Khamis, Julai 26, 2007

. w . e . d . d . i . n . g .

Saya SUKA baca blog orang . Saya TAK SUKA kalau orang tak UPDATE blog. Padahal saya sendiri sangat PEMALAS untuk mengupdate blog sendiri.

Hari ahad haritu pegi ke kelantan. Tujuannya untuk beli barang2 kawen. Jadinya sudah beli souvenir for guests, Sape sape yang rasa nak benda ni nanti, sila la datang ke kenduri kawen saya.

Pagi tadi jalan ke semua house & plaza city one tenogk tengok kain. Akhirnya sudah membeli kain lace 4m + satin 4m. Tu nak dijadikan baju kahwin. Pastu beli lace 2m+ satin 4m, tu untuk dijadikan baju nikah dan kain untuk nizam 6 meter setengah. Untuk pakai kahwin.

Perasan tak? Perasan tak???? Nizam punya kain aku amik sampai 6 meter setengah. Tu pun masih ada rasa doubt takut tak cukup . Ahahahhaha… jahat si inaz ini.

Ingat tadi nak terus beli set tanjak n sampin untuk nizam. Tapi since aku jalan sorang sorang. Tade sape nak consult. Tambah plak aku telepon mak dan mak plak tiba tiba soh beli tanjak kaler maroon. Aku dah terkujat lantas tak jadi beli. Nanti baru beli. Nanti bole la beli skali dengan veil. Macamana la mak bleh soh nizam pakai tanjak n sampin kaler maroon. Kang dalam penuh warna crème, tetiba plak si nizam ada kaler maroon. tak ke haru.

Mebbe sok atau lusa nak pegi hantar kain kat tailor untuk jahit. Baju yang aku nak buat nanti simple je. Series sangat simple.

Oohhh… satu lagi, sengaja aku tanak sewa baju sebab kalau sewa pun dah mahal, better beli dan buat sendiri. Bole pilih design sesuka hati dan yang paling bes, benda tu semua akan jadi hak milik aku. Ahahhahahahahha.

Well, duit dah habis banyak untuk benda2 camni je. Nanti nak buat kad lagik. Pastu nak tempah paperbag lagik. Nak beli isi dalam paperbag lagik. Nak beli riben lagi. Nak tempah baju lagi. Rasanya tak lama lagi dia akan diisytiharkan bankrap dan akan disenaraihitamkan dalam CTOS.

Dan plak, si inaz ni mengada ngada. Haritu dia cakap kat abah dia, dia nak buat benda yang dia nak buat.

Macam beli guest gift tu, bole je beli yang murah . Kalau nak senang, bole je bagi guest telur yang dalam kotak tu. Tapi dia tanak.

Sama la jugak macam paper bag, bole je beli yang biasa. Yang jual satu dozen tujuh lapan ringgit. Tapi dia tanak jugak. Dia nak yang glossy dan ada nama dia dan nizam.

Banyak lagi yang sebenarnya dia boleh cut cost, tapi pada dia, dia nak kawen sekali seumur hidup dia dengan orang yang dia sayang, dan dia nak wedding dia menjadi satu event yang seronok bagi dia dan bakal suami dia sebab tu dia don’t mind spending untuk perkara itu.

Tiada ulasan: