Memaparkan catatan dengan label school. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label school. Papar semua catatan

Khamis, Disember 23, 2010

she is going to school



pagi tadi masa siapkan beg zara
i tanya mr husband
"takpe ke zara pegi school?"
mr husband cakap "sedih laaaa"
i tanya kenapa
mr husband cakap sebab rasa macam dah besar

zara is going to school next year
as a mother
of course i want only the best for her

since kontrak i dengan k* pun dah nak habis
im in a midst of designing a new programme for my pre-schooler

basically my programme ni start form 3 years old
sebab zara is going 3 next year
since i dah belajar banyak from k*
dan juga i dah belajar kurikulum prasekolah yang baru
so i dah nampak mana yang elok
dan i gabungkan dan hasilkan program baru

program ni start tahun 2011 nih
tu la pasal i macam bizi
nak siapkan worksheets
so that zara and friends akan mula boleh guna for next year

rasanya worksheets yang i sempat buat cuma untuk 3 & 4 years old
tu pun tak lengkap
tapi i buat apa yang paling penting dulu
on how to write properly
sambil belajar abc dan numbers
belajar basic shapes

semua worksheet yang i buat
i akan fikirkan zara
takkan la umur zara kita nak ajar dia tulis huruf a sampai 20 kali kan
pegang pensel pun tak reti lagi

five and six pakai yang sedia ada dulu
throughout next year i akan emphasize untuk five and six yo punya buku pulak
bukan apa
i nak students i betul betul boleh jadi seorang yang cemerlang
even sekarang pun i tengok my 4 & 5 yo kids menunjukkan progress yang cemerlang
i sukaaaaaaaaaaaaaaa

sebab tu
i nak create my own exercise books / worksheets

seriously
its fun doing thing yang kita suka
furthermore
i am able to get people teach my kid
the way i want to teach her

but sadly
i won't be able to be with my daughter masa first day of school dia
i have to go to work
tapi InsyaAllah
ini adalah yang terbaik untuk my family and i

apepun
i dah siap sediakan sschoolbag zara
botol air
kaler yang sampai 3 jenis
pencil case and stationeries
tapi cam berat plak beg tu
belum lagi botol air tu letak air
beg tu sendiri agaknya memang berat

so
sape sape yang ada anak nak masuk 3 years old next year
meh la join zara at school
boleh belajar sama sama zara

mr husband,

kita kan nak yang terbaik for our kids. kita kan ada cita cita yang besar untuk zara and affan. and untuk merealisasikan cita cita tu, kita kena mula dari awal. sebab tu zara pegi kelas muzik dari baby, kan. sebab tu zara dah nak masuk sekolah. sebab tu kita bawak zara dan affan pegi jalan jalan, supaya pemikiran dan otak mereka berkembang. kita kan parent, we are just doing our part supaya mereka ada pilihan dan supaya mereka capable untuk buat dan jadi apa sahaja yang diorang nak (in a good way la) supaya satu hari nanti kita tak menyesal sebab tak buat apa yang kita buat sekarang.

jangan sedih kalau zara membesar
it is part of life
kita akan lebih happy nanti bila tengok zara membesar dan berjaya dalam hidup dia

and if someday
dia berkahwin
dia ada family sendiri
u will still have me
( misti masa tu baru awak nak kawan i, kan!!!! )

Ahad, Ogos 15, 2010

on kids

semalam masa pegi eastern decorator
mr husband gila gila beli bantal
bantal batman la
bolster la
pastu memory pillow
apekah memory pillow
boleh menguatkan memori ke?
i pun tak pasti apekah
nanti la i carik info pasal memory pillow nih
i kopipes letak sini

semalam masa tengah tidow dengan si zharfan
i terfikir satu benda
apekah?
camnih... si anak i tu adalah super manja
tidow nak pulok pulok
zara dulu... sampai hari adik lahir
sebelum tidow, misti baring beralaskan lengan i
sama la jugak dengan si adik nih

so masa si zharfan ni tidow
i dok renung renung dia
dan i terfikir
agaknya macam ni la semua mothers fikir
anak ni... tak kira la lelaki ke perempuan
kita jaga, kita sayang, kita tatang
masa kecik manja dengan kita
macam cannot live without the mother
pastu nanti dah besau
sibuk hari hari nak keluar dengan gefren/bofren je
tak heran pun dengan mak yang sayang dia nih

pastu nanti nak kawen la
laaaaaaagi la tinggalkan si mak

ok
now i know macaman perasaan mak mr husband
kan si mr husband adalah anak lelaki sorang
anak kesayangan mak plak tuh
misti la mak dia tak syok bila anak dia kawen
ikut plak i balik ipoh
padahal seumur hidup, mereka tak pernah berjauhan
luckily
mak mertua zaman sekarang bukan macam mak mertua zaman dulu dulu yang suka gaduh gaduh dengan menantu
mak mertua i kool je
kool sampai i jadik pemalas
balik kl, keje i tidow n tengok tv je
tade la nak tolong masak ke, sapu sampah ke

memang la kita nak kebahagiaan anak-anak
nak diorang berjaya dalam hidup
nak diorang berkahwin, berkeluarga
tapi misti sedih bila anak tu nanti berkahwin, dah ada family baru
kira macam parent ni nanti jadi macam family sekunder la
bukan primer dah.. sebab derang akan bina satu lagi rantaian family baru

tadi first time i dengar tema lagu kami prihatin tu
nak menitik air mata tau
kesiannya baby2 yang dibuangmanusia ni memang sangat heartless bila buang baby dekat tong sampah
ingat baby tu sampah ke
bila tanak... buang
baby tu bernyawa
tak penat ke mengandungkan baby tu sembilan bulan?
kalau nak buang bila dah melahirkan
kenapa mengandungkan?

astarghfirullah
kesiannya baby baby yang dibuang ni
dibiarkan kesejukan
kelaparan
memang la mereka ni tade hati perut
zalim

i sayangkan anak anak i
mr husband pun sama
dan tadi mr husband ada cakap
orang... kalau ada masalah dengan suami/isteri masing masing
diorang akan turn to their children
sebab anak anak ni pengikat
sebab tu orang selalu cakap tak jadi bercerai sebab anak anak

tapi sayang
ada orang yang tak capable untuk jaga anak sendiri
bukan sebab tak mampu dari segi fizikal, kewangan
tapi diri sendiri tu yang takboleh nak handle anak-anak
las las anak anak dibiarkan dan anak jadi tahape hape

kadang kadang i rasa parent yang hantar anak masuk asrama awal awal ni
sebab diorang tak boleh nak jaga anak sendiri
diorang tak percaya yang kalau diorang jaga sendiri anak anak tu
anak-anak tu akan berjaya

i nak anak anak i membesar depan mata i
i tak rasa nak hantar anak i masuk asrama bila diorang masauk form 1
kecuali....
kecuali kalau diorang dapat masuk that prestigious private boarding school yang i pernah tulis dulu
waaaah... sape tanak anak masuk situ?
kalau baca review sekolah tu, tahun 2007-2009 result pmr sekolah tu adalah 100% straight a's
bukannya 100% lulus
straight a's tuh

pastuh most of spm leaver's dapat pegi overseas
under scholars plak tuh
kalau setiap tahun tu
macam 80% of the students dapat scholars
bes kan

tapi....
kalau zara n zharfan dapat masuk mrsm ke, sekolah sains ke
mebbe i tak hantar la
i rasa diorang boleh je berjaya tanpa perlu masuk sekolah berasrama
dan ramai je budak budak asrama, sekolah sains, mrsm yang flunked

waaaaaah
anak baru sebulan dah cakap pasal sekolah
hikhikhik

tak
i punya main point adalah pasal parent yang rasa diri sendiri tak capable nak jaga anak-anak sendiri
kalau tak capable, mungkin sengaja nak lepas tangan
apekah parent macam tu

bukannya tak penat
anak i yang baru dua orang ni pun
i rasa sangat sangat penat
macam semalam masa i hantar zara n zharfan kat rumah mak i
i cakap nak gi saloon
nak cuci rambut
i cakap pada mak, i need a break
i need time for myself
sebab hidup i asyik berkepit dengan budak dua orang tu je
penat
so, once in a while
i nak la ambik time off

bukan i tak boleh jaga anak
don't get me wrong
i bukan macam working parent yang lain
kat ofis mana ada anak anak
orang yang keje ofis
waktu break boleh berhu-ha dengan colleagues
i sepanjang masa dengan anak-anak
even masa bekerja
sebab tu
once in a while
i need a break

i pergi shopping pun nak bawa anak
memang leceh
tapi lagi sedih bila fikir i seronok seronok shopping dan anak i dok rumah
terus hilang mood shopping
biar la i pening nak control anak kat sopping complex
dari i sedih terkenangkan anak di rumah
sebab.... i suka dan i senang hati bila anak anak ada depan mata

bukan juga nak cakap i la ibu yang terbaik dalam dunia
tak.....
i bukan the best mom
but i'm trying hard to be one
i marah juga anak i
i babab zara juga bila dia nakal sangat
cuma i tak boleh berpisah lama dengan anak i
semalam zara keluar dengan pakndak dia pun
bila mr husband n i amek dia kat jusco
i rasa nak pegang je zara
sebab i rasa sangat rindukan dia

konklusinya adalah
i love my kids
i want only the best for them
i berdoa supaya mereka membesar dengan sihat, dan berjaya dalam kehidupan, dunia dan akhirat

oh... saje nak boasting... i sudah boleh pakai my 26" levi's
oooooopsss... bulan puasa tak boleh riak
pinggang orang lain lagi kecik, kan
ok... i am happy that i can fit in my old jeans
maknanya tak perlu la beli jeans baru
jimat nooks

pukul 3.11 pagi sudah
i want to get my beauty sleep (beauty la sangat)
lagipun makanan dah hadam kot
tadi i makan (bersahur) pukul 1

toodles