Kadang kadang bila kita senang, kita mudah jadi pelupa.
Kita lupa bahawa senang itu datangnya dari Allah
Dan sekelip mata Allah boleh tarik balik kesenangan yang Dia bagi
Aku bukannya alim sangat
Tapi kadang2 akan datang rasa insaf
Aku selalu yakin dengan diri sendiri
Aku selalu berharap kalau ada anak nanti, biar dia comel macam dedi dia, Sweet macam dedi dia . biar dia bijak macam mama n dedi dia . Dia rajin bekerja macam mama n dedi dia. dia mempunyai tahap konfiden yang tinggi macam mama dia dan aku nak dia sentiasa berfikiran positif macam mama dia jugak. ( berangan walaupun aku blom kawen )
Tapi satu perkara yang sangat sangat aku tak bole control
Aku tak bole control diri sendiri bila susah hati
Bila hati tak senang, yang menyebabkan runsing, aku akan mula berfikir banyak dan aku akan ingat balik semua masalah masalah yang ada menyebabkan aku tak boleh buat kerja, akan menyebabkan aku tak boleh tidur, dan I wont be able to think straight. Aku akan jadi sangat sangat emo.
Beberapa minggu ni, ada perkara perkara yang menyebabkan hati runsing. Walaupun sebenarnya banyak benda yang menggembirakan berlaku, hati ni tetap tak tenteram dengan benda benda kecil Yng menyesakkan kepala.
Ada masa, rasa macam nak berenti kerja. Tapi kalau berenti kerja, mana nak dapat sumber kewangan? Macamana aku nak bershopping dengan aman? Macamana nak berbelanja dengan hebat? ( eh, bukan sama ke tu shopping dengan belanja?) Tapi, kalau tak kerja, lagi la hati ni akan super runsing.
Salah satu sebab kenapa aku jadi lebih “lemah” sekarang ni adalah kerana i didn’t get my daily dosage of love pill. Ala ala kekurangan kasih sayang la nih. Jangan harap boleh jumpa mr.knizamk tiap tiap hari sekarang nih. Nak jumpa seminggu sekali pun susah. Kalau nak jumpa pun, macam kena gagahkan diri, kena paksa diri untuk drive jauh jauh. Penat tau.
Apepun, malam tadi nizam datang rumah yong lepas aku balik kerja. Ingat nak makan koay teow sedap kat kampong baru. Skali tutup plak. Ciiss kempunan gue. On the way balik ke rumah nizam, nizam ada Tanya samada aku nak makan kat kapal ataupun tak. Hmmphh… malas la. Lagipun baru lagi makan kat kapal hari Khamis malam haritu.
Sampai rumah nizam, aku terus landing atas kerusi. Cadang nak tunggu citer little Britain. Skali cerita baru start, aku terus tertido. Ciiiisss.Bila nizam kejut soh pegi tido dalam bilik, dengan mamainya aku berjalan pastu bleh plak langgar tempat buaian anak sedara nizam. Dan si nizam yang kaku beku tu bole buat bodo jek.
Lupa nak cakap, saya sudah ambik sijik kursus pra-perkahwinan. Ehehehhehe… I looike.
Ini wishlist saya pada bulan ini:
1 . Handbag (Haritu dah tengok, Hati ni dah etrpaut pada handbag elle, Pierre cardin N united colors of Benetton) Tapi kena beli satu je. Tak bole banyak2. (sob…sob)
Ooohhh… bercakap perihal handbag nih, since handbag kesayangan aku ni dah hilang hurup E dan jugak dah tercabut butang, masa pegi eklantan haritu aku ada la tengok henbeg guess. Cantik meeeeeemang cantik. Lantas aku pun sambar satu. Murah. Tapi, bila nak pakai, aku rasa aneh. Akur asa cam uncomfortable / guilty pakai benda imitation. ( no offense pada sesape yang pakai handbag imi) aku memang macam ni. Aku terus jadi low self-esteem kalau pakai barangan cetak rompak.
2 . Sauna set (bulan ni misti kena beli. Ada lagi 3 bulan je. Kena cepat kurus nih. Karang masa kawin jadi pengantin gemok plak)
3 . Anklet
Tiba tiba je sangat sangat suka kat anklet. Tambah plak yang ada loceng. Kalau jalan boleh bunyi kcing kcing kcing. Cute. Nizam kata baik dia belikan untuk kawen nanti. )
P/s : Lambat lagi gaji nih. Next week.
Sau lagi nak tambah. Sejak aku mula menulis balik kat blog ni sejak April 2006, baru ada 43 posts sampai harini. Ini bermakna, purata setiap bulan aku Cuma hantar sebanyak 2.8 posts. PEMALAS!!!
Dah.
Ahad, Julai 29, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan