Khamis, Ogos 30, 2012

banyak tajuk dalam satu cerita

berhati hati di jalan raya

berapa ramai babies/ kids yang kehilangan kasih sayang ibu atau bapa disebabkan pemusnah nyawa si jalanraya. berapa ramai isteri yang kehilangan tempat bergantung / kasih sayang suami disebabkan pemusnah nyawa si jalanraya. berapa ramai kids / babies yang kehilangan kedua ibubapa dan menjadi yatim piatu disebabkan si pemusnah nyawa jalan raya. this is sooooo scary. i risau oke. minta minta dijauhkan keluarga i dari musibah seperti ini.

kena berhati hati di jalan raya. i tau, kadang kadang kita memang kejar masa dan kita sakit hati bila ada kereta yang slow. ataupun kita rasa kereta kita bes sangat dan kita pandang rendah pada kereta kereta yang kita rasa levelnya rendah dari kereta kita. ataupun kita rasa cara pemanduan kita memang bes dan orang yang tak reti bawak kereta. benda benda tu semua ada dalam diri kita, kena muhasabah diri sket. (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya).

semalam zara cakap pada mr husband

berhati berhati di jalan raya
pastu dia rephrase
hati hati di jalan raya
pastu dia rephrase lagi
berhati hati di jalan raya

tu la zara
kalau dia betul betul nak cuba, dia memang akan ulang sampai berjaya. sampai dapat jawapan yang betul.

tak lama lepas tu
sambil mr husband bawak kereta di jalan yang straight
ada plak kereta pelesit mana tah keluar simpang tak tengok kiri kanan
i cakap kat mr husband "careful ni"
zara yang duduk belakang cakap "careful careful di jalan raya"
sweet kan. dia nak cakap berhati hati di jalan raya.
ok la. paham konsep. dan pandai guna perkatan untuk translate.

toshken

yang kelakar
dari baby i ajar zara sebut socks
bila dah sekolah, dia pepandai ikut kawan nak sebut stokin
tapi dia sebut "toshkin"


makan

mr husband kata, kawan dia tanya, bila lagi nak bawak makanan banyak banyak pegi ofis. tu la mr husband ni, tak cakap awal awal. kalau cakap, i boleh la gorengkan mee untuk dibawa ke ofis. pagi tadi i gorengkan bihun untuk dihantar ke tadika. habis masak je, tengok mr husband dengan tak malunya ambil secubit dan makan. dah la ambik pakai tangan. tak senonoh. ambil la letak dalam pinggan.

pastu i tanya mr husband. nak bawa bekal air ke, sebab i dah sediakan bekal air untuk dia.
mr husband cakap "saya tak dahaga, lapar je". boleh ke pegi keje tak dahaga. i setiap hari mesti habis sebotol air 1L. tu pun kadang kadang tak cukup. pastu pagi tadi dah cakap kat i malam satg dia nak makan bihun goreng. nak sebungkus untuk dia sorang. so pagi tadi i dah keluarkan bihun. sepaket setengah. i cakap kat mr husband "satu ni untuk awak. setengah ni untuk kitorang (zara, affan n i)".

tengah hari tadi i balik rumah, dah siap tumbuk bahan2 untuk masak bihun. dah keluarkan ayam dari freezer, satg balik nak beli fishball. balik rumah kena cepat cepat masak bihun. lepastu i dah pesan kat acikHa mintak dia mandikan zara n affan siap siap petang ni, supaya bila i ambil, boleh terus pakaikan diorang baju jalan.

jadual yang busy

petang nanti, i nak balik rumah masak. pastu pukul 5.15 nak ambil zara n affan di tadika. nak tunggu tadika tutup pukul 6. i dah janji nak belikan beg sekolah baru untuk zara (dan affan). so nak pegi lepas pukul 6. pastu nak ambil mr husband di ofis. pukul 8 i nak pergi tadika kemas zara, nak tolong potong2 bawang. esok tadika zara ada sambutan hari raya. dan bacaan yaasin. jadi nak buat gotong royong masak2 sket. pukul 11pm mr husband nak pegi main futsal. so i rasa by 10pm i dah boleh balik rumah. tidokan kiddos dan b4 mr husband keluar, diorang dah tidur. kalau diorang berjaga, mula la meragam nak ikut. tapi kadang2 i cakap je "abah pegi work". tapi karang pegi tadika zara, i mesti la bawak sekali zara n affan.

busy kan. tengah hari tadi lepas cikgu zara cakap pasal nak masak masak malam ni, terus i kena tukar plan. tu yang tengah hari tadi lepas ambil zara di tadika, i singgah rumah dan sediakan bahan bahan nak masak bihun, siap siap angkat kain, ada masa sket, siap siap buat air gula (supaya senang nak bancuh air). mr husband suka minum air bancuh. i minum air kosong sudah.

eh
lupa dah nak tulis apa lagi

Tiada ulasan: