Jumaat, Ogos 22, 2008




taraaa......
award from miss zuris
thanks beb

last Thursday pergi checkup
Alhamdulillah. darah sudah cukup. 2 minggu lepas 10.5 dan minggu ni terus naik 11.5
Seronok rasa macam nak melompat lompat.
Berat juga naik secara dahsyat. naik 1.3 kilos in 2 weeks.
Patut la rasa macam semakin gumok.

Haritu nak buat satu entry untuk si Batrisyia. Tapi sepanjang si ca tu ada kat rumah ni, sibuk nak melayan dia jadi tade masa nak memblog panjang panjang pasal Batrisyia.

2 minggu lepas ca, daniel n mama dia balik ipoh. Seminggu lebih la jugak. Dan of course, menyeronokkan seisi rumah.

Hari selasa haritu, masa pergi tadika, nampak rocks yang ca ambik kat pejabat mak. Rasa sangat sayu oke. Sebab ca dah balik kl. Barang main dia je yang tinggal.

Batrisyia sangat pandai cakap sekarang ni. Dia boleh cakap satu ayat yang penuh. Tapi ada jugak masa yang dia cakap tahapa hapa yang oran langsung tak paham. Tapi memang vocab dia rapidly increasing la.

Kelakarnya sebab batrisyia panggil bantal peluk tu bantal kaki. Kalau nak tido with mr husband n i, kena lambakkan semua bantal kat dia, sekali dengan bear bear yang ada. pastu nanti dia nak bantal kaki untuk peluk. kalau tade bantal kaki nanti dia bising bising "nak bantal kaki..... bantal kaki"

Bukan tu je. Nanti tengah tengah baring, dia akan bising " tejuk.... tejuk" kena la cepat cepat selimutkan dia. Lagi satu, bila nak tidur, dia cukup pantang kalau tutup lampu. macamana pun lampu tak boleh tutup. Agaknya dia macam mama dia yang suka lemas tu kot. Dia rasa lemas kot kalau gelap sangat. Asalkan ada lampu jadila. Lampu tidur pun boleh. Lampu tidur kitorang plak memang ada atas kepala katil. Jadi ca suka bukak bukak penyandar katil ni sebab nak tengok betul betul ada lampu ke tak.

Disebabkan batrisyia dah pandai sangat cakap, dia memang akan cakap je apa yang dia rasa.

Haritu masa abah bawak dia naik van, masa lalu depan tadika, terus batrisyia cakap kat atok dia, " kanan.... kanan.... kanan.... " Kanan tu tujuannya untuk masuk ke tadika. Atok dia yang saje2 nak usik pun cakap, "bitca, kita nak pegi straight. kita bukan nak pegi tadika". Batrisyia pun bising bising lagi soh atok dia masuk kanan. Pandai kan. Dia dah kenal dah mana tadika.

Satu petang tu pulak, masa nak bawak batrisyia berjalan, satu kasut dia memang ada dan si aunty dia ni plak tak jumpa kasut dia lagi sebelah lantas cakap kat batrisyia, " ca... cari kasut ca ni lagi sebelah". Batrisyia pun cepat cepat pegi ke almari kasut. Bila nampak batrisyia pegi kat almari kasut, si aunty dia ni pun cakap lagi " ca... mana ada dalam almari tu. Semalam kan ca bukak kasut kat sini". Dan taraaaaaaa.... batrisyia terus tunjuk kasut lagi sebelah yang sebenarnya memang ada dalam almari. cleeeeeeeever girl. geram betul.

Tok mama dia plak memang amazed dengan batrisyia. Sebabnya, bila sampai je rumah, terus batrisyia ambik kasut dan terus simpan kasut dia dalam almari. Berdisiplin sungguh si anak sedara tu.

Biasanya kalau suruh mandi, nanti batrisyia akan kata tanak. Dan biasanya jugak, petang petang batrisyia mandi dalam bilik air tok mama sebab ada bath tub. boleh dia mandi dalam tu. Memang dia suka betul mandi kat situ, sampaikan satu hari tu, tok mama soh dia berenti mandi dia tanak. si aunty dia ni pun nak dukung dia bawak keluar bilik air pun dia tanak. Tapi, bila pak ngah dia datang untuk ambik, elok je dia. Tade pun keras keraskan badan ke, cakap tanak ke. Dia memang kalau dengan pak ngah, habis hati. Feveret uncle la konon.

Sebab batrisyia suka sangat mandi kat bilik air tok mama, satu pagi tu masa tok mama dalam bilik air, batrisyia datang dan tok mama cakap kat batrisyia, "ca.. mandi best". Dengar je tu, terus batrisyia nak bukak seluar. nak mandi. Tapi sebab hari pun subuh lagi, tak boleh la bagi batrisyia mandi. Nanti demam plak.

Pasal batrisyia dengan pak ngah dia memang banyak sangat benda. pak ngah dia plak suka melayan batrisyia. Batrisyia pun macam nak jadik shadow pak ngah. mana pak ngah pegi, dia nak follow. kalau telefon, nanti dia akan tanya bila pak ngah nak balik. Si pak ngah plak, sejak ada batrisyia kat rumah, hari hari balik awal. lambat lambat pun, pukul 6 sengah dah sampai rumah. Kalau tak tu, pukul 8 pun tak tentu lagi sampai ke tak.

Batrisyia plak, kalau ada pak ngah, memang dia dah tak pandang orang lain. Kadang kadang, dengan mama dia pun dia tak peduli.

Satu malam tu, tengah kitorang main main atas katil, batrisyia nampak si aunty ni pegang handphone pak ngah dia. batrisyia pun bising la "bagi.. pak ngah punya". Si aunty yang suka nak menyakat ni plak cakap "biarlah. pak ngah bagi". Agaknya lepas tu batrisyia tak puas hati, dia ambik bantal, hulur kat aunty dia ni, soh ambik masa ambik bantal tu, batrisyia soh bagi handphone kat dia. konon macam barter trade la. Pandai betul dia. bila dah dapat handphone tu, dia mintak balik bantal, sebab dia nak baring baring dengan pak ngah.

ok. enuff about batrisyia. Banyak lagi. Tapi, ini je yang dapat ingat. Adik batrisyia, si daniel tu tak banyak cerita sangat. Sebab dia baby. cuma dia sangat suka senyum. Sangat beza la dengan batrisyia. Batrisyia kalau dengan strangers memang dia akan masam je. Adik dia kalau nampak orang akan senyum dan senyum dan senyum.

Oh. Daniel tu, tiw bagi nama pisang salai boy sebab dia sangat suka makan pisang salai. hahahahhahahha.

* tak jumpa plak gamba derang dalam kompiter ni. Nanti bila2 ada gamba budak 2 orang tu bole la letak. Sangat sweet dan adorable la mereka. bila la derang nak balik ipoh ni lama lama lagi. hehehhhehe

Selasa, Ogos 19, 2008

- good night baby. Tapi sebelum tidur kita baca buku dulu ye. Hari hari sebelum tidur kena baca buku English. Nanti bila baby lahir, baby pandai cakap English. Nanti kalau kita nak cakap secret secret dua orang kita boleh cakap English. Biar daddy tak faham.
+ ( sengeh sengeh ) awak ingat saya bodoh sangat ke
- kenapa?
+ sebab awak nak cakap secret secret dengan baby dalam English
- hahahahhahahahaha. I know your level
( mr husband sebenarnya tengah baca magazine wrestling )
- awak faham ke??? Ke tengok gamba je?
+ ( gelak gelak) faham la

Saje je suka nak usik usik mr husband.
Bukannya dia tak reti english
tapi saje saje nak bagi dia sakit hati
hahahahhahaha

Memang sebelum tido akan baca buku enid blyton. Mr husband selalu kata macam budak budak. Orang nak baca untuk baby.
Seronok sebab semalam mr husband balik awal. Tapi dia balik balik, terus main ps2.
Semalam sebab tatau nak buat apa, dan bila Tanya mr husband, dia soh masak kek buah. Taraaaaaaaa…. Hasilnya ialah kek buah yang yummy. Rupanya berbakat juga dalam baking membaking nih.

Jumaat, Ogos 15, 2008

Dear little one,
i will try my best to give you a rainbow when the sky is dark and grey.
I know it must be hard living in the little capsule inside me,
and it seems so small that sometimes i hate myself as i cant provide bigger space for you to move around
you really makes me happy
by letting me to feel you moving
and i already miss you
and i daddy and mommy cant wait to see you,
little one

Rabu, Ogos 13, 2008

I love my mr husband
infinite.

After having a good time with mr husband, we had this little conversation. Here goes.

- cuba bayangkan, mcmana kepala baby nak keluar dari tempat yg kecik ni. Nanti masa bersalin kalau tak larat sangat, i will just let myself go. I'll make myself die.
-kalau inaz mati, awak pegi balik kl tau, bawak baby
+ tp saya kerja kt sini
- apa lg ada kt sini yg awak nk duduk sini? Inaz nk awak balik kl duduk dgn mak awak, keje kt kl bawak baby skali.
+ kalau tak bole pindah
- cakap la isteri saya dah mati. Tade apa untuk saya kt sini. Mcmana pn awak kena balik kl.

tatau la pasal. tapi memang sekarang sangat rasa risau mengenai hal nak membersalinkan baby. tak dapat nak membayangkan macamana kepala dan baby nak keluar dari tempat yang kecil.

tambah pulak dengan perangai si pengive-up ni. memang cukup pantang kalau sakit. sangat tak boleh tahan.

sekarang pulak selalu sangat rasa saket saket perut akibat pergerakan baby. haritu sakit sampai ke dada.

dari sebelum mengandung sampai sekarang berat badan cuma meningkat sebanyak 3-4 kilos je. ok la tu. tade la banyak. tade la susah sangat kot nanti nak jadi kecik balik. hahahhahaha.

kalau ikut sekarang ni, kata la naik 4 kilo. baby baru sekilo. uri adalah 1/6 dari berat baby maknanya dalam 150gm. pastu tolak tali pusat lagi agak agak dalam 50 gm. maknanya badan cuma naik 2 kilo. ok la tu. nak menurunkan 2 kilo tade la susah sangat kot.

memang la. jadi sangat freakout jugak dengan penambahan berat badan. i mean perubahan bentuk badan. but still, i dont define myself as ugly-shaped-creature.

tiap tiap hari pun berdoa supaya segala zat zat makanan dapat kat baby. sebab apa??? sebab si pregnant mom ini tak boleh makan banyak. Dia selalu tak berselera. Dan dia selalu makan benda benda tak berkhasiat. Lantas bila sekali sekala dia memakan benda yang berkhasiat dia sangat berharap agar segala kebaikan tu akan dapat kat baby. lantak la kalau dia sendiri tak dapat apa pun. Asalkan baby dalam perut dapat membesar dengan sihat.

haritu masa scan, when i asked the scanner person if its a bird or bees, dia sendiri tak komfem. Dia rasa. Disebabkan dia tak komfem, so im not going to tell the world yet. Maybe baby saje nak buat surprise to its mommy n daddy and the whole world.macam masa mula mula nak tau baby ada. Ada je halangan masa nak scan. Ni plak baby saje je nak sorok sorok.

nanti la sambung. daa~

Khamis, Ogos 07, 2008

i love my mr husband
walaupun malam malam dia berbau durian
dan esok paginya dia berbau durian masam
i still love him
and i will still give him the morning kiss

i love my mr husband
walaupun he keep saying that im fat
walaupun in reality he's fatter
i don't care
for me
he is the most gorgeous human being alive

harini checkup kat klinik
sampai sampai terus kena ambik darah
malangnya darah makin menurun
sudah kena anemia dah
patutnya harini kena scan
tapi si scanner ( tukang scan, bukan mesin scan) kena pegi meeting
lantas kena pegi lagi klinik tomorrow
kena hantar sampel najis sekali
tadi kena cucuk kancing gigi
cucuk untuk prevent kancing gigi la
takkan cucuk untuk mendapatkan kancing gigi

harini nurse cuma denagr heartbeat baby
tapi tak tulis pun berapa heartbeat baby

harap harap esok dapat scan
dan dapat tau gender baby
seriously i don't mind
it's just the excitement of knowing
tu je

a girl or a boy
what's he difference
as long as baby dilahirkan healthy
baby and myself selamat
itu yang paling penting

ada sebuah rumah dekat dekat sini yang kita panggil rumah baby
sebab cadang nak pindah next year
tu pun kalau tade aral melintang

baby banyak bergerak gerak
memang euphoria bila tengok perut mengeluarkan waves
dan sebenarnya macam sepanjang masa pun boleh rasa baby moving