Khamis, Ogos 04, 2011

ipoh buffet price list

dah masuk hari ke 4 puasa
dah 3 hari berbuka
hari pertama berpuasa , berbuka di rumah mak
bila nak balik rumah
konon konon nak cari sate
pegi serai tutup
pegi medan gopeng pun tutup
berjalan jalan ke sungai rokam kot kot ada kat medan selera pun tutup jugak
even nak beli otai burger pun tutup
agaknya semua orang berebut nak perbanyakkan amal di bulan ramadhan ni kot

las las balik rumah
terus tido

hari kedua puasa kitorang berbuka di tower regency
i rasa macam harga tak padan dengan food yang ditawarkan
tapi
TAPI
bagusnya orang sangat tak ramai
jadi zara dan affan boleh berlari lari dalam cafe tu
i suka la suasana macam tu
anak i bebas
oh dan kitorang dah siap siap bawah plastic plate n utensils untuk budak dua orang tu
kalau tak keletung keletang dioang main pinggan dan sudu

dan nak ikut entry mr husband tu
bawak affan adalah sangat menguntungkan
dia sentiasa makan tak henti henti
bila habis je terus jerit jerit cakap "naaaaaaaaaaaaak... "naaaaaaaaaaaak"
kalau makanan lambat sampai kat dia menjerit la dia

zara banyak main je
bagi food, dia makan sikit lepas tu main main
pastu merengek suruh mr husband teman dia main
bila adik dah kenyang baru adik nak main dengan zara
baru la mr husband n i boleh makan sampai pecah perut

hari ketiga try heritage pulak
harga dan food adalah sangat berpatutan
tapi nothing new
sama je macam tahun lepas dan tahun tahun lepas
tapi memang bes la
terlalu banyak pilihan
memang bes

ok
ni untuk sape sape yang tinggal di ipoh especially mamanoa
i ada sikit price list untuk buffet buka puasa di sekitar ipoh ni

Impiana Hotel - coffee house - RM62
Impiana Hotel - Kinta room - RM52
Heritage Hotel - RM42
Tower Regency Hotel - RM39
Excelsior Hotel - RM38
Seri Malaysia Hotel - RM33
Hillcity hotel - RM32
Ritz Garden Hotel - RM28
Lan's catering buffet ( dekat2 padang polo) - RM19.90

Kalau ada anak kecik macam i memang elok la pegi on the first week ni
sebab orang belum ramai
company belum ada function
selesa la sikit
tak perlu nak berebut2 beratur amik food
end of second week sampai la fourth week memang akan penuh sepanjang masa



1 ulasan:

.:knizamk:. berkata...

heritage - terlalu banyak pilihan?
only applicable di ipoh la..