1 . zara suka buat latihan di rumah. semangat sejak sejak nak pegi Enopi. Even affan pun bising nak pegi Enopi. I dah buat research between kumon and enopi, dan hati i memang lebih nak pegi enopi.
(self note : kena buat appointment untuk pegi enopi.)
2 . dah start bekerja selepas raya. rutin kena balik kepada keadaan sebelum bulan puasa. balik kerja, pergi tadika, balik rumah dalam pukul 6+. siapkan makanan zara n affan. sambil tu siapkan beg sekolah diorang untuk hari esoknya. masak dinner. biasanya mr husband balik by 9pm. kena siapkan semuanya malam supaya bila bangun pagi, cuma perlu basuh botol2 susu, sidai dan lipat kain sahaja. kalau rajin dan tak penat, boleh lipat kain malam sebelum tidur
3 . zara dah bising nak pegi ballet semula. haritu dia siap prektis buat point and flat toes.dia pun janji kalau pergi ballet, i dah tak perlu masuk kelas dia.
4 . kalau zara masuk ballet semula, dengan music lesson lagi, nak pegi enopi lagi, i rasa jadual malam i akan lebih pack. music lesson zara n affan hari yang berbeza. dan kalau boleh i tanak kacau saturday sunday. its a holiday for both zara n affan.
5 . hari jumaat ada sambutan hari raya dan hari kemerdekaan di tadika zara. kena pergi tadika dia early2 morning. sebab rumah i tade kuih raya, i dah order apam polkadot. sesuai untuk budak kecil.
6 . Esok ada sambutan hari raya dan hari kemerdekaan di tadika. I dah siap siap download lagu merdeka, lagu raya upin ipin dan siapkan aktiviti untuk budak budak tadika ni esok. Semoga mereka bergembira
7 . oh. kalau kau selalu quote hadis/ceramah2 agama dan kau rasa kau sangat baik berbanding orang lain, elok sangatkah kalau kau bertudung dan kau upload gambar kau yang tak bertudung? jangan jadi hipokrit. padahal berdegar degar kau dok melaungkan konon2 kau sangat alim. kau hantar anak pergi sekolah agama. kau rasa orang orang yang biasa biasa ni macam sangat banyak dosa. kau post status status dengan niat nak menunjukkan yang kau penyokong kuat partai bulan. padahal kau pekerja kerajaan. mungkin kau nak merasa kerjaya kau tumbang juga bila partai dacing itu tumbang. berani? tapi kau post gambar kau tak bertudung. apa kes???? terlepas pandang??? ........mungkin tidak
8 . agak-agak mr husband tau tak i panggil dia bambang?
9 . i rasa affan semakin berisi
10 . tadi ada makcik cakap, muka i dah nampak lebih cengkung lepas puasa. hahahahhaha ..... bangga
11 . kalau pakai kereta setakat viva, bawak lane kiri sudeeeey. tapayah la bawak lane kanan dan membuatkan kereta belakang terpaksa tailing (ini kes pagi tadi sewaktu nak ke tempat kerja). sudahnya semua kereta yang tailing ni masuk lane kiri dan memotong kau, viva. kau tak malu? atau tak sedar? atau kau tak tahu kalau slow kena duduk lane kiri.
12 . (ini ayat berlagak). kau bawak kelisa je kot. tapayah la nak hon2 sambil si isteri yang duduk sebelah co-pilot nak pandang2 i macam i buat salah. dah cukup baik i bagi kelisa maroon kau tu jalan. nak je i jerit "naik kelisa je wooooiiiii!!!!!!" ( belagak la sangat , sambil feeling2 i tengah bawak mercedes)
13 . affan ikut mr husband pergi sembahyang raya dan hari jumaat lepas mr husband bawak affan pergi sembahyang jumaat
14 . zara n affa pun rajin nak ikut i sembahyang. semalam i beritahu zara, lepas sembahyang, kita boleh berdoa. boleh mintak apa apa pada tuhan. boleh minta zara jadi cerdik,boleh minta mama, abah, adik n zara sihat, lepas sembahyang semalam, i dengar mulut dia terkumat kamit. apa agaknya doa zara.
15 . i suka kata kata idola i "Better the devil you know than the angel you don’t."
true indeed. ini macam lebihkurang omputih punya peribahasa yang berbunyi the grass on the other side is always greener. melayu punya peribahasa, i can;t think of any at this moment. perhaps hujan emas di negeri orang? relate tak?
ok. karang makin merepek plak. kata nak buat entry post raya. enough. zara kata enough tu sudah. betul tak??
Rabu, Ogos 29, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan