Rabu, September 12, 2007

Cerita 1

mode : sms-ing

Dia : Keje?
Aku : A’ah.Nape?
Lepas beberapa minit dia tak jawap, aku anta lagi
Aku : Nape ni?
Dia : R.I.N.D.U
Aku : Eleh. Tipu la tu. Pesal? Nak tpon n mengadu kew?
Dia : Sudah la
( Ada 1 lagi sms masuk masa dapat sms ni )
Aku : Apa
Dia : Xde apa
Aku : ( forward sms yg dapat tu ke nizam )
Aku : Masa awak anta msg sudahla. Ada org anta sms tu
Dia : *** (mencarut ) je. Sape yang anta?
Aku : ( bitau sapa )
Dia : *** ( mencarut lagi ) je. Awak reply apa?

Hehehhehe..
I loike
I loike bila nizam jeles jeles
Ingat tak reti jeles
Alaaaa…
I love nizam sorang je
Lagipun orang lain tak ensem macam nizam.
Nizam kan paling ensem dalam donia
( statement poyo memuji bofren sendiri )

____________________________________

Cerita 2


Harini aku menerima satu call yang menyebabkan dada ni macam kena toreh
Tapi aku cuba untuk stay calm
Cuba bersungguh sungguh untuk act normal
Tapi gelodak jiwan ni memang tak bole nak describe
Tuhan je yang tau.

Kebetulan pulak harini ada kawan aku tulis dalam blog dia pasal orang yang mengeluh pasal ketidak-adilan tuhan
Untuk orang orang diluar sana
Tuhan itu sememangnya adil

Pada aku, orang yang kata tuhan tak adil
Adalah orang yang tak tahu mengenai qada dan qadar yang telah Allah janjikan
Orang yang tak tahu bahawa setiap kejadin tu ada hikmahnya
Orang itu adalah orang yang tade faith

Bukan la nak kata aku nih baik sangat
Tapi aku percaya pada ketentuan tuhan
Aku percaya kalau tuhan datangkan musibah
Nanti akan diturunkan pula kesenangan
Aku percaya

( sambil cuba emmujuk diri sendiri )

Tapia pa pun aku bersyukur sebab apa pun yang berlaku
Mak abah akan sentiasa support aku
Diorang memang bagi support yang tak berbelah bagi

Dan jugak
Khairul Nizam
He’s my healer
Dalam erti kata lain
Dia doktor hati ini
Walaupun aku suka menyusahkan dia
Walaupun kadang kadang aku menyakitkan hati dia
Walaupun aku selalu merengek rengek pada dia
Dia tetap akan support aku
Dia tetap akan tolong aku
Tak kisah la apa pun

________________________________________

Cerita 3

Semalam aku pegi pejabat agama kat AU2
Temankan nizam pegi ambik borang permohonan kahwin
Jugak ambik borang untuk buat ujian HIV

Pagi tu abah telefon cakap yg abah dah ambikkan borang test darah untuk aku
Tapi cam kat ipoh Cuma hari jumaat je yang boleh buat ujian darah tu
Masa pegi pejabat agama tu aku terus ambik borang jugak
Buat kat selangor ni senang sket
Sebab hari hari boleh buat

Masa kat pejabat agama tu jugak auk jumpa dengan sorang budak pompuan
Anehnya dunia ni
Dia orang sini yang nak kawen dengan orang rapat setia
Aku plak orang rapat setia yang nak kawen dengan orang sini
Kelakar

Macam tak percaya
Lagi sikit hari je nak kawen
Walaupun hari hari pun aku tengok ticker
Tapi aku rasa berdebar debar plak bila tengok tinggal sebulan lebih je untuk kawen
Tak sangka
Sangat sangat tak sangka

At least memikirkan benda ni menyebabkan aku hepi
Dalam keadaan yang sangat serabut ni

____________________________________

Cerita 4

Lokasi : Dalam kereta

Aku : Eh macamana ye lagu kampong boy tu.
Aku lagi : Haaa… camnih.
Aku lagi : lalalalalalala lalalalalala
( dan aku terus nyanyi lalalla dengan sepenuh jiwa dan kuat kuat)
Nizam : Hei.
Aku : Apa?
Nizam : Dah nak kawen dah… nyanyi lagu katun
Aku : Eh kenapa? Tak bole?
Nizam : Nak kawen dah. Suka tengok shin chan la. Nanges kalau tak dapat tengok shin chan

Nizam ni suka potong stim. Biar la aku nak nyanyi lagu katun pun
Biar la aku suka tengok shin chan
Biar la aku suka beli komik
Nak kawen tu benda lain
Kesukaan aku ni benda lain

Tapi, aku sanggup tak tengok shin chan untuk pegi jumpa nizam
Dia tak tau ke?

Dan dia jugak yang kadang kadang support aku tengok katun
Macam haritu dia nampak kompilasi cite chin chan dalam dvd
Dia yang belikan untuk aku
Dia jugak yang bagi aku beli box set Barbie movie

Nizam…. Nizam….

Ni nak bagi lagu ini pada nizam

Destinasi Cinta
Siti Nurhaliza


Di Hati Yang Mana
Ku Temu Cinta Terindah
Kau Berikan Ku Jawapan
Tiada Lagi Persoalan

Sambut Cintaku Ini Sayang
Berselimutkan Kasih Kita
Di Ruang Hatiku Yang Terpencil
Mekar Cinta Kita Yang Akhir

Chorus
KiniMenuju Ke Destinasi
Puncak Cinta Tertinggi
Aku Menunggumu
Aku Takkan Jemu
Kerna Cinta Itu
Termanis Bagiku

Verse 2
Mimpiku Semalam
Kau Hadir Bersama Cinta
Kau Lukiskan Dua Hati
Lambang Kasih Sayang Sejati

Kau Datang Bersama Sinar
Menyuluh Hatiku Yang Pudar
Kini Semua Kembali Berseri
Bila Kau Hadir, Ku Damba

Bridge
Matahari Masih Jingga
Menyala Cinta Bagai Bara
Perjanjian Kita Berdua
Kekal Selama
Berdua
Berdoa
Bersama
Sayang…

Tiada ulasan: