Isnin, Mac 26, 2007
. o . o . h . h .
Ok. Lemme recall balik apa yang nak tulis.
Hari Jumaat makan mcd dengan nizam. Masa tu dah pukul 9 lebih, or… dah dekat pukul 10. Lepas makan pegi mana tak ingat dah pastu pukul 12 pegi mcD lagi skali. Nizam beli hotcake, tapi tak amkan pun. Aku plak dah tengah tengah malam buta makan sundae strawberry. Kitorang sebenarnya tengah nak menghabiskan kupon mc yang ada. Memang bes pakai kupon tu. Dapat makan yang super banyak. I loooiiikkkeee.
Hari sabtu, folo nizam keje. Jumpa mak, tengok mr bean holiday yang tak berapa bes, jumpa kawan nizam, balik. Mebbe sebab penat sangat, sampaikan masa tengok shinchan aku bole tertidur. Before 8 bangun balik, mandi dan tunggu nizam call. Pukul 10.30 malam nizam call cakap dia saket gigi. Dia dah makan banyak sangat panadol tapi still sakit. Jadi aku sebagai gefren yang baik segera salin baju dan pecut ke Carrefour. Dengan harapan farmasi dekat situ bukak lagi. Sampai pukul 10.50. Lari-lari pegi guardian, cari ubat sakit gigi. Derang kata farmasi dah tutup. Tapi aku still jugak Tanya, kalau kalau ada ubat lain yang bole pakai untuk sakit gigi. Seb baik ada. Beli dan hantar ke rumah nizam. Pakaikan nizam dengan ubat, pinjam cd2 dan dvd nizam dan balik rumah.
Hari ahad pukul 8 nizam dah msg. Mandi dan ikut nizam pegi keje lagi. Lepas keje, pegi klinik gigi. Lepas tampal gigi, makan mcd. (again) pegi rumah nizam. Tinggalkan kereta, naik moto Citibank, pegi jusco maluri. Sebab dah pegi shopping complex, aku gedik gedik membeli belah, dan masa nak bayar, tiba-tiba nizam hulurkan kedit kad dia. Waaaaaaaaahhhh… I looooooiiiikkee lagi skali.
Oohhh…. Hari sabtu haritu aku dapat surprise money. Nizam bagi rm240. Ooooohhh I looiikkkeee lagi. Sampai aku susah hati memikirkan nak beli apa. Tapi by Sunday, duit tu macam dah habis. Tatau beli apa. I don’t like. Jadi, untuk tidak membazirkan wang yang tak nampak apa-apa, masa lunch tadi aku beli baju yang aku nak sangat beli. Nak pakai baju tu untuk pegi kawen marina weekend nih. Hmmm… Nampaknya petang ni kena pegi tempah kain la plak. (kalau sempat laaa) Kalau tau nak beli baju, awal-awal lagi aku dah bawak kain tu. Kain tu aku beli masa pegi sabah haritu. Sebab aku cam gila dan sangat krezikan kain macamtu, nizam terpaksa membelikan 3 helai kain yang sama tapi berbeza warna sebab nak melempiaskan nafsu aku yang gila ni.
Tapi, aku bukan la tamak haloba. Kain tu sehelai aku bagi yong. Sehelai lagi bagi cu. Sehelai lagi nak bagi kakak nizam, dan 2 helai untuk aku sendirik. Untuk pengetahuan, sebelum nizam belikan 3 helai kain tu, aku dah beli 2 helai masa aku pegi shopping sorang sorang.
Tatau pasal, tapi dari hari jumaat malam, aku sangat rasa syok memakai cincin. Selama ni, cincin aku nih terperuk je dalam handbag. Sampaikan masa aku jumpa mak hari sabtu haritu mak Tanya, “tu cincin tunang ke?” ehehhehehe… mak pun dah lupa macamana rupa cincin tunang aku. Ye la dari hari aku bertunang aritu, mana ada aku pakai.
Oooooohhh… dah pukul 6. esok la sambung. taraaaaaa
Isnin, Mac 19, 2007
. s . u . r . a . t .
Apa khabar? Semoga nizam berada dalam keadaan sihat sejahtera. Inaz macam biasa, sihat sihat sahaja. Sambil memakan cokolat Cadbury Turkish delight, macam sms yang nizam hantar pagi tadi. “the inas is trying to grow its lemak”.
Tujuan inaz menghantar surat ini dalah kerana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana nizam sudah bersusah payah menghadiahkan inaz sebiji peti televisyen yang sangat kawaii. Inaz memang tak sangka nizam akan membelikan teevee yang macam itu. Inaz membayangkan untuk membeli peti teevee yang murah sahaja.
Memang betul betul tak sangka kerana setibanya kita di jusco, nizam telah mencadangkan untuk membeli televisyen yang besar itu. Oohhhh sangat terkejut kerana harganya dua kali ganda dari yang inaz budget. Memang ada sedikit rasa berat hati untuk menerimanya, tapi memandangkan nizam kata dalam beberapa bulan lagi teevee itu akan dibawa balik ke rumah nizam, inaz menjadi senang hati.
Tapi, betul juga apa yang nizam kata, fedap tengok tv tak berjenama yang mahal. Alang-alang baik beli yang betul-betul elok. Dan maka, nizam pun membelikan inaz tv flat screen 29 inci ini.

Terima kasih nizam. Inaz akan menantikan tv itu sampai petang nanti.Inaz harap pekerja jusco itu akan menghantar tv itu sebaik sahaja inaz sudah sampai ke rumah. Nizam juga ada berjanji untuk datang ke rumah untuk memasang meja untuk letak tv. Jadi, inaz akan menantikan kedatangan tv dan juga nizam.
Tapi, nizam kena ingat ye, teevee ni bukan hadiah harijadi sebabnya harijadi inaz ialah pada bulan empat nanti. Ini baru bulan 3. Lantas,teevee tidak dikira sebagai birthday prezen. Seperti yang telah inaz beritahu, inaz mahukan TMX ELMO. Di sini inaz akan beritahu kenapa inaz mahukan elmo itu. Sila baca ye.

Tickle your funny bone with the most "x-treme" Elmo yet! Elmo has three interactive tickle spots on his chin, tummy or toe. When you first tickle Elmo, he slaps his knee and sits on the floor, laughing hysterically! Then he rocks himself back up and asks for more. Tickle him again, and he falls to the ground, kicks his feet and scoots across the floor on his back! After standing back up, Elmo asks for another tickle and does it all over again, slapping his knee, sitting down, rolling on his back… and in his most "x-treme" move ever, he even rolls on his belly and slaps the floor! Your sides will split as you watch Elmo crack up with laughter! And when even Elmo admits he has had too much, just flip the on/off switch. T.M.X. Elmo requires 6 “AA” batteries and is approx. 15” H.
Akhir kata, diharapkan nizam ceria-ceria selalu. Berhati-hati semasa bekerja dan ingatlah orang yang tersayang semasa menunggang motosikal.
Terimalah sebuah pantun untuk tatapan nizam,
Terima kasih daun keladi,
Lain kali, bole la bagi prezen lagi
Yang benar,
Nurul Shahinaz Amiruddin
Khamis, Mac 15, 2007
. s . i . s .t . e . m .
Bercakap mengenai Touch n Go ni, aku rasa macam terkilan sket dengan system yang kerajaan nak buat. Nak mansuhkan pembayaran tunai, tng, dgn smart tag di plaza tol. Nak menggunakan system gantri yang pakai e-tag.
Persoalannya, kenapa tak upgrade je smart tag tu? (tatau la kalau memang tableh nak upgrade si smart tag tu) Kenapa nak membelanjakan berjuta-juta sebab nak implement benda baru. Nak kena pasang tiang la, hape la. Pastu lagi lima nam tau, tukar system baru plak. Kenapa aku upset? Sebab memang aku user smart tag. Ni nak kena beli plak menatang e tag tu. Misti harga cecah ratus ratus. Smart tag yang dah nak dihapuskan penggunaannya tu aku nak bat apa? Buat tukun pun tak lepas.
Yang aku tau, dengan adanya system baru ni, akan ada satu syarikat kroni akan menjadi kaya raya dengan hasil impelmentasi menatang e tag ni.
Aku jugak cam heran dengan benda-benda baru dan jugak benda-benda yang dalam rancangan yang bakal Negara tercinta ni buat. Harga minyak naik diam-diam. Harga minyak tak pernah turun. Tol naik harga mencanak-canak. Still jugak jem. Dan seorang tokoh berkata dengan gahnya, “kalau nak guna kemudahan, memang kena bayar”. Seriously, I don’t mind paying. Tapi since aku sebagai rakyat dan terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk menggunakan kemudahan, aku expect kemudahan tu adalah yang terbaik. Bukan lebuhraya yang sentiasa ada construction. Bukan tol yang selalu ada kaunter tutup dan menyebabkan jalan jem sebab ramai sangat orang yang bayar tol. Tandas di rnr bersih dan mencukupi.
Malas nak cakap panjang lebar. Bahaya. Kang tak pepasal aku kena tangkap plak.
Baru terbaca utusan online, ramai plak yang membangkang system gantri tu.
Hooiiihhhh… blom lagi dapat teevee nih. Hari isnin haritu nizam dah bawak pegi Carrefour ngan giant. Cam tahape-hape je harga. Tv tak berjenama pun mahal gile. Hari selasa n rabu aku cam bz berkejar ke sana sini. Tu pun, malam semalam, dah lewat malam baru aku sampai rumah nizam. Hantarkan dia mcD. Dah pukul 11 tu, bole plak mak dia bangun pastu ajak aku sembang-sembang pasal isu semasa. Hooiihhhh. Aku dah ngantuk sangat-sangat. Lepas je nizam abis makan, aku pun cepat-cepat ca alip but.
Ni gamba penghibur hati lara aku. ( hati lara ke?)

Batrisyia dah 7 bulan dah. Dah makin comel. ( Sape kata batrisyia tak comel maknanya orang tu gila... hahahha ) Ni kat KFC jusco equine park. tengok la kasut dia. comel betul ada bear. Baju dia plak, mama dia beli semata-mata sebab nak pegi KFC ni. Kitorang sambut birthday diana n cu. Tapi batrisyia yang dapat baju baru.
Makanan feveret batrisyia adalah whipped potato. Walaupun sebelum pegi kfc batrisyia baru makan, ( kena bagi dia makan dulu supaya nanti bila orang lain makan, dia dah tak lapar) tapi bila sampai kfc dan nampak bekas whipped potato tu, terus batrisyia tepuk-tepuk meja sambil mulut dia bercakap mamamamamaam.
Abah la yang jadi tukang bagi makan kat batrisyia. Batrisyia plak, tak bagi can langsung kat atok dia nak makan. even kalau abah ambik ayam pun batrisyia dulu yang nganga.

Batrisyia dah pandai merangkak. Kadang-kadang dia merangkak ke depan. Biasanya dia merangkak reverse. Tapi batrisyia sangat peka kepada lagu. Kalau tengah berdiri ke, tengah merangkak ke, kalau kita menyanyi atau buat sound, misti dia akan menggoyangkan bontot.
Batrisyia suka betul kalau makan bubur nasik yang letak pepper. nanti kalau dia makan dia akan bukak muut macam kepedasan, tapi dia memang sangat suka.
Rabu, Mac 14, 2007
. p . e . l . i . k .
(Hamoih hamoih ko ju. Pandai2 nak tag aku. Susah ni nak pk)
6 perkara pelik mengenai diri sendiri. (Sorry la kalau ada benda-benda yang disgusting. Tapi tu la benda yang pelik)
1 . Kalau buang kuku, iaitu ibu jari kaki, misti kena cium bau kuku tu.
Tatau kenapa. Tapi kalau tak cium bau kuku kaki yang dah dipotong tu, misti rasa tak sah. Kena jugak cium banunya.
2 . Kalau kat shopping complex, kalau nampak satu satu barang tu dan rasa nak sentuh, misti kena pegang jugak.
Kalau tak misti seharian…. Tak… bukan seharian. Dua tiga hari akan rasa sedih + menyesal sebab tak sentuh benda tu.
3 . I have to read when I go.
Kalau masuk tandas, kena ada bahan bacaan. Kalau tak rasa tak bes. Tapi susah nak praktikkan kalau kat tandas opis. Nanti malu kat opismate kalau derang nampak aku bawak buku masuk jamban. Hehehhe
4 . Selalu nak termuntah bila gosok gigi.
Sangat derita kalau gosok gigi. Misti nak termuntah. Mungkin kena pakai ubat gigi berperisa coklat ataupun stoberi baru tak rasa nak muntah kot.
5 . Gila membeli belah
Kalau tesen, nak pegi shopping complex. Kalau berjalan, nak jalan dalam shopping complex. Membeli belah ni macam satu cara untuk aku menggembirakan diri. I don’t mind shopping sorang-sorang. Lagi suka ada laaa. Sekarang ni aku akan sentiasa updatekan diri kalau ada sales. Cam warehouse sale ke, even tengok air asia punya sale pun aku dah rasa yum yum.Everytime pun nak beli. Seb baik nizam tak bagi. Macam setiap kali tengok sale, rasa macam darah tu berlari cepat-cepat. Adrenaline rush kata orang putih. Sekarang, minat membeli belah tu dah sampai ke ebay. Hooooooh…. Asyik mem-bid je. Pastu kalao ada orang jual jual barang online pun aku salu beli. Dan berbaloi tau. Baru baru ni aku beli set body shop white musk. RM40 je. Really a good bargain.
6 . Sangat cinta sama incik nizam.
Hoooohhhh…. Ini la benda paling pelik. Kenapa pelik?? Sebab mana ada orang lain yang cinta sama itu nizam. Aku sorang je. Sebab aku sorang je, jadi pelik la.
Sekian berita pelik dari aku. Aku maleh nak tag sapa-sapa.
Isnin, Mac 12, 2007
. d . i . a .
Tiba tiba rasa sangat tak bes
Macam yang aku bitau dia,
Sangat tak suka dia pegi mana mana without me
Even kalau dia nak balik kampung pun tak suka jugak
Tapi….
Kalau aku yang pegi bejalan takpe
Kalau aku yang pegi jauh-jauh takpe
Selfish??
Maybe
Tapi nizam dah balik malam tadi.
Pagi tadi dia anta sms cakap dia malas nak pegi keje.
I hate sebab dia bole pilih untuk nak keje atau tak
Dan aku terpaksa bangun pagi tiap tiap hari untuk pegi keje dan terpaksa bekerja untuk 8 jam.
Dia bole balik rumah tengah hari dan tido atau tengok tv atau buat apa-apa yang dia suka.
Ini cakap cakap malam sebelum nizam pegi penang.
+ nanti kalau ada anak, nak pesan supaya cari bofren kaya raya
- bukan semua orang yang kaya tu baik. Bukan senang nak cari lelaki yang baik.
- dulu masa awak belajar, saya kerja keras, pastu setiap kali jumpa awak, bole bagi awak duit
+ alaaaaa… setakat 50 ringgit. tade maknanya
- heeeeeeeeiiii….. ( sambil mengetuk kepala aku ) dulu awak student tau. Lima plot u besar sangat.
+ ( gelak gelak ) eeeh… kan. Lima plo tu banyak. Bole buat makan tiga empat hari
ngeeeeeeee….. lupa plak. Sekarang ni kalau lima plot u cam cepat sangat je habis. Baru je ada sekeping duit kertas lima plo dalam wallet.kejap je tengok tinggal duit kertas biru not seringgit. Buat apa pun tatau.
Bercakap mengenai uwang dan materialistik ni, ada satu lagi cakap cakap dengan nizam.
Scene 1
+ orang ni suka hanta message.
- sape dia?
+ budak jobcamp.
- keje ape skarang?
+ nih, (nama kampeni) call centre.
- huuuuuuhhhhhh…. Tak layaaak
Aku plak yang sentap. Tak layak?
Tak layak sebab orang tu keje angkat telepon jadi tak setanding dia?
Ataupun tak layak sebab orang tu tak boleh memenuhi nafsu materialistik aku?
Scene 2
Lokasi : dalam lif
Bunyi sms masuk kat telepon aku
Nizam yang sebok sebok tengok + baca
- sapa ni?
+ budak jobcamp tu
- apa hal anta sms malam malam macam ni?
+ tatau. Dia memang suka anta sms
- dia keje ape?
+ keje hp. Ape networking technical tah
- alaaaaaa… angkat telepon jugak. (sambil gelak-gelak)
Heran
Kalau orang lelaki yang dia tak kenal anta sms kat aku, misti dia akan tanya keje ape
Kenapa tah
Dia rasa tergugat ke?
Atau dia akan rasa bes kalau orang tu kerja yang kurang bes dari dia
Dia tatau ke sekarang aku dah baik sampai ada bulatan bercahaya kat atas kepala. (konon laa)
Kadang-kadang jawapan aku bila dia tanya apa-apa, aku kata, sebab cinta
Nizam oh nizam…
Bila nak belikan tv n dvd player neh
Sebelum awak pegi penang awak cakap nak belikan lepas balik dari penang.
Malam tadi, bila sampai rumah, terus kemas bilik, supaya bole letak tv n dvd
Tak sabar nak ada tv dalam bilik ni
Lagipun astro sekarang cite tak bes
Kalau ada dvd player, bole la tengok dvd2 yang dah dibeli secara rahsia tanpa pengetahuan awak tu.
Ngeeeeeeee….
