Hoooooohhhh. Lama dah ni tak dapat nak menaip. Kenapa?? Bz dengan keje. Waktu keje memang susah sangat la nak carik masa untuk surf internet.
Sejak sejak bekerja kat tempat baru ni, jarang jugak aku amek lunch. Kalau sampai awal bole la pegi terminal beli makanan untuk lunch. Kalau dah lambat tu jawapnya masa lunch aku melopong je la tengok teevee.
Kerja tempat baru ni memang satu pengalaman baru yang so far aku rasa menarik dan banyak benda yang aku belajar. Well, at least merasa jugak aku kerja dengan syarikat penerbangan. Hehheheheh.. poyo je kan.
Jobscope kerja plak macam buat senarai penumpang sebaik pesawat takeoff. Termasuk la passenger yang no show. Sekarang baru aku paham kenapa selama ni counter check in tutup 40 mins before departure. Ada banyak proses rupanya. Pastu kena update customer punya payment. Macam customer yang bayar tiket kat 7-11 ngan POSB. Ada yang kena update kol 6 pagi, ada yang kena update tengah hari. Selain tu, kalau macam flight cancel ke, department aku la yang kena contact customer nak mewarwarkan pasal cancellation tu. Ada banyak lagi la. Tapi aku masih dala proses pembelajaran. Yang aku dah agak mahir Cuma bahagian reservation n query. Tapi tu laaa…. Kerja kat bhgn reservation ni cam payah gak sebabnya customer macam macam perangai. Belum campur kiasu derang lagik. Hooiihhhh. Tapi nasib baik la aku bukan kerje bahagian reservation ni. Cuma sebab training jadi kena kerja kat reservation for few days. Bahagian aku banyak kepada airport people, ground handler dan jugak travel agent.
Ok. Nuff about work.
Semalam aku tengok satu benda yang sangat cute. Hehehehhehe… Lepas aku dah habis mendonlod lagu besar besaran dan mentransfer lagu ke dalam enpon, aku pegi ke depan. Tengok nizam. Cutenyaaaa…. Sebab apa??? Sebab di hujung kaki nizam ada dua bijik bantal dan nizam masukkan kaki dia dalam sarung bantal tu. Bole bayang tak macamana???? Tapi sangat cute. Jadi, aku ambik stoken, cabutkan bantal dan apkaikan nizam toe sock yang berbelang belang tu. Ehhh… rugi tak ambik gamba. Kalau tak bole letak kat sini.
Pastu aku tutup tv, dan masuk bilik. Dalam bilik aku Nampak bantal peluk. Pastu aku teringat yang nizam suka tido dengan bantal peluk. Jadik aku ambik bantal peluk, bawak ke depan, masukkan bantal tu dalam pelukan nizam. Masa tu dia macam terjaga. Pastu tiba tiba dia cakap satu benda.
Eehhh??? Aku cam tergamam dan tatau nak cakap apa. Jadi aku diam je. Baru petang tu bila aku Tanya nizam dan nizam kata, bole tak kalau aku Tanya soalan tu setaun sekali. Huuuhhh… takde maknanya kalau aku Tanya setaun sekali.
Apa yang nizam cakap???
Nizam cakap I love you.
Dia mana nak caap benda benda macamtu. Hati dia keras. Kaku. Beku. Macam iceberg.
I liiikkeeee.
Dah. Till then.
Rabu, Mei 02, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan