Khamis, Ogos 19, 2010

cacamarba II

tadi zharfan pegi klinik
checkup sebulan
sekali dengan i kena check
alang alang
bawa zara cek gigi juga
masa checkupkan zara setahun setengah dulu nurse dah soh bawa zara cek gigi
tapi i malas nak bawak pegi klinik gigi
tapi tadi bawa juga
dokter kata gigi zara cantik
dokter tanya gosok gigi ke?
ooohhh.... msti la tiap tiap pagi gosok gigi
i akan gosokkan gigi zara...
tapi yang kelakarnya...
dia tak tau berkumur
so instead of berkumur
dia akan telan air tu
sebab tu la i kena sediakan satu cawan air filter
takbleh pakai air paip

zharfan dah selamat kena cucuk
i tak tengok pun sebab i sendiri kena checkup
tapi berat zharfan naik banyak
sekarang budak kecik yang besar tu dah 5 kilo
within a month dia sudah naik 1.4kg
dasat la budak tu
dah pakai popok saiz s
i rasa tak lama lagi dia akan pakai popok saiz m sama cam zara

overall si baby ni sihat
tapi i cam risau juga sebab dia selalu muntah susu
i tak kata muak sebab dia muntahkan susu banyak
muak tu rasanya kalau sikit sikit je
even dah burp pun dia akan muntah susu
nurse soh bawa gi jumpa dokter
tapi dokter tade so kena datang on thursday
kalau rajin i bawa
else, i pegi klinik biasa je le

masa check i plak
my weight sudah turun lagi
it's now 46.1kg
before pregnant, i was 48kg tau
pastu kena ambik tekanan darah sampai 2 kali
sebab the first reading was 90/50
second reading was 100/60
nurse cakap second reading was ok
pastu 2 kali juga kena urinate
pastu kena jumpa dokter
dokter bagi perscription
tapi i tak ambik pun lagi ubat
mebbe sok baru nak ambik
else, kalau ramai sangat orang
i pegi beli ubat tu kat farmasi je

i tak suka dengan penurunan berat yang banyak
pastu i rasa tak selesa dengan myself
dengan rasa sakit
i rasa macam senang nak mati dengan condition yang macam ni

pernah dengar tak orang kata life and death ni cuma dipisahkan dengan satu garisan
in a split second kita boleh jatuh ke garisan death tu
eee.... ngeri
dan i belum cukup amal lagi
dan i nak tengok anak anak i membesar

zharfan susah betul nak tidur sekarang ni
kelmarin dia tak tidur siang langsung
malam lagi la susah nak tidur

tadi i memang dah tak larat sangat
zharfan menangis je
tido tanak
pastu asyik lapar
tapi, lepas menyusu terus muntah
macamana nak kenyang
pastu macamana nak tido lena

at one point
i dah nak mengamuk
sebab i dah la ngantuk
tapi kena attend zharfan
(memang la anak i dan i kena bertanggungjawab)
i sampai tatau apa yang zharfan nak
sebab i dah salinka baju, pampers semua
dan i lagi bengang sebab abah dia buat dono je
dah tengok anak tu keep on nangis
tolong la i
ni biar i sorang je
bila i dah mengamuk
baru nak ambik zharfan

kadang kadang i rasa i ni di-under appreciate oleh si mr husband
bukanla i nak soh dia dok manja manjakan i
just be with me
macam... kalau anak tu nangis..
help me.. bukannya dok ngadap tivi atau mengadap laptop macam nothing happen

bila i rasa nak marah
mula la i macam nak campak semua benda

i ni mintak banyak sangat ke?
i masih nak adjustakn diri dengan dua orang anak
and it's not easy
sangat susah

walaupun i suka ada dua orang anak yang comel dan sweet macam beruang tedi
tapi i penat nak handle dua orang budak itu

sebelum pegi tadika
i akan pastikan i dah siap mandikan zara n zharfan
memang i boleh mintak pekerja i mandikan mereka
tapi i nak buat sendiri

sebelum mr husband balik
i akan make sure rumah adalah sedikit kemas
i akan make sure zara n zharfan dah siap mandi
supaya mr husband senang hati tengok anak anak da kemas
(i tatau la dia senang hati atau tak)

dan sekarang i rasa macam apa yang i buat tidak dihargai
tu yang membuatkan i selalu rasa nak mengamok
dan mebbe juga i penat
umur dah naik sebab tu la cepat penat
tahap kesabaran pun dah menipis

sudah la
penat dah taip

toodles



2 ulasan:

Queenin Murni berkata...

inazz..... aku pon selalu rasa mcm tu, dah tu selalu nangis sorang2 mengenangkan nasib.sebenarnya penat ja punca dia. kalau tak penat, mesti kita tak pk bukan2 kan?? ehheheh

. i . n . a . z . berkata...

betul.. betul... betul....
bila penat, mula la nampak diri sendiri je yang lebih buat keje. pastu nak sedih sedih sendiri padahal the other half tu tak tau pun yang kita ni tengah sedih