Sabtu, September 08, 2007

. b . e . n . c . i .

Saya tak suka menulis benda benda yang tak bes
Sebab itu akan menyebabkan hati jadi sakit
Tapi misti kena lepaskan jugak benda ini supaya hati rasa riang kembali

Tengah aku menikmati teppanyaki yang banyak sayur tu
Orang gila tu telepon nak bising bising kat aku
Bila dah sedap2 membebel siap libatkan mak abah aku
Bole plak mintak nombor telefon real estate agent kat kota warisan
Demand plak tu
Soh bagi malam tu jugak

Huh
Sori la beb
Dulu masa aku nak carik tempat
Aku la sorang sorang ke sana ke sini
Ada dia nak tolong?
Ada dia nak suggestkan tempat ke ape?Aku yang susah payah sorang sorang
Siap dapat warning letter plak tu

Ni dia senang senang nak mintak contact person dengan aku
Memang aku takkan bagi
Kalau nak sangat, carik sendiri
Berusaha macamana aku berusaha
Dia memang tak bagi support langsung

Pastu suruh aku jumpa dia on Monday
Nak discuss
Dia pk dia sape?Dia pk dia bos aku ke?Dia pk dia lagi besar dari aku ke?
Physically memang dia lebih besar la
Tapi sebenar benarnya dia adalah kuli aku je
Berani plak nak bagi arahan kat aku
Berani plak nak marah marah
Apa hal lu mamat

Habis je dia telefon
Cepat cepat aku telefon nizam
Nak meluahkan rasa
Dan aku ajak nizam skali jumpa dia hari isnin nanti
Nizam kata, kalau nak jumpa dia boleh je
Tapi kena ikut schedule nizam
Lagipun kalau berjanji dengan dia misti dia akan lambat
Memang akan lambat
Dah memang orang macam dia terkenal dengan janji yang putar belit tu

Memang ada betul la dia cakap kena letak banner awal awal
Tapi macam last year
Dia yang beria ia suruh aku datang ambik banner
Suruh pegi ambik haritu jugak
Pastu bila aku dah datang
Tiba tiba banner yang dijanjikan tu tade
Boleh ke macamtu
Memang dasar penipu putar belit

Aku memang dah lama fedap dengan perangai dia
Dia memang suka buli aku
Tapi dengan nizam, sorry la
Jangan harap la nizam nak bagi dia bersuara

Nasib baik ada nizam

Tiada ulasan: