Sabtu, Jun 23, 2007

mr nice guy

Baru baru ni aku jatuh cinta
Aku bitau nizam ,”masa inaz bercinta dengan awak pun tak pernah rasa macam ni”
Nizam kata, “ mebbe awak eksaited sebab nak kawen”
Aku kata , “tak, sebab sebelum tau bila nak kawen pun benda ni berlaku jugak”

Seronok la rasa jatuh cinta ni rupanya.
Sebelum ni aku tak cinta ke?
Ke sebelum ni rasa aku pada nizam tu sayang je?

Bila beberapa hari tak jumpa dia,
Mula la mana pergi aku akan nampak orang tu macam dia
Tengok orang bawak moto pakai baju oren pun aku bole ternampak macam muka dia jugak
Masa tengah bawak kereta, waktu aku pandang cermin tengah tu dan tengok pemandu kat belakang pun aku rasa macam nampak dia.

Dan..
Walaupun dia marah aku, aku tetap rasa sayang pada dia.
Tade rasa nak melawan,
Tade rasa nak marah balik
Tade rasa sebal.

Kali ni memang aku yakin sangat yang aku dah jatuh cinta
I love being in love
Sangat
Betul ni

Sebab...
He's my Mr Nice Guy !


……. Tapi I lov u jugak walaupun nizam marah marah.
“ soni eriksen u”


sms yang aku anta kat nizam dan dia balas balik cakap soni eriksen. Dia memang takkan nak cakap lov balik.

sweet. Dia sweet. Tapi kadang2 aku tatau baca perasaan dia. Aku tatau apa yang dia pikir. All I know is that he works very hard. Baru baru ni dia ada cakap dia dah penat kerja macam ni. Dah habis kerja pun masih memikirkan masalah kerja. Banyak masalah kerja yang pending.

Masa balik ipoh last weekend aku anta sms Tanya,” nizam, do u lov me?”
Nizam reply dengan sms kosong
Aku Tanya kenapa bagi sms kosong
Nizam kata dia tengah diam
Sweet

Selalunya kalau depan nizam dan aku Tanya nizam lov me ke tak nizam akan diam, atau dia pandang tempat lain. Sebab tu bila aku anta sms Tanya soalan camtu, nizam terus balas sms kosong yang bermakna dia tengah diam. I looike la dengan ke-sweet-an nizam.

Haritu masa dalam kereta aku tanya soalan yang sama, macam biasa nizam akan diam, dan aku tak henti Tanya sampaikan nizam kata, “awak memang suka ye? Awak nak tengok saya punya reaction kan?” hahahahhaha. Memang la. Aku tak harap pun nizam cakap I lov u. Saja suka tengok gaya tak senang duduk dia tu.

Oh. Aku sudah beli baju untuk majlis potong kek. Ahahhahahaha. Bole ke camtu? Baju kaler turquoise. Gediknye i. I looike baju berlace itu. Nak soh nizam pakai tux waktu tu nanti.

Suka la tarikh yang dipilih tu. Tarikh roman cantik, tarikh dalam calendar islam pun cantik. Itu la aku bitau nizam, “nanti kita nikah masa masih bulan syawal. Hikhikhik. Kalau tade aral melintang, insyaAllah kitorang akan nikah pada 29 Syawal pastu kenduri 1 Zulkaedah. Pastu 8 Zulkaedah kenduri kat rumah nizam plak.

Abah dah start dengan minor preparation. Dewan dah book. Ni nak carik caterer, nak carik pelamin, Seb baik dapat tempat kat galleria tuh. Tu pasal la kena gak amek tarikh tu sebab waktu tu je ada kosong. Abah kata kena prepare cepat-cepat sebab nanti bulan 9 dah start puasa. Takkan nak buat preparation masa bulan puasa. Lepas puasa, dah raya. Masa raya la pun abah sibuk nak berjalan menjemput orang. Memang kesuntukan masa.

Dah la. Dah dekat pukul 6 sengah. Aku mahu tido sebelum orang datang opis. Tak best tau kena kerja on weekend. Seb baik kerja pagi. Kol 1 dah bole balik. Nizam kata malam kang nak bawak aku makan kat gombak. Ehehehhehe.

Oohhh Belum terlambat lagi rasa nya nak mengucapkan sesuatu pada puan Marina.
Congratulations beb. Jaga kandungan baik-baik. Aku doakan baby dan ko sihat. I’m truly happy for u. Well, aku kan bakal mak angkat kepada anak ko tuh. hehehe
Bila la aku nak melawat ko neh? Memang teringin sangat nak jumpa. Agak agak kalau aku datang on weekdays bole ke tak?

Daa~

Tiada ulasan: