Tika ku putus harapan Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua A
ndainya kau tiada, aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupan ku
Oh Tuhan ku tolonglah, beri ku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat aku dipejamkan mata ku
Kau beri ku kekuatan
Bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cinta mu
Aku yakin akulah jejaka
yang paling bertuah di dunia
Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mata ku
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ menemani diri ku
Saat daku pejam mata ku
Diri ku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila ku melamar katalah "Iya"
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku 'kan ikhtiar terbaiknya untuk mu
Saat ku pejamkan mata
Tyco
Walaupun ni lagu lama tapi aku suka lagu nih. Ni antara lagu yang must palay dalam enpon aku.
Kerja pada hari Isnin dengan hati yang sebal. Lantas bila sampai kerja memandangkan takde banyak keje dan bole melayari internet, aku menghantar emel pada nizam. Memberitahu mengenai hati yang lara. Meluahkan perasaan atas ketidakprihatinan nizam pada aku. Melepaskan rasa marah kerana nizam tak menepati janji untuk makan malam dengan aku malam sebelumnya kerana tidur padahal aku lapar dan aku baru balik kerja. Meluahkan rasa marah kerana telefon kena bar dan aku tak bole bayar sebab tm Poinnt Cyberjaya kata system down. Lantas aku kena hantar emel pada nizam.
Dan aku menerima sebuah emel kejutan dari nizam. Nizam Tanya pukul berapa lunch break sebab nizam nak datang. Oooooh.. Asyik, tapi ragu ragu kenapa nizam nak datang. Nizam sampai pukul 2. Nizam kata dia datang sebab aku merajuk. Heheheheh lantas membawa aku klunch di restoran berekon di Cyberjaya nih. Kalau makan kat terminal pun aku tak kisah. Asalkan ada nizam. Eheheheh.
Lepas makan, nizam nak pegi kerja balik. Nizam kata nanti malam nizam datang amek aku kat rumah yong. Hmmmm… ada agenda lagi malam nanti rupanya. Mula mula aku ingatkan nizam dah tak jadi datang. Tak telepon, tak sms pun. Bila dah nak tidur, dalam pukul 10 nizam cakap on the way. Terus siap-siap dan walaupun seharian tak mandi tapi aku rasa aku tetap wangi.
Nizam kata nak bawak aku pegi melawat pakcik dia yang masuk IJN. Lagipun aku cuti hari Selasa. Sebelum tidur malam tu nizam slip on something to my finger. Rupanya dia nak aku pakai balik cincin tuh. Ngeee!~. Tapi dalam keadaan yang sangat tak romantik la sebab aku busuk. Tak mandi.
Dan selebihnya, it’s just amazing. Malas nak tulis. Tapi aku dapat tidur dengan hati yang sangat gembira. Rasanya aku sedar masa mak nizam masuk bilik. Mak nizam suka buat spot check kalo aku tidur rumah derang. Tapi betul2 bangun pagi tu masa nizam masuk bilik. Dia dah siap pakai baju kerja. Lambatnya aku bangun. Pukul 9. Biasanya bangun awal.
Esok cuti. I looiikkke. Bole main dengan Batrisyia lama sket.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan