Masuk hari ke 2 . Kena kerja sorang sorang. Harini so far ok la. Semalam la pagi pagi buta airport keep on calling. Cam sakit hati pun ada. Boleh ke orang airport telefon semata mata nak tanya flight fepart pukul berapa. Derang duduk kat airport, takkan tak hafal hafal lagi waktu pesawat berlepas. Geram nih. Asyik telefon je. ( menganggu gua nak tido jek )
Harinih masa nak close flight, list dari HKT airport, ada 61 orang yang no-show. Tu laaa…. Pasal plane crash kat hkt airport, ramai yang tiba tiba terus takut. Pastu ada few email yang nak mintak refund, nak mintak letter of flight cancellation sebab nak claim insurance. Nasib baik la jugak airport close untuk satu hari je.
Aku memang big fan of air crash investigation (ACI ). Dan aku nak sangat tau samada ni adalah human error , technical error atau memang act of god. Macam yang sekarang diperkatakan, benda itu berlaku sebab weather conditions. Misti bila derang dapat jawapannya nanti, tragedy ni akan keluar dalam ACI.
Eeeerrrk. Alhamdulillah.Kenyang.
Tengok, sebab keje sorang, terpaksa aku bersahur depan pc. Kalau ada partner, boleh la aku makan kat bilik tv.
Tengah hari ni, ada meeting. Harap harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Aku pun rasa lebih lega sebab mak n abah susah payah datang kl ni sebab nak menemani aku ke meeting nih. I lov u mak n abah. Hehehheheh.
Kata orang putih, you cannot eat both side of the cake at the same time. Tapi orang melayu kata serampang dua mata. Dan sebagai orang melayu, aku percaya dalam masa kritikal ni, aku tetap boleh handle dan selesaikan benda benda nih. Satu pun tak boleh nak abaikan. Sebabnya? Sebab kedua duanya adalah masa depan aku. Kedua duanya akan berlaku dalam masa terdekat. Dan orang melayu juga kata, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Aku akan pastikan benda benda yang aku buat ni menjadi.
Malam semalam, pukul 9 sengah aku dah tido. Tu laaaa… kalau kerja pagi nih, aku selalu tak cukup tido. Bila balik kerja pukul 1, misti ada benda nak buat.Tapi I understand that now and I mean at this point, this is the most crucial time of my life. Banyak benda yang nak buat. Banyak benda nak kena settlekan.
Berkata pasal tak cukup tido nih.antara perkara yang menyebabkan aku tak cukup tido adalah hari ahad haritu, secara tidak sengaja, aku dah tertinggalkan kunci kereta di dalam kereta. Nasib baik kunci spare ada kat nizam. Dan terpaksa la jugak aku mintak nizam datang ke ofis untuk hantar kunci. Lepas dapat kunci dan hantar kereta balik rumah, aku follow nizam pegi nilai. Nizam nak beli barang keperluan kahwin.
Nasib baik aku dah pegi beli guests souvenir kat Kelantan. Pertamanya sebab, benda yang aku beli tuh, tade jual kat nilai n also kat KL. Keduanya, ada benda yang sama kat kelantan tu, dekat nilai harganya dua kali ganda. Nasib baik.
Masa kat Nilai tu, nizam tiba tiba cakap yang kitorang sepatutnya beli barang barang keperluan kahwin ni kat indon. Haaaaaaaa… kan dah kata dah. Dari dulu lagi aku dah cakap nak beli barang kat indon. Even nak tempah kad pun aku nak tempah kat indon. Tapi nizam la, tanak pegi indon. Seriously, kepada semua bakal pengantin, sila la berjalan jalan ke indon kalau nak beli barang2 untuk kahwin. Kad kahwin pun cantik. Souvenir pun cantik. Dan yang paling penting, murah.
Nanti kahwin ain nanti, memang aku akan borong barang kat indon. Period.
Lepas balik dari nilai n nizam hantar aku balik, aku cepat cepat pegi putrajaya sebab nak berbuka bersama adik beradik. Berbuka kat The Coast. Walaupun harga dia cuma RM33, tapi food dia memang priceless. Seafood bakar yang superb, lauk pauk yang heavenly. Cuma kurangnya derang tade dessert. Kalau ikutkan hati, nak je aku duduk lama lama. Kasik makanan turun n pastu makan balik, tapi derang dah malas nak tunggu. Food punya la banyak lagik. Mau je tapau bawak balik untuk bersahur. Tapi nama pun buffet, sah sah la takbleh tapau.
Ni nak marah lagi nih. Airport nih. Suka nak telefon ualng ulang. Pasal benda yang sama plak tu. Derang takbleh nak cek sendiri ke harga kalau pax nak change date. Kenapa asyik kena telefon? Pastu asyik nak soh aku yang end record. Derang ni kalau aku tanya, derang akan kata system at airport keep on terminating. Dah berapa minggu dah benda nih. Derang tade report kat IT ke ? Susah tau. Sangat sangat mengganggu.
Semalam dapat emel dari nizam. Ni semua gara gara si pembuat kad punya mistake. Nizam terus mengeluarkan statement mengutuk budak art dan dia dengan bangganya melaungkan hidup budak engine!!!. Eleh nizam ni, macam budak budak plak. Takde maknanya pun jadik budak art ke, budak engine ke. Bukannya awak itu masih belajar. Walaupun saya dulu belajar design, tapi at least saya pernah bekerja sebagai engineer assistant. Aahhahahhahaha. Dan jawatan saya sekarang pun ada nama technical. Ahahhahah. Tengok apa budak art ni boleh buat. Dia memang hebat. Ahahhaha
Btw… this is me new hp. Bukak je browser terus keluar benda nih. Dan aku paling suka tengok box nombor 2 belah kanan sekali . Ahahhahahah. Oh dan jugak, gambar yang warna purple tu bertukar ikut local time. Kalau local time malam – subuh, dia berwarna gelap. Kalau dah senja nanti dia tukar warna orangey . Siang karang dia warna cerah. I Looiike.
Sila la cuba I google.