Khamis, Julai 05, 2007

. p . e . n . c . u . r . i . . h .a . t . i .

Dia pencuri hati.
Dulu, tiba tiba je hati ni kena curik

Dulu first time jumpa dia kat puduraya.
Gedik btol.
Masa tu cuti mid sem.
Nak balik ipoh
Dia datang dengan kazen dia.
sebenarnya dia on the way nak tengok Mick Foley.

Dia kuat berpeluh
Biasanya orang bawak tisu tapi dia bawak tuala

Lepas jumpa dia kat pudu tu
Hari hari dia akan hanta emel
Hari hari jugak aku membalas emel.
Kadang-kadang ada dua tiga emel sehari

Masa dah dekat habis cuti
Dia cakap nak amek kat pudu
Sangat tak ingat macamana rupa dia
Tapi bila dah sampai pudu tu macam agak agak je
Seb baik betul orangnya

Dia bawak pegi jalan jalan kat klcc
Masa tu naik lrt je
Las las naik bas terakhir balik sekolah
Dan jugak, berjumpa lagi minggu hadapannya

Dan selepas tu, tiap tiap minggu pun jumpa
Pastu macam dua tiga hari sekali pun jumpa
Pastu macam kalau bole tiap tiap hari pun nak jumpa
Sampai sanggup ponteng kelas

Si pencuri hati
Sampai sekarang dia masih menjadi si pencuri hati
Tak pernah jemu untuk jumpa dia

Walaupun pernah untuk mintak dia pulangkan balik hati yang dia curi
Tapi dia tanak pulangkan
Dan kalau dia pulangkan pun,
Misti hati ni akan rasa tak seronok sebab
Tade sapa yang boleh simpan hati ni baik baik macam si pencuri hati

Memang la kadang kadang si pencuri hati akan secara tidak sengaja
Terjatuhkan hati ni,
Dan menyebabkan hati ni luka
Tapi tolong la rawat balik kalau hati ni luka

Si pencuri hati,
Tak kisah la kalau nak curi hati ni sampai bila bila pun
Tapi,
Tolong jaga hati ni baik baik ye
Tolong ye

1 ulasan:

N.Q.R berkata...

letak la nama sepupu dia wei!