Rabu, Ogos 08, 2007

. r . a . m . b . l . i . n . g .

Saya sayang incik knizamk itu
Saya sayang dia sebab dia baik, sebab dia cute, sebab dia gumok, sebab dia pandai, sebab dia rajin, sebab dia gumok, sebab dia suka makan, sebab dia selalu berperangai comel, sebab dia tahu macamana nak menenangkan jiwa saya, sebab dia gumok, sebab dia sweet, sebab dia seorang yang unexpected, sebab dia boleh layan perangai sayang yang mengada ngada, dan sebab dia gumok.

Nizam ni kan, kan sekarang dah susah. Nak carik baju untuk kawen pun kena tempah. Tak boleh sewa kat kedai. Kenapa la si nizam ni besar sangat? Dulu kan, 7 tahun yang dulu, masa baru berchenta dengan nizam kan, dia pakai baju saiz S. Senang tau. Kat mana mana pun ada jual. Senang jugak untuk aku pinjam t shirt dia sebab saiz S. Sekarang nizam dah besar. T shirt dia saiz 2XL. Kalau aku pakai t shirt dia, macam pakai baju tido. Panjang dan besar.

Tapi saya tetap sayang incik nizam. Sebab dia adalah my heart fruit. Dia adalah yang paling sony ericsson.

Saya beli henpon soni ericsson baru. Yang bodo je. As my secondary phone. Hari Sabtu pegi keje dan terlupa bawak henpon. Kalau tade henpon macamana nak bercinta dengan nizam? Lantas pegi ke kedai dan sambar sebijik henpon. Saya memang ada sejibik simkad lebih dan memang dah lama niat nak beli sekenderi fon. Cuma selalu teragak agak. Nizam sangat sayang simakd tu sebab nombornya cantik. Sebab tu la walaupun saya tak pakai nombo tu, tapi sentiasa kena topup. Sebab nak kan nombor tu sentiasa aktif. Nombor tu nizam beli in pair. Jadi satu untuk dia dan satu untuk aku. Nombor yang cute macam aku n nizam jugak. 013 252 6*6* dan 013 252 6*6*.

Hari Sabtu patut habis keje pkl 7, tapi kena stay back sampai pukul 8. Jahat. Dah la sepatutnya start pukul 1 tapi pkl 8 pagi bos telepon mintak datang opis by 10 am. Ada sorang budak mc. Pastu bila dah tengah hari, orang yang sepatutnya satu shift dengan aku, pun mc jugak. Kesian colleague aku sorang nih. Dia start keje pukl 4 pagi dan sepatutnya habis pukul 1 tengah hari. Tapi sebab ada orang mc dan tade sape nak ganti, dia kena keje dari 4 pagi sampai 10 malam. Gile la double shift.

Dah bitau ke belum yang saya sudah menempah kad jemputan? I looiikkee. Kad kahwin saya berbentuk bulat, dan berperisa hebat. Sanggup ni berjalan jauh jauh sebab nak menempah kad nih. Kalau sapa kata tak cantik akan beta sula karena mencemar duli.

(ape gue merepek nih)

Waktu tido pada hari jumaat malam haritu, ada satu benda berlaku. Bila bangun pagi aku rasa macam tatau samada itu hanya mimpi atau betul betul berlaku.Tapi bila tengok bukti memang benda itu betul betul berlaku. Tapi takpe, macam aku bitau pada nizam. Aku tengah mengantuk. Mengantuk dan penat. Kedua duanya mengatasi segala galanya lantas aku tak peduli pada apa yang berlaku di sekeliling.

Harini dah hari Rabu. Cepat je masa berlalu. Semalam cuti dan semalam saya dan nizam ada appointment di Krista dan jugak appointment dengan company secretary.

Alhamdulillah. Meeting dengan Mr S. berjalan lancar. Nasib baik nizam ada sebab nizam memang tak kasik can untuk Mr. S bantah apa-apa cakap dia. Baru orang tu nak bangkang, nizam dah potong cakap dia. Well, incik nizam ini dalam darah gemuruh tu, bila waktu emeting, dahsyat juga. Dan akhirnya kitorang dapat tempat tu. Hari saya terus berubah menjadi berwarna warni.

Lepas meeting dengan Mr S, kitorang pegi lunch, pastu pegi wangsa maju sebab nak jumpa incik kompeni seketeri. Macam Biasa, Mr A kalau jumpa nizam mesti akan layan bersembang sampai tak ingat donia. Suka betul dia bersembang dengan nizam.

Lepas jumpa Mr A, kitorang pegi plak City Square. Kat city square aku beli box set dvd Gilmore girl season 7 n also box set Barbie movie. Gila la teruja tengok box set nih. Cite little Britain pun ada. Mind your language pun ada. Tapi, tunggu la, aku akan beli sikit sikit. Nak habiskan beli box set Gilmore girl dari season 1 dulu.

Pagi tadi sebelum pegi keje aku pegi The Mall. Sangat teruja masuk kedai yang menjual peralatan saloon n spa oke. Teruja tengok barang barang kat kedai tuh. Lantas aku telah membeli sebijik sauna dan 3 botol spa bath oil. Yay!!!!! Seronok!!! Cita cita nak beli sauna dah tercapai. Lepas ni kena rajin pakai sauna supaya bole kurus dan chantik semasa kawen. Hahahhahaha. Masa beli sauna tu dia bagi skali free 50 sachet herba yang berharga RM50. Untuk pakai skali dalam sauna tuh.

Baru pukul 2.44. Maknanya aku barulebih kurang sejam sengah bekerja, Gila la rasa macam dah lama sangat masa berlalu. Dem. Saya nak cepat balik.

Tiada ulasan: