Selasa, Jun 12, 2007
. r . a . s . a .
http://www.weddingpath.com
U can create your own wedding website.
p/s : still constructing my wedding website.
saya sekarang gila kepada wedding. Hope my one will turn put fine.
Walaupun belum ada exact date, but i'm preparing for it slowly.
Kena sedia awal-awal, takut tak sempat
Takut clash dengan benda lain
Isnin, Jun 11, 2007
. p . e . r . k . a . r . a .
Tu la aku Tanya incik nizam. Nizam kata kalau weekday, tak ramai la orang datang. Memang la kan. Takkan orang nak amek cuti semata mata nak datang wedding aku kan.
Mak dah beli tiket pegi kelantan. Mak kata saja nak beli untuk kawen. Ahahahha. Aku pun awal-awal dah cakap kat bos nak cuti on the 22 & 23 july. Nak shopping sakan. Lagipulak baru dapat kredit kad baru. Ahahahhaha. Gila la. Kalau asyik menambah hutang je, bila nak abes utang kan.
Hari jumaat lepas, aku pegi sogo. Konon-konon nak pegi ajlan tar skali. Sebab dah bitau kat mak yang aku nak beli kain lace. Mak soh beli French lace. Tapi bila kat sogo, aku asyik dok kat level baby sampai terlajak masa. Beli barang-barang baby je. Beli gift untuk kawan nizam yang baru bersalin, beli permainan untuk batrisyia. Untuk diri sendiri jugak yang tak beli beli.
Harini aku keje kol 1 sampai 10 malam. Masuk masuk keje terus ofismet kata orang yang patut keje dengan aku mc harinih. Dem dem dan dem lagik. Pengsan aku. Dah la harini call banyak macam nak mati. Aku sorang plak. Tu pun kadang kadang bos ada amik call jugak.
Masuk kerja aku nak setelkan kes semalam yang tertangguh. Semalam flight Singapore-Jakarta-Surabaya delay. Paling teruk flight cgk-sin la. Delay sampai 11 jam. Gila btol. Memang chaos la. Tapi takde la sepressure harini yang mana aku cam sorang-sorang.
Oohh. Hari sabtu haritu nizam ada bagi sumthing pada aku. Dia letak dalam bekas jem yang aku curik kat le meridian harituh. Dalam bekas jem tu ada tisu. Bila aku bukak tisu tu ada beberapa duit syiling. Duit limaposen, doposen, seposen, limasen, ngan satu sen. Dan semua syiling tu tahun 1982. Sweetnya.
Well, mebbe pada sesetengah orang rasa takde apa, tapi pada aku yang berbofrenkan nizam yang sejuk kaku beku dingin macam esbox tuh, memang rasa apa yang dia buat tu something yang special. He goes the extra mile.
Sekarang, Bofren saya suka buat benda benda yang sangat tak disangka sangka. Suka buat surprise. And I looiike. I love surprises, I mean good surprises la.
Oohh. Lama aku tak menulis kerana sepanjang last week aku pegi training kat menara TA One. Hari hari pun lalu terowong smart. Saya suka. Terowong smart menyingkatkan masa perjalanan. Walaupun mula mula aku rasa takut, tapi lama lama rasa bes sebab memang cepat sangat. Pergi balik cepat.
Dah pukul 8.46. Cepat la pukul 10. Gua mau balik. Demam dah nih. Bahana menjawab sampai 63 call harini. Memang tak sempat nak buat benda lain. Ada plak travel agent yang call berjuta juta kali sebab email tak sampai. Macamana la aku nak tolong dah. Dah resend berjuta juta kali jugak. Runsing tau. Lepas pukul 7 tadi baru la reda. Baru la aku bole close flight. Isi crms la. Nak melayari internet la. Pfs untuk close flight dah sampai tengah tadi tapi sebab bz sangat, pukul 7 baru aku close.
Dah la. Tatau apa nak tulis. Daa~
Ahad, Jun 03, 2007
. h .a . p . p . y .
Pagi pagi biasanya 2 orang je keje. Setiap kali aku tengok colleague aku dah tido, aku pun misti akan cuba tidur. Tapi cam payah aaa nak tido duduk. Sakit tulang. I kan dah tua bangka. Tulang cepat sakit, dah reput la katakan.
Hari ni bes. Petang semalam tengah aku tidur nizam anta sms kata nak datang amek. Terus aku bangun, masak bekal untuk hari ni, siap siap untuk keluar dengan nizam. Kenapa masak bekal? Sebab nizam dah bitau nak hanta pegi keje arinih, lantas kena la siap siap masak. Takkan nak masak kat rumah nizam. Nanti segan dengan mak nizam.
Pukul 7 nizam sampai. Pegi Loyat. Ceehh rupa-rupanya dia nak menuntut janji. Aku dah janji nak belikan nizam telepon baru. Sebab telepon nizam sangat outdated. Telepon nokia 8250. Tapi nizam jenis tak kisah. Asalkan telepon dia bole call out, bole anta sms dia dah cukup senang hati.
Setelah melihat-lihat telepon, nizam membuat keputusan untuk beli telepon ini. Nokia 6111. Sebab murah. Aku janji nak sapot 300 je. Lebih dia kena bayar sendiri. Eheheheh.
Tapi aku pun suak juga telepon ni sebab dari belakang nampak macam digital kamera. Nizam kata telepon tu chubby.

Aku kata, takpe la, kalau nizam tengok telepon tu, misti akan ingat inaz. Sejak sejak aku keje kat cyberjaya ni, aku terperasan yang aku semakin gemok. Perut semakin membesar. Alamaaaaak. Macamana ntah nih. Mebbe sebab waktu tido yang tak stabil kot.
Semalam aku dah order sabun organic berbau minyak wangi dan jugak chocolate cupcakes satu kotak. Ni nak dijadikan sample. Nak tunjuk dan bagi rasa kat family aku dan jugak nizam. Kalau oke, nak beli in big bulk untuk kawen. Aku memang teruja tengok cupcakes skarang ni, tu yang nak jadikan cupcakes tu sebagai doorgift utk wedding nanti. Pastu yang sabun tu untuk family member belah lelaki. Sabun tu cantik.Series. Bole order yang ada tulisan kat dalam.
Aku cam masih tatau nak beli coklat Beryl yang dalam kotak empat segi tu ataupun sabun. Nih benda yang nak letak dalam paperbag.
Pastu hari jumaat nanti aku nak pegi pejabat agama, nak amek borang untuk pegi kursus kawen. Aku dah buat keputusan untuk pegi kursus kat pejabat agama. Malas nak pegi kat tempat lain. No offence, tapi since bayaran pun sama, better aku pegi ke tpt yang aku lebih yakin. Mana tau kalau pegi tpt lain nanti tiba2 sijil tu tak sah ke. Dah tak dapek nak kawen.
Haritu masa aku telepon mak bitau pasal ke freak-out-an aku pasal nak kawen ni, mak cakap kalau tak sempat buat taun ni, bole buat masa taun baru cina taun depan. Benda ni aku dah cakap pada nizam. Dan memang aku akan dikata superstitious, tapi pada aku, kalau dari masa merisik, masa bertunang dah bincang dan setuju nak kawen pada bulan doblas. Kalau postpone, misti tak jadi. Ada few peeps yang aku kenal yang postpone tarikh kawen dan akhirnya tak jadi terus. Langsung putus tunang. Tanak la sampai jadi camtuh.
Ni semua gara-gara family aku yang sibuk. Bulan doblas yong nak beranak (again). Sian Batrisyia comel sebab baby lagi dah dapat adik. Masa batrisyia dapat adik nanti, umur dia baru setahun empat bulan. Ni la mama ngan daddy dia gatal sangat neh. Mak tanak la aku kawen clash dengan hari yong bersalin. Walaupun ada tarikh yang dijangka bersalin, tapi cam takut la terawal ke, terlambat ke. Tapi yong kata tak payah pedulikan dia yang nak bersalin. Tapi tak seronok la kalau tak cukup family member.
Mak plak, bulan 11 nak pegi India. Tapi mak kata, nanti akan bincang. Bincang la tapi aku tanak postpone.
Oohh, nanti nak kena carik kain lace. Nak buat pakai kawen. Malas nak sewa macam yong dulu. Kos sewa dan buat baju sendiri pun rasanya lebih kurang je. Mak kata bulan enam ni jugak kena bagi kain tu. Supaya mak boleh tempah. Nyonya tu masih ambik tempahan lagi. Kalau lambat dia dah tanak amek sebab clash dengan tempahan baju raya.
Yay dah dekat pukul 1. Dah nak habis shift. Nizam akan datang ambik. Thanks nizam sebab sanggup susah payah bangun pagi pagi buta pukul 3 pagi untuk hantar inaz pegi keje. Dari Ampang ke Cyberjaya pastu nizam kena balik rumah sorng-sorang. Dan sekarang nizam kena travel jugak jauh-jauh sebab nak ambik inaz balik kerja.
Haritu pun tiba tiba je nizam datang rumah yong. Masa tu aku tengah tido.( biasa la I tido siang sebab malam berjaga) Tengok-tengok dah sampai depan rumah. Nizam ajak ambik Batrisyia kat nursery sebab nizam nak bawak batrisyia jalan-jalan. Boleh ke, masa batrisyia dah balik nizam kata tak seronok jalan dengan aku. Ceeeeh.
Banyak lagi benda nak buat. Banyak benda nak pk. Tapi takpe, inaz akan kayuh pelan-pelan.
Impian dan cita-cita saya lebih besar dan lebih tinggi dari saya sendiri. Saya juga semakin faham dengan sepak terajang dunia ni. Saya menjadi semakin berani dan saya akan lebih berusaha menjadikan apa-apa yang saya nak menjadi kenyataan. Ini bukan omong kosong. Chaiiyook~ (abah selalu cakap ini pada aku. Sape tah ajar dia perkataan chaiyook tuh )

Ahad, Mei 27, 2007
. i . h .
Sementara nizam beratur, aku borong food. Masuk wayang masih iklan. Dan kitorang duduk row kedua dari depan. Cerita sangat panjang. Dua jam lebih. Tapi ok la. At least aku tak hitung masa bila nak abes cerita. Cuma masa tengah part hari pertarungan tu aku tertidur. Gua penat beb. Dan yang tak bes ada malaun mana tah dok kentut2. dua kali aku terpaksa tutup hidung sebab bau busuk sangat.
Habis cerita dah pukul dua lebih. Nizam bawak lalu hiway SMART. Scary. Panjang sangat terowong dia. Jalan beralun. Tengok bumbung smart tu lagi la scary. Macam bertampal2. Nasib baik ada je pintu exit.
Sampai rumah pukul 3 samting. Kitorang lapar lalu mencari makan. Banyak kedai samada dah tutup atau nak tutup. Las las sebab dah pukul 4, kitorang terus pegi breakfast @ McD. Aku nak beli bantal shrek, tapi malangnya budak tu kata almari stok dah kunci. Derang tak dapat amek. Cikiwa tau.
bantal yang i want~ ada sapa2 nak bagi pressie?
Lepas makan, balik rumah. Sampai rumah dekat2 pukul 4.45 pagi.
Sampai rumah, terus tidur. Pukul 10 sengah pagi baru terbangun. Dan…….. kena siap siap untuk kerja. Nizam amek pukul 11.15, ambik kereta kat rumah nizam dan terus gerak pegi kerja. And, here I am, dah pukul 8.54 malam, masih di ofis. Bukan ada kerja pun. Melangut internet je. Penat tau mengular nih.
Aku browse net, aku tengok tengok benda, tiba tiba aku rasa cuak.
Aku belum buat apa-apa preparation untuk kawen. Smalam dalam kereta aku dah bitau nizam, selewat lewatnya bulan 7 kena jugak pegi kursus kawen. Pastu, mulai bulan 6, aku akan pergi ke spa every month untuk mandi susu, sauna, lulur. Well, orang kata kena la enam bulan sebelum kawen. Supaya naik seri. Ahahahha. Poyo kan. Tapi aku dah tengok tempat dan rasanya aku nak pegi yang kat Kosas tu je. Dekat dan harga pun ok.
Ada jugak aku rasa macam nak beli yang orang sekarang ni pakai, portable sauna tuh. Tapi entah la.
Aku dah survey jugak gifts yang nak bagi untuk guest. Takmo la kasik bunga telur. Sebab aku sendiri tak suka makan telur. Nanti aku nak beli sample dan rasa. Kalau ok nak beli itu sebagai guest gifts. Pastu yang special punya pun ada gak aku terfikirkan. Pun dah bitau nizam. Nizam kata ok. Maknanya bole proceed la.
Lepas ni kena be a bit organize la sket. Banyak benda nak buat. Selain kawen, ada satu benda lagi yang aku perlu lakukan. Aku harap benda-benda yang aku nak usahakan akan menjadi. Kali ni aku dah tak mo terburu buru. Aku akan pastikan semuanya berjalan. Kalau tak lancar pun, harap-harap ianya akan berjaya.
Hoohh… seb baik esok cuti. Lusa pun cuti. Ada orang yang aku nak jumpa. Harap-harap dipermudahkan la urusan aku nanti.
Rabu, Mei 23, 2007
Tika ku putus harapan Kau ke depan
Tika ku jatuh tersungkur Kau bangunkan
Ku bersyukur kerana dikau ada
Kau buat hidup aku sempurna
Tika ramai yang membenci Ku kau sayangi
Tika ramai yang memuji Kau mengerti
Masaku bukan hanya milik kita
Tetapi 'tuk dikongsi semua A
ndainya kau tiada, aku kan parah
Kehilangan arah dan hancur rebah
Kaulah segalanya makna kehidupan ku
Oh Tuhan ku tolonglah, beri ku restu
Ku dalam pelukannya di saat itu
Saat aku dipejamkan mata ku
Kau beri ku kekuatan
Bila tertekan
Beri yang ku perlu dan cinta mu
Aku yakin akulah jejaka
yang paling bertuah di dunia
Semoga dia bersama
Saat daku pejamkan mata
Saat daku pejamkan mata ku
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ
Oh Tuhan ku biarlah dia di situ menemani diri ku
Saat daku pejam mata ku
Diri ku ingin bersama ke akhirnya
Dan bila ku melamar katalah "Iya"
Hanya itu saja ingin ku dengar
Ku 'kan ikhtiar terbaiknya untuk mu
Saat ku pejamkan mata
Tyco
Walaupun ni lagu lama tapi aku suka lagu nih. Ni antara lagu yang must palay dalam enpon aku.
Kerja pada hari Isnin dengan hati yang sebal. Lantas bila sampai kerja memandangkan takde banyak keje dan bole melayari internet, aku menghantar emel pada nizam. Memberitahu mengenai hati yang lara. Meluahkan perasaan atas ketidakprihatinan nizam pada aku. Melepaskan rasa marah kerana nizam tak menepati janji untuk makan malam dengan aku malam sebelumnya kerana tidur padahal aku lapar dan aku baru balik kerja. Meluahkan rasa marah kerana telefon kena bar dan aku tak bole bayar sebab tm Poinnt Cyberjaya kata system down. Lantas aku kena hantar emel pada nizam.
Dan aku menerima sebuah emel kejutan dari nizam. Nizam Tanya pukul berapa lunch break sebab nizam nak datang. Oooooh.. Asyik, tapi ragu ragu kenapa nizam nak datang. Nizam sampai pukul 2. Nizam kata dia datang sebab aku merajuk. Heheheheh lantas membawa aku klunch di restoran berekon di Cyberjaya nih. Kalau makan kat terminal pun aku tak kisah. Asalkan ada nizam. Eheheheh.
Lepas makan, nizam nak pegi kerja balik. Nizam kata nanti malam nizam datang amek aku kat rumah yong. Hmmmm… ada agenda lagi malam nanti rupanya. Mula mula aku ingatkan nizam dah tak jadi datang. Tak telepon, tak sms pun. Bila dah nak tidur, dalam pukul 10 nizam cakap on the way. Terus siap-siap dan walaupun seharian tak mandi tapi aku rasa aku tetap wangi.
Nizam kata nak bawak aku pegi melawat pakcik dia yang masuk IJN. Lagipun aku cuti hari Selasa. Sebelum tidur malam tu nizam slip on something to my finger. Rupanya dia nak aku pakai balik cincin tuh. Ngeee!~. Tapi dalam keadaan yang sangat tak romantik la sebab aku busuk. Tak mandi.
Dan selebihnya, it’s just amazing. Malas nak tulis. Tapi aku dapat tidur dengan hati yang sangat gembira. Rasanya aku sedar masa mak nizam masuk bilik. Mak nizam suka buat spot check kalo aku tidur rumah derang. Tapi betul2 bangun pagi tu masa nizam masuk bilik. Dia dah siap pakai baju kerja. Lambatnya aku bangun. Pukul 9. Biasanya bangun awal.
Esok cuti. I looiikkke. Bole main dengan Batrisyia lama sket.
