Jumaat, Ogos 22, 2008




taraaa......
award from miss zuris
thanks beb

last Thursday pergi checkup
Alhamdulillah. darah sudah cukup. 2 minggu lepas 10.5 dan minggu ni terus naik 11.5
Seronok rasa macam nak melompat lompat.
Berat juga naik secara dahsyat. naik 1.3 kilos in 2 weeks.
Patut la rasa macam semakin gumok.

Haritu nak buat satu entry untuk si Batrisyia. Tapi sepanjang si ca tu ada kat rumah ni, sibuk nak melayan dia jadi tade masa nak memblog panjang panjang pasal Batrisyia.

2 minggu lepas ca, daniel n mama dia balik ipoh. Seminggu lebih la jugak. Dan of course, menyeronokkan seisi rumah.

Hari selasa haritu, masa pergi tadika, nampak rocks yang ca ambik kat pejabat mak. Rasa sangat sayu oke. Sebab ca dah balik kl. Barang main dia je yang tinggal.

Batrisyia sangat pandai cakap sekarang ni. Dia boleh cakap satu ayat yang penuh. Tapi ada jugak masa yang dia cakap tahapa hapa yang oran langsung tak paham. Tapi memang vocab dia rapidly increasing la.

Kelakarnya sebab batrisyia panggil bantal peluk tu bantal kaki. Kalau nak tido with mr husband n i, kena lambakkan semua bantal kat dia, sekali dengan bear bear yang ada. pastu nanti dia nak bantal kaki untuk peluk. kalau tade bantal kaki nanti dia bising bising "nak bantal kaki..... bantal kaki"

Bukan tu je. Nanti tengah tengah baring, dia akan bising " tejuk.... tejuk" kena la cepat cepat selimutkan dia. Lagi satu, bila nak tidur, dia cukup pantang kalau tutup lampu. macamana pun lampu tak boleh tutup. Agaknya dia macam mama dia yang suka lemas tu kot. Dia rasa lemas kot kalau gelap sangat. Asalkan ada lampu jadila. Lampu tidur pun boleh. Lampu tidur kitorang plak memang ada atas kepala katil. Jadi ca suka bukak bukak penyandar katil ni sebab nak tengok betul betul ada lampu ke tak.

Disebabkan batrisyia dah pandai sangat cakap, dia memang akan cakap je apa yang dia rasa.

Haritu masa abah bawak dia naik van, masa lalu depan tadika, terus batrisyia cakap kat atok dia, " kanan.... kanan.... kanan.... " Kanan tu tujuannya untuk masuk ke tadika. Atok dia yang saje2 nak usik pun cakap, "bitca, kita nak pegi straight. kita bukan nak pegi tadika". Batrisyia pun bising bising lagi soh atok dia masuk kanan. Pandai kan. Dia dah kenal dah mana tadika.

Satu petang tu pulak, masa nak bawak batrisyia berjalan, satu kasut dia memang ada dan si aunty dia ni plak tak jumpa kasut dia lagi sebelah lantas cakap kat batrisyia, " ca... cari kasut ca ni lagi sebelah". Batrisyia pun cepat cepat pegi ke almari kasut. Bila nampak batrisyia pegi kat almari kasut, si aunty dia ni pun cakap lagi " ca... mana ada dalam almari tu. Semalam kan ca bukak kasut kat sini". Dan taraaaaaaa.... batrisyia terus tunjuk kasut lagi sebelah yang sebenarnya memang ada dalam almari. cleeeeeeeever girl. geram betul.

Tok mama dia plak memang amazed dengan batrisyia. Sebabnya, bila sampai je rumah, terus batrisyia ambik kasut dan terus simpan kasut dia dalam almari. Berdisiplin sungguh si anak sedara tu.

Biasanya kalau suruh mandi, nanti batrisyia akan kata tanak. Dan biasanya jugak, petang petang batrisyia mandi dalam bilik air tok mama sebab ada bath tub. boleh dia mandi dalam tu. Memang dia suka betul mandi kat situ, sampaikan satu hari tu, tok mama soh dia berenti mandi dia tanak. si aunty dia ni pun nak dukung dia bawak keluar bilik air pun dia tanak. Tapi, bila pak ngah dia datang untuk ambik, elok je dia. Tade pun keras keraskan badan ke, cakap tanak ke. Dia memang kalau dengan pak ngah, habis hati. Feveret uncle la konon.

Sebab batrisyia suka sangat mandi kat bilik air tok mama, satu pagi tu masa tok mama dalam bilik air, batrisyia datang dan tok mama cakap kat batrisyia, "ca.. mandi best". Dengar je tu, terus batrisyia nak bukak seluar. nak mandi. Tapi sebab hari pun subuh lagi, tak boleh la bagi batrisyia mandi. Nanti demam plak.

Pasal batrisyia dengan pak ngah dia memang banyak sangat benda. pak ngah dia plak suka melayan batrisyia. Batrisyia pun macam nak jadik shadow pak ngah. mana pak ngah pegi, dia nak follow. kalau telefon, nanti dia akan tanya bila pak ngah nak balik. Si pak ngah plak, sejak ada batrisyia kat rumah, hari hari balik awal. lambat lambat pun, pukul 6 sengah dah sampai rumah. Kalau tak tu, pukul 8 pun tak tentu lagi sampai ke tak.

Batrisyia plak, kalau ada pak ngah, memang dia dah tak pandang orang lain. Kadang kadang, dengan mama dia pun dia tak peduli.

Satu malam tu, tengah kitorang main main atas katil, batrisyia nampak si aunty ni pegang handphone pak ngah dia. batrisyia pun bising la "bagi.. pak ngah punya". Si aunty yang suka nak menyakat ni plak cakap "biarlah. pak ngah bagi". Agaknya lepas tu batrisyia tak puas hati, dia ambik bantal, hulur kat aunty dia ni, soh ambik masa ambik bantal tu, batrisyia soh bagi handphone kat dia. konon macam barter trade la. Pandai betul dia. bila dah dapat handphone tu, dia mintak balik bantal, sebab dia nak baring baring dengan pak ngah.

ok. enuff about batrisyia. Banyak lagi. Tapi, ini je yang dapat ingat. Adik batrisyia, si daniel tu tak banyak cerita sangat. Sebab dia baby. cuma dia sangat suka senyum. Sangat beza la dengan batrisyia. Batrisyia kalau dengan strangers memang dia akan masam je. Adik dia kalau nampak orang akan senyum dan senyum dan senyum.

Oh. Daniel tu, tiw bagi nama pisang salai boy sebab dia sangat suka makan pisang salai. hahahahhahahha.

* tak jumpa plak gamba derang dalam kompiter ni. Nanti bila2 ada gamba budak 2 orang tu bole la letak. Sangat sweet dan adorable la mereka. bila la derang nak balik ipoh ni lama lama lagi. hehehhhehe

Tiada ulasan: