Khamis, Ogos 05, 2010

rasa hati

tatau la kenapa
mebbe penat kot
tapi these few days, bila mr husband balik je
i selalu rasa nak marah
tapi instead of marah gaduh gaduh cam budak budak
i just kept quiet

i rasa nak marah sebab i rasa macam i kena uruskan semua pasal anak anak
i rasa sangat tired
i rasa macam i dah tade masa untuk diri sendiri
i rasa mr husband terlalu lebihkan zara
sampaikan mr husband janji nak bawa adik pegi klinik malam tadi
tapi bila sampai rumah, mr husband terus pasangkan upin ipin untuk zara
dan lupa semuanya

i rasa nak mengamok sebab penat penat i kemas rumah sket sket
bangun pagi dah basuh cadar
supaya petang dah boleh pasang balik cadar tu
tapi bila i balik tadi
mr husband dah cabut balik cadar tu dan basuh
dia kata dia tatau yang cadar tu i dah basuh
dia lupa ke pagi tadi tilam tu dah togel
dia tak nampak ke cadar tu jemur kat atas pagar?

pastu i rasa penat sebab hari hari kena kemas rumah dan hari hari rumah bersepah
i penat sebab i kena buat buat banyak benda sambil jaga anak anak
tengah buat keje, zara nanges,
tengah buat keje, zharfan nangis

i rasa sakit hati bila mr husband n zara tinggal berdua
zara sepah sepahkan rumah dan mr husband tak kemas balik
penyapu di tengah tengah rumah
botol susu tak basuh
tisu bersepah sepah
mr husband biar je zara main wet tissues tu
nanti kalau habis
mr husband yang bising bising kat i kata i tak prepare
dia yang biar zara main tissues tu banyak banyak
sampai nak habis satu bekas

ok
memang la i ni konon kononnya separa surirumah
memang la i patut kena jaga anak
i kena kemas rumah
dan buat semua kerja rumah
tapi.. its not easy untk jaga dua orang anak sambil nak buat kerja kerja rumah
dan i kena kerja di tadika juga

pagi tadi i ada majlis kat heritage
dari sunday i cakap nak beli baju yang proper
i tade baju elok langsung
baju stakat boleh bawak kenduri ada la
dengan anak dua orang
macamana i nak pegi beli baju?
i boleh je bawak zara
tapi i kesiankan zharfan
harini dia baru 25 hari
i tanak dia expose sangat
dia kecik sangat lagi dan di luar adalah contagious
kalau i pegi beli baju
sape plak nak jaga zharfan

dan satu masalah i ialah
i tak percayakan orang
i tak percayakan sesape pun untuk jaga anak anak i
even mr husband
i tak percaya dia boleh jaga zharfan
i pun tak percaya dia boleh jaga zara
hasilnya... tengok la tadi
memang la dia ambik half day untuk jaga zara kat rumah
tapi rumah jadi tongkang pecah
dulu dia jaga zara... bawa zara ke mcd
dan dia kata zara cirit birit sampai meleleh leleh keluar dari pampers

kenapa kalau i yang jaga anak anak, tak pernah jadi macam tu?

itu pun pagi tadi,
macam nak menangis masa i hantar zharfan pegi rumah orang
pekerja i sorang pegi umrah
so i dah kekurangan kaki tangan
sebab tu la i terpaksa hantar zharfan kat rumah orang
kalau tak, i tinggalkan je zharfan kat tadika

kebetulan plak masa nak pegi tu i tertinggal handphone dalam kereta i
( i pegi heritage tu dengan my father)
memang macam cacing kepanasan la sepanjang majlis

oh
majis itu adalah my other good news yang i dok simpan simpan selama ni

kenapa good news?
sebab i terima grant yang besar nilainya
sebab my kindergarten dah jadi tadika nkra kpm
alhamdulillah
tapi belum la lagi dapat duitnya
hehehehe
majlis tadi tu dia cuma bagi mock cheque je
ape pun, i bersyukur la sebab setelah macam macam yang i buat
dapat juga tadika tu jadi tadika nkra

nanti nanti la i explain lagi pasal tadika nkra nih

i boleh tulis belok ni pun sebab si abah, si zara dan si zharfan dah tidow

mr husband ajak balik kl this week
memang la i nak sangat sangat pegi kl
i nak beli maxi cosi dengan quinny zapp untuk zharfan
kesian baby pakai sweet cherry zara yang dah kusam tu
i nak belikan baju raya untuk zara n zharfan
i nak beli baju raya for myself jugak

kalau i, i boleh je
i ni kuat (series)
tapi i kesian kan zharfan
dia sangat fragile
i tak berani bawa dia jalan jauh jauh
dia baby sangat lagi
sebulan pun belum
walaupun zharfan besar
tapi dia kecil

dan i sendiri
walaupun i selalu cakap i kuat
i buat macam macam kerja
i pegi sana sini
i bawak kereta
tapi ada masa i sakit juga
i diam diam je
i tade cakap pada sapa sapa
macam masa i lepas bersalin
ikutkan hati i memang nak berdukung
even untuk pusingkan badan
i nak berpapah untuk jalan ke toilet
tapi i buat semua tu sendiri
walaupun mr husband ada dalam bilik yang sama
tapi bila tengok dia tidur
i tak sampai hati nak kejut
so i pun bersusah payah la menggigihkan diri ebrpaut pada apa saja yang boleh pegang untuk ke toilet

dan selepas tu
i selalu cakap pada diri sendiri yang i boleh buat semuanya sendiri
i tanak susahkan mr husband
dan i rasa selepas i bersalin, walaupun mr husband selalu ada dengan i
i tak banyak menyusahkan dia untuk diri i sendiri
dia banyak kena jaga zara je

i used to be seorang yang takutkan sakit
i tak boleh sakit
sebab i tak boleh tahan sakit
tapi sejak berfamili nih
i dah tak boleh macamtu
sebab i tanak susahkan orang lain
especially mr husband

dan i rasa i dah immune dengan kesakitan
sampai akhirnya kesakitan tu makan diri i balik
tengok je la
masa zara dulu, it took me almost 5 months tgo really heal
sebab i nak buat semuanya sendiri
i dok yakinkan diri yang i dah tak sakit
sebenarnya lagi lama i sakit

tapi sekarang nih
mungkin sebab umur dah semakin meningkat
i dah rasa penat
walaupun baru beranak dua
tapi i penat
penat sangat

i.sangat.penat.
sangat.sangat.

3 ulasan:

Queenin Murni berkata...

n i pon tau u selalu buat2 kuat.

havent i selalu bebel2 kat u supaya take a good care of urself? jgn paksa diri sgt.eventually, u're fragile too. All the insides need time to heal.

congrats on ur tadika! one day i hope to follow ur steps. :)

take care

Unknown berkata...

Inaz, i think u should share some of the things wif ur hubby.. Jgn nk buat sume sorg2.. Jaga diri sendiri.. Bdn nk pakai lame..

Nnt abis pantang kite jmpe eh.. Aku nak tgk laa tadika ko.. Hubby aku suh blaja ngn ko cane nk bukak tadika, hehe~

TC..

. i . n . a . z . berkata...

to munek....

hikhikhik... biasa la si degil nih. dia suka ikut hati dia je.
neway.. u too.. take care.. tengah mengandung laaagi la fragile.

to nole...

aaa... datang la tadika. nanti raya pun bole datang rumah. bagi baby apan jumpa baby dalili... rakan sebaya