Ahad, Mei 27, 2007

. i . h .

Menghabiskan masa dengan nizam memang menyeronokkan. (Kalau kena keadaannya la) Semalam habis kerja pukul 10. dari cyberjaya terus ke Ampang. Dari rumah nizam, terus ke mid Valley. Kami mahu menonton Sumolah. Ini semua gara gara afdlin shauki merayu supaya ramai2 datang menonton cerita itu. Well, aku memang penyapot industri perfileman tanah air. Macam kata si zainal alam tuh, sayang siapa kalau bukan wayang kita. Queue punya la panjang. Derang nih dah pukul 12 tak tido lagi ke. Bila beratur panjang, nizam yang tak suka susah tu mula la rasa macam nak beli gold class. Tak kisah la citer pirates of the carribean pun. Tapi dah sold out. Hehehheeh. Nasib baik.

Sementara nizam beratur, aku borong food. Masuk wayang masih iklan. Dan kitorang duduk row kedua dari depan. Cerita sangat panjang. Dua jam lebih. Tapi ok la. At least aku tak hitung masa bila nak abes cerita. Cuma masa tengah part hari pertarungan tu aku tertidur. Gua penat beb. Dan yang tak bes ada malaun mana tah dok kentut2. dua kali aku terpaksa tutup hidung sebab bau busuk sangat.

Habis cerita dah pukul dua lebih. Nizam bawak lalu hiway SMART. Scary. Panjang sangat terowong dia. Jalan beralun. Tengok bumbung smart tu lagi la scary. Macam bertampal2. Nasib baik ada je pintu exit.

Sampai rumah pukul 3 samting. Kitorang lapar lalu mencari makan. Banyak kedai samada dah tutup atau nak tutup. Las las sebab dah pukul 4, kitorang terus pegi breakfast @ McD. Aku nak beli bantal shrek, tapi malangnya budak tu kata almari stok dah kunci. Derang tak dapat amek. Cikiwa tau.

bantal yang i want~ ada sapa2 nak bagi pressie?


Lepas makan, balik rumah. Sampai rumah dekat2 pukul 4.45 pagi.

Sampai rumah, terus tidur. Pukul 10 sengah pagi baru terbangun. Dan…….. kena siap siap untuk kerja. Nizam amek pukul 11.15, ambik kereta kat rumah nizam dan terus gerak pegi kerja. And, here I am, dah pukul 8.54 malam, masih di ofis. Bukan ada kerja pun. Melangut internet je. Penat tau mengular nih.

Aku browse net, aku tengok tengok benda, tiba tiba aku rasa cuak.

Aku belum buat apa-apa preparation untuk kawen. Smalam dalam kereta aku dah bitau nizam, selewat lewatnya bulan 7 kena jugak pegi kursus kawen. Pastu, mulai bulan 6, aku akan pergi ke spa every month untuk mandi susu, sauna, lulur. Well, orang kata kena la enam bulan sebelum kawen. Supaya naik seri. Ahahahha. Poyo kan. Tapi aku dah tengok tempat dan rasanya aku nak pegi yang kat Kosas tu je. Dekat dan harga pun ok.

Ada jugak aku rasa macam nak beli yang orang sekarang ni pakai, portable sauna tuh. Tapi entah la.

Aku dah survey jugak gifts yang nak bagi untuk guest. Takmo la kasik bunga telur. Sebab aku sendiri tak suka makan telur. Nanti aku nak beli sample dan rasa. Kalau ok nak beli itu sebagai guest gifts. Pastu yang special punya pun ada gak aku terfikirkan. Pun dah bitau nizam. Nizam kata ok. Maknanya bole proceed la.

Lepas ni kena be a bit organize la sket. Banyak benda nak buat. Selain kawen, ada satu benda lagi yang aku perlu lakukan. Aku harap benda-benda yang aku nak usahakan akan menjadi. Kali ni aku dah tak mo terburu buru. Aku akan pastikan semuanya berjalan. Kalau tak lancar pun, harap-harap ianya akan berjaya.

Hoohh… seb baik esok cuti. Lusa pun cuti. Ada orang yang aku nak jumpa. Harap-harap dipermudahkan la urusan aku nanti.

Tiada ulasan: