Ahad, Jun 03, 2007

. h .a . p . p . y .

Penat betul. Dah 5 hari kerja start pukul 4 pagi. Walaupun balik pukul 1 tengah hari, dan walaupun dari pukul 4 sampai pukul 8 boleh tidur beramai-ramai tanpa ada gangguan dengan lampu yang malap, tapi tetap tak sama macam tidur kat rumah atas katil dan tilam yang empuk dan bantal serta selimut yang comfy.

Pagi pagi biasanya 2 orang je keje. Setiap kali aku tengok colleague aku dah tido, aku pun misti akan cuba tidur. Tapi cam payah aaa nak tido duduk. Sakit tulang. I kan dah tua bangka. Tulang cepat sakit, dah reput la katakan.

Hari ni bes. Petang semalam tengah aku tidur nizam anta sms kata nak datang amek. Terus aku bangun, masak bekal untuk hari ni, siap siap untuk keluar dengan nizam. Kenapa masak bekal? Sebab nizam dah bitau nak hanta pegi keje arinih, lantas kena la siap siap masak. Takkan nak masak kat rumah nizam. Nanti segan dengan mak nizam.

Pukul 7 nizam sampai. Pegi Loyat. Ceehh rupa-rupanya dia nak menuntut janji. Aku dah janji nak belikan nizam telepon baru. Sebab telepon nizam sangat outdated. Telepon nokia 8250. Tapi nizam jenis tak kisah. Asalkan telepon dia bole call out, bole anta sms dia dah cukup senang hati.

Setelah melihat-lihat telepon, nizam membuat keputusan untuk beli telepon ini. Nokia 6111. Sebab murah. Aku janji nak sapot 300 je. Lebih dia kena bayar sendiri. Eheheheh.
Tapi aku pun suak juga telepon ni sebab dari belakang nampak macam digital kamera. Nizam kata telepon tu chubby.

Aku kata, takpe la, kalau nizam tengok telepon tu, misti akan ingat inaz. Sejak sejak aku keje kat cyberjaya ni, aku terperasan yang aku semakin gemok. Perut semakin membesar. Alamaaaaak. Macamana ntah nih. Mebbe sebab waktu tido yang tak stabil kot.

Semalam aku dah order sabun organic berbau minyak wangi dan jugak chocolate cupcakes satu kotak. Ni nak dijadikan sample. Nak tunjuk dan bagi rasa kat family aku dan jugak nizam. Kalau oke, nak beli in big bulk untuk kawen. Aku memang teruja tengok cupcakes skarang ni, tu yang nak jadikan cupcakes tu sebagai doorgift utk wedding nanti. Pastu yang sabun tu untuk family member belah lelaki. Sabun tu cantik.Series. Bole order yang ada tulisan kat dalam.

Aku cam masih tatau nak beli coklat Beryl yang dalam kotak empat segi tu ataupun sabun. Nih benda yang nak letak dalam paperbag.

Pastu hari jumaat nanti aku nak pegi pejabat agama, nak amek borang untuk pegi kursus kawen. Aku dah buat keputusan untuk pegi kursus kat pejabat agama. Malas nak pegi kat tempat lain. No offence, tapi since bayaran pun sama, better aku pegi ke tpt yang aku lebih yakin. Mana tau kalau pegi tpt lain nanti tiba2 sijil tu tak sah ke. Dah tak dapek nak kawen.

Haritu masa aku telepon mak bitau pasal ke freak-out-an aku pasal nak kawen ni, mak cakap kalau tak sempat buat taun ni, bole buat masa taun baru cina taun depan. Benda ni aku dah cakap pada nizam. Dan memang aku akan dikata superstitious, tapi pada aku, kalau dari masa merisik, masa bertunang dah bincang dan setuju nak kawen pada bulan doblas. Kalau postpone, misti tak jadi. Ada few peeps yang aku kenal yang postpone tarikh kawen dan akhirnya tak jadi terus. Langsung putus tunang. Tanak la sampai jadi camtuh.

Ni semua gara-gara family aku yang sibuk. Bulan doblas yong nak beranak (again). Sian Batrisyia comel sebab baby lagi dah dapat adik. Masa batrisyia dapat adik nanti, umur dia baru setahun empat bulan. Ni la mama ngan daddy dia gatal sangat neh. Mak tanak la aku kawen clash dengan hari yong bersalin. Walaupun ada tarikh yang dijangka bersalin, tapi cam takut la terawal ke, terlambat ke. Tapi yong kata tak payah pedulikan dia yang nak bersalin. Tapi tak seronok la kalau tak cukup family member.

Mak plak, bulan 11 nak pegi India. Tapi mak kata, nanti akan bincang. Bincang la tapi aku tanak postpone.

Oohh, nanti nak kena carik kain lace. Nak buat pakai kawen. Malas nak sewa macam yong dulu. Kos sewa dan buat baju sendiri pun rasanya lebih kurang je. Mak kata bulan enam ni jugak kena bagi kain tu. Supaya mak boleh tempah. Nyonya tu masih ambik tempahan lagi. Kalau lambat dia dah tanak amek sebab clash dengan tempahan baju raya.

Yay dah dekat pukul 1. Dah nak habis shift. Nizam akan datang ambik. Thanks nizam sebab sanggup susah payah bangun pagi pagi buta pukul 3 pagi untuk hantar inaz pegi keje. Dari Ampang ke Cyberjaya pastu nizam kena balik rumah sorng-sorang. Dan sekarang nizam kena travel jugak jauh-jauh sebab nak ambik inaz balik kerja.

Haritu pun tiba tiba je nizam datang rumah yong. Masa tu aku tengah tido.( biasa la I tido siang sebab malam berjaga) Tengok-tengok dah sampai depan rumah. Nizam ajak ambik Batrisyia kat nursery sebab nizam nak bawak batrisyia jalan-jalan. Boleh ke, masa batrisyia dah balik nizam kata tak seronok jalan dengan aku. Ceeeeh.

Banyak lagi benda nak buat. Banyak benda nak pk. Tapi takpe, inaz akan kayuh pelan-pelan.

Impian dan cita-cita saya lebih besar dan lebih tinggi dari saya sendiri. Saya juga semakin faham dengan sepak terajang dunia ni. Saya menjadi semakin berani dan saya akan lebih berusaha menjadikan apa-apa yang saya nak menjadi kenyataan. Ini bukan omong kosong. Chaiiyook~ (abah selalu cakap ini pada aku. Sape tah ajar dia perkataan chaiyook tuh )

ps: semalam masa tengok iklan sony ericsson, ( yang di bawah ni) aku soh nizam cakap i love you to me. Sebab kan iklan tu maksudnya i love music. Tapi nizam dengan cutenya cakap "i sony ericsson inaz". kalau nizam tengah baik, memang dia akan jadi sangat cute.

Tiada ulasan: