Rabu, Ogos 15, 2012

hal hal sambungan

last entry i ada cakap yang i cranky. satu hari nak berbuka di hotel, mr husband pesan soh i jangan cranky. lantas, cik zara bagi jatuh henpon sampai berderai pun i tak boleh cranky. (tapi henpon ok je bila dicantum semula) 

dan masih pasal cranky. satu malam selepas berbuka , mr husband pulak cranky. rupanya dia masih lapar. lantas i pun keluar nak belikan burger untuk mr husband yang cranky. las las dia ikut sekali sebab kiddos semua nak ikut i. si cranky nak oblong dengan double. i beli burger special untuk diri sendiri. lepas mr husband habis makan, kot2 dia lapar lagi, i cakap kat dia. kalau lapar ambik la burger i. dia takmo. sebelum tidur i simpan burger dalam fridge untuk sahur. waktu sahur i bersemangat bangun nak makan burger, skali tengok bukan burger i je habis. burger cik zara pun habis jugak. sedey i tawwwwww. dah la tade benda nak makan. nugget , cken fingers ada la. tapi tak kose i nak menggoreng pepagi buta. i nak masuk microwave  dan makan je. 

last entry jugak i ada cakap pasal lenguh lenguh badan yang melampau. kelmarin dah pegi klinik. lagipun i demam juga. lepas makan ubat, i tidur, badan memang berpeluh peluh. 2 kali i makan ubat sebelum tidur, dan waktu tidur tu, badan berpeluh peluh yang lebat. dan selepas makan ubat "sakit rusuk" (itu yang tertulis pada plastik ubat) hilang terus sakit belakang. memang painkiller yang kuat

pasal sakit belakang ni, i ada cakap dengan mr husband. adakah i sakit sebab i tak pergi berurut lepas keguguran? sebab lepas beranakkan zara, affan dan miscarriage memang i ada berurut. tapi, lepas urut urut tu semua, tade plak i rasa bes. rasa biasa je. macam orang kata, badan rasa ringan la, rasa lega la. i rasa biasa je. lantas buat apa i nak membazir samapi rm60-70 untuk satu kali urut. 3 kali urut dah dekat rm200. 

mr husband kata, orang putih tade urut urut pun. ok je. orang melayu ni je ngade ngade. ok fine. 

sebelum jumpa dokter dan makan painkiller tu, macam macam i buat nak bagi hilang sakit belakang. sapu yoko yoko, pakai koyok, pakai foopatch (nak menghilangkan toksin kekdahnye), pakai mesin urut, semuanya tak jalan. i siap dah takut akan jadik paralysed. takut sakit belakang sampai mati. 

i jumpa tempat makan yang bes. boleh pegi lepas raya nanti. 2 kali berbuka di situ pun ok. mr husband siap soh cek facilities dan berapa room rate kat situ, kot2 bebila nak tido situ. hahahhahaha. ngengade. tapi kiddos tu suka la kalo dapat tido hotel, especially yang ada pool

i redho je. (pasal hal yang i sorang je tau)






Tiada ulasan: