Khamis, September 06, 2007

babble

I’m late…. Again…. As usual.
Lambat pun berapa minit la sangat. Not even 5 mins.
Kira halal laa.
Sampai ofis, gelap gelita je. My partner in crime blom sampai lagik
Tunggu dan tunggu dan tunggu
Update email
Close flight
Sediakan flight closure sheet

Ape hal dah pukul 5 sengah belum sampai lagi?
Misti dia tukar shift.
Ada la tu yang mc harinih nampaknya.
Budak2 dept ni suka betul mc.
Manjang je derang amek mc.

Start harini kerja 8 days straight.
Semuanya morning shift
Eh tak… ada 2 hari yang afternoon shift.
I don’t like
Nasib baik dah cuti yang banyak banyak hari

Nasib baik pagi ni tade flight to RGN
Kalau tak akan jadi sangat leceh sebab kerja sorang2.
Ni pun cam leceh gak sebab airport keep on calling.
Kalau tanya flight load tu biasa la
Tu memang routine
Tapi kalau pagi pagi buta derang call sebab nak buat new booking memang annoying la.
Baik aku je yang keje kat kaunter airport tuh

HARI INI MISTI KENA HANTAR RESIGN LETTER !!!
Kalau tak ada yang kena kerja waktu hari kawen nih.

Oh, telefon ini sudah tukar ke pelan family
I looike
Lepas ni kalau call / sms / mms incik nizam free je
Kalau tak selama ni memang membazir
Tiap tiap bulan bil misti dalam rm180. padahal minutes tak habis pakai pun.
Nak tengok kalau pakai pelan baru ni memang boleh berjimat ke tak
Lagipun sebenarnya kalau tengok bil tu manjang je sms / call nizam
Monthly fee RM5 je. Sebelum ni monthly fee RM80. Tu yang jadi minutes yang tak habis pakai tu.

Haritu saja2 gedik2 beli peralatan untuk membuat bunga stoking
Padahal memang tak tau langsung nak buat macamana
Main belasah je
Dan hasilnya not bad for a beginner yang memang atde basic langsung
Bole prektis lagi nih
Misti akan jadi bunga yang cantik
( berkira2 nak buat bunga pegang menggunakan bunga stoking )

Beberapa hari ni selalu suruh nizam pegi amik borang untuk kahwin
Tapi macam biasa, kalau boleh dia nak borang tu yang datang pada dia
Memang la proses tu ambik masa less than a day
Masalahnya bila dah ambik borang tu
Nak kena isi la
Nak kena buat surat perakuan la
Itu ini banyak lagi
And knowing nizam, sah2 la akan ambik masa 2, 3 hari sebelum boleh hantar untuk proses.
Nanti bila dah siap, nak kena hantar borang tu ke ipoh.
Nak kena proses lagi
Bulan puasa dah dekat sangat ni
Lepas puasa dah raya
Kang sibuk nak raya la dah tak sempat nak buat apa2

Ahahahhahaha
Ofismet baru telefon
Dia tertidur
Gila aaaaa… dah pukul 6 baru terjaga
Ni misti kes dah bangun pastu konon2 nak tidur lagi 5 minit

Dah la
Makin lama makin banyak merepek ( Nk tido sebenarnya )

Tiada ulasan: