Jumaat, Oktober 12, 2007

. h.e.

Beberapa minggu sebelum ni memang mengalami masa masa depresi yang melampau
Menyebabkan banyak calls yang sengaja di ignore
Sms yang diabaikan
Hilang rasa
Rasa nak mengamuk
Rasa nak carik gaduh dengan semua orang
Hilang selera makan yang makan sikit tapi still tak kurus kurus
Depresi yang tak boleh nak mengawal emosi sendiri
Sampaikan tiga hari lepas sakit kepala yang super sakit dan pegi klinik
Doktor kata migraine

beberapa hari ni baru oke sikit
Walaupun banyak benda yang masih membebani kepala otak
tapi lebih banyak benda yang menggembirakan hati

No, bukan sebab wedding
Benda wedding ni la yang membuatkan aku rasa hepi dalam keadaan yang sakit jiwa ni

apapun i would like to thank my parents for their support
Kalau tade mak n abah agaknya dah terlungkup dah diri nih

Dulu aku punya will power kuat
Semakin lama makin menurun
Sekarang ni macam dah hilang langsung
Mebbe kena minum power root

Nasib baik orang orang di sekeliling banyak sapot especially mak n abah
Yang memang terlau banyak banyak sangat tolong
financial dan moral support

Batrisyia yang sentiasa membuatkan aku selalu hepi walaupun selalu bergaduh dengan dia, tapi dia sangat menggembirakan hati ni. Dia sangat playful. Dan sangat nakal.

Nizam jugak. Tapi nizam suruh kayuh pelan pelan. Macamana nak kayuh pelan pelan kalau masa dah suntuk. Tapi beberapa hari ni nizam selalu buat hati ni jadi riang. Thank you nizam.

Semalam dapat rezeki terpijak
Nizam ajak pegi sogo
Katanya nak beli baju raya dia
Tapi bila sampai sogo dia insist untuk cari baju for me
Ahahahha. saya sukakan kejutan
Suka juga dapat baju raya
Ingatkan taun ni memang tade baju raya baru
Tapi walaupun sogo sale tapi baju aku 3 helai pun dah almost 400.
Mahal betul baju sekarang ni
Nizam lagi dahsyat
Rupa rupanya sebelum ni dia dah beli baju raya senyap senyap
Semalam dia beli lagi 2 helai
Beraya besar besaran nizam taun nih

Kitorang pegi sogo naik lrt
lamanya tak naik kenderaan awam dengan nizam
sampai sogo kol lapan lebih
punya la lapar sebab aku berbuka dalam kereta
minum ribena sket je
Bila sampai sogo nak beli roti
bole ke nizam tak bagi
Dia tak bagi makan sebab dah nak kawen
walopon aku gumok, tapi aku nak berbuka
mana cukup minum ribena seteguk je

Aku lapa
Sebab hari sebelumnya, aku berbuka makan cordon bleu yang tak sedap lantas makan separuh je
Pastu tade makan benda lain dah
Dan nizam yang sangat fussy ni, bila sampai kedai roti kat sogo tu, tiba tiba dia rasa was was plak takut tak halal
Pegi pulak deli france, tapi tinggal 2 ketul bun je. Yang tak bes plak tu
Las las pegi je kedai sebelumnya. beli je la seketul bun

Dah habis shopping pukul 12 baru aku makan betul betul
Kali ni memang sangat berselera sebab ada nizam ditambah dengan hati riang dapat jumpa nizam dan hati riang dapat baju baru

Me going back to ipoh today afternoon. Naik tren pukul 3 petang nanti.
Oohhh. kena ambik borang kawen dari nizam
Semalam lupa nak ambik
Seb baik mak telefon pagi tadi tanya borang nizam dah siap ke belum

To all my readers yang dikenali, ataupun tak dikenali, silent readers , friends, I would like to wish Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. Jangan makan banyak sangat raya ni. Nanti sakit perut. Jangan ponteng kerja. Zakat dah bayar ke belum? Myself, abah dah bayarkan awal awal lagi. And lastly, kalau rajin buat la puasa enam. Especially to the ladies, puasa nam ni bole campur dengan puasa ganti. Tade la taun depan dah dekat puasa baru kelam kabut buat marathon puasa .

eerk. countdown tunjuk less than a month. eeeewwww... takut

Ciao~

Tiada ulasan: