Isnin, Mac 12, 2007

. d . i . a .

Weekend nizam pegi penang.
Tiba tiba rasa sangat tak bes
Macam yang aku bitau dia,
Sangat tak suka dia pegi mana mana without me
Even kalau dia nak balik kampung pun tak suka jugak

Tapi….
Kalau aku yang pegi bejalan takpe
Kalau aku yang pegi jauh-jauh takpe
Selfish??
Maybe

Tapi nizam dah balik malam tadi.
Pagi tadi dia anta sms cakap dia malas nak pegi keje.

I hate sebab dia bole pilih untuk nak keje atau tak
Dan aku terpaksa bangun pagi tiap tiap hari untuk pegi keje dan terpaksa bekerja untuk 8 jam.
Dia bole balik rumah tengah hari dan tido atau tengok tv atau buat apa-apa yang dia suka.

Ini cakap cakap malam sebelum nizam pegi penang.

+ nanti kalau ada anak, nak pesan supaya cari bofren kaya raya
- bukan semua orang yang kaya tu baik. Bukan senang nak cari lelaki yang baik.
- dulu masa awak belajar, saya kerja keras, pastu setiap kali jumpa awak, bole bagi awak duit
+ alaaaaa… setakat 50 ringgit. tade maknanya
- heeeeeeeeiiii….. ( sambil mengetuk kepala aku ) dulu awak student tau. Lima plot u besar sangat.
+ ( gelak gelak ) eeeh… kan. Lima plo tu banyak. Bole buat makan tiga empat hari


ngeeeeeeee….. lupa plak. Sekarang ni kalau lima plot u cam cepat sangat je habis. Baru je ada sekeping duit kertas lima plo dalam wallet.kejap je tengok tinggal duit kertas biru not seringgit. Buat apa pun tatau.

Bercakap mengenai uwang dan materialistik ni, ada satu lagi cakap cakap dengan nizam.

Scene 1

+ orang ni suka hanta message.
- sape dia?
+ budak jobcamp.
- keje ape skarang?

+ nih, (nama kampeni) call centre.
- huuuuuuhhhhhh…. Tak layaaak

Aku plak yang sentap. Tak layak?
Tak layak sebab orang tu keje angkat telepon jadi tak setanding dia?
Ataupun tak layak sebab orang tu tak boleh memenuhi nafsu materialistik aku?


Scene 2

Lokasi : dalam lif

Bunyi sms masuk kat telepon aku
Nizam yang sebok sebok tengok + baca

- sapa ni?
+ budak jobcamp tu

- apa hal anta sms malam malam macam ni?
+ tatau. Dia memang suka anta sms
- dia keje ape?
+ keje hp. Ape networking technical tah
- alaaaaaa… angkat telepon jugak. (sambil gelak-gelak)


Heran
Kalau orang lelaki yang dia tak kenal anta sms kat aku, misti dia akan tanya keje ape
Kenapa tah
Dia rasa tergugat ke?
Atau dia akan rasa bes kalau orang tu kerja yang kurang bes dari dia

Dia tatau ke sekarang aku dah baik sampai ada bulatan bercahaya kat atas kepala. (konon laa)

Kadang-kadang jawapan aku bila dia tanya apa-apa, aku kata, sebab cinta

Nizam oh nizam…
Bila nak belikan tv n dvd player neh
Sebelum awak pegi penang awak cakap nak belikan lepas balik dari penang.
Malam tadi, bila sampai rumah, terus kemas bilik, supaya bole letak tv n dvd
Tak sabar nak ada tv dalam bilik ni
Lagipun astro sekarang cite tak bes
Kalau ada dvd player, bole la tengok dvd2 yang dah dibeli secara rahsia tanpa pengetahuan awak tu.
Ngeeeeeeee….

Tiada ulasan: