Isnin, Mac 26, 2007

. o . o . h . h .

Demm… Bz sangat sampai lupa apa nak tulis. Harini dari pagi aku dok mengadap segala mak nenek plan, blue prints yang baunya sangat dah rasa tak tahan. Dan plan dan drawing lagi, dan lagi, dan lagi. Hooiihhhh….. penat. Jari pun dah keras. Kenapa la derang ni bagi drawing number panjang sangat. Bagi nama plan pun panjang. Runsing tau nak baca.

Ok. Lemme recall balik apa yang nak tulis.

Hari Jumaat makan mcd dengan nizam. Masa tu dah pukul 9 lebih, or… dah dekat pukul 10. Lepas makan pegi mana tak ingat dah pastu pukul 12 pegi mcD lagi skali. Nizam beli hotcake, tapi tak amkan pun. Aku plak dah tengah tengah malam buta makan sundae strawberry. Kitorang sebenarnya tengah nak menghabiskan kupon mc yang ada. Memang bes pakai kupon tu. Dapat makan yang super banyak. I loooiiikkkeee.

Hari sabtu, folo nizam keje. Jumpa mak, tengok mr bean holiday yang tak berapa bes, jumpa kawan nizam, balik. Mebbe sebab penat sangat, sampaikan masa tengok shinchan aku bole tertidur. Before 8 bangun balik, mandi dan tunggu nizam call. Pukul 10.30 malam nizam call cakap dia saket gigi. Dia dah makan banyak sangat panadol tapi still sakit. Jadi aku sebagai gefren yang baik segera salin baju dan pecut ke Carrefour. Dengan harapan farmasi dekat situ bukak lagi. Sampai pukul 10.50. Lari-lari pegi guardian, cari ubat sakit gigi. Derang kata farmasi dah tutup. Tapi aku still jugak Tanya, kalau kalau ada ubat lain yang bole pakai untuk sakit gigi. Seb baik ada. Beli dan hantar ke rumah nizam. Pakaikan nizam dengan ubat, pinjam cd2 dan dvd nizam dan balik rumah.

Hari ahad pukul 8 nizam dah msg. Mandi dan ikut nizam pegi keje lagi. Lepas keje, pegi klinik gigi. Lepas tampal gigi, makan mcd. (again) pegi rumah nizam. Tinggalkan kereta, naik moto Citibank, pegi jusco maluri. Sebab dah pegi shopping complex, aku gedik gedik membeli belah, dan masa nak bayar, tiba-tiba nizam hulurkan kedit kad dia. Waaaaaaaaahhhh… I looooooiiiikkee lagi skali.

Oohhh…. Hari sabtu haritu aku dapat surprise money. Nizam bagi rm240. Ooooohhh I looiikkkeee lagi. Sampai aku susah hati memikirkan nak beli apa. Tapi by Sunday, duit tu macam dah habis. Tatau beli apa. I don’t like. Jadi, untuk tidak membazirkan wang yang tak nampak apa-apa, masa lunch tadi aku beli baju yang aku nak sangat beli. Nak pakai baju tu untuk pegi kawen marina weekend nih. Hmmm… Nampaknya petang ni kena pegi tempah kain la plak. (kalau sempat laaa) Kalau tau nak beli baju, awal-awal lagi aku dah bawak kain tu. Kain tu aku beli masa pegi sabah haritu. Sebab aku cam gila dan sangat krezikan kain macamtu, nizam terpaksa membelikan 3 helai kain yang sama tapi berbeza warna sebab nak melempiaskan nafsu aku yang gila ni.

Tapi, aku bukan la tamak haloba. Kain tu sehelai aku bagi yong. Sehelai lagi bagi cu. Sehelai lagi nak bagi kakak nizam, dan 2 helai untuk aku sendirik. Untuk pengetahuan, sebelum nizam belikan 3 helai kain tu, aku dah beli 2 helai masa aku pegi shopping sorang sorang.

Tatau pasal, tapi dari hari jumaat malam, aku sangat rasa syok memakai cincin. Selama ni, cincin aku nih terperuk je dalam handbag. Sampaikan masa aku jumpa mak hari sabtu haritu mak Tanya, “tu cincin tunang ke?” ehehhehehe… mak pun dah lupa macamana rupa cincin tunang aku. Ye la dari hari aku bertunang aritu, mana ada aku pakai.


Oooooohhh… dah pukul 6. esok la sambung. taraaaaaa

Tiada ulasan: