Selasa, Jun 03, 2008

Mr Husband baru call. Ajak lunch skali .Sweet. Tatau lagi boleh ke tak sebab kereta tade.

Weekend haritu balik kampung dengan mr husband. Hari jumaat malam gerak. Sampai kl dalam pukul 1.30 pagi. Pukul 7 mr husband dah kejut ajak pegi sri kembangan ambin si Batrisyia. Lepas ambik Batrisyia, pegi Krista, pegi spectrum, bawak ca makan a&w, dan balik. Petangnya pulak bawak ca pegi KFC Wangsa Maju sebab mr husband ada appointment dengan kawan kawan dia. Seronok betul main main dengan ca . Ca yang suka menyanyi. Ca yang tiba tiba nyanyi lagu ketahuan. Dan ca yang kuat makan sebab bila habis whipped potato, ca nak tambah.

Hari ahad pergi Melaka dengan family mr husband. Malam tu balik Ipoh. Sampai rumah dalam pukul 12 terus bergegas iron baju kerja mr husband. Baju yang hantar iron kat dobi tu tak sempat ambik. Lepas iron terus tido. Bila bangun pagi, mr husband pun dah siap nak pergikerja. Seperti biasa, mr husband mintakkan betul baju dia. Aku yang baru bangun tido sambil pejam mata betulkan baju. Sian mr husband, baju dia senget benget. Dah la aku iron dengan buruk. Berkedut baju tu.

I’m so sorry mr husband. Malam tadi, bila mr husband balik, senyum je dia bila tengok dalam almari dah siap bergantung baju yang dah siap iron yang ambik kat dobi.

Semalam, seharian berjalan. Hantar kain pegi jahit tepi, bawak tiw beli buku. Pegi Ipoh Parade ingat nak carik kedai hush puppies. Nak belikan mr husband sock n inner Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday, Funday, Holiday. Tapi rupanya ipoh ni sangat la mundur kedia hush puppies pun tade. Geram betul. Mr Husband memang gilakan benda yang ada label ni. Even untuk baby pun dia dah belikan bib Monday-Sunday. Hari hari boleh tukar.

Pagi tadi mr husband ada buat lawak

Mr Husband : biar kat dalam. Nanti boleh dapat anak kembar.
Me : ( terus nak tergelak golek golek)

Ape la mr husband ni.Mana boleh orang yang tengah pregnant tiba tiba pregnant yang kedua pulak pada masa yang sama.

Dah la tadi tiba tiba terkejut sebab mr husband topok topok perut. Rupanya dia nak cakap ”Hello Baby!” Pastu topok topok lagi suruh baby bangun.

Semalam sebab banyak masa terluang, pegi buat rebonding. Memang sebulan ni dah bising bisng nak straighten rambut yang dah macam pontianak ni. Tapi mr husband tak bagi. Sebagai pengajaran la kot sebab haritu aku yang gedik gedik nak potong pendek sampai jadi buruk macam ni. Serius buruk sampai malas nak tengok cermin. Masa nak balik ipoh kelmarin dah cakap dah kat mr husband yang im going to straighten my hair secara rahsia. Well, dah bitau dah mr husband nak buat rebonding. Cuma tak bitau bila je. Ahahahhahahha. Lepas ni dah bejanji takkan potong rambut sampai pendek dan buruk dah. Kalu nak potong pun, trim je. Baru la berkeyakinan balik selepas dah lurus si rambut rambut ni.

Tiada ulasan: