18 hari lagi
Baju nikah n sanding baru hantar tailor malam semalam
Harini kalau bole nak carik korset
Kalau tade warna yang padan
Kena tempah
Kena carik tempat la plak nak tempah
Macamana pun kena ada sebab baju sanding tu lace je.
Tadek lining sebab memang nak pakai dengan korset
Supaya nampak kurus sket
Baju lace tu pun mintak tailor buat muat muat
Kalau longgar sangat kang nampak macam guni
Misti kena tahan nafas gila gila punya nanti
Macamana nak ratah seekor ikan nih
Untuk kenduri nanti dah cop seekor ikan yang untuk hidangan pengantin untuk makan sorang
Ehhehehehhe bole tak?
Dasar gemok kan
Oh. Kena carik kasut
Kena carik veil
Tengah berkira kira samada nak beli tiara atau tak
Ataupun tiara tu nak sewa je dari mak andam
Kena beli sampan, tanjak n bengkung untuk nizam juga
Kenapa semuanya nak beli?
Ini jawapannya ye
Sila baca wahai murid murid sekalian
Masa pergi survey baju pengantin kat ipoh
Kedai kedai yang aku pegi tu semuanya letak harga dalam 400-500.
Tu untuk sepasang baju lelaki n perempuan.
Since si bofren itu tade saiz, jadi derang kata, kalau nak buat baju kena tambah lagi 300. Maknanya kena bayar dalam 800 untuk sewa sepasang baju dan accessories
Dah la kena tambah lagi 300. Pastu nanti baju tu kena pulangkan. Sangat la ridiculous kan. Jadi lebih baik aku beli dan buat sendiri
Lebih puas hati
Dan juga, lepas ni bole la pakai.
( macam ada orang nak ajak pegi function je )
Untuk kenduri kat KL ni
Mahal gila oke
Baju perempuan je dan mekap
RM500.
Baju nizam macam biasa la, kena tempah sendiri
Oh I miss si bofren
Masa tempah baju melayu dia haritu
Tailor tu tanya dia
senang tak nak carik baju untuk dia
Sah sah la susah
Sebab si nizam itu besar
Pastu tailor cakap kat Malaysia ni memang susah la nak carik
Sebab ukur lilit tengkuk dia 18.
Orang Malaysia ni biasa 14 je
Pastu tailor kata cantik kalau dia pakai baju
Sebab bahu dia straight macam hanger
Yang menyebabkan nizam susah carik baju adalah sebab bahu dia yang straight
dan dada dia yang besar
biar la dia susah carik baju
tapi i looike
yummy
hahahahhaha
Apa pun
Untuk kenduri kat kl nanti,
Memang aku cam terkilan la
Mahal
Dah la baju tak cantik
Tak cantik di pandangan mata ni la
Tak seronok tau
Tapi takpe
Untuk mengambil hati semua orang
Lagipun dah cukup puas hati dengan baju untuk kenduri kat Ipoh
Jadi takde la kisah sangat
Walaupun terkilan sebab mahal
Kalau carik tempat lain misti boleh dapat lebih murah
Oh
Last Sunday buat openhouse
Punya ramai aku ajak
Yang datang reza n bean je
Tapi bes sebab dapat borak panjang
Bole citer gossip gossip terkini
Bes
Dan yang paling kelakar adalah masa tangkap gambar
First shot memasing nampak gemok
Second shot memasing nak ambik gambar side
Supaya nampak kurus
Tapi boleh terima la kan
Takkan nak maintain kurus macam masa form 5 dulu
Dah 8 tahun berlalu
Tapi bean tetap kurus macam tak cukup makan
Ahahhahaha
Untuk wedding ni jugak,
Las minit kena carik pengapit lain
Agak menggelabah la jugak
Nak carik orang
Pastu nak ajak carik baju
Dah malam malam aku sms Nora
Nora kata ok
Nasib baik
Kalau memang betul betul confirm,
Nak ajak carik baju hujung minggu depan
Habis dah~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan