Ahad, Mac 04, 2007

. f . a . i . r . y . . t . a . l . e .

Once upon a time, there was a boy and a girl who went for a journey in a far far away land called the land below the wind .


ini pelakon utama cerita ini. masa ni dah naik kapal ajaib yang bole terbang
Dalam kapal terbang, budak lelaki itu membeli topi kapal terbang kerana katanya rambutnya panjang dan dia harus memakai topi supaya lebih selesa.




sebab orang airasia kata dia akan jadi orang pertama beli jadi dia pun sangat eksaited


Setelah tiba di far far away kingdom yang bernama land below the wind itu, mereka telah mendaftar masuk di sebuah istana.

sambil tunggu check in, minum minum dulu dekat lounge


Pada sebelah malamnya, mereka berjalan –jalan untuk mencari makan. Dan akhirnya mereka sampai di sebuah kedai di tepi laut. Setelah lama menunggu sehingga budak lelaki itu boring, sampailah makanan dan minumam yang ditunggu-tunggu.



posing ala-ala cover album lagu balada


Mereka kagum kerana gelas yang diberi untuk minuman itu tersangatlah besar.


super besar macam satu jag


Sementara kedua-dua orang itu menikmati makanan, pihak istana telah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka lalu telah menyediakan tab mandi yang sangat cantik. Ini menyebabkan budak perempuan itu walaupun telah penat bersantap, dia terpaksa mandi kerana nanti membazir kalau tidak digunakan.



kepingan bunga mawar dan lilin di penjuru tab


Dan menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada mereka.


bunga yang diletakkan di atas katil tapi dah diubah kedudukannya atas meja



Keesokkan paginya, mereka terjumpa satu watikah telah diselitkan di bawah pintu bilik peraduan mereka.


surat khabar ni ada 3 bahasa. english, malay, dan bahasa sabah. ( tatau bahasa kaum apa )


Pada sebelah petangnya pula, mereka telah berjalan-jalan dan kemudiannya tanpa segan silu, budak perempuan itu menangkap gambar di mereta-rata tempat. Termasuklah di bulatan jalan raya.


bersusah payah ni melintas jalan nak ke bulatan. amek kau. dapat bergambar dengan ikan todak




malamnya ada pesta ang-pow + ada konsert. tu yang ada patung belon neh

Setelah dipujuk pujuk, barulah si budak lelaki itu yang juga cameraman mahu menangkap gambar.


nizam tahan perut supaya nampak slim

Continued…..

Tiada ulasan: