Jumaat, Ogos 10, 2007

. h . a . p . p . y .

Aaaahhh….. eksaitednya. Dah dapat contoh my wedding card. Hahahahhahaa. Sangat teruja oke. No. Super teruja.

Contoh paper bag jugak. Alamaaaaak…. Tatau nak pilih yang mana satu nih. Any idea?






sila vote design paperbag mana yang bes dan hantar sms ke AFUNDI PAPERBAG 1 atau AFUNDI PAPERBAG 2.

Sebelum nih cam rasa mandom sket sebabnya kalau dah kawen nanti nampaknya macam kena berpisah je dengan si nizam tuh. Berpisah tu maksudnya duduk berjauhan la. Aku akan duduk ipoh dan nizam akan terus kat kl. Sebab periuk nasik dia nih ha kat kl.

Tadi mak call, mak cakap dia ada cakap dengan seorang Big Shot kat Ipoh nih. Mak cakap cakap dengan dia pasal aku yang bakal pindah ke ipoh dan nizam yang kena stay kat kl sebab keje kat sini. Pastu baru mak perasan yang Mr Big Shot tu sebenarnya macam satu kampeni dengan nizam. Pastu Mr Big Shot tu soh nizam datang jumpa dia. Mebbe boleh transfer kat Perak ke.

Aku harap sangat yang nizam boleh transfer ke ipoh. Haritu aku ada soh nizam carik keje kat ipoh. Tak syok la kalau dah kawin pastu kena duduk asing. Tapi si nizam tu biasa la, mana penah nak carik keje. Selama nih pun dia duduk bergolek golek je dan kerja yang datang kat dia.

Memang harap sangat sangat Mr Big Shot tu boleh bagi nizam bekerja kat ipoh nih. Aku harap ni bukan sekadar omongan kosong.

Oooohhh lupa nak update pasal sauna I yang best uh. Dah dua hari aku bersauna. Sebelum kerja dan selepas kerja. Patutnya kena bersauna tu sengah jam setiap sesi. Tapi tak pernah dapat cukup sengah jam. Memang panas sangat. Kadang kadang aku bukak jap zip tuh. Kadang kadang aku dapat bersauna 20 minit pastu dah tak sanggup. Panas dan peluh peluh. Peluh menitik macam air hujan oke. Badan memang berpeluh sakan campur jugak wap air sauna tu. So far masih belum rasa apa apa perbezaan la. Seluar masih ketat. Well, takkan la baru pakai dua hari nak mengharapkan perubahan drastic kan. Nak perubahan drastic pegi buat liposuction la. Takpe, masih ada masa. Dalam 3 bulan. Tapi kena buat tiap tiap hari la. Tak bole la ngelat. Kan!!!

Btw, sajae nak bagi sneak preview kat kad kawen aku neh…. Hehehehhe…. Inilah kad i yang berbentuk bulat dan berperisa hebat nih. Ada 3 fold. Nizam kata macam kad raya. Tapi aku sukaaaaaaa. suka sangat. Sangat unik oke. At least, tade la cliche sangat kad ni. Dah jemu dah tengok kad kad kawen yang ada skarang. Macam haritu kat rumah nizam, ada 3 kad jemputan yang berwarna gold. Semuanya rekabentuk yang sama. Bosan beb.

Lantak la kalau orang nak kata cam kad raya ke, cam cover cd ke, tapi yang penting aku suka. Dan macam yang aku dah bitau sebelum nih, sapa kata tak cantik akan aku sula. Wahahahahhahaha.........


Dah. Habis~


Tiada ulasan: