senang nak mati dengan condition yang macam ni

pernah dengar tak orang kata life and death ni cuma dipisahkan dengan satu garisan
in a split second kita boleh jatuh ke garisan death tu
eee.... ngeri
dan i belum cukup amal lagi
dan i nak tengok anak anak i membesar

zharfan susah betul nak tidur sekarang ni
kelmarin dia tak tidur siang langsung
malam lagi la susah nak tidur

tadi i memang dah tak larat sangat
zharfan menangis je
tido tanak
pastu asyik lapar
tapi, lepas menyusu terus muntah
macamana nak kenyang
pastu macamana nak tido lena

at one point
i dah nak mengamuk
sebab i dah la ngantuk
tapi kena attend zharfan
(memang la anak i dan i kena bertanggungjawab)
i sampai tatau apa yang zharfan nak
sebab i dah salinka baju, pampers semua
dan i lagi bengang sebab abah dia buat dono je
dah tengok anak tu keep on nangis
tolong la i
ni biar i sorang je
bila i dah mengamuk
baru nak ambik zharfan

kadang kadang i rasa i ni di-under appreciate oleh si mr husband
bukanla i nak soh dia dok manja manjakan i
just be with me
macam... kalau anak tu nangis..
help me.. bukannya dok ngadap tivi atau mengadap laptop macam nothing happen

bila i rasa nak marah
mula la i macam nak campak semua benda

i ni mintak banyak sangat ke?
i masih nak adjustakn diri dengan dua orang anak
and it's not easy
sangat susah

walaupun i suka ada dua orang anak yang comel dan sweet macam beruang tedi
tapi i penat nak handle dua orang budak itu

sebelum pegi tadika
i akan pastikan i dah siap mandikan zara n zharfan
memang i boleh mintak pekerja i mandikan mereka
tapi i nak buat sendiri

sebelum mr husband balik
i akan make sure rumah adalah sedikit kemas
i akan make sure zara n zharfan dah siap mandi
supaya mr husband senang hati tengok anak anak da kemas
(i tatau la dia senang hati atau tak)

dan sekarang i rasa macam apa yang i buat tidak dihargai
tu yang membuatkan i selalu rasa nak mengamok
dan mebbe juga i penat
umur dah naik sebab tu la cepat penat
tahap kesabaran pun dah menipis

sudah la
penat dah taip

toodles



Rabu, Ogos 18, 2010

testing

Selasa, Ogos 17, 2010

i'tiraf

alhamdulillah
mendapat rezeki di bulan ramadhan

these few days
i suka betul dengar lagu ni
mendayu dayu
menusuk kalbu
( i memang suka lagu lagu raihan ni... sejak form 4 lagi )




toodles
selamat berpuasa, selamat berbuka

Ahad, Ogos 15, 2010

on kids

semalam masa pegi eastern decorator
mr husband gila gila beli bantal
bantal batman la
bolster la
pastu memory pillow
apekah memory pillow
boleh menguatkan memori ke?
i pun tak pasti apekah
nanti la i carik info pasal memory pillow nih
i kopipes letak sini

semalam masa tengah tidow dengan si zharfan
i terfikir satu benda
apekah?
camnih... si anak i tu adalah super manja
tidow nak pulok pulok
zara dulu... sampai hari adik lahir
sebelum tidow, misti baring beralaskan lengan i
sama la jugak dengan si adik nih

so masa si zharfan ni tidow
i dok renung renung dia
dan i terfikir
agaknya macam ni la semua mothers fikir
anak ni... tak kira la lelaki ke perempuan
kita jaga, kita sayang, kita tatang
masa kecik manja dengan kita
macam cannot live without the mother
pastu nanti dah besau
sibuk hari hari nak keluar dengan gefren/bofren je
tak heran pun dengan mak yang sayang dia nih

pastu nanti nak kawen la
laaaaaaagi la tinggalkan si mak

ok
now i know macaman perasaan mak mr husband
kan si mr husband adalah anak lelaki sorang
anak kesayangan mak plak tuh
misti la mak dia tak syok bila anak dia kawen
ikut plak i balik ipoh
padahal seumur hidup, mereka tak pernah berjauhan
luckily
mak mertua zaman sekarang bukan macam mak mertua zaman dulu dulu yang suka gaduh gaduh dengan menantu
mak mertua i kool je
kool sampai i jadik pemalas
balik kl, keje i tidow n tengok tv je
tade la nak tolong masak ke, sapu sampah ke

memang la kita nak kebahagiaan anak-anak
nak diorang berjaya dalam hidup
nak diorang berkahwin, berkeluarga
tapi misti sedih bila anak tu nanti berkahwin, dah ada family baru
kira macam parent ni nanti jadi macam family sekunder la
bukan primer dah.. sebab derang akan bina satu lagi rantaian family baru

tadi first time i dengar tema lagu kami prihatin tu
nak menitik air mata tau
kesiannya baby2 yang dibuangmanusia ni memang sangat heartless bila buang baby dekat tong sampah
ingat baby tu sampah ke
bila tanak... buang
baby tu bernyawa
tak penat ke mengandungkan baby tu sembilan bulan?
kalau nak buang bila dah melahirkan
kenapa mengandungkan?

astarghfirullah
kesiannya baby baby yang dibuang ni
dibiarkan kesejukan
kelaparan
memang la mereka ni tade hati perut
zalim

i sayangkan anak anak i
mr husband pun sama
dan tadi mr husband ada cakap
orang... kalau ada masalah dengan suami/isteri masing masing
diorang akan turn to their children
sebab anak anak ni pengikat
sebab tu orang selalu cakap tak jadi bercerai sebab anak anak

tapi sayang
ada orang yang tak capable untuk jaga anak sendiri
bukan sebab tak mampu dari segi fizikal, kewangan
tapi diri sendiri tu yang takboleh nak handle anak-anak
las las anak anak dibiarkan dan anak jadi tahape hape

kadang kadang i rasa parent yang hantar anak masuk asrama awal awal ni
sebab diorang tak boleh nak jaga anak sendiri
diorang tak percaya yang kalau diorang jaga sendiri anak anak tu
anak-anak tu akan berjaya

i nak anak anak i membesar depan mata i
i tak rasa nak hantar anak i masuk asrama bila diorang masauk form 1
kecuali....
kecuali kalau diorang dapat masuk that prestigious private boarding school yang i pernah tulis dulu
waaaah... sape tanak anak masuk situ?
kalau baca review sekolah tu, tahun 2007-2009 result pmr sekolah tu adalah 100% straight a's
bukannya 100% lulus
straight a's tuh

pastuh most of spm leaver's dapat pegi overseas
under scholars plak tuh
kalau setiap tahun tu
macam 80% of the students dapat scholars
bes kan

tapi....
kalau zara n zharfan dapat masuk mrsm ke, sekolah sains ke
mebbe i tak hantar la
i rasa diorang boleh je berjaya tanpa perlu masuk sekolah berasrama
dan ramai je budak budak asrama, sekolah sains, mrsm yang flunked

waaaaaah
anak baru sebulan dah cakap pasal sekolah
hikhikhik

tak
i punya main point adalah pasal parent yang rasa diri sendiri tak capable nak jaga anak-anak sendiri
kalau tak capable, mungkin sengaja nak lepas tangan
apekah parent macam tu

bukannya tak penat
anak i yang baru dua orang ni pun
i rasa sangat sangat penat
macam semalam masa i hantar zara n zharfan kat rumah mak i
i cakap nak gi saloon
nak cuci rambut
i cakap pada mak, i need a break
i need time for myself
sebab hidup i asyik berkepit dengan budak dua orang tu je
penat
so, once in a while
i nak la ambik time off

bukan i tak boleh jaga anak
don't get me wrong
i bukan macam working parent yang lain
kat ofis mana ada anak anak
orang yang keje ofis
waktu break boleh berhu-ha dengan colleagues
i sepanjang masa dengan anak-anak
even masa bekerja
sebab tu
once in a while
i need a break

i pergi shopping pun nak bawa anak
memang leceh
tapi lagi sedih bila fikir i seronok seronok shopping dan anak i dok rumah
terus hilang mood shopping
biar la i pening nak control anak kat sopping complex
dari i sedih terkenangkan anak di rumah
sebab.... i suka dan i senang hati bila anak anak ada depan mata

bukan juga nak cakap i la ibu yang terbaik dalam dunia
tak.....
i bukan the best mom
but i'm trying hard to be one
i marah juga anak i
i babab zara juga bila dia nakal sangat
cuma i tak boleh berpisah lama dengan anak i
semalam zara keluar dengan pakndak dia pun
bila mr husband n i amek dia kat jusco
i rasa nak pegang je zara
sebab i rasa sangat rindukan dia

konklusinya adalah
i love my kids
i want only the best for them
i berdoa supaya mereka membesar dengan sihat, dan berjaya dalam kehidupan, dunia dan akhirat

oh... saje nak boasting... i sudah boleh pakai my 26" levi's
oooooopsss... bulan puasa tak boleh riak
pinggang orang lain lagi kecik, kan
ok... i am happy that i can fit in my old jeans
maknanya tak perlu la beli jeans baru
jimat nooks

pukul 3.11 pagi sudah
i want to get my beauty sleep (beauty la sangat)
lagipun makanan dah hadam kot
tadi i makan (bersahur) pukul 1

toodles

Khamis, Ogos 12, 2010

doctor locum

mr husband : tadi kata dr lokem... tade pun dokter lokem.. mak dokter lokem ada la
i : (dah gelak macam nak mati)... awak tau ke dokter locum tu ape?
mr husband : apa? macamana spell?
i : l.o.c.u.m. dr locum ni kira cam dokter ganti la. bukannya nama dokter tu lokem (sambil gelak gelak macam nak mati ) hahahah...
i : adik... pandai pandai abah tu... dia tatau dr locum tuh apew.. (gelak gelak macam nak mati lagi)

Locum doctor is a doctor who works in the place of the regular doctor when that doctor is absent, or when a hospital/practice is short-staffed. source : http://en.wikipedia.org/wiki/Locum

ape la mr husband nih... dalam banyak banyak benda, dia boleh tatau apa maksud dokter locum. ada ke dia ingat locum tu nama dokter.

fani??

it eez to me.
sebab mr husband banyak tau benda.
dan i suka sebab i tau benda yang dia tatau
so dia tableh belagak

eh
pagi tadi tak sempat tengok mr husband
terjaga sebab dia cuit i n cakap "i go taw"
dia dh nk pegi keje dah

Rabu, Ogos 11, 2010

cacamarba

harini i pose tau
pantang tak pantang
i rasa dah boleh puasa
rugi tau tak puasa on the first day of ramadhan

harini genap zharfan sebulan
sudah sebulan baby tomey i tuh
pagi tadi kakak lari lari jatuh atas dia
dia diam je
samada dia kuat
ataupun memang dia tak rasa sakit

tapi zharfan adalah sangat manja
i cakap kuat skit mula la nak cebik cebik

semalam timbang
saya adalah lebih ringan dari sebelum mengandung
tapi perut masih belum kempis
dan masih tak cantik kulitnya

dan ramai pun kata i semakin kurus
nampak sikit sikit urat di tangan
mak i kata i nampak cengkung macam orang sakit
nampak pucat
mak membebel bebel soh i makan vitamin yang dokter bagi
i bukan tanak makan
tapi i selalu lupa
dan pemalas

i rasa sebab i semakin kurus adalah sebab i penat jaga anak anak
tambahan pula i kena jaga babies
sebab pekerja i yang jaga babies pegi umrah
memang la berkejar kejar
balik rumah nak kena kemas rumah
walaupun tak terkemas kemas
tunggu la raya baru kita kemas elok elok

i tade rasa nak beraya kat rumah pun
dan i bukannya ramai sangat kawan nak ajak datang open house
( i hav no intention untuk buat open houz pun )
sebab raya nanti raya kat ampang
pastu mebbe balik kuantan
pastu raya kat ipoh

i rasa nak jemput orang datang rumah masa bday zara nanti
bday zara bulan 10
masa tu je la i jemput orang datang rumah
hehehehe
boleh?

dah start ramadhan
cepat la raya
i dah tak sabar nak pegi hardrock
weeeeee

Selasa, Ogos 10, 2010

irama dan lagu


itu dua orang lelaki yang i sayang
like father like son
dua dua suka tidur angkat tangan

eh
walaupun tiada dalam gambar
i sayang cik zara juga
cik zara tu buah hati i
apan tu pengarang jantung i
kalau tade hati dan jantung
lifeless la hidup i

kalau zara music
apan adalah lyricnya
seperti irama dan lagu
tak dapat dipisahkan
jika dipisahkan keduanya
rosaklah lagu
pincanglah irama

semalam i dah pegi parade
i belikan baju adik
dapat sehelai baju zara
mr husband tengok baju zara dan mr husband kata "eh.. macam baju mama"
hahahahahha.... i yang beli baju, kan

pastu sebab my brother hantar zara ke parade
dengan pakai romper, pakai slipper tadika
so i belikan baju tidur baru untuk zara
lepas bayar, kat kaunter tu jugak terus pakai
belikan canvas shoes untuk zara juga
ingat nak beli canvas shoes bum
comel dan cantik dan murah
tapi tade saiz kecik
paling kecik saiz 3
mungkin bila zara dah 3 tahun baru boleh pakai
takpe. at least dah tau kat mana nak beli

i tanak membebel panjang panjang
tapi.....
i nak wish my readers
selamat menyambut ramadhan al-mubarak
jangan saje saje ponteng puasa
dan jangan lupa bayar zakat




Isnin, Ogos 09, 2010

weekend

hari sabtu dengan gigihnya kitorang telah balik kl
dah la sebelum balik tu
mr husband bersemangat nak basuh kereta
tapi yang mesin je la
skali mesin tu dah membuatkan logo depan tu tercabut
so mr husband pun sodah sedey
ala ala patahnya sayap malam gitu
sayap mana
sayap dari gambar di entry ini

sampai rnr simpang pulai
mr husband tak puas hati
dia rasa macam kete sudah togel
dia try pasang balik logo tuh
boleh la walaupu agak longgar

sampai kl, pegi puncak jalil dulu
rumah yong
nak pinjam phil&ted
i muka tak malu soh yong masak lunch
hikhikhik

lepas makan
lepas zara gaduh gaduh dengan daniel
baru ktorang balik

terus ke ampang
ada atok sorang je
sebab nenek pegi sekolah

pukul 6, zara ikut atok pegi sekolah untuk ambil nenek

pukul 8 kitorang ke klcc
konon konon nak carik baju raya zara n apan
sampai klcc, terus pegi isetan
zara lari lari
apan nangis nangis
las las balik je

sunday kita dok rumah sambil makan, makan dan makan lagi
mil plak masak nasik minyak
pantang tak pantang
i bedal sajooosss
yummeh!!

pukul 5 lebih konon konon dah nak gerak balik ipoh
singgah wangsa maju
i nak tapau dominos
(ipoh tade dominos okey)
dekat dominos ada manjaku
membeli belah barangan zara n apan
sambil mr husband membazir bazir beli botol susu
padahal baru je beli 4 botol susu baru untuk zara n apan
ni beli lagi
sebabnya... tommee tippee dah keluar botol susu warna pink n blue
dan katanya kat ipoh tade tommee tippee camtuh
masalahnya baru sangat beli
tak sampai sebulan pun

pastu pegi al-ikhsan plak beli mini ball untuk zara
tekojut i tengok harga RM50
mr husband ni suka membazir la
suka beli benda yang tak perlu

mr husband
jangan la membazir beli benda bukan bukan
beli benda yang tak perlu
not good tau

pukul 7 dari wangsa maju
pukul 9.06 sudah sampai rumah
yay!!!!
cepat je kan


eh
dah bulan ogos
i nk hantar pikces zara ke phdc
sebab bday zara bulan 10 nnt
untuk birthday book
i dah janji dengan zara
sebab zara suka tengok bday book tu

pastu dalam pa n ma yang baru ni
i nak masuk kontes mamy poko
i memang pengguna setia mamy poko
dan i ada banyak gile polybag mamy poko
sebab dalam mamypoko club tu dia kata simpan polybag supaya nnt boleh tukar dengan gifts

ok dah



Jumaat, Ogos 06, 2010

membeli belah secara online

i hate my sister
pandai pandai bawa i ke arena ini

i sudah lama stopped buying things online
except novels from jemariseni
kalau nak beli baju budak ke
terlalu banyak yang cetak rompak
(konon konon la defect... kata mereka)
memang la jenamanya sangat bes
ralph lauren la, burberry la, levis
tapi kalau cetak rompak,
nak pakai dok rumah pun malu dengan diri sendiri

ok so my cruella-de-vil sister membuka satu dimensi baru shopping online
membeli secara direct from the website
cam gap.com
ralphlauren.com
oshkoshbgosh.com

tengok plak harga yang waaaaaaaaaau weeeee
harga macam harga orang jual kat blogs
berkali kali ganda murah daripada beli kat butik
hooooooh
ini yang i geram

hahahahahha
dah macam macam i nak beli
raya pun dah dekat
i kan tak boleh bershopping sebab dalam pantang (konon la)

so ini yang i nak beli

itu untuk si kecik apan. somey???


ini untuk yaya. somey jugak kan !!!



Khamis, Ogos 05, 2010

rasa hati

tatau la kenapa
mebbe penat kot
tapi these few days, bila mr husband balik je
i selalu rasa nak marah
tapi instead of marah gaduh gaduh cam budak budak
i just kept quiet

i rasa nak marah sebab i rasa macam i kena uruskan semua pasal anak anak
i rasa sangat tired
i rasa macam i dah tade masa untuk diri sendiri
i rasa mr husband terlalu lebihkan zara
sampaikan mr husband janji nak bawa adik pegi klinik malam tadi
tapi bila sampai rumah, mr husband terus pasangkan upin ipin untuk zara
dan lupa semuanya

i rasa nak mengamok sebab penat penat i kemas rumah sket sket
bangun pagi dah basuh cadar
supaya petang dah boleh pasang balik cadar tu
tapi bila i balik tadi
mr husband dah cabut balik cadar tu dan basuh
dia kata dia tatau yang cadar tu i dah basuh
dia lupa ke pagi tadi tilam tu dah togel
dia tak nampak ke cadar tu jemur kat atas pagar?

pastu i rasa penat sebab hari hari kena kemas rumah dan hari hari rumah bersepah
i penat sebab i kena buat buat banyak benda sambil jaga anak anak
tengah buat keje, zara nanges,
tengah buat keje, zharfan nangis

i rasa sakit hati bila mr husband n zara tinggal berdua
zara sepah sepahkan rumah dan mr husband tak kemas balik
penyapu di tengah tengah rumah
botol susu tak basuh
tisu bersepah sepah
mr husband biar je zara main wet tissues tu
nanti kalau habis
mr husband yang bising bising kat i kata i tak prepare
dia yang biar zara main tissues tu banyak banyak
sampai nak habis satu bekas

ok
memang la i ni konon kononnya separa surirumah
memang la i patut kena jaga anak
i kena kemas rumah
dan buat semua kerja rumah
tapi.. its not easy untk jaga dua orang anak sambil nak buat kerja kerja rumah
dan i kena kerja di tadika juga

pagi tadi i ada majlis kat heritage
dari sunday i cakap nak beli baju yang proper
i tade baju elok langsung
baju stakat boleh bawak kenduri ada la
dengan anak dua orang
macamana i nak pegi beli baju?
i boleh je bawak zara
tapi i kesiankan zharfan
harini dia baru 25 hari
i tanak dia expose sangat
dia kecik sangat lagi dan di luar adalah contagious
kalau i pegi beli baju
sape plak nak jaga zharfan

dan satu masalah i ialah
i tak percayakan orang
i tak percayakan sesape pun untuk jaga anak anak i
even mr husband
i tak percaya dia boleh jaga zharfan
i pun tak percaya dia boleh jaga zara
hasilnya... tengok la tadi
memang la dia ambik half day untuk jaga zara kat rumah
tapi rumah jadi tongkang pecah
dulu dia jaga zara... bawa zara ke mcd
dan dia kata zara cirit birit sampai meleleh leleh keluar dari pampers

kenapa kalau i yang jaga anak anak, tak pernah jadi macam tu?

itu pun pagi tadi,
macam nak menangis masa i hantar zharfan pegi rumah orang
pekerja i sorang pegi umrah
so i dah kekurangan kaki tangan
sebab tu la i terpaksa hantar zharfan kat rumah orang
kalau tak, i tinggalkan je zharfan kat tadika

kebetulan plak masa nak pegi tu i tertinggal handphone dalam kereta i
( i pegi heritage tu dengan my father)
memang macam cacing kepanasan la sepanjang majlis

oh
majis itu adalah my other good news yang i dok simpan simpan selama ni

kenapa good news?
sebab i terima grant yang besar nilainya
sebab my kindergarten dah jadi tadika nkra kpm
alhamdulillah
tapi belum la lagi dapat duitnya
hehehehe
majlis tadi tu dia cuma bagi mock cheque je
ape pun, i bersyukur la sebab setelah macam macam yang i buat
dapat juga tadika tu jadi tadika nkra

nanti nanti la i explain lagi pasal tadika nkra nih

i boleh tulis belok ni pun sebab si abah, si zara dan si zharfan dah tidow

mr husband ajak balik kl this week
memang la i nak sangat sangat pegi kl
i nak beli maxi cosi dengan quinny zapp untuk zharfan
kesian baby pakai sweet cherry zara yang dah kusam tu
i nak belikan baju raya untuk zara n zharfan
i nak beli baju raya for myself jugak

kalau i, i boleh je
i ni kuat (series)
tapi i kesian kan zharfan
dia sangat fragile
i tak berani bawa dia jalan jauh jauh
dia baby sangat lagi
sebulan pun belum
walaupun zharfan besar
tapi dia kecil

dan i sendiri
walaupun i selalu cakap i kuat
i buat macam macam kerja
i pegi sana sini
i bawak kereta
tapi ada masa i sakit juga
i diam diam je
i tade cakap pada sapa sapa
macam masa i lepas bersalin
ikutkan hati i memang nak berdukung
even untuk pusingkan badan
i nak berpapah untuk jalan ke toilet
tapi i buat semua tu sendiri
walaupun mr husband ada dalam bilik yang sama
tapi bila tengok dia tidur
i tak sampai hati nak kejut
so i pun bersusah payah la menggigihkan diri ebrpaut pada apa saja yang boleh pegang untuk ke toilet

dan selepas tu
i selalu cakap pada diri sendiri yang i boleh buat semuanya sendiri
i tanak susahkan mr husband
dan i rasa selepas i bersalin, walaupun mr husband selalu ada dengan i
i tak banyak menyusahkan dia untuk diri i sendiri
dia banyak kena jaga zara je

i used to be seorang yang takutkan sakit
i tak boleh sakit
sebab i tak boleh tahan sakit
tapi sejak berfamili nih
i dah tak boleh macamtu
sebab i tanak susahkan orang lain
especially mr husband

dan i rasa i dah immune dengan kesakitan
sampai akhirnya kesakitan tu makan diri i balik
tengok je la
masa zara dulu, it took me almost 5 months tgo really heal
sebab i nak buat semuanya sendiri
i dok yakinkan diri yang i dah tak sakit
sebenarnya lagi lama i sakit

tapi sekarang nih
mungkin sebab umur dah semakin meningkat
i dah rasa penat
walaupun baru beranak dua
tapi i penat
penat sangat

i.sangat.penat.
sangat.sangat.

Rabu, Ogos 04, 2010

dua budak kecil



dua budak kecil
sudah ngantuk ngantuk
sorang pegi tido
lagi sorang pun ikut tido

dua budak kecil
sudah tido tido
tilam tidak cukup
dua dua kongsi tilam

dua budak kecil
sudah tido tido
selimut ada satu
kakak pakai dulu

dua budak kecil
sudah tido tido
mama ambil gambar
satu tutup muka

*sila nyanyi macam lagu sepuluh budak hitam

* dua budak kecil tido atas meja kerja mama

buffet... buffet... buffet

okels
buat orang ipoh
di sini ada beberapa hotels yg menyediakan buffet buka puasa

impiana hotel


tahun lepas rm55. mungkin ada pengurangan menu kot untuk tahun ini. tapi last year's menu was scrumptious. i looove the seafood. harap harap tahun ini adalah as good as last year.

heritage hotel


tahun ni agak mahal. last year everyday ada kambing panggang. tapi mr husband n i tak makan kambing pun. grilled fish/chicken/satay adalah hot item dan cepat habis. harap harap tahun ni ada peningkatan. overall , food was good and lotsa choices. ada iringan piano, live plak tu. dan ada ikan berenang renang yang menjadi attraction kanak kanak

tower regency hotel

rm39 nett

last year ada promotion for the first three days. buy 1 free 1. tapi tahun ni tade. cuma ada buy 10 free 1. sama macam heritage, grilled seafood adalah cepat habis dan terpaksa berebut rebut. makanan bes dan suasana pun bes.

hillcity hotel

RM30

i tatau macamana buffet dia sbb last year i tak pegi pun hillcity. tapi based on buffets yang i pernah pegi kat hillcity, ok ok je. tade la hebat sangat. mebbe i can give a try tahun ini.


am still looking for buka puasa rates at seri malaysia, syuen, clearwater, excelsior and other places. sesiapa yg ada info, do share with me ye. kalau tau mana mana tempat berbuka yg bes pun, sila la inform i. nak buat rujukan sepanjang bulan puasa ni.

Selasa, Ogos 03, 2010

pre-ramadhan

dah nak dekat bulan puasa
rasa rasanya insyaAllah i dah boleh berpuasa kot
tak sanggup rasanya nak kena gant puasa banyak banyak

tahun 2008 bayar zakat untuk dua orang
tahun 2009 bayar zakat untuk tiga orang
tahun 2010 ber-empat pula
cepat je masa berlalu, kan !
keluarga pun dah bertambah besar

bulan puasa tahun lepas
zara agak kecil juga
belum pun setahun
kalau tak makan buffet/fast food
i akan masak
i akan masak mee goreng, koay teow goreng, nasi goreng, bihun goreng
sian mr husband
tak merasa makan nasik dah lauk pauk
sebab itu je makanan yang cepat dan mudah dimasak
masa tu pun i was pregnant

ada la sekali dua pegi param
tapi series, i tak berselera langsung nak beli apa apa
even air pun tak berminat

tahun ni macamana la pulak
i yang sepatutnya masih dalam pantang
(tapi tak berapa nak pantang)
anak pun dah dua
bila masa nak masak tatau
dan i tau mr husband pun tak berselera sangat makan kat param
takkan nak makan buffet/fast food hari hari
ape pun... i dah start kumpul info pasal buffet ramadhan tahun ni
baru jumpa impiana n heritage

impiana's rate adalah slightly cheaper than last year
heritage's rate adalah rm10 lebih dari last year

yang lelain tu masih belum dapat info lagik

sape nak belanja i berbuka????