Selasa, Oktober 30, 2007

rants

11 hari lagi.
Ngehehehhehehe
Rasa?
Rilek rilek je

Jadi apa yang dibuat pada hujung minggu lepas datuk harimau?
Jumaat malam mak abah datang
Sabtu kerja.
Habis kerja pukul 1, terus gerak ke AU3
Tolong abah kemas kemas barang yang nak bawak balik ipoh
Ingatkan barang sikit je
Rupanya penuh 1 van

Malamnya plak beraya kat rumah nizam
Sambil mak abah berbincang perkara perkara las minit dengan ibubapa nizam

Hari ahad pagi pegi jalan TAR dengan mak
Mak nak cari baju untuk mak n tiwit
Dari jalan tar, pegi au3 sebab janji nak jumpa abah kat situ
Abah sampai, gerak ke bukit indah
Pegi open house mak mertua yong

Dalam pukul 3 abah gerak balik ipoh.
Yong, moyselef n batrisyia balik pukul 4
Sebelum balik, singgah rumah nizam
Naik kereta nizam hantar yong balik rumah

Terus pegi Puchong
Waaaaaa terujanya bila masuk kedai pengantin nih
Banyaknye barang cantik cantik.

Sampai terus tengok baju
(Memang bercadang macam nak beli baju sebab tanak pakai baju dari mak andam tu. Sangat tak cantik oke )
Macam nak jatuh terududuk tengok harga
Jalan jalan lagi
Nizam ambik 2 set tanjak n sampan
Moyself ambik 2 pasang kasut.








Patah balik tengok baju
Nizam kata kalau rasa suka, ambik je
Lantas, ambik la baju biru yang beriben
Seronoknya hati sebab dapat baju macamtu
Memang teringin nak baju riben riben ni sebenarnya
Tapi terimalah harga yang super mahal.
Sehelai baju ni je selepas diskaun dapatla RM700
Sian incik banker saya
Terpaksa mengeluarkan duit yang begitu banyak untuk memuaskan nafsu si girlfren dia yang besar ni
Ahahhahahha
I know u lov me nizam


baju yang macam similar pattern dia tapi kaler macam kasut biru tu



Lepas beli barang barang
Pegi putrajaya
Nizam mau tolong kakak dia angkat barang
Kakak dia baru berpindah ke putrajaya

Habis angkat barang dan melepak
Balik ampang
Dalam kereta
Aku dah tertidur sebab sangat penat
Tapi dalam tidur tu still boleh layan nizam bersembang
Ye laaaa
Si nizam pun penat jugak
Tapi dia kena bawak kereta
Kalau dia dok diam je kang dia boring

Sampai rumah terus tido
Pukul 3 pagi hantar sms kat bos kata tak datang keje sebab not feeling well
Pukul 4.35 colleague telepon tanya datang keje ke tak

Bangun pagi pukul 8 lebih
Siap siap
Ikut nizam pegi cc kejap
Dalam pukul 9 sengah nizam pun pegi keje
Aku keluar pegi klinik
Ambik mc

Pegi one city plaza
Ambik korset yang tempah haritu
Jalan jalan kat area jaan TAR n masjid India
Pukul 3 patah balik ke ampang
Nak carik orang untuk make-up masa kenduri kat rumah nizam nanti

Sebenarnya kan memang dah ada mak andam
Tapi nak kensel dan nak tukarkan kepada pelamin

Sebab baju mak andam tu tak cantik
Dan kakak nizam pun kata mak andam tu make-up tak cantik

Pukul 5 sampai rumah
Ambik batrisyia kat nursery
Main main dengan batrisyia
Mandikan dia
Bagi dia makan
Pegi makan dengan ain n batrisyia
Balik rumah
Baring baring sambil tunggu yong balik
Baring baring lagi
Tengok batrisyia main

Pukul 8.20 naik atas
Tido
Pukul 3.35 jam berbunyi
Off dan set jam pukul 3.45
3.45 bangun siap siap pegi keje
Sampai ofis pukul 4.10

Pantas kan!!!

Tiada ulasan: