Jumaat, September 07, 2007

. b . o . f . r . e . n .

Kenapa
Bila tengok gamba bofren orang
Aku akan rasa bofren orang itu tak hensem
Dan aku akan heran kenapa orang memanggil bofrennya dengan nama beckham ke, shah rukh khan ke ataupun mana mana artis / selebriti
Yang pada aku …. “eh, tak sama pun”
Yang bila aku tengok gambanya
Aku akan rasa, “takde la hensem sangat… biasa je”

Tapi
Aku jadi faham bila
Aku tengok bofren sendiri dan rasa bofren aku yang paling hensem dalam donia
Bofren sendiri yang paling charming
Walaupun dia sudah tidak kurus
Walaupun mukanya sudah makin tembam

Tapi dia tetap paling hensem. Well... beauty lies in the eyes of beholder.

Tak kisah la kalau orang kata dia tak hensem, tapi dia tetap hensem dan menarik di pandangan mata ini. Dan sebenarnya tau.... ada je yang kata si nizam tu hensem. Ahahahahhaha.


Haritu ada jalan bawah aircond yang sangat kuat yang mana menyebabkan rambut dia jatuh ke bawah
Dan kelihatan sangat cute
Lantas suruh dia freeze sebab nak ambik gambar
Itu… macamana obsesnya saya pada incik bofren
Suka tengok sang bofren

Bofren juga sangat loyar buruk + berperangai tahapa hapa.


Aku : ni, awak dulu masa kecik kecik ada buat akikah tak?
Dia : ntah. Ada kot. Nanti tanya mak
Aku : I also don’t remember samada parents ada buat akikah ataupun tak. Kalau tade nanti nak buat sendiri la. Kalau tak nanti tade haiwan tunggangan di akhirat
Dia : Nanti saya nak sembelih kuda la. Nanti akhirat boleh naik kuda. Laju… pastu bole babai dekat inas yang tengah jalan kaki.
Aku : Mana bole macamtu. Awak kena la tumpangkan inaz. Takkan la awak sampai hati nak biar inaz jalan kaki sorang sorang
Dia : Sampai. Nanti saya lalu sebelah inas, saya babai je. Laju naik kuda ni.

Ada ke orang akikah sembelih kuda?

Dah la si bofren sekarang ni suka panggil aku myvi. Sebabnya dia kata myvi tu represent aku. Sama. Dia kata myvi sama chubby macam aku. Asal nampak myvi nanti dia akan kata “ tu inas”. Tapi tappe. Misti masa dia kerja, kalau dia nampak myvi dia akan teringatkan aku. Ahahhahaha.

Ooohhh. Borang dah ada
Tapi nanti nizam kena beli borang lagi
Borang Kesihatan plak
Nak kena cek darah untuk HIV nih
Kalau tak silap aku
Aku pun kena buat gak kot
Sebabnya kalau tak salah masa baca untuk permohonan nikah negeri perak
Dia kata perempuan dan lelaki kena bagi surat ujian darah tu
Takpe
Nanti bole suruh abah tolong cek kan

Surat resign dah siap
Karang bos sampai nak bagi


Bila la bole jumpa incik bofren lagi
Semalam, rajin plak dia telefon dan cakap lama lama.

Oh, saya suka ayat ini

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Suka la dengan bofren tu!!!

nizam selalu marah kalau aku panggil dia bofren. Dia selalu akan cakap, "tunang la" Eeewwww... tak bes. Bofren la bes.

Tiada ulasan: