15 hari lagi
Dalam bizi kerja yang tak bes ni
Sebab hari khamis off day
Rabu tengah hari lepas habis kerja terus balik ipoh
Abah dah pesan,
Mana mana hari yang ada cuti kena balik
Banyak benda nak buat
Sampai ipoh lebih kurang pukul lima setengah
Singgah ke “my pride n proudness”
Waaaaauuuuuu
Dari jauh bila nampak aku dah tepuk tangan
Saya hepi
Saya sangat suka melihat my pride n proudness itu
Bila masuk dalam lagi suka
Abah dah tampal frame frame nursery rhyme
Oohhh sukanya
Sampai rumah pukul 6 lebih sikit
Tengok tiwit tengah masak nasik goring
Kesian adik baby aku itu
Nak berbuka tapi hari hujan jadi pasar malam tak banyak jual makanan
Lantas dengan tak tukar baju
Aku terus menyinsing lengan
Mengeluarkan ayam
Bersiap siap untuk masak sup ayam dan ayam goreng
Regu untuk dimakan dengan nasik goreng untuk tiwit berbuka
Lepas makan
Naik atas
Ingat nak tido barang sepuluh minit
Siap dah masuk dalam selimut
Tapi tak boleh tidur
Lantas berbaring baring sambil makan Cadbury Turkish delight
Bes
Abah panggil soh decorate bakul utuk letak bunga telur
Oohhhh… lupa plak
Dah lama nak buat tapi tertangguh
Tengah buat, glue gun rosak
Dah terhenti
Ada lagi satu glue gun
Tapi tatau mana hilang
Lantas kerja kerja pembuatan pendekoretan bakul terbantut
Masuk bilik mak
Mak ajak teman dia tengok gong
Baru samapi satu iklan mak dah lelap
Lantas aku masuk bilik sendiri dan tidur
Pukul lima dengar mak bising bising
Mak soh tiwit bangun
Mak bawak makanan naik atas dan suap tiwit
Oohhh derang kan nak berpuasa
Lepas tu sunyi kejap
Lepas tu bising bising balik bila tiwit siap siap nak pegi sekolah
Pukul 8 setengah pagi bangun
Pukul 9 keluar pegi pejabat agama
Hantar borang
Seminggu lagi baru siap
Nasib baik lagi 2 minggu nak kawen
Kalau hantar lambat lagi
Tah tah tak sempat nak kawen
Lepas tu pegi kilang perabot kat mengelembu
Nak tengok perabot untuk my pride n proudness
Kat kilang tu tade barang yang actual, gambar je
Tapi dia tunjuk chairs for std 1 kids
Baru la aku tau jugak
Rupanya sekolah zaman sekarang ni
Saiz kerusi meja untuk budak sekolah tak sama
Std 1-3 saiz kecik
Std 4-6 besar sikit
Secondary memang besar la
Alahaaaaai comelnya
Kerusi untuk std 1 tu
Nak duduk pun takut kot patah
Ni untuk my pride n proudness tu dia cakap chairs tu kecik lagi
Incik manager kilang tu kata nanti dia bagi quotation untuk barang barang yang aku nak tu
Harap harap dia tak jual mahal
Next
Pegi kedai jati
Abah nak tengok set meja makan kayu jati for 10
Ye la
Keluarga makin besar
Lepas tu on the way back
Singgah florist
Beli corsage
Sambil tu terus tempah bunga untuk reception
Konon la dulu nak buat bunga stoking jadik bunga pegang
Tapi sebab saya sangat pemalas-bizi-tak sabar-lagi suka main dengan batrisyia
Lantas projek itu terbengkalai je
Bitau florist tu theme color
Dan florist mencadangkan roses
Ataupun lilies ataupun apa-tah-nama-bunga-yang-tak-ingat
Florist tu kata bunga yang tak ingat namanya tu, sekuntum pun dah cukup sebab bau dia cukup wangi
Si florist pulak yang sangat excited cerita pasal flowers n their meanings.
Dan aku yang sangat buta flowers ni Cuma mengangguk angguk ye
Pastu las las si florist tanya nak yang macam mana
Aku cakap
Nak yang simple je
Sambil tunjuk gambar
Saya nak yang comel comel je
Takmo besar besar
Tanak ada daun jurai jurai sangat
( gambar tu ada daun jurai jurai n ada berries )
Berries ni tapayah pun takpe
Lantas florist mencadangkan 5 kuntum champagne rose
Dengan satu bunga yang tak ingat namanya
Dan instead of daun jurai jurai tu
Dia akan gantikan dengan ribbon
Dan dia akan buat supaya muat muat tangan ni pegang
Dia akan terus deliver ke rumah nanti
Bes
Lepas pegi florist
Lunch dengan abah
Sebab mak n tiwit puasa
Lepas makan balik rumah
Keluar dengan mak pulak
Tempah baju
Heheheheh
Sebenarnya baju untuk majlis potong kek dah ada
Tapi mak suka sangat dengan lace dark blue tu
Lantas terus tempah
Berapa banyak baju daaa
Tapi yang anehnya
Masa amik ukuran baju tu
Tiba tiba pinggang jadik 29
Ape kehalnyeh
Masa tempah baju sanding 3 hari lepas
Pinggang 25
Masa tempah korset kelmarin pun pinggang masih 25
Kenapa tah semalam masa ukur pinggang jadik 29
Nih dah kes obesity ni
Takkan la tiba tiba naik 4 inci
Kena ukur balik ni
Lepas tempah baju dan menggedik gedik di butik
Ambik abah kat rumah
Pegi pejabat caterer
Abah nak buat payment untuk kenduri kendara
Kali ni semua ambik caterer
Dari majlis khatam quran, majlis nikah, dan kenduri kahwin
Cuma masa malam potong kek je tak ambik caterer
Tu abah dah tempah satay
Oh
On the way ke tempat catere abah tanya bila balik untuk wedding
Aku bitau 9 haribulan malam
Dengan yong n abang nik
Pastu abah tanya kereta tinggal ke
Aku cakap tinggal
The following week baru ambik
Lepas kenduri kat rumah nizam baru bawak kereta balik ipoh
Abah kata nanti bila nak bawak kereta balik bitau, supaya abah boleh arrange untuk datang kl
( kalau nak bawak kereta balik ipoh memang abah akan datang kl so that abah yang akan drive from kl to ipoh )
Aku bitau abah
“Abah tapayah la susah susah datang kl. Masa tu inaz dah kawen. Nanti inaz balik la ipoh dengan nizam”
Aku rasa abah macam sentap sikit dengar apa yang aku cakap tu
It takes him a while
Pastu abah cakap. “a’ah kan. Dah kawin masa tu. Ada suami. Buat apa plak abah kena susah payah. Seronok la abah. Ada banyak masa lapang. Lepas kawen ni tapayah la abah tolong untuk “my pride n prodness” dah kan.
“heheheheh. Yang tu abah memang kena tolong. Sebab inaz kat sini sorang sorang je”
Abah mesti rasa aneh
Sebab anak yang suka menyusahkan dia ni dah nak kawen
Lepas ni anak dia yang ni dah takkan tagging dekat dia
Anak dia yang dependent ni akan ada suami
Misti abah rasa sedih nak melepaskan tanggungjawab tu pada nizam plak
Macam masa yong kawen dulu
Masa abah mengakad nikah-kan abang nik
Abah plak yang kena ulang ulang banyak kali
Abang nik jawap lancar je
Semua orang rasa jadi macam tu sebab abah rasa sedih nak melepaskan anak dia
Tatau la nanti turn nizam macamana
Ehhh… aku yang menaip ni pun dah rasa sebak dah
Dah la
Mahu pegi beli makan
Nak makan brunch
Esok
Abah, mak n twit akan datang sini
Nak ambik barang barang aku bawak balik ipoh
Seronok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan