Jumaat, Jun 15, 2007

. c . i . n . t . a .

Nizam memang lucky. Dia beli kasut yang berharga RM99.90, tapi dia Cuma bayar RM60. Siap orang kedai tu mintak maaf dan offer nak bagi pressie tali kasut flourecent lagik. Ahahahha. Ni semua sebab orang tu tersilap punch masa nak enter total amount. Patut RM99.90. Dia punch RM60. Pastu say sorry for the inconvenience. Tapi nizam tak amek pun tali kasut tu, nizam kata gesture orang tu dah cukup.

Nizam kata aku jeles seabb dia ada kasut baru. Sorry la aku nak jeles. Aku bitau nizam, “ nizam u buy shoes when u need one. I buy shoes when I want one” Nampak tak different nya? Ahahahhaa. Lantak la nizam beli DC shoes pun . Inaz tak jeles oke. Inaz ada kasut eclipse baru yang inaz belum pakai. Inaz sendiri pun dah lupa ada beli kasut tu. Ahahahhaha

Aku sekarang gila pada citer citer lama. Haritu aku beli CD suara kekasih. Beberapa hari lepas beli citer Puteri. Memang dah lama aku carik movie nih. Citer lakonan ogy memang aku suka. Ali setan tapayah cakap la. Masa form 3 aku dah beli dah cdnya. Ooopss bukan ogy je. Aku juga suka pada azmil Mustapha. Ahahahhaa. Sekarang aku carik cd/dvd Dewi Cinta. Ogy ngan azmil belakon jugak. Mana la nak jumpa agaknya cd/dvd tu.

Haritu masa tengok cite suara kekasih, aku anta sms kat nizam. Bitau aku sudah crush pada itu azmil selain crush pada shahril fuyoo magic dan ikhwan hot fm. Tapi aku bitau, walaupun tu semua aku crush, tapi aku cinta pada nizam sorang je. Dan nizam jawap, “tau takpe”. Pastu aku anta sms lagi. “apanya yang tau ?” nizam jawap, “ cinta nizam banyak2”.

Eeeeeeeerk sejak bila bofren aku neh pandai cakap pasal cinta cinta nih?

Dah la kejap tadi aku anta sms cakap “ala.. I love u la” dan nizam jawap tq. Bole ke cakap thank you bila kita kata I love u? incik nizam memang aneh.

Esok cuti. Esok nak balik ipoh. Tapi tiket belum beli lagi. Sekarng ni pun dah pukul 9.25 malam dan aku masih kat opis.

Budak budak opis nak buat genting trip. Accomodation company bayar. Derang soh aku pegi. Siap nak offer tukar shift la supaya aku pegi. Tapi…. Incik nizam tak bagi. Well. I don’t mind actually. Tak pegi pun takpe. Lagiun kalau ada nizam baru la bes. ( read : Saya saying nizam lebih dari kawan-kawan. Saya elbih suka berkepit dengan nizam )

Dah la. Nanti sambung.


btw, love this song

Misha feat Andy Floppy Sembunyi

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biarpun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencuba
Sembunyi .. namunkan terlihat

Yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar
Dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terasa ke mana
Renungan aku nak alih
Bertentang mata sebentar

Dihayut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terrasa ke mana
Renungan aku nak alih
Sembunyi ….namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat
Merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi

Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala
Walau kita cuba sembunyi

Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati

Tiada ulasan: